Wednesday, April 14, 2010

Petua Cantik Cara Dulu


1. Untuk menegangkan kulit muka, hanya menggunakan putih telur yang disapu di muka. Cara ini umpama masker.

2. Mencapai berat badan yang ideal, ambil air daripada campuran dua biji lobak merah dan sebiji timun. Letak bersama perahan sebiji limau nipis. Minum 2 kali sehari.

3. Bagi menegangkan payudara, amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur.

4. Untuk menghaluskan kulit, amalkan meminum air perahan epal, tomato dan oren setiap hari.

5. Serbuk beras pulut atau beras pulut hitam amat sesuai untuk menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan parut, selain memutihkan kulit wajah da badan.

6. Selain itu, lender daun bunga raya dan lidah buaya sesuai disapu di kulit kepala untuk menyejukkan dan mengelakkan rambut gugur.

7. Mandi bunga, amalan yang sering digunakan oleh wanita. Ia boleh menyegarkan dan merehatkan badan. Hanya gunakan tujuh jenis bunga melati, melur, tanjung, cempaka dan lain-lain. Letakkan hirisan limau purut dan limau nipis untuk menambahkan keharuman.

8. Ambil kunyit sebesar ibu jari, tumbuk dan ambil air perahan. Sapukan ke seluruh muka. Lakukan 3 kali seminggu, 2 bulan sebelum berkahwin. Ini untuk menaikkan seri wajah.



9. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang berkilat dan tidak mudah beruban. Gunakan minyak kelapa yang dimasak dengan daun kermak. Lumurkan pada rambut semalaman.

10. Kejelitaan wanita juga boleh dikekalkan dengan mengamalkan makanan berulam. Daun cekur, ulam raja, daun selom, peria dan sebagainya adalah ulaman yang boleh dijadikan santapan harian.


1 comment:

Supriyani said...

salam...nak tanya..adakah petua utk capai berat bdn ideal itu utk orng yg gemuk jd kurus atau sebaliknya..atau both? terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...