Wednesday, April 14, 2010

Manfaatkan produk kosmetik halal


Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai hab global bagi alat kosmetik dan penjagaan diri halal kerana ia memiliki sumber bahan asli berupa herba-herba unik.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, bahan mentah itu boleh diproses untuk dijadikan produk dan dijual di pasaran eksport.

Menurutnya, industri tersebut merupakan sektor yang berkemungkinan akan berkembang dalam industri halal, selepas makanan halal dan kewangan Islam.
Ini dapat dilihat daripada laporan Institut Sains Penjagaan Peribadi Australia yang menyatakan bahawa, pasaran kosmetik global kini bernilai AS$334 bilion (RM1.068 trilion) dan pasaran kosmetik halal dunia pula dianggarkan bernilai AS$13 bilion (RM41.6 bilion).

"Banyak syarikat mempunyai kelebihan dalam memasuki pasaran global kerana kita telah berjaya memberi kesedaran tentang piawaian halal Malaysia yang dianggap premium pada skala global,'' katanya di sini semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...