Ada beberapa petua yang saya ada terbaca dalam beberapa artikel tentang bagaimana untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada orang-orang yang sudah berumur. Berikut ini disenaraikan beberapa petua yang boleh diamalkan. Semoga dapat sedikit panduan ;
- Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
- Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
- Makanlah biji buah Peria.
- Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
- Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
- Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
- Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
- Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
3 comments:
emmm info yang sangat bagus. Petua org2 tua memang hebat tapi kena buat berterusan. Kalu buat sekali dua mmg tak jadi. Kat tempat awak ada bekam lintah tak???
istiqamah = konsisten.
itu yg terbaik.
itulah rhsia herbalogi. boosting the organ function.
berbeza dgn medicinal drugs. symptomatic treatment.
Echam, kami tak buat bekam lintah..
Kami Menyediakan pelbagai perkhidmatan dan produk rawatan kecantikan dan terapi holistik.
aromatherapy, refleksologi, facial, sauna, manicure, pedicure, produk kecantikan, acupuncture, acupressure, kiropratik, herbalogy, diagnotik penyakit, iridologi, bekam alhijamah dan banyak lagi.
Post a Comment