Thursday, September 3, 2009

Harga minyak naik, 1 September 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman.

Tanggal 31 Ogos 2009, Malaysia bumi bertuah menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. Menambah seri, hanya tinggal dua minggu lebih umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa.

Dan pada petang sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, Menteri berkenaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak berkuatkuasa 1 September 2009 seperti berikut;
  • RON92 akan dihentikan jualan. (minyak merah tu)
  • Minyak RON95 kini lima sen mahal berbanding paras sebelum ini iaitu RM1.75.
  • Dalam pada itu, RON97 pula dijadikan produk premium dan harganya RM2.05 seliter berbanding RM1.80 sebelum ini.
Mungkin ada yang tertanya, mengapa kenaikan "terpaksa" dibuat? Maka ini jawapan menteri berkenaan;
  • "Walaupun harga sekarang lima sen lebih tinggi, kerajaan masih memberi subsidi 33.81 sen bagi setiap liter (produk RON95) yang bersamaan dengan RM304 juta sebulan.
  • Kos bagi RON95 naik 102 peratus daripada AS$40.75 setong kepada AS$82.30 setong pada Disember 2008 dan bulan ini.
Sebagai rakyat, anda kena bersyukur kerana masih terdapat subsidi untuk anda.

Tapi cuba fikirkan ini pula;
  1. dengan kenaikan harga minyak (tak kisahlah apa jenis pun), apakah harga barangan pasaran tidak akan naik? Siapa kat sini boleh bagi jaminan harga barangan tidak akan naik walau setengah sen?
  2. Selepas harga naik, dan katakan esok lusa harga petrol turun, (turun tak sepantas naik.. ingat tu),, apakah harga barangan akan juga turut turun? Jawapannya, harga barang akan terus naik dan naik.
  3. Apa rasional umum semasa hari kemerdekaan? kalau yer pun, umumlah lepas Hari Raya Puasa, kemungkinan barang tak naik tu tetap ada walau selalunya menjelang raya, semua naik.
  4. Dulu minyak merah dan hijau, kini Ron 95 (kuning) dan Ron 97 (hijau), kuning dan hijau la pulak. Isunya kereta anda sesuai pakai Ron berapa? Ha.. ini juga ramai yang keliru.
OK. Buat pilihan bijak, kerana kuasa ada ditangan anda.

""1Malaysia, RAKYAT DIUTAMAKAN, prestasi didahulukan""


2 comments:

Unknown said...

eh, motto 1m'sia dh ubah ke?

Yoyoy Kamphora Spa said...

biase la ubah ikut selera...
hehehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...