- RON92 akan dihentikan jualan. (minyak merah tu)
- Minyak RON95 kini lima sen mahal berbanding paras sebelum ini iaitu RM1.75.
- Dalam pada itu, RON97 pula dijadikan produk premium dan harganya RM2.05 seliter berbanding RM1.80 sebelum ini.
- "Walaupun harga sekarang lima sen lebih tinggi, kerajaan masih memberi subsidi 33.81 sen bagi setiap liter (produk RON95) yang bersamaan dengan RM304 juta sebulan.
- Kos bagi RON95 naik 102 peratus daripada AS$40.75 setong kepada AS$82.30 setong pada Disember 2008 dan bulan ini.
- dengan kenaikan harga minyak (tak kisahlah apa jenis pun), apakah harga barangan pasaran tidak akan naik? Siapa kat sini boleh bagi jaminan harga barangan tidak akan naik walau setengah sen?
- Selepas harga naik, dan katakan esok lusa harga petrol turun, (turun tak sepantas naik.. ingat tu),, apakah harga barangan akan juga turut turun? Jawapannya, harga barang akan terus naik dan naik.
- Apa rasional umum semasa hari kemerdekaan? kalau yer pun, umumlah lepas Hari Raya Puasa, kemungkinan barang tak naik tu tetap ada walau selalunya menjelang raya, semua naik.
- Dulu minyak merah dan hijau, kini Ron 95 (kuning) dan Ron 97 (hijau), kuning dan hijau la pulak. Isunya kereta anda sesuai pakai Ron berapa? Ha.. ini juga ramai yang keliru.
""1Malaysia, RAKYAT DIUTAMAKAN, prestasi didahulukan""
2 comments:
eh, motto 1m'sia dh ubah ke?
biase la ubah ikut selera...
hehehehe..
Post a Comment