Namun, apabila ditanya, apakah perancangan mereka dalam usaha untuk mencapai azam/matlamat yang dibuat, mereka diam membisu. Tidak dapat menjawabnya. Jadi, adakah azam/matlamat yang mereka nyatakan itu benar2 satu azam/matlamat atau hanya sekadar angan-angan Mat Jenin dan omongan kosong semata2?
Justeru, dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips panduan bagaimana kita dapat menetapkan azam/matlamat dengan cara yang lebih tepat.
Apakah perkara yang penting yang perlu anda catatkan dalam membuat matlamat??
* Menetapkan matlamat dengan jelas
* Merancang cara untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
* Melaksanakan perancangan

- #1 : Tetapkan azam/matlamat yang dapat memotivasikan anda Pastikan azam atau matlamat yang anda buat itu dapat memberikan motivasi dan semangat kepada anda. Bagaimana nak tau azam/matlamat kita tu ada motivasi atau tak? OK, cuba pejamkan mata anda dan bayangkan yang anda telah pun mencapai matlamat anda tu. Adakah anda berasa sangat teruja dan merasai keseronokannya? Adakah anda dapat merasai betapa gembira dan cemerlang nya anda mencapai matlamat itu? Kalau ya, bermakna matlamat/azam yang anda buat itu memang dapat memotivasikan anda.
- # 2 : Gunakan teknik S.M.A.R.T dalam menentukan matlamat anda
S = Specific (terperinci / khusus)
Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu mestilah khusus. Contohnya, “Aku ingin membeli kereta Toyota Vios baru dalam tahun ini”.

M = Measurable (boleh diukur/dinilai)
Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah yang boleh diukur atau dinilai harganya. Contohnya (kalau ikut matlamat di atas), “Aku ingin membeli kereta Toyota Vios baru dalam tahun ini, jangkaan nilai/harga ialah RM80,000”. Pentingnya nilai/harga di sini, ialah kerana kita akan dapat membuat kiraan/nilaian kemampuan kita dan tahap pencapaian yang telah dicapai dari semasa ke semasa. Contoh matlamat kita di sini ialah ialah untuk beli kereta Vios, maka kita perlukan duit kira2 RM80,000 sebagai ukurannya. Kalau kita kena bayar deposit 10% daripada harga kereta, bermakna kita kena ada duit sekurang2nya RM8,000. Jadi itulah nilai atau ukurannya yang perlu kita capai dahulu sebelum berjaya memiliki kereta Vios. Maka tulislah dalam matlamat kita tu seperti ini “Aku ingin membeli kereta Toyota Vios baru dalam tahun ini, dengan deposit harga sebanyak RM8,000”.

A = Attainable (boleh/mampu dicapai)
Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu juga mestilah boleh/mampu dicapai.
Contohnya (sama seperti contoh di atas): “Mulai sekarang aku akan buat part time untuk cari duit deposit kereta Vios aku sebanyak RM8,000. Aku akan buat mengajar tuisyen selepas waktu kerja dan dapatkan sekurang2nya RM50 sehari dan menyimpan duit itu untuk membayar deposit kereta nanti”.Maknanya di sini, kita telah letakkan komitmen atas diri sendiri sebanyak RM50 sehari untuk kumpul duit deposit membeli kereta Vios yang diidamkan tu.

R = Realistic & Relevan (realistik & berkaitan)
Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu juga mestilah realistik dan relevan dengan diri kita.
Contohnya (seperti contoh di atas): “Mulai sekarang aku akan mengajar tuisyen sekurang2nya 2 jam sehari selepas waktu kerja untuk dapatkan RM50/hari dan menyimpan semua duit tersebut sehingga terkumpul RM8,000 sebelum tahun 2010″. Matlamat seperti ini sememangnya realistik dan kita pasti mampu melakukannya.

Contoh matlamat yang tidak realistik ialah “aku nak beli Kereta Ferrari”. Tetapi dia hanya bekerja sebagai kerani dan tiada pengalaman untuk buat ‘part time’. Jadi, matlamat sebegini hanyalah seperti angan-angan Mat Jenin.
T = Time-Bound (tempoh masa/ deadline)
Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah mempunyai tempoh masa tertentu atau deadline.
Contohnya, “Aku akan beli Vios dalam tahun 2009 ini. Jadi mulai sekarang aku akan mengajar tuisyen sekurang2nya 2 jam sehari selepas waktu kerja untuk dapatkan RM50/hari dan menyimpan semua duit tersebut sehingga terkumpul RM8,000 sebelum bulan Oktober 2009. Aku akan membeli Vios selewat2nya dalam bulan Disember 2009″. Maka, bermula dari sekarang, aku akan kontek pusat2 tuisyen dan start mengajar tuisyen sekurang2nya 2 jam sehari.” Maka, adalah sangat jelas dicatatkan dalam matlamat bahawa, tempoh masa untuk mencapai matlamatnya mengumpul RM8,000 ialah sehingga bulan Oktober 2009 dan beli vios selewat2nya bulan Disember 2009. Ia adalah tempoh masa yang jelas.

- #3: Tuliskan azam/matlamat anda.
- # 4 : Rancang dan buat pelan tindakan
Ini sangat kritikal dan penting. Ramai orang mengabaikan dan tidak membuat pelan tindakan ke atas setiap azam/matlamat yang telah ditetapkan. Kesannya, mereka menjadi tidak yakin bahawa mereka akan berjaya mencapai matlamat mereka sendiri. Jadi, anda hendaklah menulis langkah demi langkah, apakah pelan tindakan yang boleh anda ambil dalam melaksanakan misi anda. Perincikan apakah langkah tindakan yang anda akan buat setiap hari, setiap bulan dari masa ke semasa dalam mencapai matlamat anda.
- # 5 : Fokus kepada pelan tindakan dan terus bertindak lagi dan lagi…
Ingat, dalam proses untuk mencapai matlamat, anda mesti fokus dan tidak terganggu dengan perkara2 yang melalaikan. Anda sudah memiliki pelan tindakan harian/bulanan. Pastikan anda laksanakan setiap tindakan/langkah yang telah anda tetapkan dalam pelan tindakan. Buatkan 1 senarai semak tindakan yang anda sudah laksanankan dan senarai tindakan yang belum di buat. Muhasabah tindakan/aktiviti harian anda setiap hari. Buat analisis, berapa peratus kah masa yang anda gunakan untuk melaksanakan misi anda setiap hari.
- # 6 : Berdoa dan bergantung sepenuh harapan pada ALLAH agar memberikan kejayaan pada anda.
Akhir sekali dan YANG PALING PENTING ialah, SENTIASA BERDOA pada ALLAH agar memberikan kekuatan dalam melaksanakan tindakan/tugas2 anda. Bersangka baik dan yakinlah akan pertolongan daripada ALLAH. Sesungguhnya semua ketentuan ALLAH adalah yang terbaik untuk anda.
*Tips2 lain:
-Pastikan matlamat anda realistik. Sasaran yang terlalu tinggi mungkin akan mengecewakan dan menyebabkan anda mengabaikan terus matlamat itu.
-Pastikan matlamat anda jelas dan tidak kabur, kerana matlamat yang kabur tidak akan memotivasikan anda.
-Buatlah matlamat yang agak fleksibel dan mempunyai sedikit kelonggaran untuk membuat perubahan yang perlu.
-Senaraikan matlamat mengikut keutamaan dan kepentingan diri dan keluarga anda.
-Ingatlah pepatah arab dalam mencapai matlamat anda. Pepatah Arab ; ‘ “Manjadda wajada…” bermaksud ; “Siapa yang berusaha, dia pasti berjaya…”.

ALL THE BEST!!!
No comments:
Post a Comment