1.Sikap Keibuan
Banyak
lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil
berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki
berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati
ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan
sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
2.Keanak-anakkan
Dalam
batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan
di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan
hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan
wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita
ceria membuat lelaki lebih berghairah.
3.Penuh Pengertian
Sikap
pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg
tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika
lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus
mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti
duduk persoalannya.
4.Menghargai
Wanita yg
menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg
suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus
ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki
berasa bangga.
5.Menjaga Penampilan
Lelaki
menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan
cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita
tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,
pandai
merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik
kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak
langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga
menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.
Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau
dah punya anak 3??
6.Pandai berbicara
Lelaki
tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.
Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran
wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar
teman
berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik.Dia
juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg
agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan
wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima
jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka.
7.Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg
pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata
lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan
cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana
yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri.
Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau
di kampung.
8.Menghormati Diri Sendiri
Lelaki
suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita,
bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati
dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk
diperlakukan oleh
seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan
mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak
akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki
memperlakukan dirinya sesuka hati.
9.Simpati dan prihatin
Lelaki
suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib
yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg
wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman
pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
No comments:
Post a Comment