Payudara adalah salah satu aset terpenting untuk wanita. Jangan membohongi diri anda dengan berkata anda tak kisah dengan saiz, bentuk dan kepejalan payudara anda. Tetapi di dalam masyarakat Melayu kita, bercakap mengenai payudara seolah-olah satu taboo. Jarang sekali kita mendengar tips-tips penjagaan payudara walhal ianya merupakan bahagian wanita yang sangat memerlukan perhatian khusus.
Jika anda sudah bersuami, sudah tentu payudara yang montok dan pejal merupakan satu tarikan utama buat suami anda di bilik tidur. Selalunya wanita-wanita Malaysia mengabaikan penjagaan payudara selepas melahirkan anak sehingga hilang satu daya tarikan untuk suami tercinta.
Tahukah anda yang ketegangan, kemontokan dan kepejalan payudara anda boleh dikembalikan dengan hanya melakukan urutan?
Urutan untuk payudara sememangnya masih asing untuk wanita Malaysia. Untuk pengetahuan anda, payudara wanita juga memerlukan pengaliran darah yang lancar untuk memastikan kemantapannya. Namun begitu, oleh kerana kurangnya pergerakan di bahagian atas badan wanita, tisu-tisu di payudara wanita selalunya mati kerana kekurangan darah. Di sinilah pentingnya urutan payudara untuk memastikan darah mengalir lancar ke payudara anda.
Antara kelebihan dan kepentingan urutan payudara ialah:-
1. Ianya proses yang sangat mudah, boleh dilakukan di rumah, boleh dilakukan sendiri dan tidak memerlukan masa yang lama.
2. Urutan payudara akan mengembalikan ketegangan dan kemontokan payudara anda kerana ianya menyusun tisu-tisu di payudara. Kesannya payudara akan kelihatan lebih pejal dengan cara semula jadi.
3. Dapat mengesan kanser payudara lebih awal sekiranya wujud tanda-tanda tersebut semasa melakukan urutan payudara.
4. Ianya dapat membuang toksik, melancarkan pengaliran darah dan mengantikan kembali tisu-tisu yang mati di payudara anda.
5. Menambahkan lagi rasa kewanitaan, keyakinan diri dan memberi ketenangan seperti urutan di bahagian badan yang lain.
6. Menambahkan rasa sayang suami kepada anda kerana anda kini lebih menarik di bilik tidur.
Itu baru beberapa faedah urutan payudara yang bakal anda perolehi sekiranya anda
melakukannya.
Pejamkan mata anda dan fikirkanlah betapa pentingnya penjagaan payudara ini. Kalau untuk wajah, anda boleh habiskan beribu-ribu ringgit, kenapa tidak boleh untuk salah satu aset terpenting dalam tubuh anda? Tepuk dada tanyalah diri anda.
No comments:
Post a Comment