Sunday, April 10, 2011

Persiapan Melangkah ke Alam Perkahwinan


Ok..sekarang ni ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin. Tengok kawan-kawan  pon ramai dah beranak pinak. 

Okeh Suma orang tahulah kan persiapan untuk kahwin bukannya mudah kan? Banyak persiapan yg perlu dibuat. Yalah perlu ada persediaan mental dan fizikal. eh dah mula nak merepek. Okeh kembali ketajuk. Perkahwinan memerlukan satu perancangan yg cuuuuuukup teliti bagi kedua dua belah pihak.



Kekadang tu ada pasangan yang tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknanya diorang plan nak buat majlis, abis tak boleh agree with each other so that they bergaduh and tak jadi kahwin. So ada orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Adess. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah, eh bukan majilis mak limah maupun hantu kak limah balik rumah. itu lain tu. untuk mereka yg tak tahu, majlis walimatul urus ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimana sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersama.

Sebenarnya pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripada memikirkan masa depan dan hala tujuan hidup bersama selepas nikah. Betol tak? Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan juga pada yang ingin berkahwin lagi. amboi kemaen nooh.

1. Kadi :

At least 6 months before the proposed nikah date korang mesti kena p register kat jabatan agama islam(eh btoi ka?), and bila korang p register korang mestilah dah tahu tarikh kahwin yg akan diberikan dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book tok kadhi. Sorang je ok! Jangan dua dua p book plak. haru biru nanti! ha ha

kos kadi : $80 + +

2. Kursus rumahtangga:

Kena pergi. kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus(eceh). Walaupun kita dah terer dalam bab rumahtangga tapi ada baiknya kalau kita refresh balik apa yg dah bersarang dalam kepala hotak ni kan? Alah, SPM pon dah tinggal lama kan.ha ha

kos kursus : around $80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam:

Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak nak owang pompuan. Pilih mak andam boleh makan tahun lamanya. Adess. Of courselah kan, lelaki nak amek mak andam buat apa sey! At least six months misti nak book. Later than that u might have a problem finding one. Kalau ada pun mak andam dari Kereta Ayer Chinese Dance Troupe. Sekali dia kasi tepong gomak hah kau buat la opera cina kat situ.haha
Kos : $ 1200 (tengok baju apa. kalau ada baju batman atau otromen mungkin mahal sikit)

4. Photographer:

Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenalah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai nokkk. Dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor.
Kos : $800 (depend on package lah kan)

5. Kompang / Hadrah / Silat:

Unless korang nak pakai loktang ke geng budak sekolah shuffle ke takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 months notice. Sebab ngah hot musim kenduri kendara.
Kos : $300 

6. Dekorasi blok dan pelamin

Sekarang sudah canggih ma.. kolong blok pon diorang leh transform jadi macam istana Taj Mahal. Kalau tak pun jadi macam lori cina. Letak kacang samer kuaci sudah original beb.haha tinggal nak campak keranda je kat tengah-tengah. Macam-macam design macam-macam pattern ada.
Kos : $1000

7. Tukang Masak and Khemah kosi meja :

Tukang masak mesti ada beb. kalau takdak camna owang nak makan? lainlah kalau korang buat majlis kat Mc Donald’s.
Kos : $7000 (tengok kepaler yg datang – Lebih best kalau korang ada gotong royong, save banyak cuma beli hadiah cabutan betuah untuk yang penat lelah menolong)

8. Kereta:

Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereta (naik basikal bleh gak.haha). Kalau nak sewa, kenalah sewa yg special punya. Merc ke?Jag ke? kira yg besau punya kereta lah. Macam cina dok buat tu. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil. Sampai besok pun takleh masok!
Kos: $300

9. DJ/Karaoke:

Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band maupon band budak sekolah. At least 6 months mesti nak kena book.
Kos : $850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat:

Kira door gift lah. Yg biasa telur rebus owang kasi. Tapi sekarang dah maju. Diorang lagi kreatif. Ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.
Kos : $3000++

11. Miscellaneous:

Perkara-perkara kecik owang selalu overlook. Perkara-perkara kecik camnilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Benda-benda seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang-barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill, lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan.
Kos : $2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENA KELUARKAN ADALAH : $17,110 MASYUK TAK?

Belom termasok hantaran lagi beb. Korang pandai-pandailah plus sendiri. Dari itu sapa-sapa yg dah nak berkahwin. SELAMAT PENGANTIN BARU dan SELAMAT PENGANTIN LAGI!!
Untuk mereka yang bakal-bakal. Yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnya kan? Sekarang ni kan, hantaran makin naik harga. Maklumlah, kata dorang ikut market price. Walaupun aku sedar muka aku tak market.haha Kalau harga mas naik, naik lagi harga bakal-bakal bini. Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah, sengkek lah, tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah, hai… macam-macam story mory lagi.

Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje. ni semua kerja orang pompan dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga. lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum $6000. Hantaran $5000; $4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okaylah, tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi. Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal.

Hah… korang bacalah sebabnya:

1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya … berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin, jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
9. Bapak pompan towkay kayu balak, mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis “ek” … semacam jer (kira golongan ‘gah’)


Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):

1. “Eh! Nak meniaga anak ke pe?” Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. “Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je.”
3. “Camni bilang dorang, simpan anak tu dalam store buat perhiasan.”
4. “Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenggek je.”
5. “Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?”
6. “Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Jeniper LopeZ eh?
Kata-kata dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar:
1.”Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet.”
2. “Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.”
3. “Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor.”
4.”Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je.”
5. “Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi.”
6. “Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin.”


Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya..jawapannya:
1. “Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Nothing much ler.”
2. “Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler.”
3. “Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je.”
4. “Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke, Diners ke, boleh kata semua credit card kita ada lah.”
5. “Sebagai hadiah upacara masuk minang ni;kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu.”
6. “Ni korang mintak hantaran ke, mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah nah?”


Haa… tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu, bincang betul-betul antara korang dengan family dalam hal ni. Mak pompan tu pun kalau nak letak harga, berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2. Hati dah suka punya pasal, semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit.(part time le tu kfc, mc donald, bawak teksi ka -__-”) so, good luck la pada semua. Yang dah rasa-rasa tua macam aku tu. Cepat-cepat la ngurat usha awek-wek kat sekeliling sebab depa pun kira terdesak tu. Cuma buat-buat jual mahal ja! hehe sama la dengan yang baca entri ni. kehkehkeh jangan marah aaa..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...