Sunday, April 10, 2011

Single vs Couple? mane best?


Nak single ke nak kapel? Best ke kapel ni?  Mungkin inilah persoalan yang ada dalam pemikiran orang yang belom pernah kapel atau yang pernah kapel tapi otak blank. Sebenarnya ada kelebihan dan kekurangan bagi kedua-dua pilihan ni. Tapi dari sudut pemikiran aku ni macam mana? meh sini meh aku cita.

Sayang

Orang cakap Kalau kapel ada orang sayang kita. Tapi bila fikir balik aku rasa tak kapel pon ada ja orang sayang kita. Mak bapak kompem sayang kita. Keluarga kita pun sayang kita. Adakah boifren/gefren korang yang korang baru kenal 3-4 tahun tu lebih sayang korang dari orang yang kenal korang sejak korang lahir? Itu kalau boifren/gefren yang korang kenal 3-4 tahun. Kalau yang kenal 2-3 bulan? apatah 2-3 minggu malah 2-3 hari? Fikir-fikirkan. Baik single je. Tapi kalau yang sangap nak kasih sayang extra tu boleh la. Tapi sorang cukup. Apa barang scandal 3-4 orang? Loser. tapi itulah yang berlaku zaman sekarang. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Kesian. Kalau betul-betul serius buat la istikharah tak pun g jumpa mak bapak si dia. Baru cool and steady~

Rahsia

Bila dah kapel mula la bicara pasal no sikret between you and me. Apela  la kan? Tak Perlu semua nak kena cerita kalau kapel. Yelah dalam islam pun ada kita berdoa “Ya ALLAH lindungilah aku dari segala aib dan dot dot dot”. Jadi kalau berkaitan dengan maruah atau yang boleh mengaibkan kita, tak boleh lah gtau. Tak setuju? Lantak p kat hang.

Perlu jaga hati

Ini yang paling aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi aku cukup susah nak fikir jaga hati orang. Bukan tak boleh nak jaga, tapi tak sepanjang masa kita boleh. Kadang-kadang terlepas jugak apa yang kita dok jaga tu kan? Kita tak mungkin dapat memuaskan hati semua orang. Itu fakta.

Cemburu

Bila single tak ada orang cemburu. Kalau ada pon apa nak kesah bukan ada relationship ke apa kan? Tapi bila tak single ni. waduh-waduh. P mana pon nak kena report. Kuar ngan sapa. Berapa orang.  What? adess. Agak rimas disitu(dulu aku pon macam tu gak tapi skang dah besar dah berubah :p )

Gaduh

Dem. Aku tak pernah lagi kapel tak bergaduh. Serius. Adakah aku ni tak normal? adakah aku sangat tak perfect?! Memang tak sesuai berkapel kot gamaknya. Kalau berkapel tak sesuai. Kahwin nanti macam mana? dem. stuck!  gaduh ngan musuh dalam game ada lah! haha

Masa

Ini aku tak nafikan. Bila berkapel, masa banyak dihabiskan bersama. Kalau dekat tu kalau boleh nak detim 24/7. Kalau jauh plak mesej tak nak putus. Tapi beza dengan single. Henfon pon ntah kemana. Sebulan sekali cas? topup 3bulan sekali? Ada masa untuk diri sendiri. Boleh pegi mane2 x payah fikir ada orang tunggu nak reply mesej. Boleh tido lama-lama. So kat mana yang korang rasa single tu rugi? haha

Disini ingin aku simpulkan bahawa bagi single tu sangat la syok. Cuma kadang-kadang tu terasa gatal nak kawen plak. Mungkin perlu kawen je terus tak payah kapel-kapel (ayat seseorang  kepada aku). Emm aku tak setuju pon ngan ayat tu sebab jodoh kena la usaha kan? Bukan datang sendiri macam yang pompuan selalu fikir. Sedangkan rezeki pon kena cari. Jodoh tu bukan salah satu dari rezeki ke? Jadi bagi aku, bukan masanya lagi kot untuk aku. Goodluck ye korang yang kapel tu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...