Friday, September 17, 2010

Saspek, Harta Lebih 100 Juta, Sekongkol K/Gelap

Anggota forensik mencari bahan bukti kes pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di Sungai Panchau, Tanjung Sepat, Selangor, semalam. - utusan/Saharuddin Abdullah.
Unit forensik polis hari ini menemui lagi sejumlah serpihan tulang diper.cayai milik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain yang dilaporkan hilang lebih dua minggu lalu dalam operasi mencari bahan bukti di Sungai Panchau, Tanjung Sepat dekat sini hari ini.
SOSILAWATI  dikatakan dilihat kali terakhir   di restoran makanan laut berdekatan tempat   pembunuhannya bersama tiga individu lain di Banting, Selangor.
Sosilawati dikatakan dilihat kali terakhir di restoran makanan laut berdekatan tempat pembunuhannya bersama tiga individu lain di Banting, Selangor.

Aset dipercayai diperoleh secara tipu, pemilikan guna nama proksi

KL : Peguam dan ahli perniagaan yang juga suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya dipercayai memiliki kekayaan luar biasa, termasuk aset bernilai lebih RM100 juta, kebanyakannya menerusi penipuan sehingga membawa kepada pembunuhan.

Ia merangkumi hartanah seperti bangunan komersial, ruang pejabat, stesen minyak, kilang, rumah mewah, ladang, kedai makan, pusat penternakan dan lot tanah di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Malah, peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk itu mempunyai beberapa perniagaan di Chennai, termasuk menjadi rakan kongsi jutawan India, Allal Kathan Muthuraja, 34, yang dilaporkan hilang di Malaysia, 18 Januari lalu selepas menemui suspek di Banting atas urusan perniagaan.

Difahamkan, usaha mengesan mangsa dijalankan sejak lapan bulan lalu, namun gagal dan saudagar batu permata itu dipercayai menerima nasib yang sama seperti Sosilawati dan tiga lagi rakannya. Sumber memberitahu Berita Harian, sebagai pengamal undang-undang, suspek mahir dalam prosedur berkaitan pemilikan harta, selain licik menyembunyikan aset daripada dikesan pihak berkuasa jika kegiatan jenayahnya terbongkar.

“Kebanyakan harta bukan atas namanya, sebaliknya menggunakan nama proksi paling dipercayainya termasuk kenalan rapat dan ahli keluarganya. Suspek memang membuat persediaan awal dengan mengambil kira segala kemungkinan, termasuk jika kegiatan jenayahnya terbongkar,” katanya.

Sumber yang pernah bekerja dengan suspek, berkata bekas majikannya menggemari kehidupan mewah, termasuk memiliki sekurang-kurangnya 15 kereta mewah terutama jenis Mercedes Benz dan BMW.

“Bagaimanapun, hanya sebuah kereta Toyota Camry yang didaftarkan atas namanya, manakala yang lain atas nama beberapa individu dipercayai orang kepercayaannya. Difahamkan, sembilan kenderaan sudah dirampas polis untuk tujuan siasatan, manakala enam yang lain disembunyikan sebaik suspek ditahan,” katanya.

Katanya, kaedah sama turut digunakan dalam pemilikan hartanah, termasuk 10 rumah mewah, masing-masing empat di Banting dan sebuah di Puchong, manakala selebihnya sedang dikesan.

“Suspek mempunyai empat stesen minyak, termasuk yang terbaru di Kuala Lipis, Pahang yang dibeli menggunakan hasil penipuan. Secara dasarnya, memang beliau memiliki aset itu tetapi atas dokumen memang tiada namanya. Sebagai peguam sivil, suspek cekap dalam jenayah kolar putih, terutama penipuan dokumen jual beli dan kontrak perjanjian, tetapi selalu terlepas daripada tindakan walaupun ada laporan polis dibuat terhadapnya,” katanya.

Sumber yang berhenti kerja kerana tidak mahu bersekongkol dalam kegiatan jenayah suspek, berkata bekas majikannya turut terbabit dalam kegiatan kongsi gelap.

“Biasanya, suspek akan dibantu satu kumpulan (kongsi gelap) dari Klang dalam kegiatan haram dengan sebahagian besar anggota kumpulan itu baru keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam. Seorang saudara terdekat yang mahir dalam bidang teknologi maklumat akan memberi panduan kepadanya dalam urusan jual beli aset itu,” katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian akan merujuk kepada lima peguam kepercayaannya, termasuk adik lelakinya yang juga suspek kedua kes Sosilawati supaya setiap perlakuannya tidak disabitkan kesalahan. (Pelbagai Sumber/AK)

Kes Sosilawati: Saspek Ada Hubungan Dg PDRM? -AMK

Empat Rekod Jenayah Suspek Sosilawati, Mengapa Tiada Tindakan?

‘Kecekapan’ seorang peguam bergelar Datuk - suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati, yang terlepas dari sebarang pendakwaan walaupun terbabit dalam empat kes jenayah sebelum ini, menimbulkan pelbagai persoalan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin hairan mengapa tiada tindakan dilakukan terhadap peguam berkenaan yang memiliki empat rekod berkaitan kes kehilangan individu lain.

Bagi beliau, ia menimbulkan persoalan sama ada wujud pertalian hubungan antara suspek dengan pimpinan tertinggi polis atau pentadbiran Polis Diraja Malaysia yang lemah sepanjang kepimpinan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa. Hassan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin menyatakan seorang peguam berusia 41 tahun berpangkat 'Datuk' yang menjadi suspek utama kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain itu pernah terlibat dalam empat lagi kes kehilangan orang.

"Kita berasa hairan 'Datuk' ini yang dikatakan ada rekod jenayah yang sama, tidak diambil tindakan untuk menghalang daripada berlaku. Datuk ini, apakah ia mempunyai kaitan dengan orang politik atau ada kaitan dengan tokoh tertentu dalam polis.

"Saya rasa itu merupakan persoalan yang perlu dijawab oleh pasukan keselamatan sendiri," kata Shamsul Iskandar kepada TV Selangor.

Lebih-lebih lagi, PDRM ketika dipimpin Musa Hassan kerap dikritik lantaran dakwaan hubungannya dalam jenayah berprofil tinggi termasuk kegiatan kongsi gelap dan salah laku orang kenamaan.

Sehingga tempoh persaraannya, bekas Ketua Polis Negara itu gagal membersihkan namanya dari dakwaan yang tersebar melalui internet, malah tidak mengambil sebarang tindakan perundangan.

"Dari segi KPI untuk ketua polis negara, proses pertukaran ini sepatutnya sudah lama dibuat. Saya percaya kerana dari pelbagai sumber, tidak keterlaluan saya katakan sudah menjadi satu rahsia umum mengenai keterlibatan pimpinan kanan polis.

"...tidak terkecuali Tan Sri Musa Hassan terlibat dalam kegiatan jenayah berprofil tinggi termasuk melibatkan diri dengan gangster dan kongsi gelap," katanya.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar meminta polis kembali kepada asas penugasan iaitu membanteras jenayah dan menjaga keamanan serta ketenteramana awam, bukannya mengekori pemimpin politik pembangkang untuk mencari salah.

"Pada saya sudah sampai masanya pasukan polis mengurangkan tumpuan dan fokus mereka daripada menjaga aktiviti politik yang kita lihat sekarang ini pasukan polis menjadi perkakas kepada Umno Barisan Nasional.

"Tumpuan sepatutnya diberi untuk menurunkan kadar jenayah di negara kita," katanya. -TVS

Sosilawati Dibunuh Di Morib, Didalangi 'Datuk'..



KL: Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam. Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib. Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan. Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang. Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! semalam. 

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu. Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan. 

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu. Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan dibuat keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu dari pihak polis. Tengah malam tadi siaran berita Tv1 pukul 12.00 telah menyiarkan secara ringkas, 4 mayat rentung dijumpai di Morib. (Pelbagai sumber, Kosmo Online, dll/AK)

Wanita India Bongkar Misteri Ladang Pembunuhan,

Isteri yang mencari suaminya, selepas jumpa peguam tertuduh pada 18 Januari..

ISTERI ahli perniagaan dari Chennai, India, S Usharani, 24, bimbang suaminya yang hilang sejak 18 Januari lalu turut menerima nasib sama seperti jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Suri rumah itu yang menetap di Ramapuram, Chennai ketika dihubungi Berita Harian, semalam, mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

“Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), suami menelefon dan memberitahu beliau dijemput dua beradik itu. Mereka saling mengenali sejak 10 tahun.

“Dalam perbualan itu, selain bertanyakan khabar anak perempuan kami berusia tiga tahun, beliau juga memberitahu dua peguam terbabit akan membawanya ke ladang milik mereka di Banting.

“Keesokan harinya (19 Januari), saya cuba menghubungi telefon bimbit suami beberapa kali tetapi gagal.

“Saya bimbang keselamatan suami lalu menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, namun tiada maklum balas sehingga sekarang,” katanya.
Muthuraja antara empat individu yang hilang sejak setahun lalu selepas berurus niaga dengan peguam bergelar Datuk di Banting.

Usharani berkata, pada 12 Februari lalu, beliau menerima panggilan misteri seorang lelaki yang mendakwa dirinya polis dan memaklumkan suaminya ditahan polis kerana kesalahan memiliki dadah.

“Dia meminta RM1 juta untuk membantu menyelesaikan kes itu, bagaimanapun saya tidak mempedulikannya. Pada 20 Februari, saya menerima satu lagi panggilan daripada seorang yang turut memperkenalkan dirinya sebagai polis dan meminta RM1 juta untuk tujuan sama. Dia meminta RM500,000 sebagai pendahuluan.

“Saya keliru dengan kedua-dua panggilan itu dan sekali lagi hubungi pejabat pesuruhjaya di Kuala Lumpur untuk mendapat kepastian sama ada suami ditahan polis seperti didakwa, namun tiada jawapan,” katanya.

Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia.

“Saya tiba di KLIA pada 8 September lalu dan membuat laporan di Balai Polis Banting. Saya turut memaklumkan suami menyebut beliau dibawa ke ladang milik seorang peguam di Banting,” katanya.

Difahamkan, berdasarkan maklumat Usharani itulah polis menyerbu Ladang Gadong sebelum menemui lokasi Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan laporan Usharani, tetapi enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, sumber polis memberitahu nasib empat mangsa yang hilang belum dapat dipastikan, namun tidak menolak kemungkinan mereka menerima nasib seperti Sosilawati dan rakan.

“Pasukan forensik dan Jabatan Kimia masih meneruskan siasatan termasuk mencari spesimen dan bukti berkaitan empat mangsa itu.

“Suspek dipercayai menjadikan ladang mereka yang lengkap dengan chalet, blok pejabat dan rumah kelab sebagai lokasi bertemu dan memperdayakan mangsa mereka.

“Ia bukan sekadar ladang sawit dan kandang ternakan, tetapi lengkap dengan semua kemudahan. Lokasinya yang terpencil dan dikelilingi tembok setinggi dua meter menyukarkan kegiatan mereka dikesan,” katanya. -BH

Kes Sosilawati Sudah Selesai -Polis. Tetapi...

 
KL: Pihak berkuasa dijangka akan menghadapkan suspek kes pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengirinya di mahkamah dijangka minggu depan. Laporan The Star Online hari ini berkata polis dan Jabatan Peguam Negara sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan.

Polis juga menganggap kes itu sudah selesai. Kesemua suspek kes ini sedang ditahan reman selama seminggu di lokap polis di Bukit Jalil di sini. Sehubungan itu, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, pihaknya menganggap kes itu telah selesai. “Tolong jangan buat spekulasi bahawa ada sesuatu yang tidak kena jika kami tidak dapat mendakwa dalam waktu terdekat... kerana kami mahu semuanya teratur (sebelum tuduh dikenakan),” kata beliau. 

Lapan suspek sedang ditahan buat masa sekarang. Dua daripada mereka merupakan peguam adik-beradik. Peguam bergelar “Datuk” dikatakan sebagai dalang kes pembunuhan itu. Ismail juga berkata, sebuah pasukan petugas juga telah dibentuk untuk menyiasat kesemua kes orang hilang yang dikaitkan dengan peguam-peguam berkenaan. Pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abu dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat, Banting.

Seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan Banting dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka. Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini – antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar. Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan.

Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pula dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar. Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah yang turut mengunjungi keluarga jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak, berkata beliau mengucapkan tahniah kepada pihak polis atas kejayaan menahan suspek kes itu.

“Kita minta polis siasat dengan terperinci kejadian ini dan jangan bagi satu peluang pun untuk penjenayah terlepas di mahkamah nanti. Kezaliman dan kekejaman seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Menteri itu turut mendedahkan yang beliau pernah duduk bersebelahan suspek dalam satu majlis penyampaian sumbangan kepada Orang Asli di Banting pada 8 September lalu di mana suspek merupakan penyumbang utama hamper dan pelbagai barangan pada majlis itu.
Beliau berkata pada pertemuan itu, suspek turut menyuarakan hasrat untuk menyertai MIC.

“Pada waktu itu, saya katakan kepada beliau, kenapa tidak memandangkan beliau seorang yang berpendidikan dan ditambah lagi sebagai peguam.
“Tapi sekarang, setelah tahu dia (suspek), saya ...sampai tidak boleh tidur bila memikirkan saya pernah duduk dan berbual dengannya,” katanya. (AK)

2 Lagi Mangsa Saspek India & China -K/Polis S'ngor

BANTING: Terdapat dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam bergelar Datuk yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lain, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar. 

“Kami sedang menyemak semula kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, dan apabila disiasat dua daripada kes orang hilang itu didapati mempunyai kaitan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sebuah restoran di sini hari ini beliau berkata kes itu melibatkan kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan Cina.

Peguam berusia 41 tahun yang bergelar Datuk itu adalah antara lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik itu.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Ahad lepas polis mengesahkan kempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat sini.

Khalid sebelum itu dilihat melawat lokasi kejadian di Ladang Gadong bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop kira-kira pukul 10.30 pagi, dan keluar sejam kemudian.
Abu Seman ketika ditemui berkata kehadiran beliau di situ adalah untuk melawat anggota-anggota polis yang sedang bertugas di lokasi berkenaan pada Hari Raya.

Sementara itu Khalid mengingatkan pihak media agar tidak melaporkan kes pembunuhan itu secara melampau, dengan membuat pelbagai andaian sendiri.Katanya selain menyulitkan siasatan polis, spekulasi yang ditimbulkan media juga boleh merunsingkan fikiran anggota keluarga mangsa yang masih sedih dengan berita kematian itu.

“Tolonglah, jangan tulis benda-benda yang tak disahkan. Jangan tulis cerita-cerita yang awak (media) dengar-dengar sahaja,” katanya.

Sementara itu seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui di restoran itu berkata peguam bergelar Datuk itu sering berkunjung ke restoran berkenaan, dan dia memang dikenali di kalangan penduduk kawasan itu. – Bernama

Terbongkar Lagi Mangsa Pembunuhan Saspek.


Gambar: Kelihatan seorang jurugambar sedang merakam gambar rumah peguam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut. Foto:Bernama
 
Terbongkar lagi.. Pihak polis telah menghubungi suami kepada T. Selvi, iaitu mangsa dibunuh di Banting pada 27 April tahun lalu. Mekanik, P. Balasundram, 54, mendakwa peguam terbabit telah menipunya sejumlah wang pada tahun 2008 dalam satu perniagaan pinjaman wang yang dikongsi oleh mereka. 


Sambungnya lagi, beberapa hari kemudian, dia mendakwa, isterinya ditetak dengan parang sehingga mati oleh dua penyerang di hadapan rumahnya di Taman Cempaka di Banting. Balasundram yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan suspek utama berkenaan berkata, dia menerima satu panggilan telefon daripada polis berhubung dengan pembunuhan isterinya.


"Anggota polis itu memberitahu dia mengiringi peguam terbabit ke pejabatnya untuk mengumpul dokumen-dokumen berkaitan dengan perniagaan pinjaman wang," katanya.
Di Petaling Jaya, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis menerima dua laporan kehilangan dua individu di Banting yang dipercayai berkaitan dengan peguam terbabit. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut.


Peguam bergelar Datuk disyaki sebagai dalang yang mengarahkan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Difahamkan, peguam terbabit mengarahkan sekurang-kurangnya tiga lelaki dipercayai pekerjanya, membunuh keempat-empat mangsa di sebuah rumah tinggal dalam ladang kelapa sawit di Sungai Gadung yang dipercayai miliknya.


Jenayah keji itu dilakukan selepas Sosilawati bersama tiga rakannya itu berdepan sendiri dengan peguam berkenaan berkaitan urusan penukaran hak milik pembelian tanah bernilai RM25 juta. Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Karim, 32, sebelum ini dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.


Isnin lalu, polis mengesahkan suspek dalam kes kehilangan jutawan itu mengaku membawa semua mangsa ke sebuah ladang, sebelum mereka dipukul mati dan mayatnya dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Kuala Langat. Bagaimanapun, polis masih belum mengesahkan khabar angin sama ada mangsa-mangsa itu membawa wang sejumlah RM4 juta bersama untuk berjumpa dengan Datuk terbabit. (AK)

K/Sosilawati: Budaya Mona Fendy & Altantuya Berulang..

Mona Fendey 17 tahun lalu.

Tertuduh di tengah-tengah, ikut Mona Fendeykah?

KL, 15 Sept 10: Jutawan produk komestik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengiringnya dilaporkan dibunuh dan dibakar oleh pekerja-pekerja suspek utama, menyingkap kembali kes pembunuhan membabitkan pasangan Mona Fandey 17 tahun lalu. Berdasarkan laporan media hari ini, keempat-empat mangsa kemungkinan dibunuh oleh sekurang-kurangnya tiga pekerja atas arahan suspek-suspek utama. Lapor The Malaysian Insider.


The Star melaporkan suspek-suspek utama mengarahkan tiga pekerja lelaki membunuh mereka di ladang kelapa sawit di Sungai Gadung. Dipercayai ladang itu dimiliki oleh peguam adik-beradik yang ditahan. Pembunuhan itu dipercayai berlaku selepas Sosilawati pergi menemui suspek berkenaan untuk mendapatkan wang pendahuluan berhubung urus niaga tanah bernilai RM25 juta. Keempat-empat mangsa dikatakan dipukul dan dibunuh sebelum dibakar.


Bagaimanapun sehingga kini polis belum dapat mengenal pasti identiti mangsa yang didapati dibunuh dan dibakar, yang abu mereka dibuang ke dalam sungai. Polis mengesahkan kematian mereka setakat ini berdasarkan pengakuan suspek-suspek utama. Pada Julai 1993, negara dikejutkan dengan modus operandi yang digunakan dalam kes menyayat hati.


Sekali imbas ia mirip kepada modus operandi yang digunakan oleh pasangan bomoh Maznah Ismail, Mohd Affendy Abdul Rahman serta pembantu Juraimi Hussin dalam kes bunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Talam, Datuk Idros. Wakil rakyat itu dibunuh antara pukul 11 malam 2 Julai 1993 dan 12 tengah 12 tengah malam 8 Julai 1993.


Misteri pembunuhan Sosilawati terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu. Kesemua suspek disyaki membunuh Sosilawati, 47 bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32 dan pegawai CIMB, Noorhisham Mohamad, 38 yang telah dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.


Penemuan beberapa barang bukti mangsa di Sungai Kanchong Laut, Tanjung Sepat yang dijumpai oleh Pasukan Penyelam Gerakan Marin semalam mengukuhkan lagi bukti kesemua mangsa dipercayai dibunuh dengan kejam.


Dalam pada itu, Utusan Malaysia melaporkan beberapa barang bukti yang dijumpai ialah besi, sebatang kayu dengan kesan terbakar, pisah bilah berbentuk sabit, dan barangan milik peribadi milik mangsa yang didakwa sebelum ini dipakai oleh mangsa iaitu jam tangan berjenama Rolex.
Malah terdapat bukti baru yang mengaitkan pembunuhan kejam itu dengan penemuan enam keping zink yang dipercayai digunakan untuk melapik badan-badan mangsa sebelum dibakar. Maklumat mengenai pembunuhan tidak berperikemanusiaan ini didedahkan sendiri oleh salah seorang daripada tiga suspek lelaki yang ditahan polis.


Bahan bukti yang dijumpai dapat mengukuhkan lagi pembabitan kesemua suspek dengan kes pembunuhan tersebut. Misteri kehilangan mangsa terjawap apabila polis menzahirkan kecekapan mereka apabila berjaya menahan suspek yang akhirnya membantu siasatan dan membawa kepada penemuan barang bukti dalam pembunuhan kejam ini.


Kes Sosilawati bermula dengan laporan kehilangannya apabila gagal dihubungi oleh ahli keluarganya pada 30 Ogos lalu iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk untuk urusan jual beli tanah.


Kesemua mangsa dipercayai dibunuh dengan kejam terlebih dahulu sebelum dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dan dibuang abu mereka ke dalam Sungai Ladang Gadong bagi menghapuskan bukti. Bahan bukti yang dijumpai dalam kedua-dua kes cuba dilupuskan dengan sebaik mungkin namun gagal apabila kecekapan polis dalam mengendalikan kes mengatasi segalanya.


Akhbar New Straits Times pula melaporkan penahanan suspek kes ini kemungkinan boleh membantu siasatan 17 kes pembunuhan sebelum ini.


Sementara itu menurut Harakahdaily, polis bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat sejauh manakah siasatan dan tindakan pencegahan yang dibuat apabila suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dilaporkan mungkin terlibat dalam pembunuhan sehingga sembilan mangsa


"Walaupun diumumkan Isnin lalu bahawa Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tercapai kerana kadar jenayah turun, rakyat yang semakin gelisah dengan pelbagai jenayah berat yang terus berlaku berhak mendapat tahu sejauh manakah tindakan polis menyiasat kehilangan beberapa orang yang dikaitkan dengan suspek pembunuhan Sosilawati dan pembantu-pembantunya itu." Kata Naib Presiden PAS.

Sosilawati Usahawan Berjaya -Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh dengan kejam bersama tiga individu lain, merupakan usahawan berjaya dan disegani, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Beliau berkata Sosilawati, yang juga ahli Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor, mempunyai kebolehan dan keupayaan dalam bidang perniagaan. Abdul Khalid berharap agar penyiasatan terhadap kes itu dapat dilakukan segera untuk mententeramkan kembali keadaan.

"Saya yakin pihak polis telah menjalankan kerja dengan sebaiknya dan setakat ini pun mereka sudah menunjukkan kecekapan dalam mencari maklumat berikutan kes ini," katanya kepada pemberita selepas melawat ahli keluarga Sosilawati di Gombak dekat sini hari ini.
Menteri Besar Selangor itu berkata beliau sempat menemui mangsa ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, dua hari sebelum Sosilawati dilaporkan hilang.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Pada Ahad, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Kuala Langat.-Bernama

Sosilawati: Disembelih, Dikelar & Dibakar

CARI...anggota pasukan penyelam polis mencari bukti di Sungai Kanchong Laut, semalam.
Anggota pasukan penyelam polis mencari bukti di Sungai Kanchong Laut, semalam.

BANTING: Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam.

Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

“Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

“Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.
Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadung, Tanjung Sepat.

“Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.

“Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu,” kata sumber itu.

Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan.
“Pisau milik kumpulan pembunuh itu ditemui selepas salah seorang suspek yang ditahan memberikan maklumat kepada polis. Setakat ini, polis percaya, pisau itu digunakan untuk membunuh semua mangsa berkenaan” katanya.

Menurutnya, dalam operasi kelmarin, polis Unit Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kawasan Sungai Panchau di sini. Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran antaranya tulang dan tisu tubuh yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang.

Sementara itu, pasukan penyelam polis meneruskan usaha menyelam di dasar Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah bagi mencari objek yang boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan berkenaan, semalam. Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah. Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Susulan kes itu, polis memberkas lapan suspek termasuk dua wanita antara Jumaat hingga Ahad lalu membabitkan suspek berusia 19 hingga 45 tahun.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010.

Yoyoy Kamphora Spa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam dunia. Kepada yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Selamat pulang dan kembali. Yoyoy Kamphora Spa akan ditutup sempena hari raya. Bagaimanapun, sistem jualan online kami beroperasi seperti biasa 24 jam.



Mizz Nina dengan lagu kontroversi What U Waiting For..

Jika dihayati bait-bait lirik dan mesej yang tersirat dalam lagu itu, karya ciptaan Koolade dan James Knox itu sebenarnya bercerita tentang pesta liar, pergaulan bebas antara muda-mudi dan berbaur seksual.


Ditanya mengenai perkara itu, wanita yang mesra disapa Nina ini tidak menyangkal bahawa bait-bait lirik lagu itu mungkin agak kontroversi dan 'nakal'.


Sebagai penyanyi yang sedar akan tanggungjawab sosialnya, dia sama sekali tidak lihat perkara itu sebagai satu isu. Sekalipun ia mungkin berbentuk provokasi Nina sama sekali tidak berniat atau sengaja untuk mendorong peminat untuk mengikuti apa yang disampaikan dalam lagu itu.


"Lagu itu dihasilkan untuk hiburan semata-mata. Ia hanyalah sebuah lagu tentang kemeriahan hidup dan pesta muda-mudi yang penuh warna-warni dan kegembiraan.


"Memang saya akui liriknya agak 'nakal' tapi ia hanya cerita dalam lagu itu. Bukannya saya ingin mendorong masyarakat untuk melakukan seperti mana dalam lagu itu. Ia hanyalah sebuah lagu dan tidak lebih daripada itu," katanya.



Korang baca je la lirik lagu kontroversi tu.. Kalau pandai omputeh pahamlah.. Yang tak paham buat2 paham la




What You Waiting For – MizzNina feat Colby O’ Donis

CHORUS – Colby

Baby I never seen someone wit your body

You make me wanna get this party started,

Hey baby come and tell me what’s the score

Baby, baby, tell me, what chu, what chu, waiting for

CHORUS – Mizz Nina

Baby I never seen someone with your body

You make me wanna get a little naughty

Hey baby come and get me it’s all your’s

Baby, baby, tell me, what chu, what chu, waiting for

VERSE

Colby

It’s your birthday so tell me what you wanna do

Mizz Nina

It’s my birthday I really wanna get with you

Colby

Drop the beat now and baby we can get it started

Mizz Nina

We’ll go insane and take it to the after party

HOOK

Colby

So whats your name, hey baby what’s your name, oh yeah

Mizz Nina

Sexy’s my name, yeah sexy is my name

Colby

Ok, and what’s your game, hey baby what’s your game

Mizz Nina

Ok i like to play, I, I like to play, ay,

CHORUS Colby

Baby I never seen someone wit your body

You make me wanna get this party started,

Hey baby come and tell me what’s the score

Baby, baby, tell me, what chu, what chu, waiting for

CHORUS Mizz Nina

Baby I never seen someone with your body

You make me wanna get a little naughty

Hey baby come and get me it’s all your’s

Baby, baby, tell me, what chu, what chu, waiting for

VERSE 2

Colby

Hey sexy girl from kuala la la lumpur

Mizz Nina

Hey baby thats me, i’ll be on the dancefloor

Colby

I got chu a surprise, we’re poppin up in vip

Mizz Nina

And if I ask nice can I take you home with me

HOOK x2

CHORUS

Bridge

Colby

Baby, lets get crazy, come on loose control, ol, ol

Mizz Nina

We’re gonna tear up the after party, I know you want some more, oh, oh, oh

Colby

I wanna see ya, work that body, Drop it down real low, low, low

Mizz Nina

Hey baby, come and get me, tell me, what chu, what chu, what chu, what chu waiting for.

CHORUS

Tuesday, September 7, 2010

Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan.

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?


Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. Berikut adalah keterangan tentang simbolik yang diselitkan.


1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM



Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).


1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan (Jika memang terbalik, kenapa imej beca tak diterbalikkan juga?)
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas - Simbol Paganism




Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.


1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian (Memang takkan diletakkan muka POPE atau topi Kristian yg sebenar. Ia disimbolikkan. Jika tidak, pasti sudah dapat tentangan sebelum ditayangkan lagi)

3.Pelawaan Menaiki Beca Terbang - Kiasan untuk Pelawaan Masuk Kristian (bukan seperti beca biasa yg menjadi kenderaan bagi segelintir rakyat Malaysia. Beca terbang tidak terdapat di Malaysia mahupun mana2 tempat di dalam bumi ini selain fantasi kanak2 kristian ketika menyambut hari Natal [krismas])


Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)


Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.


1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

3.Kuala Lumpur - Capital of Malaysian Illuminat.


Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.


1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira.


1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.



Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?



Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.




Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..




Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Tidak bolehkah titisan-titisan air ini berpecah lalu terbang bersama titisan-titisan air yang lain atau keluar dari kelopak lalu jatuh ke tanah dan kenapa mesti membentuk 6 segi seperti ini? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..


Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).


TV3 Minta Maaf

Masih lagi kecoh tentang iklan raya TV3 dekat group Kami membantah Promo Iklan Raya Aildilfitri TV3 2010 walaupun TV3 dah meminta maaf semalam . Sapa tak tengok berita semalam boleh tengok video kat bawah nie .





Agenda Tersirat Iklan Promo Raya TV3


(sila klik pada gambar untuk lebih jelas)





Masih lagi hangat di topic iklan promo raya TV3 yang melampau. Setelah meneliti video ini banyak kali, saya tertarik dengan dua frame gambar di dinding, di mana gambarnya berupa "Red Devil".


Kami percaya frame tersebut mempunyai kaitan dengan agenda yang ingin disampaikan, freemason. Sebelum ini saya pernah menonton dokumentari yang diterbitkan krew Wake Up Project, iatu siri The Arrivals. Banyak topic yang dibincangkan dalam dokumentari tersebut. Lebih mengejutkan, saya dapati cara penyebaran iklan raya TV3 ini ada mempunyai kaitan dengan apa yang di bincangkan dalam siri The Arrivals itu - Children Mind Control

Persoalannya :


Gambar pada frame tersebut, saya tidak dapat mengenal pasti dengan jelas. Tetapi saya percaya ia mengandungi agenda tersendiri. Huruf jawi diterbalikkan, ditayangkan hanya kurang dari 1saat. Gambar pada frame tersebut juga mestii ade something. Di harap pembaca dapat berkongsi idea, apa yang korang rasa gambar dalam frame tu.


Petikan dari siri The Arrivals :


"Media ini memainkan peranan yang penting dalam menyediakan asas-asas untuk menentukan pandangan seseorang individu terhadap dunia ini"


"Oleh itu, mana-mana pihak yang menguasai maklumat ini dan media massa akan dapat mengawal dan mempengaruhi setiap populasi di bumi dengan cara pemikiran mereka."


"Dan inilah yang dilakukan oleh Freemason"


"Freemason ini menggunakan media untuk mempengaruhi manusia dengan cara pemikiran mereka"


"Sama ada cara terbuka, atau secara tersirat"


"Cara yang mereka gunakan berbeza, tetapi matlamatnya tetap sama"


"Untuk mempengaruhi kamu degan cara pemikiran dan kepercayaan mereka sehinggakan kamu menganggap mereka sebahagian dari kehidupan kamu."


"Mereka menguasai industri musik, wayang, hiburan, dan bahan lucah"


"Untuk satu tujuan iaitu mempengaruhi kamu melalui penguasaan minda!"


Saya sertakan point di atas supaya pembaca dapat memahami apa sebenarnya yang dikatakan dengan penguasaan minda. Dan kaitannya :


Turut dipetik dari siri The Arrivals : (yang ni menarik!!)


"Untuk membuat simbol seks dalam kartun, pelukis akan menggunakan satu teknik di mana dia akan memulakan lukisan dengan melukis satu lambang seks dan seterusnya membatalkannya dengan hasil lukisannya."


Buktinya :





(sila klik pada imej untuk gambar lebih jelas)


"Ini mencetuskan deria seks kanak-kanak pada usia yang amat muda"

Dan objek-objek tertentu yang diselitkan bersama cerita untuk tontonan kanak-kanak.





(sila klik pada imej untuk gambar lebih jelas)

Iklan Raya TV3 2010 Dikecam Hebat Kerana Unsur Christmas: Sinari Lebaran


Pernah tak anda tengok iklan hari raya TV3 2010 yang terbaru? Ianya sudah dikecam hebat kerana ada unsur-unsur krismas. Tajuk iklan hari raya TV3 tu adalah Sinari Lebaran, Keindahan Dalam Kemeriahan. Oklah sedikit ringkasan.


Close Up Muka Surat Bergambar Beca Scene2


- Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara),menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan


1. Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2. Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3. Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4. North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)

5. Pokok Krismas - Simbol Paganism




Iklan tu bermula dengan dengan seorang budak sedang membaca buku di dalam sebuah rumah.



Adalah gambar sebuah beca dalam buku tu. Tiba-tiba buku itu mengeluarkan sinaran dan bersinarlah gambar beca tu. Sinaran itu macam magik le keluar ke luar rumah dan muncul le seorang pakcik berkopiah mengajak budak itu naik beca boleh terbang tu....




Budak itu naik beca dan di dalamnya terdapat ramai lagi kanak-kanak yang diangkut oleh pakcik tu untuk dibawa berjalan-jalan.. opssss, bukan jalan terbang ya....Budak-budak memang suka le, kalau aku pun suka boleh terbang.....



Dan seterusnya mereka dibawa di suatu tempat yang asing dan indah. Memang penuh dengan imiginasi macam pelita keluar melalui kelopak bunga, bahulu yang diterbangkan dan macam-macam lagi.



Akhirnya mereka gembira untuk menyambut hari raya secara futuristic tetapi mempunyai elemen-elemen kerjasama dan juga kuih muih yang tradisional.


Ramai di laman web, laman sosial dan blog tak setuju dengan iklan ni dan sesetengah daripada mereka mengesyorkan agar iklan ni dikeluarkan. Bukannya apa taakut rosak akidah lebih-lebih lagi dengan raya aidilfitri.


Memanglah tak dinafikan yang banyak unsur-unsur yang tak masuk akal atau logik dalam TV sekarang tapi rasanya tak perlu le ditambah oleh masyarakat Islam. Apa pandangan anda semua.

Monday, September 6, 2010

Jutawan kosmetik hilang bersama wang RM4 juta



INILAH kediaman mewah Sosilawati di Gombak yang hilang tanpa berita sejak enam hari lalu.


KUALA LUMPUR - Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya menimbulkan misteri apabila dia dan tiga yang lain dilaporkan hilang enam hari lalu selepas keluar dari sebuah pejabatnya di Kampung Baru di sini pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang bersama Sosilawati yang merupakan pengarah urusan dan pengasas syarikat produk kecantikan Nouvelles Visage itu ialah seorang peguam, pegawai bank dan pemandu wanita itu.

Mereka hilang bersama kereta BMW X7 milik Sosilawati.

Satu sumber berkata, sebelum hilang, Sosilawati yang merupakan bekas isteri penyanyi terkenal kumpulan Lefthanded, Jamaludin Elias atau lebih dikenali Nash dikatakan telah meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa.

Namun, selepas meninggalkan pejabat itu, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak.

Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor.


Friday, September 3, 2010

Mengejar Lailatul Qadar


Nuzul Quran, 17hb Ramadhan dah berlalu. Banyak negeri diMalaysia memberi kelepasan agaknya untuk mengejar Lailatul Qadar. Lailatul Qadar malam AlQuran diturunkan. Berkatnya malam itu seperti beribadat 1000 bulan. MasyaAllah.


Rasulullah menyuruh umatnya berusaha berlipat kali ganda pada 10 malam terakhir Ramadhan. Terutamanya pula malam-malam ganjil. Digalakkan kita beriktikaf dimasjid pada 10 malam akhir ini. Walau pun setengah pendapat mengatakan beriktikaf diMasjidil Haram sahaja tetapi ini sebenarnya tidak selaras dengan hari 17 Ramadhan, Nuzul Quran yang kita bercuti.


Allah maha pengasih dan maha penyayang. Diadakan malam Lailatul Quran kerana Allah maha pemberi. Kita ditawarkan peluang ini. Usahalah. Mungkin kena kerja keras. Siangnya membuat kerja yang dipertanggung jawabkan dengan iklas dan bersungguh dan menghidupkan malamnya dan beribadat sebanyak mungkin. Ibadat pula perlulah mengikut sunnah seperti yang diajar Rasulullah SAW tidak bidaah. InsyaAllah giatkan lagi malam ini dan harapnya dikabulkan doa kita. Amin.

Thursday, September 2, 2010

Tarikh melihat Anak Bulan


Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Aidilfitri tahun ini pada 8 September ini. Ia dilakukan di 30 tempat yang ditetapkan di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, semalam.


Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa berdasarkan rukyah dan hisab. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan.


Kepentingan Wanita menjaga Tubuh.

Bukan SEMUA wanita pencen awal menjaga badan, hanya sebahagian besar mereka.

Perhatikan, majoriti perempuan Malaysia sewaktu bergelar anak dara begitu prihatin berhubung kecantikan diri. Mereka berusaha memastikan pinggang ramping, perut kempis, punggung tidak terlalu berlemak dan dada kelihatan montok. Malangnya, usaha terbabit seringkali dihentikan sejurus kelahiran anak pertama.


Jika ditanya, pelbagai alasan mereka kemukakan. Kekurangan masa kerana bekerja, suami tidak mampu membiayai kos penjagaan tubuh badan dan sibuk menguruskan hal rumahtangga. Kesemuanya alasan berbentuk klise.


Adakah alasan itu diterima lelaki secara terbuka? Mungkin, tetapi tidak semua lelaki. Majoriti mereka ingin melihat tubuh isteri kelihatan terjaga. Mungkin tidak berharap pinggang isteri seramping pinggang kerengga kerana suami faham, isteri bukan anak dara. Mungkin tidak menjangka perut isteri sekempis perut supermodel kerana isteri sudah bergelar ibu. Mungkin suami tidak mengimpikan punggung dan dada isteri seperti milik artis barat kerana jarang isteri berpeluang ke gimnasium mahupun ke pusat kecantikan. Bagaimanpun cukup jika sedap mata suami memandang. Bukan begitu?


Saya kagum melihat wanita di Bali, Indonesia. Biarpun bergelar isteri, tubuh mereka kelihatan terjaga, barangkali kerana khasiat jamu dan terpaksa berhadapan pelancong setiap hari, mereka ingin kelihatan cantik. Sebahagian wanita di Kosovo tidak kurang hebat penampilan mereka, mungin kerana ‘negara’ dilanda peperangan sebelum ini, makanan kurang, maka sukar menjadi gemuk. Apapun, itu semua telahan sahaja.


Jika suami menegur isteri kerana ‘allignment’ tubuh lari, tersilap kaedah, buruk padahnya. Kata isteri, itu soal terlalu sensitif dan sekaligus mereka kerap mempersoalkan bagaimana kalau tubuh suami juga sama?


Tahniah Tan Sri Ismail Omar - Ketua Polis Baru

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencadangkan Tan Sri Ismail Omar sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Musa Hassan. Musa tamat kontrak perkhidmatan 12 September ini. Pasti ada pihak menyambut gembira dan sebaliknya berhubung keputusan itu. Bak kata pepatah, sekali air bah, sekali pantai berubah.


Barangkali hanya kebetulan, Hussin bin Ismail bin Omar, kedua mereka berusia 57 tahun. Diharapkan mereka menjadi gabungan mantap memastikan Malaysia sentiasa berada di dalam keadaan aman dan sejahtera.

Wednesday, September 1, 2010

Promosi Istimewa Termurah Sempena Hari Raya 2010.


Kami ingin mengucapkan selamat menyambut hari lebaran yang akan bakal tiba beberapa hari lagi. Persiapan untuk kecantikan wajah dan badan juga perlu untuk tampil berseri dan anggun di pagi raya. Kami di Yoyoy Kamphora Spa menyediakan rawatan kecantikan istimewa untuk wanita dengan harga paling istimewa sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.



Resdung 6 Batang = RM 10

Manicure = RM 20

Lulur Whitening = RM 40

Body Scrub Lavender = RM 40

Body Whitening Mask = RM 40

Facial Lifting = RM 50

Facial Whitening Collagen = RM 60

Facial Lifting + Lightening + Collagen = RM 65

Sauna Aromatherapy +Relaxing Massage = RM 70



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...