Sebelum ini, Washington pernah
menyenaraihitamkan Malaysia bersama beberapa buah negara lain seperti
Myanmar, Cuba, Iran, Korea Utara dan Sudan sebagai antara negara yang
terlibat dalam penyeludupan manusia dan Malaysia menafikannya.
Undang-undang Malaysia pada masa ini tidak mempunyai perbezaan antara
penyeludupan manusia dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia.
Tindakan Kanada yang mula kenakan Visa terhadap rakyat Malaysia ada kena mengena dengan kes
Mykad palsu yang berleluasa sebelum ini. Memang pahit untuk ditelan,
tapi itulah hakikatnya. Cuba lihat senario yang yang berlaku hari ini
dengan lambakan pendatang asing tanpa izin di Malaysia.
Setiap kali polis buat serbuan dit pusat hiburan atau rumah urut, pasti mereka tidak akan “pulang dengan tangan kosong. Mesti ada yang dapat sangkut warga asing china dan Indonesia. Bukan sikit-sikit, berduyun=duyun pulak tu.
Sejak akhir-akhir ini isu pendatang
tanpa izin (PATI) di Malaysia sudah menjadi satu virus yang paling
berbahaya. Lebih bahaya dari H1N1. Antara kesan-kesan yang dah semakin
ketara disebabkan pendatang asing tanpa izin di Malaysia yang dilihat
ketika ini semakin bermaharajalela atau bahasa kasarnya “dah naik
kepala” :
- Jenayah tanpa rekod atau memang dah terlampau banyak. Samun, kes cabul. Bak kata mudah, apabila pihak berkuasa pasang jerat sahaja tak sampai 10 minit akan ada tangkapan.
- Peluang pekerjaan part time untuk rakyat Malaysia semakin kurang. Ini kerana pekerja asing ini boleh tidur dan makan di tempat kerja. Sebahagian besar daripada mereka, diakui ramai rajin datang awal, rajin bekerja dan tidak kisah kerja lebih masa serat tidak memilih untuk bekerja.
- Pernah lihat pekerja bangla membeli-belah di Mydin ataupun Tesco contohnya? Sampai tak cukup tangan…….Natijahnya?
- Masalah setinggan
- Akan keluar lagi banyak pendaftaran negara enterprise. Setakat mykad dan passport, mudah-mudah sahaja mereka ditipu
- Rakyat Malaysia sudah mula rasa tidak selamat di negara sendiri dan takut keluar rumah sedangkan pendatang haram ini bebas berkeliaran yang bergerak selalunya dalam kumpulan
Sekurang-kurangnya kalau dah tak boleh
selesaikan gelombang pekerja asing yang HALAL, cari mekanisme yang
terbaik untuk banteras habis-habisan pekerasing tanpa izin di Malaysia.
Tidak kisah, pendatang asing yang datang untuk bekerja. Memang kita
perlukan namun bukan sehingga kita dah jadi terdesak macam sekarang.
Cuba pergi di Klang, dah macam negeri PATI pula. Sarawak dan Sabah
jangan cakapla…..sampaikan rakyat mereka dah letih menerima “takdir”
yang menerima mereka.
Kalau di Singapura, siapa ceroboh sahaja akan ditembak. Kita? Siap bagi selimut bantal lagi. Memang berbudi bahasa Malaysia ini. Sehingga kita dipijak-pijak oleh mereka.
Kadang-kadang isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia ini takkan habis sebab puncanya dari rakyat kita sendiri. Apakah puncanya?
- Bila ada kes baru terhegeh-hegeh nak buat serbuan. Bidang kuasa PATI ini bergantung kepada Imigresen, kemudian baru pihak polis. Tiada arahan yang jelas dan konsisten tentang pelaksanaannya. Polis bukan boleh suka suka pergi serbu, kena ada arahan operasi dari KDN baru boleh serbu. Melainkan ada kes jenayah.
- Operasi yang dinamakan khusus untuk tangkap PATI ini membataskan kuasa dan tugas polis. Polis yang ronda-ronda pun bukan boleh cek ( periksa ) pekerja asing ini secara suka hati, sembrono. Ini semua karenah birokrasi yang telah wujud sekian lama di negara. Kalau di England, kalau kau salah tetap salah tak kira apa pangat sekalipun. Sebab itu polis di Britain boleh saman anak raja sekali pun. Kalau di Malaysia?
- Rasanya kerajaan kurang ‘susahkan’ PATI ni bergerak. Mesti kerap buat rondaan, terutamanya di kawasan “hitam” bagi pendatang asing tanpa izin. Jika kita susahkan mereka (PATI) ini bergerak untuk cari makan, rasanya ‘panas’ jugak mereka untuk tinggal di Malaysia. Ini tidaknya banyak betul masa “honeymoon” untuk mereka berbanding serbuan yang dibuat.
- Kita sebagai rakyat Malaysia pun kena main peranan Jangan takut untuk laporkan kehadiran PATI. Jika ada yang mengetahui PATI yang berniaga. BOIKOT sahaja.
- Suka atau tidak, inilah realitinya. Rasuah yang semakin menjadi-jadi dikalangan pihak berkuasa. Bukan semua, sebahagian besarnya begitu. Yang tidak mengambil rasuah, kami ucapkan TAHNIAH untuk anda.
- Tiada permit kerja tetapi nak hire pekerja asing!! Maka berbondong-bondonglah mereka datang dengan pas lawatan hingga tamat tempoh!!
Kerajaan membelanjakan RM30.2 juta bagi
menampung kos penghantaran pulang 154,729 pendatang tanpa izin, PATI di
antara tahun 2007 dan 2009. Selain itu kerajaan dikatakan membelanjakan
RM30 sehari membiayai kos kehidupan harian dan rawatan (tidak termasuk
kos perubatan) PATI di Depot (tahanan) Imigresen. RM30.2 juta itu wang
cukai dikutip daripada kita semua. Anda tidak terasa ker selain duit cukai anda digunakan di sini. Apa kata pembayar cukai di sini?
Kerajaan hantar pulang 10 pendatang asing tanpa izin, 2 minggu lagi 100 yang akan datang semula
Ini merupakan berita yang dipetik
daripada akhbar Kosmo yang pernah disiarkan sebelum ini. Inilah yang
dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi:
KLANG : Ada berapa ramai penumpang dalam bot? Kalau tak lebih (jumlah orang) kami tak periksa. Itu antara perbualan yang sayup kedengaran di luar bot pancung yang dinaiki wartawan Kosmo! Menyamar sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Ia dipercayai antara pihak berkuasa yang memantau perairan negara dengan ejen sindiket menyeludup PATI ke Malaysia semasa bot itu ditahan ketika dalam perjalanan menuju Pelabuhan Klang dari Tanjung Balai Asahan, Indonesia.Apa yang mengejutkan, bot yang sarat dengan penumpang itu langsung tidak diperiksa sebaliknya dibenarkan beredar setelah berpuas hati dengan jawapan daripada ejen sindiket berkenaan. Itulah senario yang berlaku di perairan negara apabila wujudnya? Sehinggakan aktiviti penyeludupan manusia yang kini semakin menjadi-jadi.Malah perkara tersebut diakui sendiri oleh ejen sindiket yang memberitahu, kegiatan menyeludup manusia bukannya baru tetapi sudah berlaku sejak bertahun-tahun lalu. Dengan hanya menggunakan bot-bot pancung yang didaftarkan untuk membawa ikan dan sayur-sayuran, membolehkan mereka membawa masuk dan keluar PATI di negara ini. Apa yang mereka perlu sediakan adalah “wang pelincir”?Kata ejen sindiket yang dikenali sebagai Yusri mengatakan yang perjalanan mesti bermula pada waktu malam. Jelasnya, dia telah melakukan kegiatan itu hampir 15 tahun lalu bermula dengan penghantaran ikan namun hasil pergaulan dengan ramai orang, dia mendapat lubang untuk menambah pendapatan dengan menyeludup manusia. Sayaenggak berani pada mulanya tetapi bila tahu lubang ini selamat untuk dilalui baru, boleh bergerak.Selagi lubang tidak dibuka, selagi itulah semua penumpang kena tinggal di rumah transit yang kita sediakan,? katanya yang menyangka wartawan Kosmo berasal dari Jawa Tengah. Katanya lagi lubang tersebut perlu dibayar untuk membuka laluannya dan penjaganya juga perlu diketahui dari awal atau terpaksa berhadapan risiko ditahan. Tambahnya, untuk melakukan kerja tersebut, apa yang penting mesti kenal ramai orang terutama orang yang ada kuasa.
No comments:
Post a Comment