KAMPUNG MELAYU WIRA DAMAI
Kampung ini terletak bersebelahan Batu Caves. Penduduk asalnya
sememangnya 100% melayu. Walau bagaimanapun, perkembangan terbaru
menunjukkan peningkatan mendadak kebanjiran pendatang asing tanpa izin
(PATI) bukan sahaja dari negara jiran malah warga Bangladesh turut
mendiami kawasan ini.
Ini mungkin disebabkan sehingga kini tiada tindakan tegas dari pihak berkuasa menjadikan
kawasan ini sebagai kawasan yang selamat , mungkin juga kebal, walaupun
aduan telah dibuat. Kejadian jenayah bunuh oleh warga asing di pasar
malam berhampiran pernah dilaporkan dalam media, tetapi sehingga kini,
PATI bebas dengan aktiviti masing. Sesetengah rumah di kampung ini,
juga kawasan sekitarnya sehingga Taman Bolton memang dimiliki oleh PATI.
PATI mendiami rumah sehingga rapat ke dinding bukit batu caves.
Penduduk yang mendiami telah puas mengadu, tetapi sehingga kini, tiada sebarang tindakan.
Semoga pihak berkuasa dapat bertindak lebih tegas bagi menbenteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin
No comments:
Post a Comment