Tuesday, November 27, 2012

Bagaimana Mengetahui Rahim Jatuh?


KEDUDUKAN rahim, corong faraj yang juga termasuk bahagian pembukaan faraj, dalam tampungan otot pelvis yang juga dikenali sebagai otot kemut. Jika keadaan otot itu sihat dan langsing, sudah tentu struktur dalam kawalannya juga akan berada dalam keadaan langsing dan tegap. 

Perkara yang sebaliknya berlaku apabila otot kemut lemah. Kedudukan rahim jatuh dan juga dinding faraj. Jika dinding faraj bahagian atas lemah kedudukan salur kencing dan pundi kencing tergendala dan membuatkan pundi kencing lemah dan otot pembukaan lubang kencing juga lemah. Jika ini berlaku wanita itu akan mengalami masalah kencing tercicir apabila dia terbatuk atau bersin.

Jika dinding faraj bahagian belakang lemah wanita itu akan mengalami masalah buang air besar dan akan terasa farajnya tersempul dan hubungan kelamin amat sukar kerana najis dalam usus besar menghalang kemasukan ereksi atau mengganggu perjalanan ereksi. Wanita itu hanya dapat melakukan hubungan seksual selepas membuang air besar! Jika keseluruhan dinding faraj lemah, rahim akan terturun setiap kali wanita itu meneran untuk buang air kecil atau buang air besar. Jika perkara ini dibiarkan lama kelamaan penurunan rahim menjadi ketara dan rahim akan terjojol keluar dari faraj! Ini yang digelar 'tombong'. 

Perkara ini jarang berlaku. Jika keciciran kencing terus berlaku, keadaan faraj terganggu dan mukosa faraj tertekan. Ini akan mengakibatkan kulit mukosa faraj melecit dan kering atau mengelupas. Hubungan seks akan menjadi tidak selesa. Mustahak untuk wanita yang mengalami keciciran kencing berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan anggota kelamin. 

Doktor akan lakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti kedudukan anggota sulitnya, sama ada lemah dan melakukan ujian sama ada terdapat keciciran kencing. Jika keseluruhan dinding faraj lemah dan terdapat penurunan rahim, kemungkinan rahim itu terpaksa digantung (dengan menggunakan 'sling') supaya kedudukan rahim stabil dan tidak menghempap dinding faraj dan kedudukan salur kencing selesa dan tiada keciciran air kencing. Jangan teragak-agak untuk jumpa doktor secepat mungkin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...