Tuesday, November 20, 2012

Amal urut wajah saban hari

TEKANAN dan umur antara faktor penyumbang kepada kedutan wajah yang menyebabkan otot menjadi kurang bermaya.

Hasilnya ekspresi rutin seperti kerutan dahi, bibir dan mata menjadi punca wajah kurang berseri terutama selepas disolek. 

Selain menggunakan produk penjagaan wajah sesuai, kebanyakan wanita kurang tahu teknik urutan wajah adalah rawatan antipenuaan paling berkesan yang boleh mengurangkan kadar kedutan terutama pada bahagian bibir, mata dan dahi.

Justeru bagi mengembalikan keceriaan wajah, tekanan lembut menerusi teknik urutan boleh mengurangkan ketegangan dan membolehkan otot muka kembali ke tempat asal dengan mudah.

Menerusi amalan berterusan, kulit wajah akan lebih tenang dan kelihatan lebih muda. Ini kerana urutan akan menggalakkan pengaliran darah pada bahagian muka, sekali gus membuatkan kulit sihat berseri.

Di salun, mesin ultra bunyi digunakan bagi menyerap cecair produk ke dalam kulit. Namun, dengan melakukan urutan di rumah, kebaikan diperoleh sama sahaja, malah anda berasa lebih selesa kerana boleh dilakukan pada bila-bila masa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...