Acapkali apabila bercerita mengenai jodoh, mengenai siapakah bakal suami/ isteri yang bakal bertakhta di hati, pasti akan membuatkan sesiapa sahaja termenung jauh memikirkan hal ini. Tidak kira kaum adam mahupun hawa, pasti pernah terlintas difikiran tertanya-tanya siapakah si dia yang telah ditentukan jodoh kita oleh Allah s.w.t..
Assalamualaikum, nak tanye, macam mana kita nak jumpa jodoh kita sedangkan dia masih belum lagi dijodohkan (nikah) dengan kita?
Dalam kehidupan seharian kita, kita leka kerana mengejar kekayaan dan kemewahan didunia. Jika tidak mengejar kekayaan, mungkin juga leka kerana mengejar pujian dan kata-kata manis daripada mulut seseorang. Oleh kerana itulah, apabila kita bercerita mengenai siapa jodoh sebenar kita, kita terpinga-pinga dan terlupa sesuatu.
Kita terlupa bahawa kita ni telah diciptakan oleh Allah s.w.t.. Jika benar kita ingat kepada dia, kenapa kita perlu menilik nasib untuk mengetahui siapa jodoh kita? Mengapa kita perlu baling duit ke dalam 'wishing well' apatah lagi mengikat tali jodoh di pokok?
Maka sedarlah pembaca yang saya hormati. Dialah yang telah mencipta kita, maka kepada Dia jugalah kita memohon pengharapan dan doa. Oleh sebab itulah adanya solat istikharah.
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.
Tidak kira apa saja benda yang memerlukan anda membuat keputusan yang tepat, maka buatlah solat istikharah mohon supaya diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t..
********************
- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Niat Solat Istikharah
- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).
Doa Solat Istikharah
Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.
Yang di bawah boleh anda baca jika mempunyai waktu kelapangan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fadhilat Solat Istikharah ini.
********************
Kisah-6 (petikan Oh! Islam)
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

No comments:
Post a Comment