Ramai juga yang datang berjumpa terutama mereka yang tidak pernah berbekam akan melontarkan soalan-soalan seperti
- Bagaimana ye rasanya berbekam? Sakit ke tidak bila di cucuk dengan jarum / pisau tu?
- Bagaimana dengan Jarum Bekam?
- Apa rasanya bila sudah selesai berbekam?
- Bagaimana luka bekas bekam?
Bagaimana ye rasanya berbekam?
Rasanya apabila dibekam itu adalah seperti tubuh kita diurut. Cuma cara urutannya dengan menggunakan cawan bekam dan bukan dengan tangan. Sakit sikit je, sebab kulit kita disedut masuk sedikit ke dalam cup bekam. Rasanya mungkin seperti anda mencubit kulit menggunakan kelima2 jari anda dan ditarik keluar. Tidaklah berapa sakit kan, dan berbeza jika anda mencubit dengan dua jari yang pastikan agak pedih.
Ada juga para hajjam yang memulakan rawatan dengan urutan menggunakan cup bekam dan melalukan cup itu keseluruh badan atau tempat-tempat point bekam. Ianya juga di kenali sebagai bekam luncur, kemudian barulah dimulakan bekam darah. Salah satu kelebihan bekam luncur ini adalah ia mengenai beberapa titik meridian di badan kita pada satu masa. Dan juga ia merangsang atau melembutkan kulit kita supaya ia bersedia untuk di bekam.

Bagaimana dengan Jarum Bekam?
Jarum bekam adalah jarum yang ditusukkan memakai alat lancing device atau alat untuk mengambil contoh darah ketika kita melakukan uji golongan darah di hospital. Sakitnya hampir tidak terasa kerana kulit kita sudah dirangsang ketika dilakukan bekam kering/luncur terdahulu. Dan kebiasaannya point-point bekam adalah bukan point deria rasa seperti di hujung2 jari kita yang penuh dengan deria rasa.

Jarum2 bekam yang digunakan hanya satu jarum bagi setiap pesakit dan kami amat mementingkan kebersihan oleh itu setiap peralatan yang kami guna akan di steril menggunakan lampu UV bagi setiap pesakit.
Apa rasanya bila sudah selesai berbekam?
Kemudian, setelah selesai berbekam, badan kita akan terasa ringan dan segar terutama jika kita mandi setelah selesai proses rawatan bekam. Ini adalah kerana racun2, toksin, darah kotor, angin dan juga asid uric di tubuh kita telah di keluarkan dan juga titik2 saraf yang bermasalah di tubuh kita telah dirangsangkan.
Luka Bekas Bekam
Luka Bekas berbekam akan kelihatan sampai dengan 2-3 harian, dan sampai benar-benar hilang memerlukan waktu seminggu.
Tapi jangan risau, kerana bekas bekam ini adalah bukti kecintaan kita kepada Rasulallah SAW, kerana bekam itukan SUNNAH beliau, jadi berbanggalah jika kita sudah melaksanakan salah satu daripada sunnahnya dan insyaAllah khasiatnya dijamin dan sudah banyak terbukti.
Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment