Thursday, July 22, 2010

Yaasin Fadhilah

Selain Yaasin 40 dan Yaasin Tunggal, Yaasin Fadhilah (Yasin Fadhilat) juga ialah bacaan yaasin yang juga dibacakan untuk hamba Allah yang sedang sakaratul maut atau dalam koma. Dalam perubatan islam, semua Yaasin boleh digunakan untuk pesakit saka yang sukar sakaratul maut. Insya Allah.




Kelebihan Surah Yasin

1. Apabila orang lapar membaca Surat Yassin, ia menjadi kenyang.
2. Jika orang tidak mempunyai pakaian akan mendapat pakaian.
3. Jika orang belum menikah, segera mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan akan hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat, sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


Rasulullah Saw telah bersabda, “Bacalah Surat Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”


Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al- Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surat Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.


Sabda Rasulullah s.a.w, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surat Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.


Malaikat Maut tidak memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...