Akhir-akhir ini aku banyak menceritakan tentang FIFA World Cup, maklumlah sekarang musim demam Piala Dunia, jadi bolehlah aku update blog dengan berkongsi maklumat tentang World Cup kali ni. Tapi masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar FIFA World Cup 2010 South Africa sudah pun nak sampai ke penghujungnya dan akan melabuhkan tirainya pada 12 Julai 2010. Hanya tinggal dua perlawanan sahaja lagi, iaitu perlawanan akhir dan perlawanan untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.
Keputusan perlawanan peringkat separuh akhir World Cup sudah pun diketahui, Tahniah buat Netherlands dan Spain yang berjaya memenangi perlawanan di pusingan separuh akhir sekaligus berjaya melangkah ke Final FIFA World Cup 2010. Manakala Uruguay dan Germany pula akan ditentukan melalui perlawanan untuk tempat ketiga dan tempat keempat setelah kalah di peringkat separuh akhir, mungkin nasib tidak menyebelahi kedua-dua pasukan ini. Tapi adab perlawanan sudah pasti ada yang menang, ada yang kalah.
Perlawanan separuh akhir antara Uruguay vs Netherlands telah menghasilkan beberapa Gol yang cukup menarik iaitu hasil tendangan jarak jauh dari Giovanni VAN BRONCKHORST (Kapten Netherlands) pada minit 18 dan tendangan dari Diego FORLAN (Kapten Uruguay) pada minit ke 41. Separuh akhir antara Germany vs Spain pula telah menyaksikan pemain pertahanan Spain iaitu Carles PUYOL menjaringkan gol pada minit 73 melalui tandukannya sekaligus menjadi wira kerana berjaya membawa pasukannya melangkah ke Final World Cup 2010.
Apa yang menarik untuk perlawanan akhir ialah kedua-dua pasukan belum pernah menjuarai World Cup, malah Spain pula buat kali pertama berjaya melangkah ke peringkat akhir. Sudah pasti Final kali ini merupakan perlawanan yang menarik kerana setiap pasukan mempunyai kelebihan masing-masing. Korang rasa pasukan mana akan menjadi Juara World Cup 2010 ni?
No comments:
Post a Comment