Monday, July 12, 2010

Pasukan Bola Malaysia paling digeruni

Sementara nak menunggu game Jerman menentang Uruguay ni, aku kenang kembali skuad bola kita. Bilalah nak masuk ke Piala Dunia.

Inilah pasukan kebangsaan kita yang boleh dikatakan paling handal dan digeruni oleh pasukan-pasukan di Asia termasuk Korea Selatan di masa itu. Kegemilangan pasukan Malaysia ini yang diketuai oleh Datuk Soh Cin Aun sehingga kini tiada pengganti sehingga pasukan Malaysia sekarang jangankan Korea Selatan, pasukan Vietnam pun dah mencungap.

Photobucket


Aku ingat-ingat lupa pemain-pemain ni, maklumlah masa tu aku kecik lagi cuma baca majalah Sukan lama yang dilanggan pakcik aku. Yang mana aku kenal la.. sudah pasti Arwah Mokhtar Dahari, Arumugam, Saharudin Abdullah,Hassan Sani, James Wong, Bakri Ibni, Shukor Salleh, Santokh Singh dll.

Memang power team Malaysia masa tu,tak tau bila lagi kita nak kembali zaman kegemilangan tersebut.

Photobucket

Arwah Mokhtar Dahari bersama Maradona semasa perlawanan persahabatan Malaysia lwn Boca Juniors. Perlawanan ini dimenangi Boca Juniors 2-1.

Super Mokh adalah legenda bolasepak Malaysia yang tiada pengganti sehingga kini. Pada 1975, dia mewakili Malaysia melawan Arsenal dan menang 2-0 dengan arwah Mokhtar Dahari menyumbatkan kedua-dua gol. Selepas perlawanan Mokhtar Dahari dikatakan dilamar oleh pasukan the Gunners!

Arwah juga menjaringkan gol ketika melawan England yang berkesudahan seri 1-1.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...