Wednesday, January 13, 2010

Bilalah Rancangan Realiti TV seperti ini akan diadakan di Malaysia

Setelah rancangan berkonsepkan Realiti TV diperkenalkan dan mendapat sambutan yang tidak putus, maka muncullah pelbagai rancangan yang lebih kurang sama tapi dengan maksud yang serupa iaitu penonton perlu mengSMS untuk memastikan peserta favorite mereka kekal dalam rancangan tersebut.




Bilalah rancangan seperti ini akan diwujudkan di Malaysia? Adakah akan mendapat sambutan? Rasanya insya Allah akan mendapat sambutan, macam Akademi AlQuran dan Tilawah Interaktif.


Masyarakat di Malaysia semakin cenderung ke arah sesuatu yang islamik. Kalau artis pakai tudung mesti kecoh dan jadi berita hangat. Begitu juga kalau pegi umrah, naik haji padahal memang dah tanggung jawab. Drama yang berunsur Islamik mesti dapat sambutan seperti Nur Kasih. Tv9 dilihat lebih islamik daripada TV1 dari segi rancangan yang disajikan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...