Saturday, July 4, 2009

Makanan Yang Boleh Buat Anda Gembira







Tahukah anda bahawa makanan juga boleh membuat seseorang itu berasa gembira. Contohnya, coklat akan menambahkan mood seseorang itu tetapi ia juga boleh membuatkan seseorang itu bertambah berat badan.

Dibawah ini, dipaparkan beberapa makanan yang disarankan oleh pakar pemakanan untuk menaikkan semangat anda walaupun berhadapan dengan masa yang sukar dan susah.

PISANG DAN BIJIRIN
Kedua-dua makanan ini mengandungi tryptophan asas asid amino yang boleh menyebabkan kewujudan serotonin yang mengawal sesetengah bahagian dalam otak manusia.

Pisang dan bijirin ini juga mengandungi vitamin B6 yang boleh menukar protein dalam asid amino kepada dopamine dan adrenaline. Malah, bahan kimia yang terdapat didalamnya boleh merawat dan menaikkan mood seseorang.


BERAS PERANG

Bijirin beras perang ini boleh mempengaruhi kandungan karbohidrat yang terdapat didalamnya untuk memperlahankan hormon yang mengawal penyerapan gula oleh tubuh. Secara tidak langsung, ia mengimbanhkan kadar gula dalam darah. Kadar kandungan gula yang stabil dalam darah boleh membuatkan cortisol (hormon stres) tidak rosak.
SAYUR KAILAN DAN BROKOLI


Sayuran brokoli dan kailan ini kaya dengan folate magnesium dan kalsium. Kesemuanya penting untuk penukaran bahan kimia dalam otak untuk menaikkan semangat seseorang.



IKAN MACKEREL DAN SALMON
Hasil kajian menunjukkan bahawa minyak ikan ini mengandungi Omega-3 (EPA?EPA) fatty acids dapat meringankan mood yang sering bertukar dan mengurangkan kesedihan.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Kalau makan Radix Koko HPA boleh hilang stress tak?

Yoyoy Kamphora Spa said...

Wslm...
Maaf lambat reply..
Koko Radix pun bagus untuk kurangkan stress..
Dalam koko radix telah dimasukkan ekstrak tunas barli yg mula bercambah.
Koko memang terkenal untuk afrodisiak.

Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi yg berfungsi sebagai pelawas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...