Taubat yang sebenar-benarnya
ialah Taubat Nashuha. Yaitu tidak kembali kepada kesalahan yang telah
dilakukan dan mengganti dengan amal ibadah yang banyak.Setiap taubat
yang sungguh-sungguh dari dosa sebesar apapun, akan dibukakan pintu ampunan
oleh Allah, bahkan Al-Quran menggambarkan kebahagiaan Allah itu seperti
seorang gembala yang kehilangan peliharaannya, kemudian menemukannya
kembali. Sebegitu senangnya Allah menerima kembalinya kita pada-Nya
karana Allah memiliki sifat Ghofurur Rohim,Maha Pengampun.
Taubat seseorang itu boleh dilihat dari beberapa hal:
1. Mengendalikan lisan dari ucapan yang tidak berguna
2. Jauh dari rasa iri,dengki dan sikap permusuhan
3. Menghindari lingkungan/teman yang buruk
4. Taat pada perintah Allah dan menjauhi laranganNya
Tanda taubat seseorang diterima?
1. Berkumpul dengan orang yang soleh dan tidak bergaul dengan teman
buruk. (Sebenarnya yang namanya teman hendaknya selalu mengajak kepada
kebaikan, jika ada teman yang mengajak pada kezaliman bererti ia
bukanlah teman tetapi musuh dalam selimut. Karana senang jika kita dalam
keburukan)
2. Sentiasa menjauhi perbuatan zalim dan rajin beribadah
3. Tidak terpancang hanya pada kepentingan dunia, sebaliknya selalu
ingat akan adanya Akhirat sehingga apa yang dilakukan di dunia adalah
persiapan untuk hari akhir.
4. Tawakal atas rezeki yang diberikan Allah setelah berikhtiar
Tingkatan Taubat menurut Imam Ghazali adalah sbb:
Pertama: bertaubatnya seseorang dan istiqomahnya ia di jalan Allah
hingga akhir hayatnya.Sehingga ia disebut As-Sabiq Bil Khairat yang
ertinya mampu merubah perilaku buruk dengan kebaikan. inilah taubat yang
sebenarnya/Taubat Nashuha yang insyaAllah akan mendapat redha Allah
dalam kehidupannya baik di dunia mahupun di akhirat.
Kedua: Orang
yang bertaubat dari dosa besar,tetapi dalam perjalanan taubatnya selalu
mendapat ujian hingga tidak sengaja ia terjatuh dalam dosa,tetapi
hatinya sentiasa sedih dan menyesal sehingga ia berusaha memperbarui
tindakannya dengan memperbaiki niatnya.
Ketiga: orang yang bertaubat
untuk beberapa lama tapi kemudian hawa nafsu mengalahkannya sehingga ia
berbuat dosa lagi.Namun demikian ia masih mahu melakukan amal soleh,ia
masih meminta pertolongan Allah agar mampu mengendalikan hawa nafsunya.
Keempat: orang yang bertaubat hanya sebentar saja,tapi kemudian berbuat
dosa lagi tanpai penyesalan sedikitpun,bagaikan orang lalai bahawa ia
telah bertaubat.Pada tingkatan ini ditakutkan orang boleh meninggal
dalam keadaan su’ul khatimah.Yaitu ajal menjemputnya saat ia melakukan
dosa, bukan saat ia bertaubat.Naudzubillah.
No comments:
Post a Comment