Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh The Fund for Peace (FFP),
Malaysia berkedudukan di tempat ke-110 sebagai negara paling gagal di
dunia.
Data ini dikeluarkan FFP dalam laman web rasminya http://www.fundforpeace.org, pada awal bulan ini.
Daripada 178 buah negara, Malaysia menduduki urutan ke-110 negara
paling gagal. Atau dalam erti kata lain, Malaysia adalah negara ke-68
paling berjaya di dunia. Indeks Negara Gagal ini adalah edisi tahunan
ke-8 yang menyoroti tekanan politik, ekonomi, dan sosial global yang
dialami negara.
Tahun ini, negara paling gagal di dunia di tempat pertama adalah
Somalia, dengan alasan perlanggaran undang-undang yang meluas,
pemerintah tidak efektif, keganasan, pemberontakan, dan serangan lanun
terhadap kapal-kapal asing.
Sementara itu, Finland menjadi negara di tempat terakhir dalam
senarai itu, atau dalam erti kata lain menjadi negara paling tidak gagal
di dunia pada 2012. Disusuli negara tetangganya, Sweden dan Denmark, di
tempat kedua dan ketiga.
Tiga negara ini dinilai baik dari indikator sosial dan ekonomi yang
kuat, perkhidmatan awam yang sangat baik, serta menghormati hak asasi
manusia dan berpegang kepada undang-undang.
Senarai 178 negara gagal ini dibuat berdasarkan 12 indikator, dan
lebih dari 100 sub-indikator, termasuk isu-isu seperti pembangunan tidak
sekata, legitimasi negara, dan hak asasi manusia. Setiap indikator
dinilai pada skala 1-10, berdasarkan analisis dari jutaan dokumen yang
tersedia untuk orang awam, data kuantitatif lain, dan penilaian oleh
para analis.
Di kawasan Asia Tenggara, Malaysia kalah kepada Brunei Darussalam
(123) dan Singapura (157), tetapi berada di hadapan Thailand (84),
Vietnam (96), Indonesia (63), Myanmar (21), Timor Leste (28), Kamboja
(37), Laos (48), dan Filipina (56).
sumber: fundforpeace.org
No comments:
Post a Comment