Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan
tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang Halal, selagi itu
jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak
untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah
tetapkan.
Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Jika benar cinta itu kerana ALLAH
maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia
berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
Kerana
hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada
sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan
DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
Jarak paling JAUH antara diriku & dirinya adalah saat dia diHADAPANKU tapi dia BUKAN MILIKKU..
Jarak yg PALING DEKAT antara diriku & dirinya adalah saat dia menjadi yang HALAL untukku..
Dan HAL yang dapat MENYATUKANNYA adalah CINTA kerana Allah dalam IKATAN
PERNIKAHAN yang INDAH & DIREDHAI
olehNYA..Tunggu Sampai HALAL dulu lah ya?? IsyaAllah.
No comments:
Post a Comment