1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah
bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan
suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya,
tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk
mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu
lakukan ini!
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda
sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami
anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang
menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin
membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah
sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan
ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang
bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional
dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara
tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi
‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan
rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan
berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu
mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan
semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda
pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna
kerana menghargai anda.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka.
Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri
mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu
menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan
pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat
demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami
anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada
minat dan hobi anda berdua.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu
memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu
apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat
masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan
isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu
bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya,
tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha
menyediakan makan minum suaminya.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada
ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja
yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan
memberikan kelegaan di hati suami.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang
mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu
isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding
imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya
menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua
ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi
dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua
anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu
semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan
keluarganya.
No comments:
Post a Comment