Sebut pasar malam, msti terbayangkan makanan kan? Oklah jom kita terjah pasar malam di Taman Melawati yang diadakan setiap hari Sabtu dan Selasa. Sama tapak dengan pasar tani.
Murtabak memang sedap. Yang ni special sikit murtabak roksin, memang tebal dan sedap.
Popia pun ok juga, ada yang goreng dan yang tak goreng. Mana satu pilihan anda?
Sate pun sedap, of course ianya lebih murah, tak sampai 50 sen satu cucuk.
Kalau nak hilangkan dahaga boleh minum air kelapa or air jambu.
Suka yang direbus dengan kulitnya.
Tak lupa dengan pelbagai masakan Kelantan. Macam-macam ada.
Yang ni pula apa ya? Kalau tak silap dim sum.
Oklah kita tutup entri ini dengan keropok goreng.
No comments:
Post a Comment