Friday, May 6, 2011

Petua Mengurangkan Tanda-tanda Kedut Di Wajah


Sebenarnya kalau diikutkan, memang tiada ubat untuk penuaan (kedutan) nih. Sebab kita adalah sebahagian daripada alam dan kehidupan, so ada timeframe kita yang tertentu. Ada masa untuk jadi baby, kanak-kanak, remaja (ni masa paling best! Heee), menjadi seorang dewasa dan menjadi golongan warga emas.

Tiada satupun krim atau ubat dalam dunia ni yang boleh membuatkan kita muda selama-lamanya. Kalau ada pun, itu palsu belaka contohnya seperti botox dan susuk. Hakikatnya kita memang dah tua walaupun wajah 'tua' tu dah dilitupi dengan botox dan susuk

Apa yang boleh kita buat adalah 'mengurangkan' kadar kekedutan tersebut supaya tak adalah nampak macam 'buruk' sangat kedut pada wajah kita tu.

Bahan-bahan :

1) Lobak merah
2) Sebiji kuning telur
3) Sesudu tepung jagung

Cara-cara :

Parut lobak merah (agak-agak la banyak mana untuk disatukan dengan sebiji kuning telur). Then masukkan kuning telur tersebut bersama tepung jagung. Kacaulah sehingga sebati sebelum melumurkannya ke kulit wajah. Tunggu sehingga agak kering, selepas itu barulah boleh dibilas dengan air suam-suam kuku...

Insyallah, petua ini akan membuatkan kulit muka anda terasa segar dan tegan
g.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...