Apakah BEKAM AKUPUNTUR?
BEKAM AKUPUNTUR - Detoksifikasi Melalui Darah.
Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya cara pengubatan paling
ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam).” (Muttafaqun ‘alaih).
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada
sesuatu yang kalian pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal
itu adalah bekam (hijamah).” (HR. Ibnu Majah, Abu Dawud).
Rasulullah SAW: “Sebaik-baik pengubatan yang kalian lakukan
adalah al hijamah.” (HR. Ahmad, shahih)
Bekam atau Al Hijamah merupakan salah satu warisan perubatan
Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w. yang bermaksud satu kaedah
pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan
melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading
gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan menngunakan alat vakum
moden yang bersih dan suci hama.
Merupakan satu kaedah moden yang dirumus untuk menggalakkan
pembersihan darah melalui kulit yang menggunakan titik-titik akupuntur.
Dengan ini kotoran atau toksin dalam darah dapat dibuang
tanpa perlu dikeluarkan dari jumlah yang sepatutnya.
Kaedah ini adalah selamat dan hampir tiada kesakitan serta
tidak merbahaya. Kaedah ini amat berkesan untuk menghapuskan kesakitan,
mengembalikan fungsi fizikal dan menyembuhkan penyakit.
Dalam jangka masa panjang, ianya beransur-ansur membaikpulih
tubuh badan dan membuahkan kesihatan yang optimum.
Khasiat Melakukan BEKAM AKUPUNTUR di Yoyoy Kamphora Spa:
• Seseorang yg mengamalkan bekam adalah orang yg menegakkan
sunnah Rasulullah SAW
• Berbekam boleh membuangkan toksin, racun, lendir dan angin
dalam tubuh badan kita dimana menjadi salah satu penyebab timbulnya penyakit
dalam badan manusia
• Boleh membantu membuang unsur2 sihir yg berpunca pada
gangguan jin dan syaitan
• Daya ingatan seseorang yg sering berbekam akan lebih
cergas dan kuat
• Penglihatan akan lebih terang dan jelas
• Sendi-sendi badannya akan menjadi kuat, segar, dan sihat
• Berbekam tiada kesan samping
• Membantu menyembuhkan berbagai penyakit
• Bekam boleh menyembuhkan masalah akut dengan kadar yang
segera.
• Mengatasi masalah gastrik.
Maklumat lanjut & temujanji, sila hubungi:
1) Selangor
No. 19-1, Jalan Pinggiran Batu Caves 1A, Taman Pinggiran
Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor. 03 - 6184 1455
2) Kuala Lumpur
No. 319A, Melawati Square, Lorong Kedah, Jalan Negara, Taman
Melawati, 53100 KL. 03 - 4147 4479
No comments:
Post a Comment