Tuesday, September 23, 2014

Kepentingan Rawatan Spa Pengantin.

www.facebook.com/yoyoykamphoraspa

1)      Sauna
Faedah rawatan sauna:
- menyingkir toksin dan air berlebihan dalam badan melalui proses perpeluhan - melancarkan peredaran darah dengan teknik haba
- merehatkan otot - membersihkan kulit - menggalakkan tidur lena
- membakar kalori
 
2)      Urutan
Kebaikan dan faedah urutan:
- melegakan kesakitan otot 
- melancarkan peredaran darah
- memperbaiki sistem limfa
- menggalakkan tidur lena
  - menambah fokus

Sebab itulah, orang tua-tua Melayu berpesan, sebelum majlis kahwin, buatlah rawatan seri pengantin. Pengantin tampil berseri apabila kulit cerah kemerah-merahan, tidak lagi pucat lesi!

3)      Lulur (Body Scrub)/ Masker (Body Mask)
Lulur atau body scrub dan masker badan bertujuan untuk mengeluarkan sel-sel mati dan daki yang termendap. Hasilnya selepas lulur dan masker, kulit semakin cerah, halus dan berseri.
Lulur membantu sekatakan warna kulit secara semula jadi, menggunakan bahan-bahan semulajadi. Berikut merupakan antara bahan yang sering dijadikan body scrub dan body mask. Selain menghilangkan sel mati, ada fungsi lain bergantung kepada bahan yang digunakan.

* Coffee Scrub - kafein dalam kopi membantu mengurangkan selulit yang ketara pada kulit
Green Tea Scrub - sifat teh hijau yang tinggi anti oksidan membantu mencegah radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit.

  * Whitening  Bengkoang Scrub - bengkoang mempunyai sifat mencerahkan kulit kusam. 
* Boreh Mask -Boreh merupakan campuran rempah ratus yang memanaskan badan dan membakar lemak. Sangat sesuai untuk wanita selepas bersalin untuk memanaskan badan.
Fahami masalah kulit anda sebelum membuat keputusan rawatan. Juruterapi juga dapat membantu mengenalpasti masalah anda.

4)      Mandi Susu
Mandi susu merupakan rahsia kecantikan Cleopatra. Asid laktik di dalam susu bertindak sebagai agen pencerahan berkesan. Susu juga melembutkan dan menghaluskan kulit. Pati aromaterapi dari bunga-bungaan menambahkan lagi kesan terapeutik yang menenangkan terhadap bakal pengantin.

5)      Facial
Secara amnya, facial mempunyai faedah dan kebaikan seperti di bawah:
membersihkan secara mendalam kotoran, minyak membersihkan pori tersumbat· 
sekatakan / cerahkan warna kulit
·  melancarkan peredaran darah
·  mengurangkan garis halus
·  menambah penyerapan nutrien penting untuk kesihatan kulit
·  merehatkan otot muka
***  Nota penting: Pengantin yang mempunyai masalah kulit kritikal dinasihatkan mendapatkan rawatan khas untuk mengatasi masalah kulit tersebut. Contohnya: jerawat. Berbincang dengan juruterapi rawatan yang sesuai dan apa matlamat yang dijangkakan. Sekiranya masalah serius, anda digalakkan membuat temujanji seawal setahun sebelum majlis untuk siri rawatan yang berkesan.
Untuk rawatan facial normal, bakal pengantin dinasihatkan menjalani rawatan facial selewat-lewatnya sebulan sebelum majlis untuk memastikan kulit wajah mempunyai waktu yang cukup untuk baikpulih.



6)      Waxing
Sesetengah wanita mempunyai terlebih bulu badan menyebabkan tidak selesa dan tidak yakin kerana berpenampilan seakan lelaki. Waxing dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan berkesan. Antara bahagian yang menjadi pilihan ialah seperti bahagian ketiak, tangan dan kaki.

Kelebihan waxing:
· Bulu tumbuh lebih HALUS, LAMBAT dan JARANG berbanding bercukur.
· Cepat. Untuk bahagian ketiak, cuma ambil masa 15 minit.
· Kulit lebih cerah kerana sel kulit mati dikeluarkan bersama, lebih-lebih lagi di bahagian ketiak. Selain itu, mengurangkan bau badan juga!

Secara kesimpulannya, faedah dan manfaat rawatan spa pengantin:
·  Melancarkan peredaran darah menjadikan badan sihat dan segar menempuh hari bahagia.
·  Menghilangkan daki dan sel kulit mati yang sekian lama berkumpul menjadikan kulit cerah berseri.
·   Menghilangkan bau badan yang kurang enak, menjadikan badan harum.
·   Membuang bulu-bulu badan yang ‘tidak cantik’ dipandang suami, seterusnya membuatkan kulit licin dan halus.
·   Melancarkan peredaran darah membuatkan anda rasa sihat, segar dan tidak pucat lesi.
·   Apabila anda mengalami semua di atas, secara semulajadinya keyakinan diri anda bertambah dan seri terpancar di wajah anda.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...