Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan
bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat.
Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan
bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,
“Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku
pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu.
Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd
Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya
Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi
keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi
rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan
kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang
baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik
sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik
sahaja masuk maghrib)
No comments:
Post a Comment