Sunday, January 19, 2014

Kelebihan Melakukan Sauna.

www.facebook.com/yoyoykamphoraspa
KEHEBATAN MANDI WAP/SAUNA


 Sila perhatikan manafaat bermandi wap ( bersauna) dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.

2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori

3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.

4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori

5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori


 KHASIAT DAN KELEBIHAN MANDI WAP

** Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.

** Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.

** Mengeluarkan toksin dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury

** Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.

** Meningkatkan sistem kardiovascular

** Menghilangkan tekanan dan perehatan otot

** Melancarkan peredaran darah

** Meningkatkan sistem immunisasi badan

** Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki

** Meningkatkan tahap metabolisma
www.facebook.com/yoyoykamphoraspa


  
AMALAN KESIHATAN /FOR HEALTH:

Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali. Tiga(3) penggunaan seminggu sememangnya sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian. Minum air secukupnya sebelum dan selepas bersauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan. Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.
 
Untuk Mengurangkan Berat Badan/For Weight Reduction:

Lakukan mandian sauna 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10 ke 20 minit lagi . Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.


KESAN MANDI WAP HERBA

Wap herba memberi kesan kepada tubuh dengan cara:

Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada system “kadiovaskular”. Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebankan slauran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).  Khasiat – kasiat lain adalah:


1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan

2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.

3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.

4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...