Wednesday, August 28, 2013

RAWATAN BEKAM





Proses berbekam
Bekam darah dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam.Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam.
  • Proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit.
  • Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. 
  • Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
Waktu rawatan untuk bekam
  • Waktu paling sesuai dilakukan ketika pertengahan bulan islam kerana ketika ini, darah toksik sedang berhimpun. Bagaimanapun, bekam boleh dilakukan padabila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit. 
  • Mereka yang hendak mendapatkan rawatan bekam dinasihatkan tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum mendapatkan rawatan bekam. Peralatan Berbekam.
Peralatan berbekam
  • Alat-alat bekam pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala 
  • Orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. 
  • Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
  • Pengamal bekam moden menggunakan penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik dan memakai sarung tangan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...