- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al ‘Ummal, Mu’jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas’ud: Muj’ma al- Zawaid
Sabda Rasulullah SAW: ” Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga.” Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu’azbin Jabal: Maj’ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)
Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)… (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)
Moga perkongsian Amalan dan Doa Murah Rezeki ini bermanfaat. Saya ada juga amalkan sebahagian doa-doa ini tapi tak semualah. Ini, baru tahu. Jadi, lepas ni selepas solat Fardhu bolehlah cuba yang ini pula. Mudah-mudahan berkat rezeki yang diterima. Amin
No comments:
Post a Comment