Wednesday, June 17, 2009

Dalil Keafdhalan Solat di Awal Waktu

Sabda Nabi SAW :
1- الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)
Ertinya : Solat di awal waktu mendapat keredhaan Allah dan diakhirnya diampunkan Allah . (Riwayat At-Tirmidzi tetapi Al-Albani menyatakannya hadith Maudu’) . Imam As-Syafie berkata : “Redha Allah kerana solat di awal waktu dari kalangan mereka yang baik, kalimah ‘keampunan Allah’ seolah2 ditujukan kepada golongan yang sedikit lalai.

2- سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya : Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya” ( Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani menshohihkannya)

3. Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.” ( Hadith shohih riwayat Al-Bukhari)

4. Nabi SAW bersabda : Ertinya : “Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam”

5. Nabi SAW bersabda : Ertinya “ Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya” ( Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)

6. Nabi SAW Bersabda : Ertinya : “Lewatkanlah solat fajar , kerana ia lebih agung ganjarannya” ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie , Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)

Demikian, hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu, bagaimanapun terdapat beberapa hadith yang lain yang dianggap seditakhsiskan awal waktu tersebut. Yang mana ianya memberi kesan terhadap pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih dahulu , dikemukan pandangan mazahab empat :-

Mazhab Hanafi : Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.

Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, kerana bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.

Mazhab Maliki : Sebaik-baik waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mereka berdalilkan kepada hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.

Mazhab Syafie : Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.

Mazhab Hanbali : Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.

Kesimpulan menurut penulis : Umumnya, solat di awal waktu terlebih afdhal ketika tiada maslahat-maslahat lain yang ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bagi waktu subuh, Memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, Membolehkan Qiamullail bagi Isyak dan menyejukkan bahang bagi Zohor. Tanpa Alasan dan maslahat tadi maka , semua solat adalah afdhal di awalnya.






P/S: Entah le disengajakan atau dirancang atau tak sengaja

2 comments:

jebbat said...

Sejak jatuhnya Khilafah, selain serangan pemikiran yang bertubi-tubi dilancarkan oleh Barat, Barat juga telah melakukan serangan fizikal secara besar-besaran ke atas umat Islam di seluruh dunia. Mereka menjajah, membunuh, merogol, menangkap, memenjara, menyeksa dan melakukan pelbagai bentuk kekejaman lainnya yang benar-benar tidak berperikemanusiaan. Umat Islam diperlakukan umpama binatang, malah jauh lebih buruk dari itu. Kuffar penjajah lalu mencerai-beraikan negeri-negeri umat Islam kepada lebih dari 50 buah negara yang lemah dan tidak berdaya. Mereka melantik di setiap negara tersebut seorang agen mereka, sebagai penguasa yang memerintah mengikut apa yang mereka kehendaki. Para penguasa kaum Muslimin yang jahat ini pula telah mempergunakan polis dan tentera yang ada di tangan mereka untuk mengintip, menangkap, menyeksa dan mengheret para pejuang yang ingin mengembalikan Khilafah, lalu menghumban pejuang-pejuang ini ke penjara-penjara dengan cara yang zalim. Para pejuang di jalan kebenaran dihalang, ditangkap dan diseksa, manakala para pemuja sekular dan para pelaku maksiat dibiarkan merajalela. Demikianlah secebis kisah bagaimana bermulanya segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa umat ini, umat yang pernah satu ketika dahulu memimpin dunia dan membawa rahmat ke seluruh penjuru alam di bawah kekuasaan Khilafah.
Wahai Kaum Muslimin! Sesungguhnya menegakkan kembali Khilafah adalah wajib. Dalil dari Al-Quran, As-Sunah dan Ijmak Sahabat cukup-cukup jelas dalam hal ini. Malah seluruh imam mazhab dan para mujtahid tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah) ini. Pendapat-pendapat mereka tentang kewajiban ini tertuang di dalam kitab-kitab karangan mereka yang masyhur. Syeikh Abdurrahman al-Jaziri dalam kitabnya Al-Fiqh ‘Ala Al-Madzahib Al-Arba’ah menjelaskan, “...para imam mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) -rahimahumullah- telah sepakat bahawa Imamah (Khilafah) itu wajib adanya, dan bahawa umat Islam wajib mempunyai seorang Imam (Khalifah,) yang akan meninggikan syiar-syiar agama serta menolong orang-orang yang tertindas dari yang menindasnya....”. Menegakkan Khilafah merupakan kewajipan dari Allah ke atas kita semua. Ia adalah satu tugas yang mulia kerana hanya dengan terwujudnya Khilafahlah, maka barulah hukum-hukum Allah dapat dilaksanakan secara kaffah.
Wahai kaum Muslimin! Semenjak kejatuhan Khilafah hingga kini, kita semua hidup di dalam sistem sekular warisan penjajah kuffar. Justeru, bagaimanakah kemuliaan Allah akan tercurah ke atas kita apabila hukum kufur sekular, bukannya hukum Allah yang mengatur hidup kita? Bagaimana kemuliaan akan datang kepada umat Islam apabila Al-Quran dan As-Sunah disingkirkan dari aspek pemerintahan negara? Generasi terdahulu dari kita telah dapat mengecapi segala kebaikan dan kemuliaan di kala mereka hidup di bawah naungan Khilafah. Di kala itu, umat Islam benar-benar menjadi umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, sebagai para pengikut Nabi Muhammad saw. Nenek moyang kalian wahai saudaraku, adalah para Khulafa’ al-Rasyidun, para pemimpin yang menakluk dunia demi menegakkan agama Allah. Kalian adalah anak cucu kepada orang-orang yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Kalian adalah anak cucu penakluk Andalus dan penyebar tamadun Islam di dalamnya. Kalian adalah anak cucu al-Mu’tasim yang mengetuai bala tentera yang begitu besar hanya untuk menyelamatkan seorang wanita yang dizalimi oleh seorang lelaki Rom. Kalian adalah anak cucu al-Rasyid yang menyuarakan jawaban kepada Raja Rom di waktu beliau membatalkan perjanjiannya dengan umat Islam. Baginda menjawab dengan berkata, “Daripada Harun Amirul Mukminin kepada Nakfur anjing Rom, jawabannya adalah apa yang kamu lihat bukan apa yang kamu dengar”, maka sampailah tentera Islam ke benteng Rom sebelum sampainya surat tersebut kepada Raja mereka.

Seruan penuh : http://jebbat.blogspot.com/2009/04/utama-teks-seruan-hizbut-tahrir_8864.html

Yoyoy Kamphora Spa said...

Salam jebbat..Terima kasih jebbat..same2 kita berkongsi ilmu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...