Monday, November 24, 2008

Silat ( Kenapa tak famous/ glamor cam lain? )

Kekdg terpikir gak le, nape bende2 dr luar cam yoga ni, seni pertahan diri bangsa asing lebih di minati, famous dan dikenali drp silat, senaman tua etc kepunyaan bangsa sendiri, padahal tak kurang hebatnya.

Pernah seorg Tan Sri mengatakan kepada ku, silat ni lembik, byk bunga, klau gaduh org terus pukul je, so anak2 die sume belajar Taekwando (TKD). Bkn je sorg ckp camtu, rmi lg ckp. Padahal org yang ckp camni mmg tak tahu langsung psl silat. Cube le pike lojik, takkan le masa gaduh nak lawan cam kat kenduri kawin. Kerana silat ni mmg seni org melayu, mmg penuh ngan bunga, tp setiap bunga ada sebabnye, mungkin tepisan atau tangkapan, nk tau kene le belajar.

Muay Thai famous sgt kat dunia ni, tambah pulak pas Tony Jaa berlakon movie Ong Bak, ni nak kuar lak movie Ong Bak 2.

Nape silat tak jadi famous camtu terutama di kalangan bangsa melayu sendiri? mmg ada silat yang famous tetapi ada gak silat yang terpinggir, krg di kenali, gelanggang tak dpt sambutan. Padahal belajar silat bkn nye mahal, tambah lak klau bljr kat kg2, tak kene montly fees pun, klau ada pun pengeras.
So, sape lagi nak famouskan klau bkn bangsa yang menjadi tunjang utama silat.

Maybe di Malaysia sume, byk sgt politik, nak famouskan kene promote, nak promote kene pakai duit, nak duit kene le cari sponsor, nak sponsor kene le ada kabel, nak kabel kene baik ngan ahli politik, nak baik ngan ahli politik kene le sokong, tolong kempen ms PRU. So, bagi mana2 persilatan enggan wat camtu, dipinggirkan.

Maybe psl kesibukan spt dgn perkerjaan, keluarga, kekdg tak larat nak pegi latihan, tp bile mengenangkan kesungguhan guru, susah payah die dtg nak ajar, w'pun die sendiri bz mencari rezeki, tp psl t/jwb die sanggup dtg gak, rase segan lak, tak sanggup ponteng latihan.

Antara komponen utama silat adalah adab. Semakin byk ilmu semakin merendah diri. Tu psl bile guru tua menunjukkan mengajar, w'pun pada kite skill die dah power, tp die still merendah diri dengan mengatakan masih blm dpt menandingi guru nya lagi. Pesilat juga diajar merendah diri, kalau dah terpaksa sgt baru bukak silat, jgn saje2 cari psl, elakkn kerja cam bouncer, tukang tarik keta ke..

Selain tu gak, ada ilmu firasat, cam Fengshui versi melayu, tp bkn le nak kene percaya 100% just sebagai panduan dalam kehidupan.

Ada gak cam silat yang bole jadi sesat, so pepndi pilih, sebagai panduan bole dptkan guide dr Jakim, Pesaka.

Yang pastinye, silat mengandungi ilmu bela diri, kesihatan, pengamalan Islam, falsafah dan sebagainya, yang amat berguna dalam kehidupan seharian, perniagaan, pekerjaan, cam kitab Art of War karangan Tsu Zu, diaplikasikan ke dalam dunia pernigaaan yang penuh dengan persaingan.

Namun begitu, guru2 silat bukanlah mengkehendaki anak2 muridnye hanya taksub kepada silat, pesan arwah guru sye cari lah ilmu sebanyak mungkin, jgn sempitkan ke silat sahaja, bljr ilmu bela diri lain. Jgn kedekut ilmu, kerana ilmu bersifat berkembang, semakin disebarkn semakin ilmu kite bertambah. Disebabkan silat merujuk kepada melayu, sayang sekali klau bangsa melayu tak nak belajar, sedangkan ramai foreigner sanggup dtg ke Malaysia semata2 ingin mendapatkan ilmu ini. Maka terpaksa la otai2 ni tunjuk ajarkan.

Mungkin kerana pesan dari arwah guru tua supaya belajar ilmu sebanyak mungkin, guru silat skrg ramai yang menguasai seni bela diri seperti Tomoi, TKD.





Yoga & Fatwa

Lepas fatwa pasal Yoga diumumkan oleh Jakim, maka kecoh le satu dunia, tp bile try google, rupenye bkn ulamak Islam je yang kuat fatwa psl Yoga ni haram, agama lain cam Christian pun dh penah gak kuar fatwa psl pengharaman Yoga.

Mmg yoga famous dan jadi trend gaya hidup masa kini, tu psal byk btul gym Yoga naik. Same le cam Muay Thai gak, skrg rmi tul gadis2 join, dh jadi trend, tak join tak up to date le, pulak tu ngan kadar jenayah untuk wanita semakin meningkat.

Pertama kali dengar pasal Yoga ni masa sek ren lagi, masa tu blum jadi trend lagi, tak famous pun, saje yang main Street Fighter tau le, psl Dhalsim salah satu hero kat dalam tu pengamal Yoga, hikmat terpower die nama Yoga Fire, bole kuar api kat mulut, pastu die bole terapung. Tapi penah gak dengar spekulasi, pengamal Yoga tahap otai ni bole tarapung di udara, tak penah tgk lagi le live ke video ke, just dgr je le.

Penah gak la try Yoga, tp bile dh jadi haram ni mmg tak nk wat le, biar pun kat tv kuar le cakap klau nk physical exercise je ok jgn systematic yoga.

Menurut Jakim, walaupun bkn mengamalkan latihan yoga secara sistematik,sebagai org Islam mmg kite tidak digalakkan le terlibat dalam amalan tersebut, psl latihan fizikal pun adalah salah satu komponen dlm Yoga.

Ape2 pun tujuan pengamal Yoga yang berugama Islam hanyalah utk kesihatan badan, so byk lagi alternative lain selain Yoga, salah satunye adalah Silat. Silat semakin famous di negara asing, ini terbukti ngan wujud nye pelbagai gelanggang silat seperti di Britain, Belanda, US etc. Ramai gak yang dtg ke Malaysia dan Indonesia untuk lebih mendalami lagi kerana di sini le bermulanya silat. Tp klau ikut sejarah silat, cam silat Lian, G5 berasal dari Yunan.

Nanti nak cite psl silat lak.....

Tuesday, November 18, 2008

Promosi November 2008 ( Kecantikan Untuk Semua )

Yoyoy Kamphora Spa
menawarkan
Promosi Istimewa November 2008.


Bermotokan Kecantikan Untuk Semua, pihak kami mengadakan promosi dengan menawarkan potongan harga untuk perkhidmatan berikut:-

  • RAWATAN RESDUNG ( 6 batang ) = RM 10
  • MANDI BUANG TOKSIN = RM 40
  • KEMPIS PERUT = RM 30


  • MANDI SUSU = RM 25
  • MANDI SUSU AURA SERI = RM 30
  • MANDI SUSU + MADU + AURA SERI = RM 35


  • MANDI SUSU + MADU + AURA SERI + AROMATHERAPY = RM 40
  • MANDI BUIH + SUSU + MADU + AURA SERI + AROMATERAPI = RM 50


Terima kasih.


Silat untuk kesihatan dan keselamatan


Silat adalah khazanah bangsa yang amat bernilai. Silat bukan sahaja digunakan sebagai pertahanan diri, malah juga dapat memelihara kesihatan badan. Seiring dengan peredaran masa, silibus silat telah disusun dengan lebih baik tanpa menjejaskan keaslian dan objektif utamanya.


Pesilat juga akan dilatih mengenai taktik tempur, seni, fisioterapi, senaman-senaman yang telah diamalkan sejak zaman berzaman.




Dikala pelbagai pihak berdebat mengenai fatwa berkaitan YOGA, kenapa tidak beralih kepada silat yang tidak bertentangan dengan Islam. (link Garis Panduan Silat Menurut Islam oleh JAKIM)



Pada masa kini terdapat pelbagai gelanggang silat di setiap negeri, dalam dan luar negara. Malah pencak silat telah digunapakai/dipinjam di dalam bahasa lain merujuk kepada seni pertahan diri orang Melayu.


Dengan peningkatan kadar jenayah di Malaysia terutamanya terhadap wanita, kemahiran di dalam seni pertahan diri adalah alternatif yang utama.









Kepada sesiapa yang berminat menyertai latihan silat, sila hubungi saya (penyertaan wanita amat dialu-alukan)


Persatuan Seni Silat Sendeng

Gelanggang silat di Selayang
Latihan setiap hari Isnin dan Jumaat .
Tel: 03-4146 4378, 03-6184 1455
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...