Tuesday, November 18, 2008

Silat untuk kesihatan dan keselamatan


Silat adalah khazanah bangsa yang amat bernilai. Silat bukan sahaja digunakan sebagai pertahanan diri, malah juga dapat memelihara kesihatan badan. Seiring dengan peredaran masa, silibus silat telah disusun dengan lebih baik tanpa menjejaskan keaslian dan objektif utamanya.


Pesilat juga akan dilatih mengenai taktik tempur, seni, fisioterapi, senaman-senaman yang telah diamalkan sejak zaman berzaman.




Dikala pelbagai pihak berdebat mengenai fatwa berkaitan YOGA, kenapa tidak beralih kepada silat yang tidak bertentangan dengan Islam. (link Garis Panduan Silat Menurut Islam oleh JAKIM)



Pada masa kini terdapat pelbagai gelanggang silat di setiap negeri, dalam dan luar negara. Malah pencak silat telah digunapakai/dipinjam di dalam bahasa lain merujuk kepada seni pertahan diri orang Melayu.


Dengan peningkatan kadar jenayah di Malaysia terutamanya terhadap wanita, kemahiran di dalam seni pertahan diri adalah alternatif yang utama.









Kepada sesiapa yang berminat menyertai latihan silat, sila hubungi saya (penyertaan wanita amat dialu-alukan)


Persatuan Seni Silat Sendeng

Gelanggang silat di Selayang
Latihan setiap hari Isnin dan Jumaat .
Tel: 03-4146 4378, 03-6184 1455

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...