Sewaktu saya remaja dahulu, saya sangat mengingati satu fenomena iaitu setengah perempuan bila keluar rumah tidak diusik dan diganggu oleh lelaki sedangkan setengahnya diusik dan diganggu oleh lelaki dan paling kurang akan disiulkan. Pada waktu itu saya langsung tidak mengerti mengapa setengah mereka diganggu dan setengahnya pula tidak diganggu. Alhamdulillah setelah beransur senja (makin tua) semakin banyak yang Allah berikan sebagai ilmu untuk dimanfaatkan.
Ada kalanya setengah perempuan tidak diganggu namun dapat dilihat dengan jelas bahawa ada setengah wanita apabila berjalan, ekor mata lelaki akan terus memandangnya walaupun terpaksa memalingkan leher untuk hampir 180 darjah.
Kembali kepada persoalan asas dalam topik ini iaitu mengapakah setengah perempuan di ganggu apabila keluar dari rumah. Marilah kita perhatikan ayat Al-Quran Surah Al Ahzab: 59.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dari ayat ini jelas disebutkan Allah bahawa dengan itu mereka tidak diganggu. Orang lelaki memang dijadikan Allah sebegitu. Untuk tujuan menjaga kehormatan wanita dan juga lelaki, sekiranya wanita menutup aurat dengan sempurna, nafsu lelaki insyaAllah tidak akan dirangsang.
Itulah sebabnya lelaki memang suka pergi clubbing kerana di sana, pendek kata istilah mudahnya ialah menjamu mata di mana wanita pelbagai kaum memakai pakaian menjolok nafsu lelaki dengan jelas menunjukkan sebahagian buah dada, perut, pusat serta peha wanita yang gebu. Dari segi jangka pendek seolah-olah ia baik bagi lelaki tetapi sebenarnya memanglah buruk kerana mengundang banyak dosa dan bagi orang bujang, timbul satu masalah besar iaitu bagaimana untuk melampiaskan nafsu begini.
Itulah sebabnya timbul gejala rogol kerana lelaki apabila sudah naik nafsunya, bahaya, perempuan tua pun memadai untuk melepaskan nafsunya. Pasal orang lain yang seksi, orang lain pulak yang kena rogol. Takkan le nak merogol di khalayak ramai.
Dari pengalaman berkunjung ke Mekah dan Madinah sewaktu haji dan umrah dahulu, satu nikmat yang tidak boleh diperolehi di mana-mana kota dunia lain iaitu nikmat ketenteraman jiwa seorang lelaki. Nafsu lelaki langsung tidak dijolok oleh wanita. Ini kerana wanita Arab di sana memakai purdah serta berkain warna hitam. Wanita Asia seperti Malaysia dan Indonesia pula memakai telekung warna putih bila keluar sama ada ke Masjid atau membeli belah. Allah langsung memberikan rahmatnya kepada lelaki iaitu ketenteraman jiwa dan insyaAllah jauh dari dosa maksiat mata.
Dalam surah yang sama iaitu Al Ahzab:32, Allah berfirman:
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa perempuan yang berkata-kata dalam istilah orang muda mengada-ngada dan manja bakal mengundang kecelakaan. Namun ramai perempuan memandang keuntungan jangka pendek semata-mata iaitu dapat menarik perhatian lelaki dengan gaya bercakap yang menggoda ini. Sebenarnya wanita begini seperti yang dinyatakan Allah hanya menarik lelaki bermasalah dan bukannya lelaki beriman.
Itulah sebabnya dalam surah anNur: 3 Allah berfirman bahawa
Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.~ Renung-renungkan dan selamat beramal ~
No comments:
Post a Comment