Tuesday, September 23, 2008

Terapi Resdung di Yoyoy Kamphora Spa

Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.


Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.


Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.


Diagnosis:
* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah
Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap


YOYOY KAMPHORA SPA MENYEDIAKAN RAWATAN RESDUNG MENGGUNAKAN PRODUK TERPILIH YANG AMAT BERKESAN. RAWATAN TERSEBUT:-
  1. TIDAK MENYAKITKAN
  2. TIDAK MEMEDIHKAN MATA
  3. MENYEDUT SEGALA HAMA DAN KEKOTORAN DI MUKA
  4. MENYEDUT SEGALA DARAH KOTOR DI DALAM BADAN
  5. MUKA AKAN TERASA LEBIH RINGAN
Untuk keterangan lanjut, sila ke http://www.yoyoyspa.com/rawatan.php

1 comment:

Anonymous said...

salam huda,
ak dh tgk page ko...
wat sendiri ker?
ok n nice...n cute jer...hehe
cume...nmpk cm kosong je background tu...
kalo letak kaler2 bg menarik pn ok..up 2 u laa...ak pndai ckp jer...
smpai ble promo raye ko?
ak xnyempat2 nk g lagi ni..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...