Wednesday, June 8, 2011

Medan pilih pesilat


KEJUARAAN Silat Kebangsaan ke-15 yang berlangsung di Kolej Matrikulasi, KPM Gopeng, Perak hingga Ahad ini menjadi medan memilih pesilat negara ke Kejohanan Silat Sedunia di Jakarta Disember nanti.

Selain itu kejohanan dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga pentas penubuhan skuad Sukan Sea 2011 di Jakarta .

Turut hadir pada majlis warna warni itu ialah Menteri Besar Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam yang juga Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Datuk Zainol Fadzi Paharuddin merangkap Presiden Pesaka Negeri Perak..

Kejuaraan disertai hampir 300 pesilat daripada 14 ahli gabungan terdiri daripada 10 negeri dan Persatuan Seni Silat Malaysia dan Persatuan Silat Gayong Patani Malaysia, Persatuan Seni Silat Gagyong Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kejohanan yang turut disertai pesilat-pesilat kebangsaan itu mempertandingkan silat olahraga dan silat seni putera dan puteri.

Silat seni mengandungi empat acara iaitu solo kreatif, ganda, regu dan jurus tunggal manakala silat olahraga dijalankan mengikut berat badan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...