MP Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani menggesa agar
empangan Langat 2 yang dipersetujui oleh kerajaan Selangor dalam MOU
penstrukturan air baru-baru ini terus dibina walaupun syarikat konsesi air
menolak tawaran pengambil alihan syarikat mereka.
Menurutnya, pembinaan empangan itu yang akan memakan masa 36
bulan akan mampu mengurangkan masalah paras air yang kritikal di empangan sedia
ada.
"Kalau kita hendak tunggu sampai syarikat-syarikat ini
setuju baru kita nak bina Langat 2, sampai bilakah kita nak selesaikan masalah
air kita?
