Showing posts with label Kehilangan MH370. Show all posts
Showing posts with label Kehilangan MH370. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

MH370: Kehilangan pesawat dedah jurang komunikasi pada ketinggian 35,000 kaki

www.facebook.com/yoyoykamphoraspa
Di dalam dunia kini di mana Google Inc. boleh mengetahui tabiat membeli belah anda dan pihak polis menggunakan telefon bimbit untuk mengenal pasti lokasi panggilan kecemasan, bagaimana sebuah pesawat besar seperti Boeing 777 boleh hilang daripada radar?

Komunikasi pesawat MH370 yang tiba-tiba ‘senyap’ menunjukkan betapa mudahnya rangkaian suara, radar dan satelit moden boleh diputuskan hubungannya. Lampu isyarat yang digunakan pusat kawalan bagi mengesan pesawat tersebut turut diputuskan. Ini termasuk sistem teks-dan-data penerbangan.

Misteri ini mungkin akan merangsangkan rekaan bentuk semula suis yang boleh digunakan juruterbang untuk memutuskan sambungan dan penggunaan kelajuan teknologi satelit untuk mengesan masa dan sistem penting pesawat, kata bekas eksekutif syarikat Airbus SAS, George Hamlin. Isyarat-isyarat lain perlu dianalisa bagi mengesan kemungkinan lokasi terakhir pesawat menuju ke Lautan Hindi di luar pantai Australia, kata dua individu yang pakar mengenai perkara ini.

MH370: Tun Mahathir hairan teknologi canggih gagal kesan pesawat

www.facebook.com/yoyoykamphoraspa
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa hairannya apabila pesawat MH370 dikesan dengan bantuan teknologi canggih.

Berita Harian melaporkan, Dr Mahathir berkata teknologi yang sama kebiasaannya mampu mengesan pergerakan sekecil manusia walau di mana mereka berada.

Namun katanya, teknologi yang sama gagal mengesan lokasi pesawat Boeing 777-200ER dan kekal misteri hingga ke hari ini.

"Saya melihat perkembangan ini (misi mencari dan menyelamat) dan berasa hairan kerana dalam dunia yang serba moden dan canggih dengan pelbagai teknologi, kita masih gagal mengesan pesawat yang sebesar 63 meter itu.

“Sedangkan dengan teknologi yang sama, kita boleh mengesan manusia walaupun seseorang itu berdiri di tepi jalan,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

MH370: Tiga juta orang awam sertai pencarian besar-besaran melalui satelit

www.facebook.com/yoyoykamphoraspa
KUALA LUMPUR: Tiga juta orang telah menyertai usaha sebuah pengendali satelit bagi mengesan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia yang masih hilang dan ianya merupakan satu usaha terbesar melibatkan bantuan orang awam.

Firma pengendali satelit, Digital Globe pada Isnin memberitahu bahawa lokasi pencarian kini telah merangkumi 24,000 kilometer per segi (9,000 batu per segi) dan setiap hari banyak imej-imej baru telah dimasukkan termasuk kawasan terbaru di Lautan Hindi.

Menurut mereka lagi, selain lebih dari tiga juta orang telah menyertai program tersebut, 257 juta "map views" manakala 2.9 juta orang pula telah "tagged" kawasan-kawasan dalam peta tersebut.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu terputus komunikasi dan hilang dari radar menara kawalan sejak 8 Mac lalu dan ianya membawa kepada gerakan mencari besar-besaran dari Asia Tenggara hinggalah ke Lautan Hindi melibatkan agensi-aganesi penyelamat antarabangsa.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain : Pendedahan Bekas Ketua Juruterbang MAS Bongkar Disebalik Tragedi MH370

www.facebook.com/yoyoykamphoraspa

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain (Pendedahan Bekas Ketua Juruterbang MAS Bongkar Disebalik Tragedi MH370) : Berita CNN adalah tidak boleh dipercayai sumber!!! Siapa kata?
Inilah dia figura yang cukup penting mendidik rakyat Malaysia serba sedikit disebalik tragedi dan insiden MH370 melalui temuramah di Berita Astro Awani Berita Buletin Tv3, NTV7. Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, bekas ketua juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines).
Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain

  • Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berpengalamaman lebih 30 tahun
  • Isteri Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines
  • Bapa Mertua Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah bawa pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik dunia iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton

Sunday, March 16, 2014

Emosi keluarga penumpang MH370 dari China semakin tenang

www.yoyoyspa.com

CYBERJAYA: Emosi waris dan ahli keluarga penumpang Penerbangan MH370 warganegara China yang ditempatkan di Hotel Cyberview, Resort and Spa sejak Selasa lalu, kini dikatakan mulai tenang selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung perkembangan terbaharu operasi mencari yang memasuki fasa baharu, petang semalam.

Seorang pegawai Malaysia Airlines (MAS) yang enggan dikenali berkata, lebih kurang 30 ahli keluarga penumpang terbabit dibawa ke sebuah bilik di hotel berkenaan pada jam 2 petang semalam, untuk mendengar siaran langsung pengumuman Najib melalui televisyen mengenai perkembangan kes kehilangan pesawat itu.
Emosi ahli keluarga berkenaan dilaporkan tidak stabil pada hari pertama mereka tiba di Malaysia dan ada di kalangan mereka kelihatan murung dan ada yang menangis.


Katanya, setiap keluarga penumpang pesawat warga China itu dijaga dua pegawai Malaysia Airlines dan pihak pengurusan juga membuka bilik rawatan sepanjang mereka berada di hotel itu.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, berdasarkan maklumat terkini, pesawat yang dikesan radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Sabtu lalu disahkan pesawat MH370 yang berpatah balik, dan menghala ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia sebelum bergerak ke arah barat laut.

Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru penerbangan itu dilaporkan hilang pada awal pagi 8 Mac lalu.

- BERNAMA

Juruterbang MAS Kapten Zahari ahli seumur hidup PKR


www.yoyoyspa.com

KAJANG: Ketua PKR Subang, R Sivarasa menyatakan bahawa juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup parti itu.

Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang berkata, Zaharie mendaftar sebagai ahli PKR Cabang Subang sejak 23 Januari tahun lalu.
"Beliau juga membantu kami pada pilihan raya umum lalu," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama parti itu di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai menafikan laporan akhbar Britain, The Daily Mail yang antara lain menyatakan Zaharie adalah 'fanatik politik' yang menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu turut mendakwa Zaharie, 53, menghadiri kes Anwar pada Jumaat minggu lalu sebelum sebelum penerbangan MH370 pada 12.40 tengah malam Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Sivarasa menyatakan Zaharie tidak berada di mahkamah ketika keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan.

Raja Bomoh bakal berdepan tindakan undang-undang

www.facebook.com/yoyoykamphoraspa
SHAH ALAM - 'Raja Bomoh' yang melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan Jais mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

"JAIS menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman sesawang dan Facebook Jais, berhubung perbuatan dia.

"Merujuk kepada aduan itu, Jais sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor," katanya kepada pemberita di sini.

Rabu lepas, Ibrahim dilapor melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.

Mengulas lanjut, Ahmad Zaharin berkata, pihaknya juga masih melakukan pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang. - Bernama

KJ jawab Tok Moh isu tampar 'kokedai'

www.facebook.com/yoyoykamphoraspa
SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin secara berseloroh berkata, "satu Malaysia" mahu menampar Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin ekoran perbuatannya yang "memalukan" negara.

Kata-kata itu lahir dari mulut menteri muda ini sebagai respon kepada Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang mahu menamparnya seperti buaya.

KJ sebelum itu menyifatkan perbuatan Ibrahim sesuatu yang menjatuhkan maruah dan mencalar imej negara.

"Dia sorang yang nak tampar saya...tapi saya rasa satu Malaysia nak tampar dia sebab malukan negara.

"Perbuatan dia syirik, khurafat...saya tak nak layan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui sebuah portal.

Baru-baru ini, KJ telah menyelar Ibrahim menerusi laman mikro Twitter miliknya.

KJ dalam Tweetnya menggesa pihak berwajib untuk menangkap dan menahan bomoh berkenaan.

Polis periksa rumah kapten pesawat MH370 - Kapten Zahari

www.yoyoyspa.com
SHAH ALAM - Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, pada 2.42 petang tadi selepas sidang berita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu.
   
Tiga anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi kediaman Laman Seri di Seksyen 13 di sini, sebelum mengambil pas keselamatan untuk memasuki kawasan itu.
  
Difahamkan anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang.
  
Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu di kawasan perumahan itu, tidak dibenarkan memasukinya oleh pengawal keselamatan.
  
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing dilaporkan hilang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi pada Sabtu lepas.

MH-370 Terlanggar UAV Asing?

www.facebook.com/yoyoykamphoraspa
 
Sejak hari Sabtu, 8 Mach 2014 pada pukul 2.45 pagi, dan ketika kesemua ketika itu sedang lena diulit mimpi, hanya sedikit sahaja manusia yang masih berjaga dan bekerja. Namun berita tergempar dalam tv yang memaklumkan kehilangan MH-370 terus mengemparkan dunia. Pesawat tersebut pada mulanya hilang dari radar, dan akhirnya tidak mendarat di lapangan terbang yang dijadualkan. Serta merta Malaysia menggerakkan operasi SAR.

Sejak hari tersebut, mula pelbagai teori konpirasi tersebar di dunia maya. Kononya pesawat tersebut dilencongkan ke kawasan lain, dirampas oleh pengganas dan perisik, sampai satu tahap ade yang mendakwa pesawat tersebut telah dilencong ke Rusia, ada pula yang mendakwa ia sandiwara kerajaan, kemudian semakin ramai pula rakyat Malaysia yang buat lawak bodoh, menghina mangsa kejadian, menyerang peribadi pilot dan tak kurang juga mengambil peluang untuk membuat bisnes?

Hari ini, telah masuk hari kelima dan masih belum jumpa apa-apa petanda. Klu-klu yang sebelumnya iaitu saksi di Vietnam ternampak berbola api di laut, tumpahan minyak dan penemuan pintu pesawat telah tidak boleh dipakai. Sebenarnya tajuk artikel ini tiada kaitan pun dengan MH-370 terlanggar UAV asing. Ia cuma SARCASM atau HOAX sahaja untuk menarik anda membaca artikel ini. Sebab kali ini MalDef mahu mengajak anda berfikir secara logik akal menggunakan ilmu yang boleh dicari di Google. Bukanya ilmu dari Facebook, dan jauh sekali ilmu bomoh.

Empat senario kehilangan MH370 yang menjadi spekulasi, kata pakar

www.facebook.com/yoyoykamphoraspa
Boeing 777, salah satu jenis pesawat dunia yang hebat dan canggih, kini hilang di kawasan sibuk tetapi tiada seorang pun tahu bagaimana dan mengapa.

Dalam laporan hari ini, CNN mendapatkan maklum balas pakar ke atas misteri yang menyelubungi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sama ada ia berpunca daripada bom atau kegagalan mekanikal atau dirampas.

Kehilangan MH370 menimbulkan kebingungan selepas tiba-tiba lesap di perairan antara Malaysia dengan Vietnam pada Sabtu ketika sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Sukar dipercayai persoalan tersebut masih belum terjawab selepas tiga hari pesawat Boeing 777-200ER hilang. Ia membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Tiga persoalan itu kemungkinan yang diramal pakar dan spekulasi tentang kemungkinan tersebut dijelaskan secara berhati-hati," kata laporan yang dipetik daripada CNN.

Agensi berita dunia itu memberikan empat senorio yang diperkatakan oleh pakar, serta beberapa fakta berkaitan:

1. Senario: Bom? Atau "ujian saringan"?

Fakta: Dua pasport hilang dikaitkan dengan dua individu yang membeli tiket penerbangan.

PM sahkan MH370 tersasar laluan asal

www.facebook.com/yoyoykamphoraspa
SEPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama merupakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal menuju ke Beijing dan hilang sejak Sabtu lepas.

  

"Hari ini berdasarkan data satelit belum diproses, yang diperoleh dari penyedia perkhidmatan data satelit, kita boleh sahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data radar utama itu adalah Penerbangan MH370," katanya.

  

Berikutan perkembangan itu, Malaysia dan rakan sejawat antarabangsanya memutuskan bahawa kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan dalam satu daripada dua koridor.

  

Dua koridor yang berkemungkinan itu adalah satu koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhtstan dan Turkmenistan sehingga utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan menganjur dari Indonesia ke utara Lautan Hindi.

  

"Pasukan siasatan sedang berusaha untuk memperhalusi maklumat itu," katanya.

  

Walaupun terdapat laporan media mengenai kemungkinan pesawat itu dirampas, Najib menegaskan bahawa pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan sehingga kepada apa yang menyebabkan Penerbangan MH370 tersasar dari laluan penerbangan asalnya. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...