Kekenduran Rahim (Prolapse)
Prolapse
rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala
terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh
ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal
menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim
seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan
ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh
sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim
jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk
ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan
faraj (satu keadaan yang biasa digelar tombong', lihat tajuk Pembedahan) Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.
Gangguan perkencingan.
Ramai
wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan
menghadapi masalah perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak
mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing
khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang
menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah,
semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka
air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal. Keadaan
ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat
menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam
menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal
daripada wudunya.
Gangguan hubungan kelamin
Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle,
maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan
seksual mungkin terganggu sedikit. Ini boleh mengurangkan kepuasan
dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami. Ramai wanita serta
suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas
kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor
tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling
faraj.
Ketidakselesaan dan sakit pinggang
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse
rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim
terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak
berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali
urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara
mereka yang mengadu sakit pinggang.
Gangguan Kesihatan
Dalam kes prolapse
yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar,
seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau
erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan
atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka panjang ada juga
kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang
berpanjangan. Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul
daripadanya.
Apakah punca punca kejadian prolapse?
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan terjadinya prolapse. Di antaranya adalah seperti berikut:
i) Faktor Baka
Setengah
wanita akan mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara-mara
mereka khususnya ibu, ibu-saudara atau nenek mengalami masalah yang
sama. Bagaimana penyakit ini diturunkan tidaklah diketahui, mungkin
baka menentukan kelemahan atau kekuatan tisu, otot dan ligamen pada
peranakan. Kekenduran atau kelemahan otot dan tisyu ini boleh juga
dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan tahap kesihatan kita yang agak
rendah berbanding dengan mereka yang sihat dan makanannya seimbang dan
mencukupi dari segi semua zat seperti protin dan vitamin.
ii) Exercise
Proses
kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu
dalam badan khususnya tisu ligamen dan otot yang memegang faraj dan
rahim. Ini satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan
boleh dicapai walaupun tidak seratus-peratus jika seseorang wanita itu
mengamalkan gerak tubuh atau exercise untuk menguatkan otot-otot di
sekeliling faraj dan lantai punggung. Amalan exercise waktu hamil dan
selepas kelahiran adalah sangat penting untuk mencegah prolapse.
Oleh itu kelalaian atau tidak melakukan exercise ini adalah satu
daripada faktor yang boleh menyebabkan kekenduran atau prolapse rahim.
iii) Kehamilan dan Kelahiran
Kehamilan
dan kelahiran memanglah satu proses yang menyebabkan berlakunya
kekenduran atau kelemahan pada semua tisu di sekeliling peranakan
khususnya otot lantai punggung yang biasanya memegang faraj dan
mendokong rahim. Kelahiran normal atau secara forceps atau vacuum
memang dianggap satu kecerderaan yang merosakkan ligamen-ligamen dan
otot disekeliling faraj. Sering-kali mereka yang melahirkan di rumah
mengalami kekoyakan tetapi tidak dijahit dan ini salah satu faktor yang
menimbulkan kelemahan atau kekenduran otot peranakan. Kelahiran
yang memakan masa yang lama atau prolonged labour, kelahiran yang sukar yang memerlukan ibu meneran dengan kuat dan begitu lama, kelahiran yang memerlukan kegunaan alat seperti vacuum atau forceps adalah faktor-faktor yang mungkin menyumbangkan kepada berlakunya prolapse di kemudian hari.
iv) Menopaus
Keadaan
menopaus atau kekurangan hormon samaada yang berlaku secara natural
iaitu ketika umur 50 tahun keatas, ataupun ekoran daripada pembedahan
oleh sebab-sebab penyakit yang mana ovari dibuang boleh menyebabkan
keadaan kekurangan hormon dan seterusnya menimbulkan kelemahan pada otot
dan ligamen peranakan. Proses atrophy atau kekecutan pada tisu, ligamen dan otot dalam jangka panjang akan menyebabkan prolapse. Nyata sekali prolapse
yang teruk sering berlaku pada wanita-wanita yang berumur 60 ke atas
akibat daripada ketandusan hormon ekoran daripada menopaus. Kegunaan
hormon sebagai rawatan menopaus nyata dapat mengurangkan berlakunya
prolapse.
v) Tumbuhan Dalam Rahim
Pada wanita yang mengalami tumbuhan seperti fibroid
yang tidak menimbulkan masalah lain seperti pendarahan atau kesakitan
dan jika berlaku dalam umur empat puluhan ke atas ataupun selepas putus
haid apabila otot dan ligamen rahim telah lemah, mempunyai risiko
berlakunya prolapse kerana tumbuhan fibroid yang kecil juga merupakan
satu tekanan kepada rahim untuk jatuh ke bawah. Tetapi fibroid ini
biasanya yang berukuran besarnya adalah sederhana dan tidak melebihi
saiz bola golf.
Rawatan dan Pencegahan
Langkah
yang terbaik bagi wanita ialah mencegah setelah mengetahui punca atau
faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya. Di antara langkah-langkah
tersebut ialah pertama:
i) Jaga kesihatan dan kawal berat badan
Kegemukan
adalah salah satu faktor yang bukan sahaja yang menjadi satu gangguan
terhadap kecantikan seseorang wanita, malah ia mempunyai banyak
kesan-kesan yang buruk terhadap wanita seperti menyebabkan masalah prolapse di kemudian hari. Oleh itu eloklah jaga berat badan dengan mengawal makanan dan membuat exercise.
ii) Amalan exercise
Amalan
untuk menguatkan otot perut dan lantai punggung ketika hamil dan
selepas bersalin belum menjadi satu amalan harian di kalangan
wanita-wanita Malaysia. Tetapi tabiat ini sering dilakukan oleh
wanita wanita Barat khususnya mereka yang terpelajar. Banyak video-
video yang memberi panduan tentang kaedah exercise ini dapat di
pasaran. Panduan untuk melakukan exercise atau gerak tubuh khas
untuk otot lantai punggung juga boleh dipelajari pakar physiotherapist
atau juru-pulih anggota di hospital atau di klinik swasta.
Ini
sangat penting kerana jika ia dilakukan pada waktu hamil dan selepas
bersalin, pemulihan pada bentuk badan status tubuh badan yang asal
seperti sebelum hamil akan dapat dicapai dan ia boleh mencegah masalah
kegemukan, kekenduran otot perut dan lain lain gangguan yang dikaitkan
dengan prolapse rahim. Gerak tubuh ini boleh dilakukan sejurus selepas
bersalin, tidak perlu menunggu selepas pantang. Malah dalam pantang
adalah waktu yang tepat untuk mencapai pemulihan yang terbaik dengan
menentukan makanan yang seimbang, yang berkhasiat, melakukan penyusuan
bayi serta melakukan exercise yang tertentu.
iii) Exercise kemut atau 'grip'
Exercise untuk mengemut atau grip adalah bertujuan untuk menguatkan
otot lantai punggung, otot sekeliling faraj, otot-otot yang mengawal
perkencingan. Cara melakukannya ialah kita bayangkan seperti
melakukan persetubuhan dan ketika itu kita menggemut atau mencengkam
alat zakar suami. Jika ini dilakukan berulang-ulangkali untuk
beberapa saat, misalnya dua tiga minit sekali dalam waktu pantang dan
seterusnya menjadi satu tabiat dalam kehidupan seharian. Insya-Allah
otot di sekeliling faraj akan menjadi lebih kuat seperti sedia-kala.