Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri 2011 jatuh pada Selasa 30 Ogos 2011.


Hari Raya Aidilfitri 2011 jatuh pada Selasa 30 Ogos 2011.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin

Saturday, August 27, 2011

Senarai Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2011 Pemimpin-Pemimpin Malaysia

Rumah Terbuka Perdana Menteri Malaysia

Rumah Terbuka Perdana Menteri hari Raya Aidilfitri 2011 akan di adakan pada Hari Raya Pertama (1 Syawal 1432H) di kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, Putrajaya.

Mengenali Tanda-tanda Lailatul Qadar


Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. 

Lailatul Qadr, Nak Buat Apa?


Jika berjumpa dengan Lailatul Qadr ini, maka kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah (solat sunat, baca al-Quran, zikir dan doa).. sebab ibadah pada malam itu seumpama beribadah 83 tahun.. tapi bukanlah bila dah beribadah pada malam tu, kita dah tak payah beribadah selama 83 tahun lepas tu.. dengan anggapan dah cukup dah ibadah tu ditampung dengan ibadah malam Lailatul Qadr.. jangan silap faham.. yg dinyatakan cuma kelebihan beribadah pada Lailatul Qadr, bukannya bila dah beribadah pada malam tu, takyah dah buat ibadah selepas tu.

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Thursday, August 25, 2011

Tanda-Tanda Lailatul Qadar


Soal 1: Malam Lailatul Qadar itu jatuh pada hari ke berapa?

Jawab: Di dalam Al-Qur’an tidak diterangkan pada malam ke berapa malam Lailatul Qodar itu jatuh, tetapi di dalam hadits diterangkan bahwa sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam beri’tikaf pada 10 hari awal di bulan Ramadhan menginginkan malam Lailatul Qodar, kemudian beliau beri’tikaf pada 10 hari pertengahannya dan mengatakan (yang artinya): “Sesungguhnya malam Lailatul Qodar itu jatuh pada 10 hari akhir di bulan Ramadhan”. Beliau melihatnya dan beliau sujud di waktu shubuh di tempat yang berair bercampur tanah, kemudian pada malam ke-21 di saat beliau i’tikaf, turunlah hujan maka mengalirlah air hujan tersebut pada atap masjid karena masjid Nabi shallallahu alaihi wa sallam terbuat dari anjang-anjang. Beliau menjalankan sholat subuh bersama para sahabatnya kemudian beliau sujud. Anas bin Malik berkata:

Tuesday, August 23, 2011

NONA TV3 26 JUNE 2011 @ Yoyoy Kamphora Spa.















Di sini kami lampirkan beberapa gambar semasa penggambaran NONA TV3 pada 26 June 2011 di Yoyoy Kamphora Spa @ Pusat Bandar Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Monday, August 22, 2011

Saudi Launch Mecca Mosque Extension Project

Saudi Launch A USD10.6 Billion Mecca Mosque Extension Project

King Abdullah of Saudi Arabia will officially launch a $10.6-billion (7.3-billion-euro) extension project Friday for the Grand Mosque in Mecca, Islam’s holiest city, media reports said.

The project is intended to allow the complex to accommodate some two million worshippers at a time, the daily Asharq al-Awsat said.

The World’s Second Richest Man – Warren Buffet.

Mencari Lailatul Qadar.

TARBIYYAH DALAM PENCARIAN AL-QADR...


Ramadhan sudah sampai kepada perkiraan 10 jari. Ini bermakna, bila-bila sahaja malam lailatul qadr akan muncul dalam tempoh ini mengikut pendapat jumhur ulama'.
Namun hakikatnya, mungkin ada antara kita masih belum sedar sejauh mana tarbiyyah ramadhan mengajar kita untuk menjadi orang yang baik. Siang harinya, kadang-kadang kita penuhkan dengan kata-kata umpatan (cerita tentang orang itu dan orang ini), malam harinya pula kita 'berlaku zalim pada perut dan ruhiyyah' (berbuka hingga tidak mampu berterawikh), hingga tidak ada satu ruang pun untuk kita kembali dan merasai bahawa "Oh.. Bukankah Ramadhan ini bulan tarbiyyah?"

Kahwin Kembar Kerana “Tidak Tahu Nak Pilih Siapa”

Kahwin Kembar Kerana “Tidak Tahu Nak Pilih Siapa” 


Disebabkan keliru dan tidak tahu hendak memilih yang mana, seorang lelaki Thailand berusia 24 tahun mengambil keputusan mengahwini pasangan adik-beradik kembar perempuan secara serentak pada 8 Ogos lalu.

Dan lelaki ‘bertuah’ itu berjanji akan mencintai kedua-duanya sama rata. Ketika ramai memanggilnya bertuah, ada di kalangan pembaca laman web “STOMP” pula membayangkan yang lelaki itu sengaja menempa nahas melalui perkahwinan seperti itu. Wichai, yang meniaga barangan lama berkahwin dalam satu majlis penuh kemeriahan kepada pasangan kembar berusia 22 tahun, Sirintara dan Thipawan.

Friday, August 19, 2011

Cara-cara mengerjakan sembahyang tahajjud dan sunat mutlak malam.

moon2



Niat: Sahaja Aku sembahyang sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Taala. 
Kerjakan sembahyang sebagaimana sembahyang sunat lainnya. Dan untuk sembahyang malam ini, disunatkan memperpanjangkan berdiri dari memperbanyakkan sujud, sabda nabi s.a.w,:  

“Sebaik-baik sembahyang ialah yang memperpanjangkan berdirinya.” 


Memperpanjangkan berdiri ialah memperbanyakkan membaca al-Quran. Memperbanyak sujud ialah dengan memperbanyakkan tasbih. Membaca al-Quran lebih baik dari bertasbih. 
Selepas mengerjakan sembahyang, hendaklah membaca doa di bawah ini, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Bukhari:  

Solat Tahajjud

 
Firman Allah Taala: 
 
“Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud,sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik.” (al-Isra’:79)  

Thursday, August 18, 2011

Darjat keikhlasan penentu kualiti ibadat


Amal pula mesti bermutu tinggi mengikut tertib dan sunnah Rasulullah SAW 

SAAT melakukan amalan muhasabah menilai amalan diri sendiri, perkara pertama penting untuk disoal kepada diri ialah mengenai kesucian amalan. Apakah sudah hadir niat yang ikhlas pada setiap amal dikerjakan? Layakkah amal ibadat itu dipersembahkan kepada-Nya? Apakah sudah sempurna kefahaman mengenai ikhlas?


Istiqamah Dalam Melakukan Beribadah


Istiqamah adalah sifat Muslim sejati. Ia ada pada orang yang kuat mujahadahnya. Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Rambut aku menjadi uban kerana surah Nuh.” Ayat yang sangat banyak Nabi fikirkan ialah ayat yang berbunyi maksudnya: “Hendaklah kamu beristiqamah terhadap apa yang aku perintahkan.” Kerana terlalu banyak memikirkan ayat itu hingga al-Rasul menjadi beruban. Maksud ayat itu ialah Rasul berfikir bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah dan pada masa yang sama bagaimana juga hendak menanggung risiko tindak balas dan ancaman daripada kaum musyrikin kota Makkah.

Monday, August 15, 2011

Chong Wei kempunan



JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei terus kempunan untuk merangkul kejuaraan dunia. Biarpun tampil selaku pemain No. 1 dunia, Chong Wei sekali lagi dibayangi kehandalan seteru utamanya dari China, Lin Dan.

Saturday, August 13, 2011

Juadah Ramadan masakan daging khinzir-The Star


Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir


 

Serbuan Jais ke Gereja: Wanita Melayu Mengaku Telah Dibaptis


KUALA LUMPUR: Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.


Thursday, August 11, 2011

Khasiat Kurma

Pada Bulan Ramadhan ini, kita disunatkan memakan kurma oleh Rasulullah SAW, ternyata kurma itu sangat berkhasiat.

Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis tumbuhan palma seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Allah..


1. Perkataan yang cantik - ALLAH

2. Lagu yang merdu - AZAN

3. Novel yang menarik - AL QURAN

4. Senaman Yang Baik - SOLAT

5. Diet yang mujarab - PUASA

"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",

"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
 Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang
  sesuatu yang lebih baik buatmu".
 

Fadhilat Dan Kelebihan-Kelebihan Solat Terawih.


1. Kelebihan Solat Terawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Terawih Malam Kedua
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketiga
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Info Solat Terawih


Sedikit info tentang Sembahyang Terawih :-

1.   Hukum Sembahyang Tarawih:

a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.

b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

Lelaki 78 isteri dipenjara seumur hidup


SAN ANGELO, Texas - Seorang pemimpin mazhab poligami, yang menjadi tajuk utama akhbar pada tahun 2008 yang ditahan polis dalam satu serbuan, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas dia didapati melakukan serangan seks ke atas dua gadis muda.

Pemimpin itu, Warren Jeffs berusia 55 tahun tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman itu dibacakan oleh pihak juri yang mengambil masa kurang sejam untuk membuat keputusan di sebuah mahkamah kelmarin.

Wednesday, August 10, 2011

Bruno Mars - Marry You



Kepentingan Membina Keyakinan Diri

Pengertian Keyakinan & Keyakinan Diri
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.

Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri


  •     Kurang senyum
  •     Risau dan kelihatan risau
  •     Gugup dan kelihatan gugup
  •     Kurang berinteraksi
  •     Malas bekerja atau berusaha
  •     Cincai dan kelihatan selekeh
  •     Suka meminta-minta
  •     Mudah putus asa
  •     Suka gossip dan mengumpat
  •     Defensif dan cepat marah
  •     Mudah atau suka berbohong

Untuk BERJAYA, Anda Mesti Buat 2 Perkara


Matlamat jitu merupakan asas dan kompas menjana kejayaan. Ianya merupakan tunjang pendorong, agar kita tidak mengenal erti putus asa, kecewa dan malas berusaha. Kejayaan dan kesenangan hidup hanya dapat dicapai melalui keberanian dan usaha gigih. Itulah di antara pegangan Paul Getty, seorang bilionaire minyak Amerika Syarikat.

KEBAIKAN BERPUASA DARI SUDUT SAINS


Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Monday, August 8, 2011

Tips dan Panduan Untuk Menjadi Pelabur Hartanah

 
Kesilapan pada golongan muda pada hari ini selepas mendapat pekerjaan, kita mungkin lebih cenderung untuk membeli kenderaan mewah, pakaian berjenama, kad kredit, menyewa rumah yang luas dan menjalani kehidupan yang selesa. Tetapi kita mungkin tidak terfikir untuk melabur wang pada rumah atau bangunan kerana ia dilihat sebagai kepentingan selepas berkeluarga atau kepentingan fasa seterus kehidupan.
 

Khasiat dan Kebaikan Teh

Khasiat dan Kebaikan Teh

Ramai orang yang gemarkannya. Tetapi saya tidak pasti berapa ramai orang yang tahu khasiatnya. Teh diminum sebilang masa tidak kira pagi, petang mahupun malam. Teh juga tebahagi kepada beberapa jenis iaitu teh biasa, teh buah, teh akar atau herba daripada pelbagai jenis tumbuhan. Untuk tujuan perubatan biasanya teh herba digunakan. Bagi sesetengah kaum cina, mereka beranggapan bahawa kesihatan dan teh yang diminum mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat.  Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa teh yang diminum dapat memperbaiki aliran darah keseluruh tubuh serta memperbaiki daya pemikiran dan mental mereka.

Hati-Hati Dengan Facebook dan Social Network



Berapa ramai disini yang suka maki hamun dan cakap pong pang dalam facebook?Gaduh dengan awek nak masuk Facebook,gaduh dengan mak pak nak masuk FB,gaduh dengan majikan tak puas hati dengan tempat kerja masuk FB?Hati-hati bila buat macam tu,sebab sekarang nie mostly semua majikan yang ada menggunakan social network korang sebagai screening sebelum korang dapat sesuatu kerja,kenapa aku cakap macam tu?sebab ramai orang rasa sangat cool bila dalam dunia internet yo!rasa seperti warrior yang pong pang dia dalam internet dan bila orang tengok status,dia rasa sangat cool tambah-tambah bila orang like.

Sunday, August 7, 2011

Pesanan Masyarakat : Jangan abaikan solat



Sabda NABI MUHAMMAD S.A.W "Perjanjian (perbezaan) diantara kita (orang islam) dan mereka (orang kafir) ialah SOLAT, dan barangsiapa meninggalkan SOLAT sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (Hadis Riwayat Imam Al Tarmidhi)

Langkah Mempertahankan Diri Untuk Wanita


Kali ni nak fokus pada perempuan sahaja. Tapi tak salah kalau yang lelaki pun nak ambil tahu sama. Wanita ni lemah? Betulker? Lemah ni bermaksud perempuan ni sensitif dan lemah lembut dan tak suka kekerasan. Kalau dah lemah macam mana nak berlawan dengan orang jahat. Tak kan orang jahat ni sempat nak berfikir eh dayus pula pukul perempuan kan. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga khas untuk perempuan korang perlu tahu langkah-langkah asas untuk mempertahankan diri.

Friday, August 5, 2011

Muhasabah Diri



"Wanita Hiasan Dunia, Seindah Hiasan Adalah Wanita SOLEHAH"

(I try my best to one though it is hard to do so)


“Be content with what Allah has given you, and you will be among the richest of people.”

“Do not become angry, and you will be relieved.”

Thursday, August 4, 2011

Rekabentuk Masjid oleh Arkitek Turki



perspective view from the direction of mecca


the interior sloping treatment extends to the outside, dividing the plot into two courtyards with different grades. the higher of the two accommodates outdoor friday, eid and funeral prayers while the lower is sunk 1.5 m under grade and circumscribed by the annex. an ablution area is located underneath the mosque to enable direct access to the prayer area. the water also aids in facilitating natural sunlight to enter the mosque, as well as direct cool cross ventilation.


Berbuka Puasa ... Rokok vs Kurma



Disunnatkan cepat-cepat berbuka puasa, manakala seseorang yang berpuasa telah yakin akan terbenam matahari; dan hendaklah ta'jil dengan kurma atau air, kemudian mengucapkan doa berikut:

اَللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ ، وَبِكَ آمَنْتُ ، وَعَلَى رِزْقِكَ اَفْطَرْتُ ، فَتَقَبَّلْ مِنَى اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ .

"Ya Allah, untuk-Mu saya berpuasa, kepada-Mu saya beriman, dan pada rizki-Mu saya berbuka; maka terimalah puasa dariku; sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". 

Adalah Rasulullah saw. membatasi diri dalam berbuka dengan sedikit air dan kurma, kemudian menunaikan shalat maghrib; dan berbuka pada waktu yang lapang dengan makanan yang sedang. 

Untuk mengikuti sunnah Rasulullah saw. , maka disunnatkan berbuka dengan makanan dan minuman jangan sampai kenyang, sehingga nafsu syahwat tidak menjadi kuat yang menyebabkan lemah mela-kukan ibadah. Karena bukanlah tujuan berbuka itu untuk makan dan minum dengan berba gai macam makanan dan minuman serta memenuhi perut dengan apa saja yang dapat merusak dan memadati perut. Sesungguhnya Allah swt. bermaksud dengan puasa terse but adalah untuk mengendalikan dan memaksa nafsu, tanpa harus menganiaya dan menyeksanya. 

Iklan Bersempena Bulan Ramadhan Dari Negara Jiran

AXIS Man Part 1 "Begins"





AXIS Man Part 2 "Reborn"





AXIS Man Part 3 "Destiny"

Mohor Besar Di Raja

Apakah itu Mohor Besar Raja-Raja? Biasa dengar masa pengumuman puasa dan raya.

Mohor Besar Raja-Raja disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Besar Raja-Raja seperti diperuntukan oleh seksyen 4 dalam Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.

Promosi Istimewa Sempena Ramadhan



Promosi Istimewa, Jangan Lepaskan Peluang. Mungkin yang terakhir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...