Sunday, February 27, 2011

Biarkan Aku Jatuh Cinta..

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa inigetarkan jiwamu
Jantung ini Detakkan Jantungmu

Dan biarkan aku padamu
Takkan menyesal hidup
Didalam hidupku
Rasa ini terus padamu
Takkan kubiarkan sampai
Aku mati

reff:
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada panadangan
Saat kita jumpa
Biarkan Aku kan mencoba
Tak peduli kau berkata
Tuk mau atau Tidak


30 Tanda Jatuh Cinta

Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun akan mengalami cinta. 

Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar belakang. Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya. Terpulang sama ada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta. Asalkan anda bahagia.

1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

Saturday, February 26, 2011

18 ways to improve your body language

Another tip is to close your eyes and visualize how you would stand and sit to feel confident, open and relaxed or whatever you want to communicate. See yourself move like that version of yourself. Then try it out.

You might also want observe friends, role models, movie stars or other people you think has good body language. Observe what they do and you don’t. Take bits and pieces you like from different people. Try using what you can learn from them. 

Some of these tips might seem like you are faking something. But fake it til you make it is a useful way to learn something new. And remember, feelings work backwards too. If you smile a bit more you will feel happier. If you sit up straight you will feel more energetic and in control. If you slow down your movements you’ll feel calmer. Your feelings will actually reinforce your new behaviours and feelings of weirdness will dissipate.

25 Simple Ways to Motivate Yourself


Feeling less than motivated all too often? I do. Well, perhaps not too often. But sometimes I just feel really lazy and unmotivated.

Want some practical solutions to that universal motivation-problem? Here are 25 of them. Try a handful.

Let me know which ones work well for you.

I’m sure you’ll find at least one or two that do just that among these suggestions.

1. Make a deal with yourself. Good for overcoming procrastination and getting things done. You can make the deal small or large. You simple tell yourself something like: When I’m done with this chapter/these reports I can take a walk in the park and enjoy an ice-cream.

Friday, February 25, 2011

Istimewanya wanita disisi Allah S.W.T

 
a. Kelebihan wanita daripada Lelaki

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda:

"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

Thursday, February 24, 2011

Rawatan Penjagaan Selepas Bersalin

 
Aspek  penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ni terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Berikut adalah amalan-amalan ketika dalam pantang yang perlu dilakukan ketika berpantang.
  • Amalan Intensif Ubat Periuk
Minum ramuan ubat periuk adalah bagi membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.

Rawatan Wajah


MENJAGA dan memanjakan wajah memang rutin wanita. Setiap wanita inginkan kulit yang cantik dan memiliki kulit wajah yang segar serta kelihatan muda sepanjang masa.

Bagi mendapatkan kulit wajah yang sempurna, ramai wanita tidak ragu-ragu mendapatkan rawatan kecantikan di salun pada setiap minggu.

Ramai dikalangan wanita mengetahui khasiat tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak seharian dalam membantu mendapatkan wajah yang lebih berseri-seri. Sebenarnya apa yang ada di dapur dan di dalam peti sejuk anda itu boleh dijadikan bahan untuk mencantikkan wajah dan mengekalkan kulit yang sihat.

Wednesday, February 23, 2011

Kursus Urutan Tradisional Melayu Hanya RM 500 - 2 hari


Kursus adalah secara teori dan praktikal akan diajarkan sehingga mampu dilaksanakan sendiri sejurus tamat kursus.

Dengan ini kami ingin mengajak kaum wanita tanpa mengira umur untuk mempelajari teknik2 mengurut dengan cara mudah difahami tapi amat berkesan. Kami mengajar secara individu atau kumpulan kecil di Akademi Kecantikan Yoyoy Kamphora. Anda tentukan tarikh kursus. Masa yang dicadangkan ialah 9pagi-5petang. Silibusnya fleksibel, lagi cepat anda faham lagi banyak dapat kami ajar. Misi kami ialah berkongsi ilmu & membantu anda menambah pendapatan.

Monday, February 21, 2011

Kemahiran keibubapaan - Parenting Skills


Apakah jenis jenis gaya keibubapaan?
Ibu bapa lazim menggunakan beberapa gaya seperti yang dinyatakan di bawah:

10 SEKSAAN PALING NGERI BAGI WANITA~



SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Friday, February 18, 2011

HUKUM BINAAN DI ATAS KUBURAN


HUKUM DAN BEBERAPA PERKARA MENGENAI KUBUR BINAAN DI ATASNYA

(BILANGAN 183 BAHAGIAN PERTAMA )

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Tuntutan Anak soleh

Anak Salih akan sentiasa berusaha membuat kebajikan kepada kedua ibu bapanya, sekalipun mereka telah meninggal dunia. Sebenarnya hubungan antara kedua ibu bapa dengan anak tidak akan putus. Agamapun sangat menganjurkan agar anak-anak sentiasa membuat kebaikan dan kebajikan kepada kedua ibu bapa mereka sama ada semasa hidup atau selepas kematian mereka. Antara yang disebut oleh agama sebagai salah satu sumber pahala kepada kedua ibu bapa yang terus mengalir, tidak putus-putus ialah sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

باب الفطرة [ 128 ] أخبرنا الحسين بن عبد الله بن يزيد القطان حدثنا موسى بن مروان الرقي حدثنا مبشر بن إسماعيل عن الأوزاعي عن الزهري عن حميد بن عبد الرحمن عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه وينصرانه ويمجسانه

Thursday, February 17, 2011

Solat tiang agama. Solat sambil lewa tak beri ketenangan

RASULULLAH bersabda yang bermasud: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang. Jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia.

Jika terkurang daripada sembahyang fardunya, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amalnya yang lain.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Aurat lelaki dan perempuan wajib dipelihara

Pernah kita dengar ungkapan bahawa suatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Barang kemas emas atau intan permata tentu tidak akan dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai sebaliknya ditempatkan tempat yang khas.

Bagi seorang lelaki yang bergelar suami, barangan yang paling mahal dan berharga ialah isterinya. Selain isterinya mahal kerana membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya, isteri juga adalah penyelamat iman dan maruahnya. Jadi, isteri perlu dijaga dengan rapi supaya dia tidak mudah keluar bebas hingga dapat dilihat orang lain begitu sahaja.

Wanita atau isteri pada zaman dahulu jarang keluar rumah, apatah lagi untuk bersiar-siar di kota. Tetapi suasana zaman itu sudah berlalu kini. Sebaliknya kalau wanita dan isteri asyik terperap di rumah sahaja, dikatakan mereka tidak mengikut peredaran zaman.


Sebenarnya Islam tidaklah melarang wanita atau Isteri daripada keluar rumah jika terdapat keperluan yang mendesak ke arah itu. Mereka boleh keluar rumah dengan syarat menutup aurat dan jaga keterampilan agar tidak terdedah kepada fitnah.

Wednesday, February 16, 2011

Diet / Pemakanan cara sunnah Rasulullah SAW



Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
  • Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
  • Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
  • Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
  • Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

Tuesday, February 15, 2011

Lulur Badan di Spa


Di Yoyoy Kamphora Spa kami menyediakan rawatan wajah & badan untuk kaum wanita yang mementingkan kesihatan dan penampilan luaran dan dalaman supaya kelihatan cantik, bersih dan berseri.

Rawatan badan yang merangkumi pelbagai aspek yang mementingkan keselesaan serta mengurangkan stress.Dengan suasana yang lebih santai serta menenangkan dapat memberi impak yang luar biasa dan anda berasa selesa seperti di rumah sendiri dengan konsep ala taman serta dihidangkan secawan air madu .Khidmat rawatan serta layanan yang diberikan  kepada pelanggan adalah daripada TERAPIS kami yang terlatih.Terdapat pelbagai rawatan badan termasuklah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Bauan Aromaterapi dan alunan melodi yang senantiasa mengiringi setiap rawatan anda dapat menenangkan serta melengkapi kehendak.Rasailah sendiri kelainan di YOYOY KAMPHORA SPA.

Terapi Bekam

Bekam (Al Hijamah)

Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara detoksifikasi yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.

Sabda Rasulullah SAW ;"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Muslim)

Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair RA, dari Ibnu 'Abbas RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".

Bekam dapat mencegah dan merawat penyakit dan amat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan daya tahan tubuh (imuniti), mengembalikan fungsi fizikal biasa serta memberi harapan baru kepada pesakit.

Sunday, February 13, 2011

Urutan Bagi membantu perkembangan bayi


URUTAN adalah sentuhan ajaib yang mampu membantu bayi membesar lebih cepat, memperkuatkan daya ketahanan untuk melawan penyakit dan menjadikan bayi lebih berkeyakinan. Ini terbukti berdasarkan beberapa kajian yang dibuat oleh beberapa institusi kesihatan di luar negara sejak 1958 lagi seperti Touch Research Institute (TRI), Hospital Bellevue dan pakar psikologi, Ruth Rice. Ada lebih 100 penyelidikan dan terbitan berkaitan manfaat urutan bayi yang disiarkan.

Bayi yang diurut menunjukkan prestasi kesihatan lebih baik berbanding bayi yang tidak diurut. Urutan menenangkan bayi, melegakan kembung atau kolik, kesakitan dan melancarkan penghadaman.

Exfoliate your Lips with Papaya

  1. For a quick lip exfoliation, use ripe, juicy papaya. You can use leftovers from a fruit salad or dessert. 
  2. Mash the papaya flesh into a juicy paste so that you get at least a tablespoon of puree. 
  3. Apply a generous amount of papaya pulp to the lips and skin around the lips. 
  4. Leave on for ten to fifteen minutes. Rinse off with warm water and enjoy smooth, flake-free lips. 
  5. For an even quicker exfoliation, rub the inside of papaya skin against your lips for a few minutes.

Organic Spa Routine at Home


I recommend the following effective at-home spa treatment that deals with clogged pores, flakiness, and sensitivities/dryness. You can vary the ingredients according to your skin’s condition. I prefer not to label woman’s skin based on her age. Women in their 30s can have parched, fragile skin with hyperpigmentation and hormonal breakouts while women in their 50s can have wonderfully plump skin that could use some blotting paper!  So here is a basic routine that can be easily customized according to your skin’s needs.
 
Step 1. Steam. If your skin is oily and dense, you can use a steam bath with dried chamomile, calendula (marigold), or sage. If your skin is fragile and dry, you will greatly benefit from a few drops of rose oil or even some dried roses in the bath, which doesn’t have to be too hot. If your skin is sensitive, you can  prep your skin with a warm hand towel saturated in lukewarm green tea and placed on your face while you relax on the sofa.
 

Thursday, February 10, 2011

How Natural Cosmetics Can Improve Your Health - The 8 Commandments of Natural Beauty


This is the story of a reformed beauty queen — a girl who was once drawn to her local drugstore by the allure of a magazine ad and its promise of magical ingredients, snazzier packaging and better results. No longer... 

And here's why:  According to a 2005 survey of 2,300 adults by the Environmental Working Group, the average woman encounters 168 chemical ingredients in her beauty regimen everyday. And let's not forget about the men — they're slathering themselves with an average of 85 chemicals everyday, too.  With 90% of the 10,500 different chemicals used in personal care products never evaluated by the Food and Drug Administration for safety, it's impossible to have peace of mind when our skin is potentially absorbing chemicals that might cause cancer, reproductive problems or other health concerns. Plus, some of these chemicals can harm the environment, too. 

Apakah Rawatan Body Bleaching dan Body Whitening?


Kita sering mendengar body bleaching dan body whitening. Tetapi apakah rawatan itu sebenarnya. Kami akan mengupas dan menerangkan kepada semua pembaca setia Yoyoy Spa.
Perbezaan pakej body whitening adalah lebih kepada natural dan semulajadi dan boleh dilakukan sekerap yang boleh iaitu selang 3 hari atau seminggu sekali.
Berbeza dengan pakej body bleaching menggunakan bahan kimia untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit seluruh badan. Pakej body bleaching hanya boleh dilakukan sebulan sekali sahaja.

Sunday, February 6, 2011

10 Kunci Membina Keyakinan diri


1. Anda yakin bahawa anda tidak mempunyai kekurangan apa-apa berbanding dengan orang lain kerana anda ialah mahluk yang mulia yangdiciptakan oleh tuhan di atas muka bumi,sama seperti orang lain.

2. Anda pasti, jika orang lain boleh melakukan sesuatu perkara yang positif, mengapa anda tidak? Anda boleh!

3. Anda perlu mengenanl pasti kekurangan atau kelemahan yang ada dalam diri anda dan anda perlu berusahamemperbaiknya.

Selaput Dara dan Kesucian Wanita

Kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalanya lebih banyak dipengaruhi oleh mitos dibanding fakta sebenar. Agar tidak salah faham dengan mitos yang di koar-koarkan, fahamilah informasi di bawah ini:

Tips Buat Wajah Bersinar

Wajah bersinar seperti model dan selebriti merupakan dambaan setiap orang. Jika Anda berfikir, untuk mendapatkan wajah bersinar itu sukar dan memerlukan belanja yang besar. Salah. Cara mendapatkannya amat mudah . Ini tipsnya.

Sebelum membersihkan muka, steam kulit wajah anda dengan wap panas. Ini akan membuka pori-pori di wajah, sehingga saat dibersihkan, kotoran yang tertimbun di wajah lebih mudah dibersihkan.

Wednesday, February 2, 2011

Promosi Yoyoy Spa Sepanjang Februari 2011.



Sauna Aromatherapy RM 20
Aura Seri, Neck & Shoulder Massage RM 28
Body Scrub Lime RM 48
Body Exfoliate Mangir RM 48
Body Whitening Mask RM 48
Facial Lifting RM 50
Relaxing Massage RM 50

Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia


Terima kasih kepada semua atas kerjasama menyebarkan entri ni. Rasanya pihak-pihak tertentu sudah mula menunjukkan inisiatif mereka. Usaha macam ni walaupun nampak mudah, tapi dalam jangkamasa panjang dan kuantiti yang besar dapat memberikan impak yang diharapkan. Semoga semua perancangan untuk membantu rakyat kita berjalan lancar dan semoga mereka semua selamat di sana. Insya Allah.
Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, kami rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Kami faham sangat situasi mereka dan kami rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Kami juga teringat kepada segelintir pembaca blog yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Petrol Ron97 naik lagi seposen




Sumber berkata harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi berkuatkuasa tengah malam ini (01hb Februari 2011)

Menjadikan harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.50 seliter daripada RM2.40 sebelum ini.

Entah berapa kali dah naik seposen lima sen..naik dan naik lagi....

How to Smile With the Eyes


Scientists have pinpointed more than 50 types of smiles, and research suggests that the sincerest smile of all is the Duchenne smile--a smile that pushes up into the eyes. The reason it's more genuine is because the muscles needed to smile with our eyes are involuntary; they only become engaged in an authentic smile, not in a "courtesy" smile.

Since you can't force a genuine smile (after all, that's what makes them genuine!) this article will suggest some ways you can smile from within.

How to Make People Think You're Immortal

 
As a human, you are most definitely mortal. Unfortunately, there is little you can do to change the fact that your body will some day grow old and die. However, that doesn't mean that you can't give the impression that your longevity is somewhat greater than that of your fellow mortals.

With a bit of mystery, maturity, and reliance on the things that give an impression of a lengthy life, you may succeed in convincing the less skeptical around you that you are truly able to live forever and for everyone else, you can at least present the aura of being timeless. If you're interested in creating a romanticized Victorian-era style of immortality, read on!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...