Sunday, October 31, 2010

Lulur Badan

Lulur Spa Malaysia



Yoyoy Kamphora Spa boleh menjadi pilihan bagi sesiapa masih mencari rawatan kecantikan kulit badan seperti lulur.

Kami menawarkan rangkaian penjagaan badan antaranya:
  • Lulur Chocolate ( Lulur Coklat )
  • Lulur Coffee ( Lulur Kopi )
  • Lulur Whitening ( Lulur Pemutih )
  • Lulur Lavender
  • Lulur Honey ( Lulur Madu )
  • Lulur Lime
  • Lulur Ginger ( Lulur Halia )
  • Lulur Lemongrass ( Lulur Serai Wangi )
  • Lulur Fruity ( Lulur Buah-buahan )
  • Lulur Yogurt


The Mystique of Inner Beauty


Do you have the answer to this puzzler?

You can't fake it, but you can definitely hide it.
You can't buy or sell it, but it never stops giving to those who have it.
You can't see it, but everyone feels when it's there.
Got your answer?

Most people chime in with answers like love, wisdom, and happiness. Others say integrity, compassion, character, honor, dignity, altruism, and a few more along these lines. So who is correct? 

Well, all of them. This constellation of virtues points up the ineffable essence of inner beauty.
There's been a lot of talk in the media about it lately. Maybe you've seen the TV program that entertains its audience by lampooning the visually stunning contestants for their apparent lack of "true" beauty. More and more, this type of beauty seems to be missing in action, and it's all too easy to make sport of those who haven't a clue.

So, what is inner beauty? Do you have it?

It seems that the path to inner beauty, if there is such a thing, leads directly to the core of the individual. Think of it as the intuitive "heart and soul" within you.


The ancient Greeks, big fans of all things beautiful, believed a person's soul resided in the heart muscle and their early anatomical scientists often dissected the organ searching for evidence. Today this age-old analogy offers us an inkling of the divine wisdom we harbor within us, even when unaware of its presence. We intuit that everyone is beautiful on the inside, yet finding it within ourselves can be challenging.

Can you remember meeting a person you thought was filled with inner beauty? What was it about them you recognized? This is a very significant question if you know the ancient philosophy that teaches a very profound axiom: we are not able to recognize in others that which we do not ourselves possess. At some level of being, you are no different than they are or you could not have recognized inner beauty in them. What you found so attractive about them is a relevant insight to your own inner beauty.



There is nothing more exciting or powerful than discovering this wonderful truth about yourself. Information like this will shatter the old self-image with its criticisms, aspersions and fears, while laying the groundwork for a new way to experience the world in which you live.

As your inner beauty blossoms, your life experiences change profoundly. Gone are the fear, shame, insecurity, and harsh judgments of the inner critic. What replaces such baser behaviors is the most wonderful and useful asset in the world - the power that comes with loving yourself unconditionally. You somehow feel magnetically attractive, observing your own inner light as it shines through and radiates out to the people you meet. You appear more beautiful on the outside, looking and feeling healthier, happier, more vibrant and alive with passion and vigor.

The reward of such awareness is more than you imagine. This is communion with the source of love and the integrity to meaningfully communicate it to the world around you. People recognize their own inner beauty in you, and that is a definition of true love: the recognition of oneself in another.

Free your inner beauty and you'll find that things happen the way you would have them - from the most important virtue to the least significant event. You'll become more loving and giving, healthy and fit, happy and brimming with self-confidence. You'll create greater self-esteem, truly loving relationships, and a more harmonious environment in which to live.


This journey is like no other, an adventure that leads to the very heart of your being, where science and spirituality come together - deep inside your self. When you're ready to claim your personal power and reap the many rewards of your true beauty, the inner path to love and abundance awaits you.

Peter Winslow, DcH is a Life Coach and Counselor. He connects his clients to their inner power for life changing results. He offers services, products and information for optimal health, happiness and personal enlightenment.

Creating Your Inner Beauty..


Here's a great article that offers some tips on creating inner beauty that is a highly recommended read. I like this idea:

 "Believe that you have an inner self to explore and that you are willing to let yourself develop your innate talents and gifts."

Many women go through life without exploring their inner self and not knowing who they really are.  

They believe what others think that they should be or do all the while losing themselves in the 
process.

Spend some time with yourself and ask yourself the following questions:

What do I love to do?
What is my purpose in life?

Just let your subconscious dwell on those questions for awhile.  Slowly (or maybe even quickly!) the answers will come to you.

When you're doing what you love and feeling like you're fulfilling your purpose, your inner beauty will begin come out!

Tuesday, October 26, 2010

Kasut Jogging Rekaan Terbaru

Dalam sebuah kajian tentang berjogging, didapati berlari dengan berkaki ayam adalah jauh lebih baik daripada berlari dengan memakai kasut sukan.

Dengan berkaki ayam kecederaan terhadap lutut, buku lali dan tulang belakang jauh lebih baik dapat dielakkan kerana penciptaan kaki yang sempurna yang mempunyai mekanism semulajadi bagi mengelak kecederaan yang tak diingini.


Hasil daripada kempen berkaki ayam untuk bersenam di Amerika, sebuah kasut rekaan terbaru tercipta yang jika kita memakainya kita akan terasa seolah-olah berkaki ayam.


Kasut tersebut telah dilancarkan sejak 3 tahun lalu dan mula mendapat perhatian walaupun mereka tidak pernah mengiklankannya secara komersial sejak dilancarkan.

Kepada usahawan sukan dan kasut, ini merupakan peluang untuk memperkenalkan kasut tersebut di negara kita kerana pengeluarnya sedang mencari ramai lagi pengedar bagi memasarkan produk keluaran mereka.

Monday, October 25, 2010

Jalan Raya Paling Selamat Di Dunia

Pemandangan sekita bandar di San Marino, negara paling selamat jalanrayanya
San Marino mempunyai jalan raya yang paling selamt di dunia berdasarkan kajian oleh WHO yang mendapati purata, hanya sebanyak 3.2 kematian di jalan raya berlaku setahun di negara tersebut. 

Berikut senarai 10 negara di ikuti kadar kematian jalan raya dalam setiap populasi seramai 100,000 orang. Negara-negara tersebut mempunyai jalan raya paling selamat di dunia daripada keseluruhan 170 negara yang telah dibanci oleh WHO:

  1. San Marino 3.2
  2. Malta 3.4
  3. Uruguay 4.3
  4. Belanda 4.8
  5. Singapura 4.8
  6. Switzerland 4.9
  7. Jepun 5.0
  8. Norway 5.0
  9. Sweden 5.2
  10. UK 5.4
Sekali lagi jiran kita Singapura berada dalam senarai 10 terbaik. Mungkin ada yang berkata rakyat singapura kalau nak pandu laju mereka akan masuk ke negara kita dan mula melanggar undang-undang jalan raya. Kita kena tengok statistik berapa ramai rakyat Singapura yang mati kerana kemalangan jalan raya di lebuh raya Malaysia.


Dalam senarai juga menunjukkan negara yang selamat jalan raya nya juga negara yang kaya. Bermakna pendapatan rakyat mereka adalah tinggi. Adakah sebab mereka tak perlu tergesa-gesa cari duit membuatkan mereka memandu secara berhemah atau mereka takut mati meninggalkan harta yang banyak.

Sunday, October 24, 2010

Semua Orang Wajib Ada Pistol ! - Kennesaw, Georgia

Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku di Kennesaw, Georgia sebuah bandar yang di kenali sebagai bandar pistol yang menguatkuasakan undang-undang yang mewajibkan semua orang memiliki pistol.

Jika anda ke sana dan bertindak jahat tak tentu pasal, anda sengaja mencari nahas!, Kerana hampir semua orang dari nenek hingga dewasa memiliki serta mahir menggunakan pistol.

Anda terlepas dari kewajiban tersebut hanya jika anda tidak waras, mempunyai masalah fizikal yang tidak emngizinkan anda menggunakan pistol atau jika anda benar-benar menganut fahaman yang mencintai keamanan serta menentang pemilikan sebarang senjata.

Sebaik sahaja ia dikuatkuasakan di sana, kes jenayah telah turun secara mendadak sebanyak 27%. Tidak pernah ada kejadian bunuh berlaku di Tennesaw sedangkan purata orang mati kena tembak di Amerika ialah seramai 80 orang dalam satu hari Pada tahun 1982, jumlah penduduk hanya seramai 5000 orang sahaja di pekan tersebut namun kini ia berjumlah seramai 30,000 orang. Mungkin keunikan undang-undang itu mendorong orang ramai berhijrah ke pekan pistol itu.

Apaka tata jika semua negeri yang diperintah pembangkang mengikut jejak langkah Bandar Tennesaw di atas, satu industri serta perniagaan baru dapat dibina ia dilaksanakan.

Saturday, October 23, 2010

Senarai 10 Kamera DSLR Terbaik 2010

Nikon D90 amat laris di negara kita sehingga banyak kedai yang sudah kehabisan stok. Nikon dikatakan sedang dalam proses menegluarkan versi terbaru yang mungkin akan dinamakan D95.
Bagi mereka yang meminati dunia digital kamera atau yang ingin mendapatkannya satu, tentu berminat untuk mengetahui kamera mana yang menjadi pilihan pengguna. Senarai kamera di bawah adalah mengikut turutan dari pengguna baru kepada pengguna pertengahan dan seterusnya pengguna profesional.

Anda boleh klik pada senarai kamera untuk melihat ulasan pengguna terhadap tiap-tiap kamera.
Senarai untuk mereka yang baru memasuki dunia DSLR


  1. Sony Alpha DSLR - A230
  2. Canon EOS Rebel XS
  3. Pentax K-x
  4. Nikon D5000
  5. Canon EOS Rebel T2i
Senarai untuk mereka yang berada di pertengahan dan sudah berendam pertengahan badan di dalam kolan DSLR
  1. Nikon D90
  2. Olympus E-30
  3. Canon EOS 50D
Senarai untuk mereka yang dah menyelam pemuh ke dalam kolan DSLR
  1. Canon EOS 7D
  2. Canon EOS 5D Mark II

Friday, October 22, 2010

BAGAIMANA MENCARI KETENANGAN JIWA

HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”. (Surah Al-Baqarah: 138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :

“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”. (Surah Yunus: 6)

Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.
(Hadis riwayat Muslim )

Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. 

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”. (Surah Al-Zumar: 23)

FirmanNya lagi yang tafsirnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”. (Surah Al-Anfaal: 2)

Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :
“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.  (Surah Al-Hajj: 35)

Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.
(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)

MENCARI KETENANGAN HATI…



tasawuf-21 
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya

Thursday, October 21, 2010

10 Bahasa Terpenting Dunia, Bahasa Melayu Tak Ada !

Berikut senarai kedudukan bahasa mengikut kepentingannya, kepentingan sesuatu bahasa dikira berdasarkan 6 kriteria berikut:
  • Jumlah pengguna sebagai bahasa utama
  • Jumlah pengguna sebagai bahasa kedua
  • Jumlah populasi atau negara menggunakannya
  • Jumlah kegunaan dalam bidang utama seperti ekonomi, sains dan juga diplomat
  • Kekuatan ekonomi, ketenteraan negara pengguna bahasa tersebut
  • Prstij keutamaan dunia terhadap pengguna bahasa tersebut
Berikut senarai keutamaannya sepertimana yang kajian yang dilakukan oleh Georges Weber:

  1. Inggeris
  2. Perancis
  3. Sepanyol
  4. Rusia
  5. Arab
  6. Mandarin
  7. Jerman
  8. Jepun
  9. Portugis
  10. Hindi/Urdu

Untuk memartabatkan bahasa melayu segala kriteria yang di senaraikan di atas perlulah dipenuhi. Kita perlu memastikan bangsa kita manjadi pusat kajian dan penemuan ilmu-ilmu terbaru.

Kita juga perlu memastikan kelengkapan ketenteraan kita kuat dan di geruni di dunia.

Kita juga perlu menjadi salah satu kuasa ekonomi dunia.

Tapi malangnya tiada satupun di atas yang telah kita capai sekarang ini dan mungkin juga tidak dalam tempoh terdekat.

10 Negara Paling Tidak Selamat Dunia

USA, Negara paling tidak selamat
Negara yang selamat ialah negara di mana kejadian jenayah adalah sedikit. Bagi negara yang mempunyai laporan atau kejadian jenayahnya amat tinggi kemungkinan anda menjadi mangsa jenayah juga adalah tinggi. Sudah tentu negara yang kejadian jenayahnya tinggi merupakan sebuah negara yang amat tidak selamat untuk diduduki.

Kadar jenayah diukur dengan mengira laporan atau aduan jenayah dalam 100,000 orang penduduk. Maklumat jenayah dikutip melalui bancian, rekod hospital, laporan insuran, rekod polis dan juga agensi penguatkuasa yang lain.

Berikut di bawah adalah senarai 10 negara paling tidak selamat di muka bumi ini, (Angka dalam kurungan adalah kadar laporan jenayah dalam setiap 100,000 penduduk):

  1. Amerika (11,877,218)
  2. United Kingdom (6,523,706)
  3. German (6,507,394)
  4. Perancis (3,771,850)
  5. Rusia (2,952,370)
  6. Jepun (2,853, 739)
  7. Afrika Selatan (2,683,849)
  8. Kanada (2,516,918)
  9. Itali (2,231,550)
  10. India (1,764,630)
Jika anda ingin berhijrah ke Amerika atau ke Eropah, anda patut fikir 2 kali kerana semua negara di sana adalah paling tidak selamat di atas muka bumi ini. India juga tidak selamat tetapi jauh lebih selamat dari pada Amerika.

Wednesday, October 20, 2010

Rawatan Tumit Kaki Merekah




Tumit kaki yang merekah mencacatkan penampilan seseorang khususnya wanita. Untuk menghilangkan kesan merekah itu, ikuti petua ini.

Ambil sebiji limau purut, kemudian hiris dan gosokkan di tapak kaki setiap pagi sebelum mandi. Amalkan petua ini dengan konsisten, kulit anda pasti tidak merekah lagi.

Petua Mengurangkan Tanda-tanda Kedut Di Wajah



Amalkan petua tradisional ini untuk melambatkan proses kedut pada kulit wajah.

Sediakan sebatang lobak merah, sebiji kuning telur dan sesudu tepung jagung. Parut lobak merah dan satukan dengan kuning telur dan tepung jagung. Kacau hingga mesra. Lumur adunan ini pada seluruh wajah. Biarkan hingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalkan selalu. 

Friday, October 15, 2010

Kursus Lengkap Untuk Membuka Spa Kecantikan.


PAKEJ ISTIMEWA HANYA RM 2500 UNTUK  KURSUS:
  • KURSUS FACIAL 
  • KURSUS RAWATAN RESDUNG
  • KURSUS AROMATHERAPY RELAXING MASSAGE 
  • KURSUS URUTAN THAI 
  • KURSUS RAWATAN SPA 
  • KURSUS FOOT SPA TREATMENT
  • KURSUS BEKAM 
  • KURSUS MANICURE
  • KURSUS PEDICURE
  • TERAPI AL-QURAN 

Lagi Makanan Di Cemari Lipas Di Restoran Popular

Lipas German banyak terdapat di Restoran
Akhbar The Sun melaporkan semalam seorang pensyarah telah dianugerahkan RM55,000 oleh mahkamah Shah Alam setelah memenangi kes tuntutan menemui kaki lipas dalam makanan yang ditempa di sebuah restoran popular.

Pizza Hut Subang Parade didapati bersalah kerana menyediakan makanan tercemar oleh serangga perosak lipas kepada pelanggannya. Dalam kes tersebut mereka telah menafikan bahawa bahan asing yang ditemui tersebut adalah kaki lipas, sebaliknya mereka dilaporkan berkata bahan itu adalah bawang kering.

Walau bagaimanapun mereka mengaku bahawa memang terdapat sebanyak 3 rangkaian restoran Pizza Hut yang  menghadapi masalah lipas.

Lebih Separuh Wanita Terkaya Dunia Asal Cina

Ternyata, Lebih Dari Separuh Wanita Terkaya Dunia Berasal dari Cina
Zhang Yin, wanita terkaya di Cina

Raja talkshow Oprah Winfrey dan penulis buku JK Rowling mungkin hanya dua dari sederet perempuan dengan label "terkaya" di dunia. Namun tahukah Anda, separuh dari wanita terkaya dunia ada di Cina?

Tiga posisi teratas diduduki tiga wanita Cina, yaitu antara lain ratu kertas daur ulang Cina, Zhang Yin, yang memiliki kekayaan pribadi 5,6 miliar dolar AS. Laporan lembaga survei Hurun yang berbasis di Shanghai -- yang mengumpulkan data tentang orang-orang kaya dunia -- menyebut dari 20 miliarder terkaya perempuan atas upaya mereka sendiri, 11 orang berasal dari Cina dengan kekayaan rata-rata 2,6 miliardolar AS. Ratu talkshow Oprah Winfrey dalam daftar ini menempati peringkat kesembilan dengan dolar kekayaan 2,3 miliar dolar AS.

JK Rowling, penulis buku-buku populer Harry Potter, berada di bagian bawah daftar, dengan kekayaan 1 miliar dolar AS. "Tidak ada negara lain yang datang bahkan mendekati jumlah perempuan terkaya selain Cina," kata Rupert Hoogewerf, pendiri dan penyusun daftar itu.

Daftar ini mencakup tiga miliarder dari Amerika Serikat, tiga dari Inggris, dan masing-masing dari Italia, Rusia dan Spanyol. Orang non-Cina terkaya dalam daftar adalah Rosalia Mera dari toko pakaian Zara Spanyol dengan total kekayaan 3,5 miliar dolar AS.

Menurut Hoogewerf, penerimaan panjang Cina atas perempuan yang bekerja di luar rumah telah menjadi faktor yang signifikan dalam keberhasilan mereka.


Pembunuhan Sosilawati: Mencari keadilan menurut undang-undang jenayah syari'ah

MUKADIMAH

Kes jenayah semakin menjadi-jadi di negara kita. Peristiwa pembunuhan Dato’ Sosilawati bersama beberapa orang yang lain antara peristiwa jenayah yang paling menggemparkan yang bukanlah jenayah pembunuhan episod pertama di dalam negara kita dan juga pastinya bukanlah yang terakhir. Peristiwa yang cukup mengejutkan apabila penjenayah terbabit dikaitkan dengan beberapa siri jenayah pembunuhan yang belum dapat diselesaikan sebelum ini. Ini menunjukkan betapa banyaknya kes jenayah pembunuhan yang tidak mampu dibongkar di negara ini. Persoalan yang perlu difikirkan bersama ialah, sampai bilakah jenayah melibatkan pembunuhan akan berakhir dan adakah ianya akan menjadi kebiasaan sebagaimana kes-kes kecurian, pecah rumah dan rompakan bersenjata?

ASPEK PENILAIAN.

Antara aspek yang perlu difikirkan bersama ialah aspek perundangan. Ini kerana, perundangan antara aspek yang memberikan kesan pertambahan dan pengurangan jenayah itu sendiri. Setelah polis berjaya menangkap penjenayah setelah berhempas pulas mempertaruhkan nyawa dan jiwa mereka, ianya akan diserahkan kepada mahkamah untuk dibicarakan. Apabila dibicarakan, akhirnya hakim akan membuat keputusan berdasarkan ruang lingkup perundangan yang sedia ada, bukan menurut kehendak dan keinginan hakim itu sendiri. Di sinilah titik terakhir dalam proses penyelesaian kes-kes yang melibatkan jenayah. Jika ia berjaya, maka mangsa jenayah akan terbela, penjenayah akan insaf dan serik, penjenayah yang belum ditangkap berhenti daripada aktiviti jenayah mereka bahkan menjadi penamat bagi kelahiran bakal-bakal penjenayah yang baru.

Di samping kecekapan anggota keselamatan serta sistem kawalan keselamatan individu yang perlu dikaji dan dipertingkatkan, DPPP merasakan bahawa undang-undang yang menjadi titik penamat bagi sesuatu kes jenayah adalah amat penting untuk dinilai bersama. Jika undang-undang berjaya menjadi pendidik, pengancam dan pencegah jenayah, maka pihak polis tidak perlu bertungkus lumus mempertaruhkan jiwa dan nyawa mereka serta meletakkan isteri, anak-anak dan keluarga mereka di dalam kebimbangan.

Begitu juga halnya dengan hakim, peguam-peguam dan seumpamanya. Mereka juga bukanlah golongan yang bertanggungjawab sepenuhnya apabila penjenayah yang mereka jatuhi hukuman tidak serik atau hukuman itu tidak menginsafkan atau tidak mencegah jenayah baru daripada berlaku sekalipun sudah terlalu banyak penjenayah dijatuhkan hukum. Ini kerana, mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman sesuka hati mereka justeru mereka juga terikat dengan undang-undang yang sedia ada, khususnya sistem kehakiman dan undang-undang itu sendiri.

Oleh itu, penting untuk dibuat penilaian terhadap sistem kehakiman dan undang-undang negara supaya ianya lebih berperanan dan lebih berkesan di dalam menurunkan atau mengsifarkan kadar jenayah. Atau dengan kata lain, lebih bersifat mencegah daripada berlaku, menginsafkan yang dah dilakukan, membela keluarga mangsa dan mengamankan negara, iaitu ciri-ciri perundangan Syari’ah Islam.

HUDUD DAN QISAS SEBAGAI PERBANDINGAN.

Alternatif dan perbandingan yang boleh kita fikirkan bersama ialah berkenaan Hudud dan Qisas yang sudah terbukti keberkesanannya di dalam bukan sahaja menyelesaikan masalah jenayah, bahkan mencegahnya daripada berlaku. Sekalipun pada hari ini hukum itu sudah tidak wujud di negara kita dan dunia amnya, tetapi penamatan perlaksanaannya bukan kerana terbukti kegagalannya, tetapi akibat daripada penjajahan yang ‘memaksa’ untuk merubah sistem perundangan tersebut kepada sistem mereka.

Berterusan di dalam mempertahankan undang-undang konvensional yang terbukti kegagalannya di dalam mencegah jenayah membuktikan bahawa sebenarnya kita masih berada di dalam minda penjajahan. Kegagalan undang-undang penjajah sudah cukup terbukti dan sepatutnya sekaranglah masa sesuai untuk berfikir undang-undang terbaik yang berkesan mengatasi jenayah. Saranan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru, tetepi telah diluahkan oleh beka Ketua Hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Syeikh Abdul Halim yang pernah menyifatkan penggunaan Common Law hanya menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah. Beliau tidak berseorangan di dalam cadangan ini, bahkan juga turut disertai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abd. Ghani Patail. Beliau pernah berkata bahawa undang-undang Syari’ah adalah yang terbaik kerana ia menekankan kepada keadilan dan pembahagian hak yang sama.

Penerimaan undang-undang Syari’ah pada hari ini sudah semakin tersebar hanya di negara kita, tetapi sehingga ke negara barat sendiri. Pernah seorang paderi bernama Dr Rowan Williams telah meminta agar Undang-undang Syari’ah dilaksanakan di Barat. Rowan adalah Archbishop Canterbury iaitu pemimpin terhadap 77 juta pendokong Anglican di seluruh dunia. Tapi, beliau tiada kuasa untuk menjadikan 38 bishop bawahannya akur di bawah kekuasaannya. Sekalipun undang-undang Syari’ah yang dicadangkannya bukanlah qisas yang sedang kita perbincangkan, tetapi ianya menunjukkan bahawa undang-undang Syari’ah adalah undang-undang yang relevan untuk dilaksanakan bukan sahaja di dalam negara umat Islam seperti di Malaysia, bahkan di Britain yang merupakan negara rujukan kepada undang-undang negara kita. Tetapi disebabkan oleh penyakit Islamfobia, maka akhirnya pintu cadangan yang telah dibuka oleh Dr Rowan tersebut ditutup tanpa perbahasan dan pengkajian yang lebih mendalam.

Oleh itu, kita sebagai sebuah negara merdeka, merdeka tubuh badan dan pemikiran sepatutnya kita bersedia untuk keluar dari kepompong tersebut untuk kita mula memikirkan alternatif kepada undang-undang pada hari ini. Antaranya ialah, dengan kita membuka minda kita terhadap undang-undang jenayah Syari’ah, khususnya Qisas yang relevan untuk diaplikasikan dalam kes seperti pembunuhan Dato’ Sosilawati. Di sini kita akan dapat lihat dengan jelas perbezaan-perbezaan asas yang penting di antara undang-undang Syari’ah Qisas dan undang-undang yang sudah sedia di amalkan, iaitu perbezaan dari sudut pendakwaan dan penyiasatan, penghukuman dan perlaksanaan dan juga pengampunan dan pampasan.

PENDAKWAAN DAN PENYIASATAN.

Di dalam undang-undang Syari’ah, kes pembunuhan lebih bersifat hak individu. Ini bermaksud, apabila berlaku jenayah yang membabitkan kematian, maka hak untuk mendakwa dan menyiasat adalah hak yang dipunyai oleh keluarga si mangsa. Oleh itu, para keluarga si mangsa berhak membuat pendakwaan sendiri jika mereka berkemampuan, atau melantik pihak lain yang berkemampuan. Jika keluarga si mangsa tidak mampu untuk membuat pendakwaan seperti tiada kepakaran atau kebolehan serta tidak mampu untuk mencari pihak yang boleh mewakili mereka disebabkan kos atau seumpamanya, maka pendakwaan itu menjadi kewajipan ke atas pihak pemerintah bagi pihak keluarga mangsa.

Dalam keadaan keluarga si mangsa tidak mampu untuk menjalankan penyiasatan dan pendakwaan secara bersendirian, maka pihak kerajaan wajib memainkan peranan membantu keluarga si mangsa. Ketidakmampuan ini termasuklah seperti ketidak upayaan untuk menanggung kos siasatan, seperti kos membuat forensik berkaitan keesahan tandatangan yang boleh mencecah RM2000, kos selaman dan lain-lain. Tuntasnya, leader siasatan ialah keluarga mangsa, manakala kerajaan pula wajib membantu aspek-aspek yang tidak diupayai oleh keluarga si mangsa.

Firman Allah swt bermaksud: dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). – (Al-Israa’: 33).

Dalam konteks perundangan di Malaysia pada waktu ini, ada baiknya kuasa mutlak Peguam Negara untuk mendakwa itu diintegrasikan dengan keluarga mangsa, di mana Peguam Negara perlu mendapatkan pandangan keluarga si mangsa sebelum meneruskan pendakwaan. Ini adalah sebagai pendekatan yang lebih adil dan perubahan mampu yang paling dekat boleh dilaksanakan, sekalipun ia tidak seratus peratus bertepatan dan seadil hukum Islam.

Dalam sistem hari ini jelas boleh membuka pintu penyelewengan khususnya apabila penjenayah melibatkan golongan atasan yang mempunyai kuasa politik, atau pihak yang korup terlibat di dalam pendakwaan dan seumpamanya. Maka kes-kes jenayah berat seperti ini boleh diabaikan begitu sahaja, atau akan tertangguh sehingga tempoh yang tidak berkesudahan.

Jika perlaksanaan undang-undang Syari’ah ini, maka kes Memali tidak akan bertangguh begitu lama, keluarga mendiang Al-Tantuya akan pulang dengan hati lebih puas dan juga nescaya isu kepada punca kematian Teoh Beng Hok tidak akan berbangkit.

Tetapi di dalam realiti hari ini, keluarga si mangsa bukan setakat tidak mempunyai hak pendakwaan bahkan tiada hak untuk akses maklumat berkaitan kes, tidak sebagaimana di dalam hukum Syari’ah Islam.

PENGHUKUMAN DAN PERLAKSANAAN.

Apabila si tertuduh di dapati bersalah, maka hak untuk menjatuhkan hukuman adalah merupakan hak keluarga si mangsa. Menurut hukum Syari’ah, jika si mangsa mati dibunuh oleh seseorang penjenayah, maka keluarga mangsa sendiri berhak untuk menjatuhkan hukuman balas terhadap penjenayah terbabit. Firman Allah swt bermaksud: maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. – (Al-Israa’: 33).

Jika pembalasan balik terhadap penjenayah tidak mampu dilakukan sama seperti yang dilakukan, keluarga mangsa berhak membalas dalam bentuk yang lebih minimum. Islam tidak membenarkan pembalasan yang dilakukan oleh keluarga mangsa melebihi perbuatan jenayah yang telah dilakukan oleh si penjenayah bagi memastikan hak keadilan si penjenayah juga mesti dipelihara. Firman Allah swt: oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – (Al-Baqarah: 194),

Seringkali apabila kita bercerita tentang cara hukuman di laksanakan di dalam Islam, umum seolah-oleh melihat Islam itu keras. Tetapi sebenarnya apabila dibandingkan dengan jenayah yang dilakukan, kesakitan yang dirasakan oleh mangsa, kesan kepada masyarakat dan bebanan yang dipikul oleh keluarga, maka kita akan melihat hukuman itu cukup adil. Justeru itu, masyarakat tidak perlu fobia dengan hukuman ini kerana hukuman ini bukan dijatuhkan kepada mereka yang tidak bersalah, tetapi hukuman ini adalah setimpal dijatuhkan kepada mereka yang melakukan kesalahan membunuh, satu jenayah berat yang boleh meletakkan masyarakat di dalam ketakutan.

Bagi keluarga mangsa, tentulah cara Islam ini lebih dicenderungi justeru ia boleh mengubat perasaan dendam dan perasaan tidak puas hati terhadap penjenayah yang menjadi punca kepada kehilangan orang yang tersayang atau individu yang menjadi tempat pergantungan hidup jika si mangsa adalah bapa kepada keluarga terbabit.

Apabila keluarga mangsa tidak mampu melaksanakan hukuman tersebut, maka ia boleh mewakilkan kepada pihak kedua atau mewakilkan kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan hukuman ini.

PENGAMPUNAN DAN PAMPASAN.

Setelah si penjenayah di dapati bersalah, jika keluarga si mangsa menuntut pembalasan untuk membunuh balas, maka tidak ada pihak termasuk kerajaan atau Khalifah yang boleh memberikan keampunan dan pembebasan si penjenayah.

Dalam masa yang sama, keluarga mangsa juga berhak untuk memberikan pengampunan kepada si penjenayah sama ada pengampunan yang bersyaratkan pampasan atau dikenali sebagai Diat menurut istilah Fiqh Islam, atau pengampunan tanpa apa-apa balasan.

Apabila keluarga si mangsa memberikan pembebasan dan pengampunan kepada si penjenayah dan menuntut wang pampasan Diat, maka wang itu hanya berhak diterima oleh keluarga si mangsa, bukan pihak yang lain. Firman Allah swt yang bermaksud: maka sesiapa (pembunuh) yang mendapat keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. – (Al-Baqarah: 178)

Kerajaan menurut Syari’ah Islam, adalah dilarang keras memberikan keampunan kepada si penjenayah tanpa izin daripada keluarga mangsa dan mengambil wang bayaran tertentu daripada si penjenayah tanpa diberikan kepada keluarga mangsa. Ini di istilahkan sebagai Suhtun, iaitu wang keampunan bagi mengabaikan hak keluarga mangsa. Suhtun dianggap seperti rasuah, iaitu kerajaan menerima bayaran daripada penjenayah, membebaskannya serta melindunginya daripada balas dendam keluarga mangsa.

Dengan kata lain, jika seseorang pembunuh yang di dapati bersalah diampunkan oleh lembaga pengampunan, jika keluarga mangsa masih tidak berpuas hati dan seterusnya mengambil tindakan membunuh atau mencederakan si penjenayah tadi, maka keluarga si mangsa pula akan menerima hukuman akibat perbuatan membalas dendam tersebut. Oleh itu, Islam menganggap ianya adalah bentuk rasuah, tetapi mengistilahkannya sebagai Suhtun, iaitu istilah khusus bagi pembayaran wang yang melibatkan kezaliman, sebagaimana tafsiran Ibnu Masud yang diriwayatkan oleh Imam Tabari di dalam tafsirnya.

Walau apapun istilahnya, perbuatan mengambil wang oleh kerajaan tanpa izin keluarga mangsa adalah merupakan kesalahan yang besar menurut Islam kerana telah menceroboh hak keluarga si mangsa dan juga bercanggah dengan hak yang diberikan oleh Allah kepada mereka melalui ayat 33, surah Al-Israa’ dan ayat 178 surah Al-Baqarah.

KESAN PERLAKSANAAN HUKUM ISLAM.

Daripada penjelasan di atas, jelas menunjukkan kepada kita kesan daripada perlaksanaan hukum Syari’ah Qisas yang tidak terdapat di dalam undang-undang Inggeris pada hari ini. Antara terpenting ialah:

1. Menutup pintu rasuah: apabila keluarga mangsa adalah pihak yang paling bertangungjawab untuk melakukan pendakwaan dan pengumpulan bukti, maka tidak ada ruang untuk rasuah boleh berlaku. Maka tidak ada ruang untuk orang politik, orang kaya dan orang yang berpengaruh untuk merasuah pendakwaraya, pegawai penyiasat dan seumpamanya, jika kes pembunuhan membabitkan golongan seperti ini. Mereka tidak ada ruang untuk merasuah pendakwaraya kerana pendakwa itu adalah keluarga mangsa yang menuntut pembalasan, mereka tidak ada ruang untuk merasuah pegawai penyiasat kerana pegawai penyiasat adalah lantikan yang dipercayai oleh keluarga mangsa atau penyiasat itu adalah keluarga mangsa sendiri. Cara Islam ini bukan setakat menutup ruang-ruang berlakunya rasuah dan salah guna kuasa, tetapi ia juga dapat menghindari wasangka perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.

2. Bebas daripada penipuan dan penyembunyian fakta kes: Setelah diyakini siasatan dan dakwaan bebas daripada rasuah, maka sepastinya ianya akan bebas daripada penipuan dan penyembunyian fakta kes. Ini kerana, apabila pihak yang berhak untuk membuat pendakwaaan dan penyiasatan adalah keluarga si mangsa sendiri sebagaimana disebutkan sebelum ini, maka sudah tentu mereka akan mengorek dan mencari bukti pembunuhan sehingga ke lubang cacing. Kesungguhan mereka sepastinya kesungguhan yang maksimum justeru mangsa adalah orang yang tersayang. Ini berbeza jika penyiasatan pendakwaan dan pencarian bukti dibuat oleh orang lain yang bukan kerabat atau suku sakat kepada si mangsa, sekalipun ianya bergelar kerajaan atau polis. Sepastinya usaha mereka tidak semaksimum usaha yang dilakukan oleh keluarga mangsa itu sendiri.

3. Membela nasib keluarga mangsa: Jika keluarga si mangsa sangat bergantung kewangan dan sumber pendapatan kepada al-marhum atau mendiang dan jika mereka ingin memberikan peluang kedua kepada si penjenayah, maka nasib mereka akan terbela dengan wang Diat pampasan yang diperolehi daripada si penjenayah. Ini secara langsung dapat menjadikan keluarga mangsa terbela, bukan sahaja dari sudut hak tuntutan darah, tetapi ia juga melibatkan pembelaan kewangan.

4. Memuaskan hati keluarga mangsa dan mengelakkan daripada membalas dendam: antara yang terpenting di sebalik undang-undang jenayah Syari’ah ialah, keluarga mangsa akan berpuas hati dengan hukuman dan perlaksanaanya. Istilahnya disebutkan sebagai Al-Jabr di dalam Fiqh Islam. Apabila puas hati berlaku di kalangan keluarga mangsa, maka tidak timbul isu balas dendam terutamanya apabila penjenayah dibebaskan dengan pengampunan bukan keluarga mangsa atau dibebaskan dengan bukti yang keluarga mangsa tidak berpuas hati terhadap bentuk siasatannya.

5. Menghalang golongan yang berkuasa daripada terbebas: apabila jenayah dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa di dalam negara, seperti pemimpin-pemimpin politik tertinggi di dalam negara, atau mereka yang mempunyai pertalian darah atau pertalian kroni dengan mereka, atau melibatkan pihak polis sendiri atau seumpamanya, maka ruang untuk mereka terlepas adalah terbuka justeru mereka mempunyai kuasa sekalipun secara tidak lansung dengan pihak-pihak yang terbabit dengan pendakwaan. Tetapi di dalam sistem Islam, sistem yang telus dan adil adalah mustahil bagi golongan seperti ini untuk terlepas justeru kuasa pendakwaan, penyiasatan dan penemukaan bukti adalah di bawah kuasa keluarga mangsa sebagai kuasa pendakwa.

KESAN PENCEGAHAN.

Antara yang menjadi Maqasid Syariyyah di dalam perlaksanaan hukum hudud Islam ialah konsep pencegahan. Menurut keyakinan golongan yang beriman, apabila hukuman ini dilaksanakan, maka yang mencegah daripada berlakunya jenayah bukannya hakim, bukannya polis dan bukannya kerajaan, tetapi yang mencegahnya ialah Allah swt. Di sinilah sebenarnya letaknya paksi dan rahsia utama kurangnya jenayah di dalam negara yang mengamalkan hukum Syari’ah.

Ini dilogikkan dengan punca sebenar kepada berlakunya jenayah ialah disebabkan tiada sifat dan perasaan takut di dalam diri mereka untuk melakukan jenayah. Justeru itu, mereka tidak pernah terfikir dua kali untuk memukul, menikam dan menembak orang lain apabila tiada perasaan takut di dalam diri mereka. Hakikatnya, perasaan takut bukan perkara yang boleh dengan senang difaktorkan oleh perbuatan manusia, hatta dengan undang-undang itu sendiri. Lihat sahaja undang-undang gantung mandatori bagi pengedar-pengedar dadah, ia tidak menggerunkan para pengedar sekalipun hukumannya cukup berat.

Justeru itu, yang mampu memasukkan perasaan takut di dalam diri penjenayah adalah tuhan yang mencipta manusia itu sendiri, iaitu Allah swt. Maka dengan ini, masyarakat akan terus hidup di dalam aman dan damai, tidak takutkan keselamatan nyawa mereka atau keluarga mereka yang tersayang, justeru jaminan Allah swt yang bermaksud: dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, Wahai orang-orang Yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. – (Al-Baqarah: 179). Inilah kepercayaan yang wajib diimani oleh setiap mukmin yang beriman.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu paksaan untuk golongan bukan Islam untuk mempercayainya. Tetapi mereka berhak untuk membuat penilaian-penilaian terhadap perbandingan antara undang-undang Islam dengan undang-undang konvensional yang disebutkan di atas jika si mangsa adalah keluarga mereka, kerabat mereka, sahabat mereka atau orang yang mereka sayangi.

KESIMPULAN.

Daripada perbincangan di atas, sudah tiba masanya untuk masyarakat di dedahkan dengan hukum hakam perundangan Islam sebagai alternatif penyelesaian kepada kemelut jenayah yang berlaku pada hari ini.

Dengan ini juga kita dapat melihat dengan jelas, bahawa jika keluarga mangsa diberikan pilihan antara hukum Islam dengan hukum yang bukan Islam, nescaya hukum Islam adalah pilihan mereka, bukan kerana pemilihnya adalah Islam atau tidak, tetapi kerana hukum ini lebih dekat dengan hati mereka, lebih dilihat bersifat membela hak mereka, tanpa mengira sama ada mereka Islam atau bukan Islam.

Hukum Islam yang hakikatnya lebih bersifat dekat dengan hati masyarakat pernah dibuat kajian sekitar 279 responden yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama oleh Majlis Penyelidikan dan Pengkajian Hukum (MPPH), Dewan Ulama PAS pusat pada tahun 2006. Tanpa menyebut ini undang-undang Islam dan undang-undang konvensional, MPPH membuat survey manakah satu pilihan mereka jika mereka menjadi keluarga kepada mangsa langgar oleh pelumba-pelumba haram, atau pemandu cuai.

Yang menariknya ialah, dalam point ini kesemua seratus peratus responden memberikan respon memilih hukum Syari’ah Qisas tanpa menyedari sebenarnya pilihan mereka sebenarnya adalah hukum Islam. Hasil kajian ini juga secara tidak lansung menunjukkan, bahawa mereka yang menolak undang-undang Islam sebenarnya akibat terpengaruh dengan serangan Islamfobia dan sebahagiannya lebih bersifat sentimen justeru mereka sebenarnya tidak mengenali hukum Syari’ah Islam dengan lebih dekat. Antara sebab yang diberikan oleh responden kenapa mereka memilih hukum tersebut, sebab yang diberikan ialah kerana hukum yang mereka pilih lebih membela nasib mereka sebagai keluarga mangsa justeru mendapat pampasan, berbeza dengan hukum konvensional.

Malangnya, sebenarnya masyarakat berbilang kaum yang membuat pilihan tersebut, yang mereka anggap sebagai adil dan membela nasib mereka, tidak memahami sebenarnya mereka sedang memilih hukum Qisas. Justeru itu, PAS khususnya dan semua peringkat pendakwah Islam amnya, sama ada individu atau NGOs Islam perlu mempergiatkan dakwah memperkenalkan kepada masyarakat sama ada muslim atau non-muslim tentang hukum Qisas yang sebenar berbanding undang-undang konvensional, supaya masyarakat bebas berfikir dan membuat pilihan yang lebih adil untuk mereka.

Hukum ini sebenarnya tidak boleh ditanya kepada penjenayah, menteri atau kerajaan sahaja, tetapi lebih utama hukum ini ditanyakan kepada keluarga mangsa, justeru mereka adalah penanggung kesan jenayah, berbanding menteri atau pihak kerajaan.

Bagi penjenayah dan mereka yang terlibat dengan korupsi, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan jenayah semestinya dan sepastinya mereka menolak hukum Islam justeru mereka tidak berpeluang untuk lepas, sebaliknya mereka akan lebih suka dan selamat dengan sistem undang-undang yang membuka ruang kepada mereka.

Justeru itu, DPPP sangat bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS, YB. Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya kita menyelesaikan masalah kemelut negara yang disebungi masalah jenayah dengan kembali kepada perlaksanaan hukum Qisas.

M'sia, The Next Las Vegas -Gamis

Gambar: Aksi penari-penari Adam Lambert malam tadi.Gambar.



Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyuarakan rasa penuh kebimbangan dengan masa Malaysia dan rakyatnya setelah diberi peluang menyaksikan sendiri konsert Adam Lambert di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Seramai lima orang wakil Gamis yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Muhammad Zaki Sukery yang juga Presiden Ma’ruf Club UIAM diberi pas percuma oleh Puspal dalam respons kepada bantahan Gamis pada pertemuan empat mata sehari sebelumnya. 

Mengambil masa lebih kurang sejam untuk merakam gambar dan video, beliau turut berkata masa depan remaja Malaysia yang dicanangkan sebagai pemimpin masa depan bakal berdepan konflik jika landskap masyarakat negara dibentuk oleh suasana semalam.

Sambil mempersoal kerajaan adakah ini salah satu formula yang sesuai bagi membendung peningkatan masalah sosial yang sedang berlaku di dalam negara, beliau turut menggesa semua pihak bagi menyelamatkan Malaysia daripada anasir luar yang seolah-olah mahu menjadikan negara ini sebagai the next Las Vegas.

Sambil menzahirkan rasa penuh kesal dengan penganjuran konsert berkenaan, ujarnya Gamis turut akan mempertimbang secara serius beberapa tindakan susulan selepas ini.
Antaranya, tambah beliau ialah Gamis akan mengumpul kesemua bukti bergambar dan bervideo dan akan melakukan kunjungan sekali lagi ke Puspal, Jakim, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi serta berjumpa dengan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

“Hal ini bagi menyuarakan kebimbangan, memohon perhatian serius dan meminta penjelasan yang menyeluruh setelah menyaksikan sendiri apa yang berlaku malam tadi,” ujarnya.
Seramai 300 orang ahli Gamis dari seluruh negara mula berkumpul di Stadium Putra mulai jam 6 petang,

Mereka turut menunaikan solat hajat bersama-sama kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum bergerak ke tempat konsert bagi menyebarkan risalah dan berucap sebelum kelima-lima orang wakil tersebut dibenarkan masuk ke dewan konsert.


Thursday, October 14, 2010

Pembekam Wanita

Bagi kaum wanita yang ingin berbekam kami adalah satu-satunya Pusat Rawatan Kecantikan dan Terapi Holistik khas untuk kaum wanita sahaja..

Selain daripada Bekam Al Hijamah, kami juga mempunyai rawatan lain seperti akupuntur dan kiropraktik (pembetulan tulang belakang) khas untuk kaum wanita sahaja.

Kami merupakan Pembekam Wanita yang terlatih secara profesional. Sila hubungi kami untuk temujanji rawatan.

Pembekam Wanita Untuk Wanita di Pusat Rawatan Kecantikan dan Terapi Holistik di Yoyoy Kamphora Spa Malaysia. Pembekam Wanita, Pembekam Muslimah Untuk Wanita di Muslimah Spa di Kuala Lumpur, Selangor, Gombak, Selayang, Batu Caves, Pinggiran Batu Caves..


Sila lawati website kami untuk maklumat lanjut (http://yoyoyspa.com/)

No.19-1, Jalan PGN-1A/1, Jalan Pinggiran Batu Caves,
68100 Batu Caves, Gombak

Telefon :
03-4146 4378
03-6184 1455
012-308 4479

Email : mail@yoyoyspa.com

10 a.m. - 9 p.m. : Isnin - Sabtu
10 a.m. - 7 p.m. : Ahad

Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka



Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak asakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…



Rahsia Cemerlang dalam Pergaulan

Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar motivasi tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan.

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah:

1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Cuba mencari 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.

9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.

10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.

11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.

12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.

16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

“Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka”. 


Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup?



Kebahagiaan dan kejayaan hidup berumahtangga adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang memilih pasangan hidupnya. Pemilihan yang bijak ialah pemilihan yang didasarkan di atas keserasian dan persamaan watak-watak peribadi, persamaan taraf keluarga, persamaan agama, persamaan kecenderungan dan memilih kawan teman, hobi dan hiburan. Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa mempunyai keserasian-keserasian yang pokok ini seringkali terkandas dan gagal.


Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan Ya atau Tidak?

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?


(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?


(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?


(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?


(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?


(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?


(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?


(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?


(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?


(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?


(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?


(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?


(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?


(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?


(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?


(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?


(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?


(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?


(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?


(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?


Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan Ya sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan Ya itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian 

Rahsia Warna Kegemaran dengan Personaliti.

Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna atau warna kegemaran. Tahukah kamu warna kegemaran dapat memperlihatkan watak kamu secara umumnya?

Warna Biru

Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

Warna Hijau

Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Warna Kuning

Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Warna Ungu

Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Warna Putih


Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

Warna Hitam

Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Suka menyendiri, prihatin,
kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

Warna Merah


Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

Tuesday, October 12, 2010

Early Bird Special @ Yoyoy Kamphora Spa

Isnin - Khamis
11.00am - 3.00pm





Resdung  (5 batang)  =  RM 10
Sauna Aromatherapy = RM 15

Urut Bahu dan Kepala =  RM 20
Urut Tangan  = RM20

Urut Kaki  = RM 20
Facial = RM 25


Mandi Susu + Aura Seri+Aromatherapy = RM39

Potensi Pasaran Alat Solek Halal Di Seluruh Dunia Amat Besar

Sebelum umat Islam sedar betapa nilai-nilai Islam yang mementingkan keselamatan, memelihara diri sendiri, orang lain, binatang dan alam sekitar mempunyai nilai komersial yang tinggi, orang bukan Islam telah terlebih dulu mengguna atau mengetengahkan nilai-nilai tersebut dalam memasarkan barangan keluaran mereka.


Kita boleh lihat terdapatnya gerakan anti penggunaan binatang sebagai bahan ujian pembuatan bahan-bahan ubatan serta solekan. Mereka merupakan satu kuasa desakan yang secara tak lansung mempromosikan bahan-bahan berunsurkan herba dan mineral.


Hasil daripada wujudnya pilihan barangan ubatan dan solekan yang bebas daripada unsur binatang serta alkohol, umat Islam mula menjadi pengguna yang setia terhadap barangan tersebut yang mana sebelum ini kita main belasah saja walaupun ada sedikit rasa bersalah, tapi nak buat macammana, tak ada pilihan, darurat dan seumpamanya merupakan alasan yang sering kita dengar.


Maha besar Allah, dalam kemunduran umat Islam yang nampak lesu di serata dunia, segala kejadian akhirnya tetap menuju kepada kemudahan umat Islam jua, kelebihan tetap berpihak kepada umat Islam juga sepertimana yang terjadi dengan permintaan barangan solekan sekarang ini. Segala yang berlaku tetap menjurus kemudahan umat Islam mengamalkan syariat.


Para pengeluar bahan solekan sekarang berebut untuk mendapatkan pensijilan halal agar barangan mereka dapat diterima oleh lebih 1.6 billion umat islam di seluruh dunia. Itulah agaknya yang cuba dilakukan oleh kerajaan dalam memperomosikan halal hub di negara kita.


Namun masalah paling utama bagi para pengeluar barangan di seluruh dunia ialah terdapat beratus-ratus agensi pensijilan halal yang berlainan di antara satu dengan yang lain. Pinsijilan atau pengiktirafan halal tidak mempunyai satu badan tetap yang khas di peringkat internasional.


Bagaimana hendak kita selesaikan masalah ini?, dari segi pentafsiran halal serta haram kita umat Islam telah berpecah dengan berbagai pendapat, ia nampak seperti satu kerja yang tak berkesudahan untuk menyatukan umat Islam dari segi pengamalan dan kehidupan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...