Saturday, July 24, 2010

36 cara untuk nampak hebat



Jika anda berazam utk mengubah gaya @ cuba memberi penampilan baru pada diri tetapi berasa masih jauh ketinggalan dan masih dlm peringkat trial and error, beberapa tip boleh diamalkan:


1. Jgn tiru gaya org lain. Cari satu keistimewaan @ persamaan yg boleh anda gunakan, mungkin warna dan cara solekan mata cthnya.


2. Jgn membuat perubahan mendadak. Secara psikologi, perubahan berperingkat2 lebih bagus drpd perubahan yg dibuat secara mendadak kerana anda boleh membina keyakinan diri setiap kali anda membuat perubahan.



3. Rambut adalah satu aset yg penting yg mampu menghasilkan perubahan dan imej yg berbeza. Hati2 sebelum memotong @ menukar gaya. Dptkan nasihat jurudandan anda terlebih dahulu.


4. Pilih warna pakaian sesuai kedudukan dan kerjaya. Jika di bidang korporat, adalah sesuai anda menggunakan warna2 yg membuat penampilan nampak " I mean business" dan hebat.


5. 6 bulan @ setahun sekali dptkan makeover di pusat membeli-belah yg biasanya membuat promosi solekan dan nasihat percuma bila anda membeli barangan kecantikan.


6. Bertukar2 haruman. Jgn gunakan sesuatu haruman lbh 30 hari! Tahukan anda haruman berupaya menukar mood @perasaan anda? Bila anda sukakan haruman yg anda pakai, percayalah kegembiraan itu aka
n menyerlah di wajah anda pada penampilan anda. Dan setiap haruman mempunyai bau dasar tersendiri misalnya, dasar bunga lebih romantik, limau dan tumbuhan mencetuskan kesegaran dan keceriaan sementara bauan rempah boleh menghasilkan satu keyakinan.


7. Gincu bibir memainkan peranan ptg menyerlahkan wajah dan membuat org mengingati anda dgn warna yg anda pakai. Seeloknya tukar warna gincu bibir setiap hari spy org tdk berpendapat bhw mereka berhadapan dgn 'tembok' yg sama.


8. Jika ingin mencuba warna terang dan lantang ttp tdk berani, gunakan teknik berperingkat.


9. Kunjungi salun rawatan wajah. Dpt rawatan facial nyahtoksin dan kembalikan kesegaran.


10. Kunjungi spa @ pusat riadah. Kunjungan ini mampu membuat anda berasa segar dan sentiasa bertenaga.


11. Bersukan boleh menyegarkan badan dan memberi anda peluang menghabiskan sedikit masa bersama teman dan lari drpd ketegangan masalah keluarga serta tugas harian. Pastikan anda berbual ttg perkara yg menyeronokkan, luar skop kerja dan keluarga.


12. Bersenam. Jika anda tdk pandai bersukan anda masih boleh membuat aktiviti utk kesihatan mll bersenam spt aerobik, tai chi dan sebagainya yg bukan shj menyeronokkan badan ttp melegakan fikiran.


13. Hentikan merokok. Selain menganggu sistem tubuh, merokok membuat anda kurang bergaya @ kurang 'cool' kerana ia memberi gambaran seseorg itu sedang berserabut fikirannya.


14. Makan makanan yg boleh membu
at anda gembira dan ceria spt kek, coklat, cip kentang dan sebaginya asalkan jumlahnya tdk keterlaluan.


15. Elakkan makanan proses dan berlemak tinggi secara berlebihan kerana ia boleh mengganggu dan melemahkan sistem tubuh dan seterusnya membuat kulit dan badan anda tdk sihat.


16. Dgn cara pemakanan dan makanan yg kita makan hari ini, supplement@ zat tambahan adalah penting. Pastikan anda mendapatkan vitamin, galian dan zat tambahan yg diperlu. Dptkan nasihat doktor anda apa yg anda perlukan dan jenama terbaik utk anda.


17. Jgn abaikan kasut dan beg tangan. Walaupun kasut dan beg tangan dipakai utk keperluan tertentu, anda patut suaikan beg tangan dan kasut dgn pakaian jika ingin penampilan anda hebat dan berkesan.


18. Pastikan kasut anda dilap bersih dan tdk berlumpur di tumit. Ia mencactkan penampilan dan menggugat kepakaran kerjaya anda.


19. Sederhana utk korporat. Pakai perhiasan spt anting2, rantai dan gelang sederhana dan kecil jika anda di bidang korporat. Begitu pun anda boleh mencuba yg agak besar jika berani ttp pastikan ia sesuai gaya, pakaian dan peribadi anda.


20. Elakkan kerlipan! Utk aktiviti @ tugas siang, cuba elakkan perhiasan, pakaian juga solekan yg berkilat @ berkilau. Simpan is utk digayakan pd waktu mlm.



21. Beg kerja hasilkan gaya hebat. Beg kerja @ briefcaseamat sesuai bg anda yg berada di peringakt eksekutif. Selain menampilkan gaya hebat anda nampak serius dlm tugas.


22. Cuba maskara. Ramai wanita tdk begitu minat
menggunakan maskara kerana bimbang nampak terlalu bersolek. Begitu pun pemakaian selapis maskara mampu memperindahkan mata dan keseluruhan wajah serta membuat mata nampak segar bersinar.23. Air penting utk kehidupan. Pastikan sebotol air galian di sisi setiap masa; di meja pejabat, dlm kereta @pun beg tangan. Minum beberapa teguk setiap setengah jam utk mengembalikan kehilangannya. Ingat air menentukan perjalanan zat dlm darah dan bagus utk kulit. Cukup air, kulit segar dan anda tampil hebat.


24. Jgn sembunyikan kekurangan dgn ketara. Jika botak biarkan. Jgn ditutup kekurangan itu dgn rambut tepi. Ia mencacatkan penampilan dan membuat anda nampak spt kurang keyakinan diri.


25. Kasut bertumit hanya sesuai utk wanita. Lelaki pendek patut elakkan kasut bertumit krn ia nampak kelakar.


26. Pastikan tali leher diseterika rapi dan diikat kemas. Tai leher dipakai utk memberikan penampilan segak, tdk guna bertali leher jika ia hanya mencacatkan penampilan.


27. Selaraskan kasut dan tali pinggang. Warna kasut dan tali pinggang yg terselaras memainkan peranan dlm penampilan seseorg
terutama lelaki. Percayalah kebijaksanaan menyelaraskan kedua2nya memberikan gambaran lbh meyakinkan.


28. Cukup tidur. Tidur penting utk memastikan proses pembaik pulih bdn berjalan lancar. Ingat! Kala and tidur sel2 tubuh bergiat cergas melakukan proses pemulihan. Sbb itu, tidur secukupnya penting utk kesihatan dan kecantikan.


29. Jaga kesejahteraan seluruh bdn. Penampilan hebat terletak pd penjagaan dan penyelarasan dr hujung rambut ke kaki. Pastikan tiada bahagian yg diabaikan.


30. Pastikan kuku sentiasa dipotong @ dibentuk dan dibersih. Bagi wanita pula, jika mahu mewarna kuku, pasti ia sentiasa berjaga dan tdk terkopek2. Ia memberi gambaran anda seorg yg tdk senonoh.


31. Jgn lupa memuji. Bukan memuji sepanjang masa ttp pd waktu yg sesuai dan bila perlu. Berikan pujian kpd ibu, bapa, suami, anak, rakan sekerja, anak buah di tempat kerja @ sesiapa shj yg layak menerimanya krn tindak balas mrk akan memberi seribu makna dlm hidup.


32. Penampilan yg hebat bukan hanya pd pakaian. Cara anda berjln, bertutur dan apa yg keluar drpd mulut anda juga mencerminkan keperibadian.


33. Jauhi sifat cemburu. Cemburu adalah 'penyakit' paling berbahaya krn ia boleh membuat seseorg terdesak bertindak liar, bercakap perkara yg tdk baik @ bersikap kurang cantik. Elakkan sifat ini dlm apa juga hal dan suasana krn ia pasti menyerlah di wajah dan membuat penampilan tercemar.


34. 'Keyakinan diri' pakaian paling hebat. Bina keyakinan diri krn ia penting utk penampilan hebat. Bagaimana bergaya @ trendy sekalipun anda, jika tiada keyakinan diri, penampilan pasti tenggelam. Tarik nafas dlm2 dan hembuskan mll mulut sebanyak 5 kali sambil berkata dlm hati, "Aku nampak hebat" sebelum tampil di khalayak setiap kali. Mudah2an ia dpt membantu.


35. Elakkan berpakaian sendat @ melekap tubuh di tempat kerja, jika anda berada di bidang yg serius spt pengurus dan sebagainya. Ia lbh sesuai digayakan waktu mlm bilamana anda lbh santai dan ingin berseronok.


36. Jadilah diri sendiri! Personaliti seseorg mencerminkan keindahan yg ada pd dirinya. Walau apa pun yg anda salutkan ke tubuh, semua itu hilang tanpa personaliti yg menarik.



Bagaimana Menguruskan Stress



Assalamualaikum wbt…
Stress diistilahkan daripada tekanan atau desakan. Stress juga bermaksud bebanan, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang daya. Berikut adalah beberapa langkah yang disediakan untuk rujukan anda semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menguruskan dan mengurangkan stres yang anda hadapi.

BAGAIMANA MENGURUS STRES

LANGKAH PERTAMA[ Elak stres yang tidak perlu ]

Tidak semua tekanan boleh dielakkan, dan apatah lagi tekanan yang memerlukan untuk diselesaikan.

(a) Belajar untuk berkata ‘tidak’- Ketahui batas anda. Samada berkaitan dengan peribadi ataupun kerjaya anda, elakkan dariapda menerima tanggungjawab tambahan kerana mengambil lebih daripada kemampuan akan membuatkan anda lebih terekan.

(b) Elakkan individu yang memberi tekanan- Sekiranya seseorang itu secara berterusan menyebabkan tekanan dalam kehidupan anda dan anda tidak dapat mengelak daripadanya, maka hadkan masa yang anda luangkan bersamanya dan akhirilah hubungan anda dengannya.

(c) Kawal Persekitaran Anda- Sekiranya berita di televisyen petang itu membuatkan anda risau, tutupkan sahaja ia. Sekiranya kesesakan lalulintas memberikan tekanan kepada anda, bawalah bekalan makanan kegemaran anda bersama. Sekiranya anda tidak suka membeli belah dalam kesesakan, anda mempunyai pilihan untuk online shopping.

(d) Elakkan perbincangan panas – Sekiranya anda mudah naik marah terhadap isu berkaitan politik atau agama, hentikan sahaja perbincangan mengenainya. Sekiranya juga isu tersebut tercetus kembali bersama dengan orang yang sama, berhentilah daripada membincangkannya lagi dan mintalah diri.

(e) Kurangkan senarai tugas anda – Semak kembali jadual anda, tanggungjawab dan tugasan harian. Sekiranya anda mendapati ianya terlalu banyak, bezakan pula antara ‘harus’ ataupun ’mesti’. Letakkan tugas yang tidak berapa pentingitu ke tempat yang paling bawah ataupun padam terus secara keseluruhannya.



LANGKAH KEDUA [Ubah Situasi]

Sekiranya anda tidak dapat mengubah situasi tekanan tersebut, cubalah untuk mengubahnya. Hitungkan apakah perubahan yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan masalah ini di masa akan datang.

(a) Nyatakan dan luahkan daripada memendam perasaan – Sekiranya seseorang atau sesuatu itu memberi gangguan kepada anda, beritahu dan luahkan ia dalam keadaaan terbuka dan secara hormat. Andainya anda tidak menyuarakannya, kemarahan akan terjadi dan perkara tersebut akan berulang kembali.

(b) Sanggup berkompromi – Apabila anda meminta seseorang itu untuk mengubah tingkahlakunya, bersedialah untuk melakukan perkara yang sama.

(c) Mengurus masa dengan baik – Pengurusan masa yang lemah akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk. Sekiranya anda mempunyai masa yang lapang tetapi menyiapkan sesuatu tugas itu apabila masa telah menjadi sempit, ini menyukarkan anda untuk bertenang dan memberi tumpuan. Tetapi jika anda membuat perancangan yang teliti anda akan dapat mengelakkan tekanan tersebut.




LANGKAH KETIGA [ Menerima perkara yang anda tidak boleh ubah ]

Sesetengah perkara tidak mugkin dapat diubah. Anda tidak mungkin dapat mengubah atau menukar perkara yang memberi tekanan tersebut seperti kematian insan tesayang, penyakit yang serius dan sebagainya. Dalam perkara begini, cara terbaik ialah anda menerimanya dengan pemikiran terbuka. Pada permulaan memang agak sukar tetapi kelamaan anda akan biasa dengannya.

(a) Jangan cuba untuk mengawal perkara yang tidak boleh dikawal - Banyak perkara di dalam dunia ini diluar kawalan kita terutama sekali tabiat dan tingkahlaku manusia. Daripada anda tertekan dengan mereka, adalah lebih baik anda tumpu kepada perkara yang anda boleh kawal seperti anda memilih cara untuk bertindak dalam mengatasi masalah.

(b) Berkongsi perasaan anda – Berbuallah dengan sahabat yang boleh dipercayai ataupun membuat temujanji dengan pakar terapi. Luahkan apa yang sedang anda alami sekalipun anda tidak dapat mengubah situasi tekanan tersebut.

(c) Belajarlah untuk memaafkan – Terimalah kenyataan bahawa kehidupan ini tiada yang sempurna dan manusia selalu melakukan kesilapan. Lupakan segala kemarahan dan kekcewaan. Bebaskanlah dirimu daripada perasaan negatif dengan memaafkan.

LANGKAH KEEMPAT [ Hadapilah Tekanan ]

Sekiranya anda tidak dpat mengubah perkara atau keadaan yang memberi tekanan tersebut, ubahlah diri anda.

(a) Bingkaikan permasalahan – Cubalah untuk melihat tekanan itu dari sudut perspektif yang positif. Seperti ketika anda terperangkap dalam kesesakan lalulintas, jadikanlah ianya satu peluang untuk anda bersendirian seketika, mendengar lagu kegemaran dan nikmati indahnya masa bersendiri.

(b) Perbaiki tahap anda – Kesempurnaan adalah perkara utama untuk mengelakkan tekanan. Janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan sehingga menyebabkan tekanan dan seterusnya berakhir dengan kegagalan. Anggarlah tahap kemampuan anda yang sesuai untuk anda dan orang lain.

Sesungguhnya Allah tidak mendatangkan masalah tanpa jalan penyelesaiannya. Wallahua’lam.

Thursday, July 22, 2010

Imam Muda


Konsep Imam Muda

Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam.


Calon-calon Imam Muda ini akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan praktikal dan bertulis berdasarkan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Mereka yang menunjukkan prestasi yang paling bawah akan disingkirkan.

Meskipun hampir kesemua mereka berpotensi menjadi seorang Imam Muda, hanya seorang yang bakal dinobatkan sebagai juara Imam Muda. Ikuti program kerohanian terbaru, Imam Muda hanya di Astro Oasis, saluran 106, Inspirasi Sanubari.


Kalendar

Imam Muda - Ujian: 24 & 25 Mei 2010 (Isnin & Selasa), 6.30 petang dan ulangan 11.00 malam, Program dua episod yang memaparkan sesi temuduga dan ujian calon-calon Imam Muda yang dijalankan di Kuala Terengganu, Alor Setar, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.


Imam Muda - Kapsul: Setiap Isnin hingga Khamis, 6.55 petang dan ulangan 11.00 malam, bermula 26 Mei 2010, Program lima (5) minit yang memaparkan kelas-kelas yang diaturkan dan aktiviti harian yang dilalui oleh calon Imam Muda merangkumi pelbagai aspek kehidupan.


Imam Muda: Setiap Jumaat, 9.00 malam, bermula 28 Mei 2010, Rancangan penentuan prestasi semua calon Imam Muda selepas mereka melalui praktikal dan ujian berdasarkan tema yang ditetapkan setiap minggu.


Kemuncak Imam Muda: Siaran Langsung, 30 Julai 2010, Jumaat, 9.00 malam, Malam penentuan Imam Muda terunggul pertama.

Imam Muda - Jejak: Jumaat, 6 Ogos 2010 dan ulangan Sabtu, 7 Ogos 2010, Program yang akan mendekati juara Imam Muda. Kita akan dapat mengenali dengan lebih dekat latar belakang kehidupan Juara Imam Muda pertama kelahiran Astro Oasis.


Maraton Ulangan Imam Muda: Setiap Sabtu, 2.00 petang bermula 29 Mei 2010, Tayangan ulangan semua program Imam Muda sepanjang minggu.

Yaasin Fadhilah

Selain Yaasin 40 dan Yaasin Tunggal, Yaasin Fadhilah (Yasin Fadhilat) juga ialah bacaan yaasin yang juga dibacakan untuk hamba Allah yang sedang sakaratul maut atau dalam koma. Dalam perubatan islam, semua Yaasin boleh digunakan untuk pesakit saka yang sukar sakaratul maut. Insya Allah.




Kelebihan Surah Yasin

1. Apabila orang lapar membaca Surat Yassin, ia menjadi kenyang.
2. Jika orang tidak mempunyai pakaian akan mendapat pakaian.
3. Jika orang belum menikah, segera mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan akan hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat, sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


Rasulullah Saw telah bersabda, “Bacalah Surat Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”


Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al- Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surat Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.


Sabda Rasulullah s.a.w, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surat Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.


Malaikat Maut tidak memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Wednesday, July 21, 2010

Kursus Facial


Kursus Rawatan Wajah


* Terbuka untuk wanita sahaja.

* Teori dan praktikal akan di ajar sehingga mahir.

*
PROMOSI Yuran RM 300 sahaja.

* Sila hubungi awal untuk pendaftaran.



Pelajari:

- Mengenalpasti masalah kulit yang biasa di hadapi

1. Kulit Normal
2. Kulit Kering
3. Kulit Berminyak
4. Kulit Berjerawat
5. Kulit Kombinasi
6. Kulit Sensitif

- Pelajari teknik menggunakan sabun pembersih, skrub wajah dan masker dengan betul.

- Pelajari menggunakan steam wajah dan vakum wajah dengan betul.

- Pelajari dengan lebih mendalam dan terperinci jenis-jenis facial:

1. Facial Biasa
2. Facial Collagen
3. Facial Treatment
4. Facial Resdung



*Pembayaran yuran hendaklah dimasukkan ke akaun:

Bank: Maybank Berhad

Account No : 514253329694


Paid to : Yoyoy Enterprise


selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh kursus untuk proses pendaftaran dan penyediaan bahan dan nota.


Kursus Kecantikan


Kursus Rawatan Spa.


* Terbuka untuk wanita sahaja.

* Teori dan praktikal akan di ajar sehingga mahir.

*
PROMOSI Yuran RM 400 sahaja.

* Sila hubungi awal untuk pendaftaran.




- Pelajari dengan lebih mendalam teknik rawatan spa :


1. Lulur Body Whitening
2. Body Scrub Salt
3. Body Bleaching
4. Body Whitening
5. Body Mask
6. Body Exfoliate
7. Sauna Aromatherapy
8. Mandian Buang Toksin
9. Mandian Susu
10. Mandian Bunga




*Pembayaran yuran hendaklah dimasukkan ke akaun:


Bank: Maybank Berhad
Account No : 514253329694
Paid to : Yoyoy Enterprise


selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh kursus untuk proses pendaftaran dan penyediaan bahan dan nota.


KURSUS URUT


Kursus Urutan


  • Terbuka untuk wanita sahaja.
  • Teori dan praktikal akan di ajar sehingga mahir.
  • PROMOSI Yuran RM 400 sahaja.
  • Sila hubungi awal untuk pendaftaran.

Pelajari:

- Pelajari teknik betul melakukan urutan untuk membetulkan semula urat saraf dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh.

- Pelajari teknik urutan aromaterapi dari Kanada, Australia, UK dan France.

- Pelajari dengan lebih mendalam teknik urutan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki tubuh badan di:

1. Tapak kaki ( Reflexology )
2. Di Betis
3. Di Peha
4. Di Belakang Badan
5. Di Perut
6. Di Tangan
7. Di Dada
8. Di Bahu
9. Di Kepala
10. Di Rambut ke Hujung Rambut


*Pembayaran yuran hendaklah dimasukkan ke akaun:


Bank: Maybank Berhad

Account No : 514253329694

Paid to : Yoyoy Enterprise


selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh kursus untuk proses pendaftaran dan penyediaan bahan dan nota.


Monday, July 19, 2010

Amalan Sebelum Tidur


Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :


1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....


"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.




Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )


Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.


Bismillaahirrohmaanirrohiim,


Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.





Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )



Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"





Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )



Cuba Amalkan 15 Minit Sehari


Setiap hari kesibukan sentiasa mengejar diri kita. Terlalu banyak kesibukan yang mengejar masa untuk kita beribadah. Kekadang kita menyedari masa ibadah kita semakin berkurangan tetapi kita masih menunggu peluang untuk masa yang sesuai, barulah kita ingin melaksanakan tuntutan ibadah kita. Terutama dalam membaca Al-Quran, ramai di antara kita meletakkan pandangan membaca Al-Quran memerlukan masa yang panjang.

Kononnya masa yang singkat dan terkejar-kejar, tidak ada penghayatan. Tapi sebenarnya banyak masa kita terbuang begitu sahaja kerana tanggapan yang sebegini.

Sebenarnya hanya 15 minit sehari sudah memadai membaca Al-Quran untuk anda yang sibuk dengan kerja. Tahukah anda dalam masa 15 minit ini, pada tahap pembacaan orang biasa anda telah pun membaca dalam lingkungan 2-3 muka surat daripada mushaf Al-Quran. Bayangkan jika 15 minit ini anda amalkan dalam masa seminggu, bererti anda telah pun menghabiskan 14-21 muka surat daripada Al-Quran. Jika dalam masa 15 minit ini juga anda rasakan terlalu lama bagi anda, ambillah 5 minit setiap kali selepas solat untuk baca Quran. Insya Allah kita sama-sama amalkan tip ibadah ini dalam kehidupan kita bersama.

Friday, July 16, 2010

8 Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami

isteri-solehah.jpg
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam fitrah untuk semua sahabat yang sentiasa berhubung dengan kami di laman web ini.

Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.

Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.


5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.


6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Lintasan Hati Manusia..



Perhatikanlah hatimu karena ia akan menjadi fikiranmu Perhatikanlah fikiranmu karena ia akan menjadi perkataanmu Perhatikanlah perkataanmu karena ia akan menjadi perbuatanmu Perhatikanlah perbuatanmu karena ia akan menjadi kebiasaanmu Perhatikanlah kebiasaanmu karena ia akan menjadi karaktermu..

Dan Perhatikanlah karakt...ermu karena ia akan menjadi lintasan hatimu..

Wajah Yang Bercahaya



Cahaya Allah akan muncul pada jiwa
orang yang banyak mengingat Allah,
dan jika jiwanya bercahaya
maka wajahnya pun terlihat bercahaya
dengan cahaya yang indah.

(Habbibana Munzir Almusawa)


Apa yang tersimpan dalam keghaiban rahsia hati
berbekas nyata pada zahirnya.

(Al-Hikam, Ibnu Atha'illah)


Barangsiapa yang jernih dalam batinnya,
akan diperbaiki Allah apa yang nyata pada wajahnya.

( Ucapan Umar al-Khattab )


Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang salih) terdapat pada WAJAH mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). (Al-Fath:29)

Monday, July 12, 2010

Pasukan Bola Malaysia paling digeruni

Sementara nak menunggu game Jerman menentang Uruguay ni, aku kenang kembali skuad bola kita. Bilalah nak masuk ke Piala Dunia.

Inilah pasukan kebangsaan kita yang boleh dikatakan paling handal dan digeruni oleh pasukan-pasukan di Asia termasuk Korea Selatan di masa itu. Kegemilangan pasukan Malaysia ini yang diketuai oleh Datuk Soh Cin Aun sehingga kini tiada pengganti sehingga pasukan Malaysia sekarang jangankan Korea Selatan, pasukan Vietnam pun dah mencungap.

Photobucket


Aku ingat-ingat lupa pemain-pemain ni, maklumlah masa tu aku kecik lagi cuma baca majalah Sukan lama yang dilanggan pakcik aku. Yang mana aku kenal la.. sudah pasti Arwah Mokhtar Dahari, Arumugam, Saharudin Abdullah,Hassan Sani, James Wong, Bakri Ibni, Shukor Salleh, Santokh Singh dll.

Memang power team Malaysia masa tu,tak tau bila lagi kita nak kembali zaman kegemilangan tersebut.

Photobucket

Arwah Mokhtar Dahari bersama Maradona semasa perlawanan persahabatan Malaysia lwn Boca Juniors. Perlawanan ini dimenangi Boca Juniors 2-1.

Super Mokh adalah legenda bolasepak Malaysia yang tiada pengganti sehingga kini. Pada 1975, dia mewakili Malaysia melawan Arsenal dan menang 2-0 dengan arwah Mokhtar Dahari menyumbatkan kedua-dua gol. Selepas perlawanan Mokhtar Dahari dikatakan dilamar oleh pasukan the Gunners!

Arwah juga menjaringkan gol ketika melawan England yang berkesudahan seri 1-1.

Sepanyol Juara Piala Dunia 2010 !


Pasukan
Sepanyol yang akan memenangi FIFA World Cup 2010 kali ini. Sepanyol akan bertemu Brazil pada final dan memenangi perlawanan itu 3-1. Tapi semua ini adalah mengikut simulasi yang telah dilakukan oleh video game keluaran the official 2010 FIFA World CupEA Sports. Simulasi ini dijalankan mengikut keadaan yang sama yang akan dialami oleh kesemua 32 pasukan yang menyertai Piala Dunia kali ini.


Pada perlawanan final tersebut, Brazil terlebih dahulu menjaringkan gol hasil jaringan Felipe Melo pada minit ke-30. Namun, David Villa berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-42. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-1.


Pada separuh masa kedua pula, kedudukan menjadi 2-1 apabila mejaringkan gol keduanya dalam perlawanan pada minit ke-61. Menjelang akhir perlawanan, David VillaCesc Fabregas mejaringkan gol ketiga buat Sepanyol pada minit ke-88. Keputusan akhir perlawanan, Sepanyol 3-1 Brazil dan Piala Dunia milik Sepanyol.


Antara keputusan lain adalah tempat ketiga dimenangi oleh England selepas dikalahkan oleh Brazil menerusi sepakan penalti. Englang memenangi tempat ketiga dengan menewaskan Argentina 2-1. Kasut Emas pula dimenangi oleh David Villa dari Sepanyol dengan 7 gol.




Saturday, July 10, 2010

Yoyoy Kamphora Spa Pakej Rawatan Kecantikan Bakal Pengantin @ Majalah Feminin Julai 2010



Setiap pengantin inginkan penampilan menarik pada h
ari paling bahagia dalam hidupnya. Ia bukan sahaja menarik untuk tatapan para tetamu, istimewanya suami,bahkan juga bagi meningkatkan keyakinan diri sendiri dalam memulakan penghidupan baru sebagai seorang isteri.






Salah satu cara untuk anda kelihatan menarik lagi berkeyakinan tinggi menjelang hari perkahwinan andaialah mengikuti rawatan kecantikan di spa yang sudah terkenal dengan perkhidmatan yang berkesan. Yoyoy Kamphora Spa menyediakan perkhidmatan rawatan kecantikan yang lengkap merangkumi beberapa rawatan muka dan badan yang dirangka khas untuk bakal pengantin.




Pelakon Winter Sonata Bunuh Diri

Aktor Winter Sonata Bunuh Diri
Park Yong-Ha

SEOUL: Pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan Park Yong-Ha, 33, ditemui tidak bernyawa dan dilaporkan membunuh diri pagi tadi.

Tubuhnya ditemui di kediamannya di Nonhyung-dong, Seoul oleh ibunya sendiri.

Laporan Yonhap News hari ini melaporkan sebelum membunuh diri, pelakon Winter Sonata itu sempat mengirimkan SMS kepada ayahnya yang sedang bertarung dengan sakit kanser perut.

SMS yang dihantar itu berbunyi: "I'm Sorry. I'm Sorry". Namun begitu dia tidak meninggalkan sebarang surat perpisahan.

Menurut pihak polis Metropolitan Seoul, Park membunuh diri dengan menggantungkan dirinya menggunakan kabel charger telefon bimbit.

Bagaimanapun, motif tindakannya membunuh diri itu masih tidak diketahui lagi. Pihak polis masih lagi melakukan penyelidikan lebih lanjut tentang tragedi tersebut.

Park memulakan kerjaya seninya bermula pada tahun 1994. Namun, namanya mula melonjak di Korea dan Jepun setelah membintangi drama bersiri Winter Sonata pada 2002.

Selepas itu, Park turut membintangi tiga buah filem. Yang terakhir adalah The Scam yang telah ditayangkan pada 2009.

Tidak hanya setakat itu, Park juga popular sebagai penyanyi. Selain melancarkan beberapa album di Koria dan Jepun. Dia juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Japan Gold Disc Awards bagi kategori Artis Asian Terbaik, Lagu Sepanjang Tahun serta Anugerah Istimewa Japan-Korea Friendship Year 2005.

Disebabkan kematian mengejut itu, banyak pihak telah menyuarakan rasa khuatir mereka terhadap kes bunuh diri di Korea Selatan.

Negara tersebut telah mencatatkan kadar kes bunuh diri yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebekalakangan ini.

Pada 2 Oktober 2008, artis terkenal Choi Jin-Sil juga ditemui telah menggantungkan diri di bilik mandi rumahnya. Sebelum itu, pada 8 September 2008, suaminya, Ahn Jae-hwan yang merupakan pelawak terkenal ditemui mati di dalam keretanya.

Tubuh Choi Jin-Sil telah ditemui oleh adik lelakinya, Choi Jin-yeong. Dia yang turut melibatkan diri sebagai aktor dan penyanyi kemudian telah mengambil keputusan untuk membunuh diri pula pada 29 Mac lalu.

Kematian Choi Jin-yeong itu dipercayai berpunca akibat daripada rasa tekanan dan depresi setelah kematian kakak tersayangnya.

Thursday, July 8, 2010

Perlawanan Akhir World Cup 2010 – Netherlands Vs Spain

Akhir-akhir ini aku banyak menceritakan tentang FIFA World Cup, maklumlah sekarang musim demam Piala Dunia, jadi bolehlah aku update blog dengan berkongsi maklumat tentang World Cup kali ni. Tapi masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar FIFA World Cup 2010 South Africa sudah pun nak sampai ke penghujungnya dan akan melabuhkan tirainya pada 12 Julai 2010. Hanya tinggal dua perlawanan sahaja lagi, iaitu perlawanan akhir dan perlawanan untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.


jadual perlawanan fifa world cup 2010

Keputusan perlawanan peringkat separuh akhir World Cup sudah pun diketahui, Tahniah buat Netherlands dan Spain yang berjaya memenangi perlawanan di pusingan separuh akhir sekaligus berjaya melangkah ke Final FIFA World Cup 2010. Manakala Uruguay dan Germany pula akan ditentukan melalui perlawanan untuk tempat ketiga dan tempat keempat setelah kalah di peringkat separuh akhir, mungkin nasib tidak menyebelahi kedua-dua pasukan ini. Tapi adab perlawanan sudah pasti ada yang menang, ada yang kalah.

Perlawanan separuh akhir antara Uruguay vs Netherlands telah menghasilkan beberapa Gol yang cukup menarik iaitu hasil tendangan jarak jauh dari Giovanni VAN BRONCKHORST (Kapten Netherlands) pada minit 18 dan tendangan dari Diego FORLAN (Kapten Uruguay) pada minit ke 41. Separuh akhir antara Germany vs Spain pula telah menyaksikan pemain pertahanan Spain iaitu Carles PUYOL menjaringkan gol pada minit 73 melalui tandukannya sekaligus menjadi wira kerana berjaya membawa pasukannya melangkah ke Final World Cup 2010.

Apa yang menarik untuk perlawanan akhir ialah kedua-dua pasukan belum pernah menjuarai World Cup, malah Spain pula buat kali pertama berjaya melangkah ke peringkat akhir. Sudah pasti Final kali ini merupakan perlawanan yang menarik kerana setiap pasukan mempunyai kelebihan masing-masing. Korang rasa pasukan mana akan menjadi Juara World Cup 2010 ni?


ESQ Di Haramkan

Alahai apa la yang nak dikecohkan, kembali sahaja ke jalan yang benar dan lurus seperti yang digariskan di dalam al-Quran dan Hadith…

Akhirnya ESQ yang dianjurkan oleh Ary Ginanjar Agustian diharamkan.

Bagus juga…

Fatwa tentang pengharamannya ada disini:
Ramai juga kawan-kawan yang pernah terlibat tergezut…Yep, ramai yang berprofesion hebat-hebat juga…lawyer, engineer, pensyarah…meh lah pulang kembali to the superhighway, campak jer ego tu jauh-jauh teranglah nanti ‘God-Spot’ tu…

Anyway, apa pasal cari jauh-jauh lagi?

ESQ tu mmg byk yang kelihatannya sejajar dengan ajaran Islam…but, laisa kamislihi sya ‘un is missing atau tidak diendahkan langsung…esq bersandarkan logik aqliyyah also misses out kebanyakan apa yang ulama terdahulu sudah maklum – tentang konsep yang tersirat pada simbol khatamun nubuwwah…the perfect man- insanul kamil, kalau selidik betul2, the so-called God Spot dah tersurat pada symbolism itu, cuba tengok titik kat tengah simbol tuh…why look so far sedangkan our religion has already been perfected for us? It’s our job to tell others about it…

Lagipun, kalau nampak jer bayangan rashad khalifa lari saja la jauh-jauh…sah ada yang tak kena…

Islam itu perfect! Islam melengkapkan dan membetulkan kesemua ajaran tauhid yang terdahulu, so what’s the big fuss?

Saya berdo’a buat diri saya dan kawan-kawan supaya Allah teguhkanlah langkah-langkah kita semua di dalam musafir kita menuju ke kampung kembali…AMIN.

nota: pelik juga orang wahabi boleh terima ESQ…isk, isk, isk…

Wednesday, July 7, 2010

Membina Laman Web Website Termurah RM 440 Sahaja.

Kami menyediakan perkhidmatan membina laman web (website) dan blog bagi sesiapa sahaja sama ada individu mahupun perniagaan.

Mengapa anda perlu laman web?

1. untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan
2. untuk meningkatkan imej syarikat dan bisnes anda

3. untuk mempromosi dan mengiklankan produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan

4. untuk menyediakan maklumat syarikat 24jam 7 hari seminggu untuk pelanggan anda

5. untuk membolehkan pelanggan menghubungi anda secara online seperti e-mail
6. untuk menyenaraikan testimoni pelanggan anda yang terdahulu supaya dapat menarik pelanggan baru

7. untuk bersaing dengan pesaing-pesaing syarikat anda
8. untuk menyediakan Soalan Lazim atau FAQs tentang produk, perkhidmatan atau syarikat anda kepada pelanggan

9. untuk memastikan pelanggan sentiasa mengetahui tentang perkembangan terkini yang berlaku dalam syarikat anda



Kami menyediakan pekej membuat laman web dengan harga yang sangat berpatutan..

Harga- paling murah setakat ini.


Membina blog serendah RM 100

Membina Laman Web serendah RM 440

Apa yang anda dapat?
* Domain setahun.
* design website (template).
* percuma hosting setahun.

Pakej Tambahan untuk diletakkan sekali pada laman web anda HANYA tambah RM 100:
* 30 Email Syarikat ( cth: abc@abc.com)
* Membuat Peta Syarikat.

sila buat perbandingan harga website di tempat lain untuk melihat perbezaan harga yang kami tawarkan.

Sila hubungi kami:

Yoyoy Technology
03-4146 4378
012-308 4479
mail@yoyoyspa.com

Monday, July 5, 2010

Kuasa Make Up

Anda rasa anda tidak cantik? Anda pasti boleh kelihatan cantik dengan bantuan make-up. Tak percaya? Jom tengok…

powerful makeup Kuasa Make up

powerful makeup18 Kuasa Make up


Extreme Make Over

Jom tengok orang-orang yang dah melalui make-over yang ekstrim… lain terus jadinya…

extrememakeover1 Extreme Make Over

extrememakeover2 Extreme Make Over

extrememakeover3 Extreme Make Over

extrememakeover4 Extreme Make Over

extrememakeover5 Extreme Make Over

extrememakeover7 Extreme Make Over


Sunday, July 4, 2010

Argentina jadi lauk



CAPE TOWN - Selepas Brazil, semalam giliran Argentina pula tersingkir pada kempen Piala Dunia 2010.

Skuad kendalian Diego Maradona itu ditunjukkan jalan keluar oleh Jerman apabila tewas 0-4 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Green Point.

Jerman bermula garang apabila Thomas Mueller berjaya menanduk masuk gol pembukaan hasil sepakan percuma yang diambil Bastian Schweinsteiger seawal minit ketiga.

Tersentak dengan jaringan pendahuluan Jerman, Argentina kembali memperkemaskan jentera serangan, namun mereka masih gagal memecah kebuntuan bagi mencari gol penyamaan sehingga tamat babak pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, asakan bertali arus Jerman ternyata membuahkan hasil apabila mereka menambah tiga lagi gol masing-masing menerusi Miroslav Klose pada minit 68 dan 89 serta Arne Friedrich (74).

Kelemahan benteng pertahanan Argentina jelas kelihatan apabila banyak melakukan kesilapan mudah, sekali gus memberi ruang buat barisan pemain muda Jerman merobek gawang mereka.

Kejayaan Jerman menumbangkan gergasi Amerika Selatan itu membawa mereka ke saingan separuh akhir awal pagi Khamis ini.

Saturday, July 3, 2010

Brazil disingkirkan daripada Piala Dunia 2010.


PORT ELIZABETH –Juara Piala Dunia lima kali, Brazil disingkirkan daripada Piala Dunia 2010.

Mereka tunduk 1-2 kepada Belanda pada pusingan suku akhir yang berlangsung di Stadium Nelson Mandela Bay semalam.

Kemenangan itu membolehkan Belanda melangkah ke pusingan separuh akhir

Pada aksi semalam, Brazil dilihat pilihan untuk memenangi perlawanan tersebut lebih-lebih lagi selepas membuka jaringan pada minit ke-10 menerusi Robinho, namun sebaliknya yang berlaku.

Gol awal Brazil itu langsung tidak melunturkan semangat juang Belanda yang terus melancarkan asakan untuk mencari gol penyamaan.

Hasilnya, Belanda berjaya melakukannya selepas dihadiahkan gol jaringan sendiri oleh pertahanan Brazil, Felipe Melo pada minit ke-53 yang tertanduk bola ke gawang sendiri hasil percubaan Wesley Sneijder.

Gol yang dicari-cari Belanda muncul pada minit ke-68 menerusi tandukan Sneijder sekali gus mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir.

Kemenangan itu dianggap penebus kekecewaan Belanda yang tewas kepada Brazil pada Piala Dunia 1994.

Selepas ketinggalan 1-2, Brazil terus dihimpit derita apabila terpaksa meneruskan baki perlawanan dengan 10 pemain selepas Felipe Melo dilayangkan kad merah atas kekasaran terhadap Arjen Robben


Friday, July 2, 2010

Rahsia kecantikan wanita bermula daripada dalam


Tahukah anda , wanita akan kelihatan cantik dan menawan jika penjagaan dilakukan bukan sahaja daripada luaran tetapi juga daripada dalaman.

Wanita yang sudah berusia pun juga akan kelihatan cantik jika kesihatan dalaman dijaga dengan baik.

Remedy homeopathy yang dikenali sebagai tunera juga cukup baik untuk menjaga kesihatan dalaman wanita.Ia bukan sahaja bertindak untuk tenaga wanita tetapi juga menjaga kesihatan reproduksi kewanitaan supaya sentiasa sihat dan bebas daripada kesan pra monopause dan ketidaktentuan emosi

Thursday, July 1, 2010

Promosi Rawatan Kecantikan Wanita Termurah Julai 2010


1) Rawatan Resdung 5 batang

* RM 10


2) Back Massage

* RM 25



3)Pakej 3

  • Foot Bath
  • Foot Refexology
  • Aroma Neck & Shoulder Massage
  • Aroma Eye Pillow Treament
  • Honey Drink

* RM 55


4) Pakej 4

  • Body Scrub Coffee
  • Facial Collagen
  • Facial Aura Seri
  • Aroma Eye Pillow Treament
  • Honey Drink

* RM 80


5) Pakej 5

  • Sauna Aromatherapy
  • Body Scrub Lavender
  • Body Milk Mask
  • Aroma Eye Pillow Treament
  • Honey Drink

* RM 90


6) Pakej 6

  • Aromatherapy Relaxing Massage
  • Body Milk Mask
  • Aroma Eye Pillow Treament
  • Honey Drink

* RM 100


7) Pakej 7

  • Body Scrub Lavender
  • Body Moisturizing
  • Milk Bath
  • Aroma Eye Pillow Treament
  • Honey Drink

* RM 120

Bila Kucing Bersenam

yoga cats 0 Bila Kucing Bersenam
Nak tengok gambar-gambar bila kucing bersenam?? Klik kat sini…. Serius comel.
yoga cats 00 Bila Kucing Bersenam
Gambar-gambar ni memang la photoshop. Kucing korang pun tak mungkin dapat buat teknik ni..haha. Gambar-gambar ni dijual dalam bentuk kalendar.
yoga cats 2 Bila Kucing Bersenam
yoga cats 3 Bila Kucing Bersenam
yoga cats 4 Bila Kucing Bersenam
yoga cats 11 Bila Kucing Bersenam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...