Tuesday, June 29, 2010

Alasan Berbohong Kaum Wanita


Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.


3. Kekerasan
Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.


4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya. Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.


6. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat ‘menderita’ ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira. Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.


7. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan. Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?


9. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan. Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

Monday, June 28, 2010

Kuasa Wanita..

KEHEBATAN perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan


Wednesday, June 23, 2010

Kekal Awet Muda Remaja


SELALU orang merungut tentang wajah mereka yang tidak menawan. Kerap kali juga kita dapat tahu segelintir individu yang berhabis-habisan wang untuk kelihatan lebih muda.

Sudah banyak kali fenomena ini melanda di seluruh pelusuk tempat. Yalah, siapa yang tidak mahu kelihatan cantik. Adakah manusia yang tidak ingin dilihat muda sentiasa? Dipandang remaja sepanjang masa?

Kali ini saya ingin membawakan beberapa petua untuk anda semua bagaimana mahu dilihat sentiasa muda. Saya beranggapan bahawa anda semua sudah tahu, barangkali masih ada yang terlupa-lupa atau pun mungkin buat-buat lupa!

Ceria, wajah yang menawan, berseri dan kelihatan muda ini semuanya bukankah anugerah Tuhan?

Dia yang beri semua itu. Justeru mengapa mesti bersedih jika tidak mendapat semua yang diidam itu. Kembalilah semula kepadaNya. Nescaya akan dapat apa yang diperoleh.

Tuhan tidak akan menzalimi hambaNya begitu sahaja. Setiap yang ditakdirkan untuk setiap makhluknya pasti berhikmah dan Dia pasti bahawa hambanya itu mampu mendepaninya. Carilah sedalam mana sekalipun, satu hari nanti anda pasti akan dapat mencari kebaikannya.

Baiklah, bagaimana mahu sentiasa muda dan remaja ini?

1) Pertama sekali, ingat Tuhan! Apapun yang kita minta jangan sampai lupa pada siapa yang mencipta dan siapa juga yang memberikan kita nikmat itu. Nescaya apa yang diminta akan dikurnia. Apakah layak untuk kita meminta sesuatu itu namun kita sendiri masih lupa pada siapa yang akan mengurniakan permintaan kita tersebut? “Duhai anakku sayang, janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah itu betul-betul kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, ayat 13)


2) Sentiasa tersenyum. Senyuman yang dilempar itu secara tidak langsung membuatkan orang sekeliling turut tersenyum kepada anda. Jangan lupa, mereka yang kerap kali muram dan masam muka, amatlah hodoh sekali bila dipandang. Benar bukan? Petua ini telah dinyatakan sendiri oleh Cedrict di dalam tulisannya di Carbon Neutral Website.

3) Sentiasa bahagiakan diri. Jangan suka menimbulkan gaduh dengan orang lain. Banyakkan membantu mereka yang di dalam kesusahan. “Sesiapa yang bersedia memenuhi hajat saudaranya, Allah sentiasa bersedia untuk memnuhi hajatnya.” (Riwayat Ibn Abbas).

4) Amalkan sentiasa memakai krim pelembap bagi mengekalkan keanjalan kulit disamping tidak lupa mengambil suplemen tambahan seperti vitamin-vitamin mengikut arahan pegawai perubatan. Menurut Tom Viren, penulis kesihatan, krim pelembap ini adalah amat penting bagi mengekalkan warna pada ton kulit.

5) Amalkan gaya hidup yang sihat. Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan setiap kali itu selama 30 minit adalah diperlukan dalam pengamalan gaya hidup yang sihat. Kekalkan BMI (Body Mass Index) anda di dalam nilai yang normal. Apabila semua ini mampu dilaksanakan, lebih mudahlah penyakit-penyakit akan terhindar. Bukankah hidup dengan sihat, tanpa penyakit itu sendiri akan menjadikan anda sentiasa tersenyum, gembira, puas dan lebih remaja dalam menikmati alam ini?

Tidak ada apa yang mampu menggembirakan seseorang manusia itu melainkan dapat terus hidup dengan nikmat yang tidak pernah membutakan.

Bagi mereka yang masih tercari-cari kaedah terbaik untuk terus mendapatkan kembali keremajaan, mengambil semula zaman muda yang kian dijarah usia, ayuh… apa tunggu lagi, Tuhan mentakdirkan, qada’ dan qadar itu sudah siap tertulis. Namun, manusia sendiri yang harus berubah. Kita sendiri yang perlu bergerak. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Tidakkah begitu?

Ayuh, jadi muda… kita jadi remaja!

Tuesday, June 22, 2010

Kursus Kecantikan Spa / Kursus Rawatan Wanita


Akademi Kecantikan Yoyoy Kamphora menyediakan kursus kecantikan.
Antara kursus spa yang disediakan adalah:

- Facial
- Aromatherapy Relaxing Massage
- Rawatan Spa
- Rawatan Payudara
- Rawatan Mata
- Bekam
- Akupuntur

Kami mengajar secara teori dan lebih kepada latihan praktikal. Kelas yang kecil maksimum 4 orang sahaja pada satu-satu masa. Lebih tumpuan kepada setiap individu. Dijamin selepas selesai kursus, peserta akan terus boleh mempraktikkannya.


KURSUS FACIAL RM 400 - 2 Hari

- Pelajari teknik asas yang perlu diketahui untuk rawatan facial wajah.
- Pelajari teknik facial sehingga peserta mahir.
- Pelajari teknik betul membersihkan wajah.
- Pelajari dengan lebih mendalam teknik urutan wajah agar sentiasa awet muda.
- Pelajari titik point penting (acupressure) di wajah untuk menegangkan dan menggebukan kulit wajah dan menaikkan tulang pipi.
- Pelajari mengenalpasti jenis kulit.
- Mengenalpasti masalah kulit yang biasa di hadapi

1. Kulit Normal
2. Kulit Kering
3. Kulit Berminyak
4. Kulit Berjerawat
5. Kulit Kombinasi
6. Kulit Sensitif

- Pelajari teknik menggunakan sabun pembersih, skrub wajah dan masker dengan betul.
- Pelajari menggunakan steam wajah dan vakum wajah dengan betul.
- Pelajari dengan lebih mendalam dan terperinci jenis-jenis facial:

1. Facial Biasa
2. Facial Collagen
3. Facial Treatment
4. Facial Resdung




* * KURSUS AROMATHERAPY RELAXING MASSAGE RM 500 - 2 Hari

- Pelajari asas anatomi tubuh badan manusia.
- Pelajari asas sistem organ-organ penting tubuh badan seperti jantung dsb.
- Pelajari sistem saraf organ-organ penting tubuh badan.
- Pelajari cara peredaran darah dan oksigen pada tubuh badan manusia.
- Pelajari bahagian tubuh yang kerap bermasalah.
- Pelajari teknik mencari dan mengenalpasti urat saraf yang bermasalah.
- Pelajari teknik asas yang perlu untuk rawatan urutan seluruh badan.
- Pelajari teknik urutan untuk menghilangkan ketegangan atau stress sehingga peserta mahir.
- Pelajari teknik betul melakukan urutan untuk membetulkan semula urat saraf dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh.
- Pelajari teknik urutan aromaterapi dari Kanada, Australia, UK dan France.
- Pelajari dengan lebih mendalam teknik urutan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki tubuh badan di:

1. Tapak kaki ( Reflexology )
2. Di Betis
3. Di Peha
4. Di Belakang Badan
5. Di Perut
6. Di Tangan
7. Di Dada
8. Di Bahu
9. Di Kepala
10. Di Rambut ke Hujung Rambut




*** KURSUS RAWATAN SPA RM 700 - 2 Hari

- Pelajari tubuh badan yang tidak sekata warna nya.
- Pelajari teknik betul melakukan skrub badan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
- Pelajari bahagian tubuh yang kerap bermasalah.
- Pelajari teknik asas yang perlu untuk rawatan spa pada seluruh badan.
- Pelajari teknik rawatan spa untuk menghilangkan ketegangan atau stress sehingga mahir.
- Pelajari teknik betul melakukan rawatan spa untuk:

1. Mencerahkan badan.
2. Menghilangkan parut-parut di badan.
3. Membuang sel-sel kulit mati.
4. Menggebukan kulit.
5. Sekatakan warna kulit badan.
6. Membuang toksin berlebihan dalam badan.
7. Menenangkan tubuh badan yang lesu dan stress kerana kehidupan seharian.
8. Mengembalikan semangat yang hilang kerana keletihan.
9. Melancarkan perjalananan darah dan oksigen ke seluruh tubuh.
10. Memberikan kesan awet muda pada wajah dan tubuh badan.

- Pelajari dengan lebih mendalam teknik rawatan spa :

1. Lulur Body Whitening
2. Body Scrub Salt
3. Body Bleaching
4. Body Whitening
5. Body Mask
6. Body Exfoliate
7. Sauna Aromatherapy
8. Mandian Buang Toksin
9. Mandian Susu
10. Mandian Bunga




* * KURSUS FOOT SPA TREATMENT RM 300 - 1 Hari

- Pelajari asas anatomi tubuh badan manusia.
- Pelajari asas sistem organ-organ penting tubuh badan dari tapak kaki.
- Pelajari sistem saraf organ-organ penting tubuh badan.
- Pelajari cara peredaran darah dan oksigen pada tubuh badan manusia.
- Pelajari bahagian tubuh yang kerap bermasalah.
- Pelajari teknik asas yang perlu untuk urutan reflexology.
- Pelajari teknik urutan reflexology untuk menghilangkan ketegangan atau stress sehingga mahir.
- Pelajari teknik betul melakukan urutan reflexology untuk membetulkan semula urat saraf dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh.
- Pelajari teknik mencari dan mengenalpasti urat saraf yang bermasalah.
- Pelajari teknik menyediakan foot spa treatment untuk membuang toksin dari kaki.

1. Foot Bath
2. Foot Scrub
3. Foot Reflexology
4. Foot Relaxing


Sila lawati website kami untuk maklumat lanjut (http://yoyoyspa.com/)
No.19-1, Jalan PGN-1A/1, Jalan Pinggiran Batu Caves,
68100 Batu Caves, Gombak

Telefon :
03-4146 4378
03-6184 1455
012-308 4479
Email : mail@yoyoyspa.com


Kerja Kosong Computer Engineer 2010

kerja kosong Kerja kosong?
Siapa perlukan pekerjaan? sila la hubungi no. telefon yang tertera.HEheheheehehe...



Khasiat Epal Hijau


Tahukah anda, Malaysia kini mempunyai ladang epal hijau?
Mungkin ada yang menjawab - tentulah ada di Cameron Highlands!


Tapi, adakah anda tahu bahawa epal hijau juga turut ditanam di Sarawak?
Ya, pada masa kini, epal hijau juga turut ditanam di Ladang Kampung Buduk Nur, Ba Kelalan di Sarawak. Ladang yang luasnya 10 hektar ini diusahakan oleh suku kaum Lun Bawang atau dikenali sebagai Orang Gunung.


Epal hijau kaya dengan zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat.


Berikut adalah beberapa kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

1. Membantu mencegah pembinaan kolestrol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.


11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.


Cantik dengan limau nipis

Mengempiskan perut
Mungkin anda boleh mengamalkan perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Ia dikatakan dapat mengempiskan dan mengemaskan bentuk perut.

Pulih kulit wajah
Ramai yang menghadapi masalah kulit wajah terbakar kerana cuaca yang panas. Mungkin anda boleh bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.

Hilangkan Bau Kaki
Untuk mengatasi bau kaki akibat sering memakai sarung kaki dan kasut bertutup, gunakan limau nipis. Ambil limau nipis, hiris dan gosokkan pad kaki.

Mewangikan rambut
Mungkin ramai tidak tahu limau nipis juga boleh mewangikan rambut. Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening serta menyejukkan kepala.

Monday, June 21, 2010

Iklan Piala Dunia FIFA yang kreatif

Berikut merupakan koleksi iklan sempena Piala Dunia 2010 yang amat kreatif di seluruh dunia.


1) Kereta Piala Dunia dari jenis Hyundai
worldcup08 Iklan Piala Dunia FIFA yang kreatif


2) T-Shirt Menarik Piala Dunia – t-shirt yang memuatkan gambar pemain di sebelah dalam. Cool kan… tp pompuan tak payah buat macam ni lah yer…huhu
worldcup01 Iklan Piala Dunia FIFA yang kreatif


3) Billboard Piala Dunia dari Sony yang mengetengahkan konsep 3D
worldcup04 Iklan Piala Dunia FIFA yang kreatif


4)Akhbar Bola – Surat khabar dari New Zealand yang menggunakan konspep bola yang membolehkan pengguna melipatkan menjadi bola setelah habis membaca.
worldcup11 Iklan Piala Dunia FIFA yang kreatif


5) Jambatan Piala Dunia yang dibangunkan oleh Adidas di German
worldcup05 Iklan Piala Dunia FIFA yang kreatif

6) Iklan Piala Dunia Nike
worldcup14 Iklan Piala Dunia FIFA yang kreatif

7) Bola Gergasi Adidas di China
worldcup10 Iklan Piala Dunia FIFA yang kreatif


8) Papan tanda kedai sukan
worldcup09 Iklan Piala Dunia FIFA yang kreatif


9) Promo Piala Dunia Afrika Selatan
worldcup06 Iklan Piala Dunia FIFA yang kreatif


10) Iklan di Perhentian Bas di Sao Polo Brazil
worldcup00 Iklan Piala Dunia FIFA yang kreatif

Piala Dunia lepas setelah di “Photoshop”kan…

Jom tengok gambar-gambar semasa Piala Dunia lepas setelah di “Photoshop”kan…


Funny World Cup Photoshop 1 300x225 Gambar Piala Dunia Setelah di Photoshop
Funny World Cup Photoshop 3 300x222 Gambar Piala Dunia Setelah di Photoshop
Funny World Cup Photoshop 4 300x208 Gambar Piala Dunia Setelah di Photoshop
Funny World Cup Photoshop 9 246x300 Gambar Piala Dunia Setelah di Photoshop
Funny World Cup Photoshop 14 274x300 Gambar Piala Dunia Setelah di Photoshop

Saturday, June 19, 2010

6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki

1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.


Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.
Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gaji bulanannya sebanyak RM1000.00 sebulan bersih(dah ditolak KWSP dsb.). Anda pula memang tahu status kewangan dan “pattern” perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil-bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup sahaja.

Satu hari dia membelikan anda cincin emas berharga RM700.00. Anda tanya, “Mana dapat duit?”. Dia kata, lama dah simpan khas untuk “surprise”kan anda. Oklah, boleh terima.
Bila anda tengok pakaiannya pula berjenama. Dia mula “shopping sakan” dan anda pun dia belikan bermacam barangan lagi. Anda tanya lagi, “Mana dapat duit?”. Dia kata, “ada la “bisnes” dengan kawan… ” Anda pun percaya terus…
Soalan di sini, dalam senario di atas, tidakkah anda rasa musykil
dan bermacam soalan lagi bermain dalam kotak fikiran tentang jawapan mudah seperti itu? Atau anda tergolong dalam wanita yang terus percaya 100% tanpa banyak soal lagi?

Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?

Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah. Percaya secaratotal dan “semborono” boleh meletakkan anda dalam bahaya.

Contoh dalam senario di atas tadi, menjadi rakan kongsi untuk mengedar dadah adalah maksud sebenar dia berkenaan ayat, “ada la bisnes dengan kawan…”.

Kalau ini berlaku… macamana?

2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.

Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.
Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.
Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!


3. Wanita “sosial”.

Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.
Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..”. Fahamkan maksud saya?

Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yangmelibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita.

Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Tepuk dada, tanya selera!


4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?

Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan/perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.

Wanita seumpama ini mampu menjadi pasangan/isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai segala sifat sebagai seorang yang cemerlang.

Wanita seperti ini, sentiasa cintakan ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan.

Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?


5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.

Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?

Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”?

Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.

Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak!

Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..

6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.

Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.

Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.

Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.


Tuesday, June 15, 2010

Telefon 3D


Kita lihat di panggung wayang, dewasa ini telah banyak filem-filem yang menggunakan teknologi tiga dimensi (3D) ditayangkan kepada umum bagi memberikan pilihan dan kelainan kepada penonton selepas kejayaan filem Avatar.


Walaupun penggunaan teknologi 3D bukanlah perkara baru dalam industri perfileman kerana kita tentu pernah mendengar bapa kita menceritakan bagaimana mereka di zaman kanak-kanak dapat melihat kapak ‘terbang’ ketika menonton di era 1970-an.


Bagaimanapun, teknologi 3D tidak banyak berkembang selepas itu kerana kos pembangunannya yang tinggi dan penonton juga seakan bosan kerana mereka mahukan sesuatu yang lebih nyata.


Lupakan filem 3D itu kerana kita kini ingin memperkatakan mengenai telefon 3D pula kerana dengan telefon 3D, tentu anda boleh melakukan pelbagai perkara seperti menonton di skrin yang lebih besar atau menaip di papan kekunci maya ketika di dalam bas atau keretapi.


Walaupun ia seakan suatu mimpi yang sukar dicapai tetapi usaha-usaha pembangunannya telah dimulakan dan salah satu projek yang diusahakan oleh para saintis ialah melalui Projek 3DPhone yang dimulakan pada Februari 2008.


Projek itu bertujuan untuk membangunkan teknologi dan aplikasi utama yang akan membolehkan telefon bimbit memaparkan imej 3D dengan satu format yang disokong oleh semua peserta industri.


Ia bermatlmat membangunkan kesemua fungsi utama dalam sebuah telefon iaitu paparan media, sistem antara muka pengguna (UI) dan aplikasi pengurusan maklumat peribadi (PIM) yang apabila digabungkan mampu memaparkan imej 3D.


Projek itu dijangka mengambil masa tiga tahun dan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan disertai oleh enam negara iaitu Turki, Jerman, Hungary, Perancis, Sepanyol dan Finland.


3DPhone ditaja oleh program ICT Masyarakat Eropah yang mana apabila ia siap dilaksanakan, telefon-telefon bimbit akan boleh berkongsi aplikasi dan bahan media dengan produk-produk lain seperti televisyen dan sebagainya tanpa pengguna perlu memakai cermin mata 3D khas.


Selain di Eropah, pembangunan teknologi telefon 3D juga sedang dilaksanakan di beberapa negara di Asia Timur seperti di Korea Selatan dan Jepun.


Pengeluar Korea

Samsung dari Korea Selatan misalnya telah memperkenalkan telefon pintarnya yang mampu menukarkan video atau filem biasa kepada 3D melalui telefon SCH-W960. Selain telefon bimbit, Samsung juga telah memperkenalkan siri televisyennya yang mampu menukarkan video 2D ke format 3D.


Telefon SCH-W960 menggunakan skrin sesentuh AMOLED 3.2 inci dan kamera digital 3 megapiksel dengan flash Xenon.


Dengan menggunakan teknologi perkakasan tersendiri, pengguna boleh melaraskan skrin paparan agar tidak perlu memakai cermin mata 3D untuk menonton aplikasi 3D di telefon ini. Produk ini telah dipasarkan di Korea Selatan.


Kerana tidak mahu mengalah dengan rakan senegaranya, LG turut memperkenalkan produk terkininya telefon 3D yang dijangka akan memberi saingan hebat kepada pengeluar telefon pintar yang lain, termasuk iPhone.


Telefon yang masih dalam proses reka bentuk itu, direka oleh Petr Kubik dari Yanko Design mempunyai reka bentuk yang sangat menarik. Jika menggunakan cermin mata 3D, anda boleh menonton wayang gambar dan melakukan kerja-kerja pejabat walaupun sedang berada di luar rumah atau pejabat.


Skrin telefon boleh dibesarkan dengan hanya menyelak panel di pusat paparan dan anda juga boleh mengecaj telefon menggunakan panel solar yang terdapat di belakang telefon. Menarik bukan?


Telefon 3D rekaan Kubik ini mempunyai kesemua elemen yang diperlukan termasuk cermin mata 3D, pen stylus dan skrin yang boleh diperbesarkan. Apliklasi 3D juga akan menyokong kamera dan filem 3D yang ditayangkan, termasuk anda boleh membuat berbual dengan rakan dan keluarga seperti mereka betul-betul berada di hadapan anda!


Sebagai syarikat pengeluar telefon terbesar dunia, Nokia tentu tidak mahu ketinggalan dalam membangunkan telefon bimbit 3D dengan paparan stereoskopik.


Nokia telah memperkenalkan prototaip telefon 3D ini tahun lepas di Jerman dan versi demonstrasi itu menggunakan Nokia N810 Internet Tablet.


N810 itu menggunakan skrin khas yang ditempah dan menggunakan perisian khas untuk membolehkan paparan 3D dinikmati tanpa perlu memakai cermin mata khas.


Menurut Nokia, syarikatnya masih belum menetapkan tarikh pelancaran produk itu kerana permintaannya masih rendah di samping kurangnya kandungan dan aplikasi yang berasaskan 3D.


Motorola juga telah memperkenalkan telefon lipat 3D yang dikenali sebagai MT810. Walaupun produk itu masih dalam penyelidikan tetapi sumber menyatakan ia akan menggunakan teknologi 720p video untuk paparan 3Dnya.


Kamera definasi tinggi (HD) yang terdapat di dalamnya boleh mengambil gambar 5 megapiksel dan mempunyai flash dengan lampu LED untuk kualiti gambar yang lebih baik.


Penutup boleh lipat itu akan memaparkan imej 3D dan juga mempunyai lapisan skrin sesentuh yang menyokong pen stylus.


Sememangnya, teknologi 3D untuk telefon bimbit ini masih belum benar-benar matang untuk kita gunakan sekarang tetapi sekurang-kurangnya dengan perkembangan terkini, kita mengetahui bahawa ia sudah tidak jauh berada di hadapan kita.


Industri ICT bernilai RM80 bilion 2015


KUALA LUMPUR 14 Jun - Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) mengunjurkan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang kepada RM80 bilion menjelang 2015, pada kadar lebih 10 peratus setahun.

Presiden Pikom, Shaifubahrim Saleh berkata, sasaran itu adalah selaras dengan ramalan pertumbuhan tahunan terkompaun sebanyak enam peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dari 2011 hingga 2015.

"Industri ICT memberikan tindak balas positif kepada pengumuman RMK-10 oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Dengan tumpuan utama kepada langkah mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi, ICT akan memainkan peranan yang sangat penting untuk merealisasikannya.

"RMK-10 pastinya akan memacu industri ini ke arah itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SektorICTtelah dikenal pasti sebagai satu daripada 10 sektor utama yang akan menerima banyak perhatian dalam RMK-10.

Dengan inisiatif MSC Malaysia semakin matang, kata Shaifubahrim, industri ini akan mendapat banyak manfaat daripada tumpuan tambahan terhadap ICT yang merupakan pengupaya strategik bagi seluruh industri, terutamanya segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Beliau berkata, untuk meningkatkan lagi sektor PKS, e-niaga akan menjadi tumpuan bagi Bulan ICT Kebangsaan tahun ini yang akan berlangsung dari 13 Julai hingga 12 Ogos dengan tema 'E-CommerceForGlobalReach' (E-Perniagaan bagi Jangkauan Global)".

Antara acara yang disediakan ialah Sidang Kemuncak Kepimpinan Pikom, persidangan bagi pegawai kanan industri ICT pada 13 Julai, dan Forum Kejayaan Perniagaan.

"PKS adalah tulang belakang ekonomi melalui ide inovatif, penyelesaian dan keusahawanan yang memacu negara ke hadapan," tegas Shaifulbahrim.

"Pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan melalui jaminan modal kerja akan membantu PKS dalam fasa pertumbuhan dan selepas itu," katanya.

Brazil awasi ancaman Korea Utara


JOHANNESBURG - Brazil yang dibarisi bintang-bintang dunia bakal membuka kempen Piala Dunia 2010 menentang pasukan yang tidak diketahui kekuatannya, Korea Utara.

Tatkala Brazil sudah lima kali menjulang trofi Piala Dunia, Korea Utara pula sudah lebih 40 tahun tidak beraksi di pentas tertinggi itu.

Situasi tersebut membuatkan Brazil tetap berasa bimbang terhadap pasukan dari Asia itu yang pernah mencipta kejutan terbesar menewaskan Itali pada Piala Dunia 1966.

Penyerang Brazil, Ramires berkata: "Saya tidak tahu apa-apa tentang pasukan Korea Utara ini. Saya hanya menonton aksi mereka pada perlawanan pemanas badan sebelum ini. Kami hanya menanti arahan jurulatih."

Namun, maklumat tersebut bukanlah semudah yang disangka memandangkan Korea Utara mengambil sikap menjauhkan diri daripada media sejak mereka menetap di sebuah hotel terpencil di pinggir utara Johannesburg.

"Kami perlu menghormati Korea Utara. Apabila melihat kepada sejarah, Brazil memang memiliki kelebihan berbanding mereka pada Piala Dunia. Tetapi apabila saingan bermula, kami perlu menghormati semua pasukan," kata pemain tengah Brazil, Elano.

Pada Piala Dunia 1966, Korea Utara menewaskan Itali 1-0 untuk muncul pasukan Asia pertama layak ke suku akhir sebelum mereka tewas 3-5 kepada Portugal.

Namun pada saingan kali ini, Korea Utara dilihat sukar untuk mengulangi kejayaan tersebut setelah diundi dalam kumpulan sukar.

Pemain Korea Utara, Ahn Young Hak berkata: "Kami sedar semua pemain Brazil cukup terkenal dan Brazil adalah pasukan terkuat di dunia. Tak nampak mereka memiliki sebarang kelemahan."

Brazil yang tersingkir pada suku akhir Piala Dunia 2006 setelah tewas 0-1 kepada Perancis hanya mengadakan dua aksi pemanas badan dengan menewaskan Zimbabwe 3-0 dan Tanzania 5-1.

Korea Utara pula tewas 1-3 kepada Nigeria tetapi berjaya mengikat Greece 2-2.

Tiada rekod pertemuan membabitkan Brazil dan Korea Utara sebelum ini.

Monday, June 14, 2010

Tampilkan kaki menawan


APABILA memperkatakan tentang penjagaan diri, tumpuan sering diberi kepada wajah. Manakala kaki kurang diberi perhatian biar pun anggota badan itu amat penting untuk melengkapkan penampilan seseorang.

Oleh itu dalam tata rias diri, penjagaan kaki sepatutnya dimasukkan dalam senarai rutin harian yang mesti diberi perhatian. Sesekali apa kata manjakan kaki dengan rawatan yang dibuat sendiri di rumah.




  • Rendam kaki dalam air suam yang dicampur garam galian kira-kira 10 minit. Letak juga guli di dalam mangkuk berisi air tersebut. Pijak guli-guli itu dengan pergerakan ke hadapan dan belakang serta tekan sedikit tapak kaki kerana ia memberi kesan urutan yang melegakan.








  • Gosok kaki dengan batu sungai untuk menanggalkan kulit mati pada kaki. Selepas direndam dan digosok, bersihkan kaki dan urut dengan krim pelembap.







  • Sedikit jus lemon dalam air rendaman membantu menyegarkan kaki.







  • Kelopak mawar bersama beberapa titik pati minyak lavender menjadikan rawatan kaki umpama spa di rumah.







  • Untuk merawat kesan retak dan pecah pada tumit cuba kaedah ini. Sapu vaselin pada tumit dan sarung stokin. Dalam beberapa minggu, tumit menjadi lembut dan kesan rekahan akan hilang.






  • Sapu campuran jus lemon yang segar, minyak castor dan pati ros pada tumit selepas membersihkan kaki. Gabungan bahan tersebut membantu melicinkan tumit.







  • Sapu minyak zaitun dengan kerap untuk kulit kaki yang lembut dan menarik.








  • Parut kulit lemon dan sapu pada kaki. Biarkan 15 minit sebelum dicuci. Amalkan setiap hari untuk kesan yang memuaskan.








  • Rawatan panas dan sejuk turut membantu melancarkan peredaran darah. Mula-mula rendam kaki di dalam air suam, kemudian alih kepada air sejuk. Buat selama 5 hingga 10 minit. Akhiri proses tersebut dengan air sejuk.







  • Elak pakai kasut bertumit. Tukar stokin setiap hari untuk elak masalah kaki berbau.







  • Didihkan tiga cawan air bersama tiga uncang teh. Campur dengan setengah baldi air sejuk dan rendam kaki untuk atasi masalah kaki berbau.








  • Luangkan beberapa minit setiap hari untuk mengurut kaki anda dengan minyak kelapa.








  • Setiap kali selepas mandi, lap kering celah-celah kaki untuk menghindari jangkitan kulat.







  • Perah jus lemon, campurkan dengan sedikit gula dan gosok pada kaki secara lembut. Cuci dengan air sejuk. Campuran bahan tersebut mampu bertindak sebagai skrub kaki.



  • Sunday, June 13, 2010

    Demam Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan



    Sekadar informasi, Piala Dunia 2010 adalah Piala Dunia ke-19, kejohanan premier bola sepak antarabangsa. Ia berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan.


    Ini merupakan kali pertama kejohanan ini dianjurkan oleh benua Afrika, selepas Afrika Selatan menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan seluruh Afrika


    Demam Piala Dunia semakin hangat dirasai. Tagline seperti makan bola, tidur bola, mandi bola, sedut bola, minum bola semuanya menjadi buah mulut peminat fanatik sukan ini. Bagi penggemar sukan ini pasti ternanti-nanti detik bermulanya Piala Dunia 2010 yang akan bermula 11 Jun 2010 ini.

    Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2010



    June 11, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group A : at Soccer City (Johannesburg)

    South Africa vs Mexico


    June 11, 2010 @ 3.30 pagi- June 12, 2010 |Group Stage Group A : at Green Point (Cape Town)

    Uruguay vs France


    June 12, 2010 @ 8.30 Malam | Group Stage Group B : at Ellis Park (Johannesburg)

    Argentina vs Nigeria


    June 12, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group B : at Nelson Mandela Bay (Port Elizabeth)

    South Korea vs Greece


    June 12, 2010 @ 3.30 pagi | Group Stage Group C : at Royal Bafokeng (Rustenburg)

    England vs United States


    June 13, 2010 @ 8.30 malam | Group Stage Group C : at Peter Mokaba (Polokwane)

    Algeria vs Slovenia


    June 13, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group D at Durban (Durban)

    Germany vs Australia


    June 13, 2010 @ 3.30 Pagi (14June) | Group Stage Group D : at Loftus Versfeld (Tshwane/Pretoria)

    Serbia vs Ghana



    June 14, 2010 @ 8.30 Malam | Group Stage Group E :at Soccer City (Johannesburg)

    Netherlands v Denmark


    June 14, 2010 @ 11.00 Malam| Group Stage Group E at Free State (Mangaung/Bloemfontein)

    Japan v Cameroon


    June 14, 2010 @ 3.30 Pagi (15 June) | Group Stage Group F at Green Point (Cape Town)

    Italy v Paraguay


    June 15, 2010 @ 8.30 Malam | Group Stage Group F at Royal Bafokeng (Rustenburg)

    New Zealand v Slovakia


    June 15, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group G at Nelson Mandela Bay (Port Elizabeth)

    Ivory Coast v Portugal


    June 15, 2010 @ 3.30 Pagi (16 June) | Group Stage Group G : at Ellis Park (Johannesburg)

    Brazil v North Korea


    June 16, 2010 @ 8.30 Malam | Group Stage Group H at Mbombela (Nelspruit)

    Honduras v Chile


    June 16, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group H at Durban (Durban)

    Spain vs Switzerland


    June 16, 2010 @ 3.30 Pagi (17 June) | Group Stage Group : at Loftus Versfeld (Tshwane/Pretoria)

    South Africa vs Uruguay


    June 17, 2010 @ 8.00 Malam | Group Stage Group A at Peter Mokaba (Polokwane)

    France vs Mexico


    June 17, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group B at Free State (Mangaung/Bloemfontein)

    Greece v Nigeria


    June 17, 2010 @ 3.30 Pagi (18 June) | Group Stage Group B at Soccer City (Johannesburg)

    Argentina vs South Korea


    June 18, 2010 @ 8.30 Malam | Group Stage Group D at Nelson Mandela Bay (Port Elizabeth)

    Germany vs Serbia


    June 18, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group C at Ellis Park (Johannesburg)

    Slovenia vs United States


    June 18, 2010 @ 3.30 Pagi (19 June) | Group Stage Group C at Green Point (Cape Town)

    England vs Algeria


    June 19, 2010 @ 8.30 Malam | Group Stage Group D at Royal Bafokeng (Rustenburg)


    Ghana vs Australia

    June 19, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group E at Durban (Durban)


    Netherlands vs Japan

    June 19, 2010 @ 3.30 Pagi (20 June) | Group Stage Group E at Loftus Versfeld (Tshwane/Pretoria)


    Cameroon vs Denmark

    June 20, 2010 @ 8.30 Malam | Group Stage Group F at Free State (Mangaung/Bloemfontein)

    Slovakia v Paraguay


    June 20, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group F at Mbombela (Nelspruit)

    Italy vs New Zealand


    June 20, 2010 @ 3.30 Pagi (21 June) | Group Stage Group G at Soccer City (Johannesburg)

    Brazil vs Ivory Coast


    June 21, 2010 @ 8.30 Malam | Group Stage Group G at Green Point (Cape Town)

    Portugal v North Korea


    June 21, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group H at Nelson Mandela Bay (Port Elizabeth)

    Chile vs Switzerland


    June 21, 2010 @ 3.30 Pagi (22 June) | Group Stage Group H at Ellis Park (Johannesburg)

    Spain vs Honduras


    June 22, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group A at Royal Bafokeng (Rustenburg)

    Mexico vs Uruguay


    June 22, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group A at Free State (Mangaung/Bloemfontein)

    France vs South Africa


    June 22, 2010 @ 3.30 Pagi (23 June) | Group Stage Group B at Durban (Durban)

    Nigeria vs South Korea


    June 22, 2010 @ 3.30 Pagi (23 June) | Group Stage Group B at Peter Mokaba (Polokwane)

    Greece vs Argentina


    June 23, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group C at Nelson Mandela Bay (Port Elizabeth)

    Slovenia vs England


    June 23, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group C at Loftus Versfeld (Tshwane/Pretoria)

    Algeria vs United States


    June 23, 2010 @ 3.30 Pagi (23 June) | Group Stage Group D at Soccer City (Johannesburg)

    Ghana vs Germany


    June 23, 2010 @ 3.30 Pagi (23 June) | Group Stage Group D at Mbombela (Nelspruit)

    Australia vs Serbia


    June 24, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group F at Ellis Park (Johannesburg)

    Slovakia vs Italy


    June 24, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group F at Peter Mokaba (Polokwane)

    Paraguay vs New Zealand


    June 24, 2010 @ 3.30 Pagi (25 June) | Group Stage Group E at Royal Bafokeng (Rustenburg)

    Denmark vs Japan


    June 24, 2010 @ 3.30 Pagi (25 June) | Group Stage Group E at Green Point (Cape Town)

    Cameroon vs Netherlands


    June 25, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group G at Mbombela (Nelspruit)

    North Korea vs Ivory Coast


    June 25, 2010 @ 11.00 Malam | Group Stage Group G at Durban (Durban)

    Portugal vs Brazil


    June 25, 2010 @ 3.30 Pagi (26 June) | Group Stage Group H at Free State (Mangaung/Bloemfontein)

    Switzerland vs Honduras


    June 25, 2010 @ 3.30 Pagi (26 June) | Group Stage Group H at Loftus Versfeld (Tshwane/Pretoria)

    Chile vs Spain

    2010 FIFA World Cup


    The 2010 FIFA World Cup is the 19th and current FIFA World Cup, the premier international association football tournament. It is being held in South Africa, beginning on 11 June and scheduled to conclude on 11 July 2010. The tournament is the culmination of a qualification process that began in August 2007 and involved 204 of the 208 FIFA national teams. As such, it matches the 2008 Summer Olympics as the sports event with the most competing nations. The final is forecast to be among the most-watched events ever, possibly behind only the opening ceremony of the 2008 Olympic Games.


    This is the first time that the tournament has been hosted by an African nation, after South Africa defeated Morocco and Egypt in an all-African bidding process. Italy are the defending champions, after winning the 2006 FIFA World Cup in Germany. The draw for the finals took place on 4 December 2009 in Cape Town.


    Thursday, June 10, 2010

    Khasiat dan Faedah Mandi Spa


    Untuk perawatan tubuh, mandi memegang perananan yang penting. Siapa sangka mandi menyimpan banyak khasiat. Agar memberi khasiat, mandi harus dilakukan dengan sempurna. Bila dilakukan secara teratur, akan membantu melancarkan perjalanan darah, tubuh pun menjadi segar bugar dan bercahaya.


    Menurut seorang pakar perawatan tubuh, mandi dengan air panas atau dengan air sejuk akan memberikan kesan yang amat berbeza. Air panas akan membuatkan rileks, maka air sejuk jestru membangkitkan semangat. Ertinya, di pagi hari, sebelum memulakan kegiatan sepanjang hari, lebih disarankan untuk mandi dengan air sejuk. Sedangkan mandi air panas lebih tepat dilakukan untuk mandi siang atau malam hari menjelang istirahat.


    Secara umum sabun digunakan untuk membersihkan kotoran di tubuh. Namun, saat menyabun jangan cuma asal gosok. Berikan sedikit pijatan halus di tubuh. Sekali-sekali perlu dilakukan pengelupasan untuk membuang kulit tua dan mati. Proses pembaharuan kulit yang biasanya berlaku setiap 28 hari dapat terhakis kerana stres, perubahan hormon, perubahan suhu, pergantian musim, dan penuaan. Jika regenerasi berjalan lambat, kekeringan pada kulit meningkat. Kulit pun menjadi kusam, terutama di bahagian siku, lutut, dan tumit.


    Pengelupasan akan membuat kulit menjadi halus dan segar. Cara sederhana yang selama ini sudah dipakai secara turun-temurun antara lain dengan menggosokkan tumbukan biji-bijian (beras, biji gandum).


    Pernah mendengar istilah mandi yang sempurna? Mandiandi lengkap umumnya meliputi rangkaian pemijatan, pengelupasan kulit, pembersihan, penguapan, dan mewangikan tubuh.


    Pemijatan bertujuan melemaskan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Agar tidak melukai kulit, sebelumnya seluruh tubuh dibaluri minyak, biasanya minyak zaitun.


    Selanjutnya, pengelupasan yang diteruskandengan mandi lulur, meluluri tubuh dengan ramuan penyihat kulit. Selain mandi lulur, ada pula mandi susu yang berguna untuk membersihkan tubuh dan membuat kulit menjadi halus lembut.


    Mandi susu biasanya menggunakan susu haiwan seperti lembu atau kambing. Jenis lain adalah mandi lumpur yang menggunakan rempah-rempah yang dihaluskan sehingga berwarna hitam. Ada juga spa atau salon yang menawarkan mandi lumpur sungguhan (vulkanik) yang sudah diolah dan diuji efek kesihatannya.



    Pemanasan dengan sauna selama 5 - 10 minit dapat melebarkan saluran peredaran dan melancarkan keluarnya keringat. Sebahagian besar peluh adalah air, sekitar 10 - 30%-nya merupakan racun kimia yang terbentuk kerana stres, pencemaran, atau diet yang keliru. Selanjutnya, mengharumkan tubuh dengan berendam di air yang diberi pewangi atau rempah-rempah.


    Kerena prosesnya cukup panjang, mandi lengkap biasanya dilakukan disalon atau layanan spa sekaligus sambil berelaksasi.


    Kebaikan dan Khasiat Mandi Wap Sauna di Yoyoy Kamphora Spa

    • Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
    • Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
    • Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
    • Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.
    • Meningkatkan sistem kardiovascular
    • Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
    • Melancarkan peredaran darah
    • Meningkatkan sistem immunisasi badan
    • Meningkatkan tahap metabolisma

    Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda???

    Perhatikan manfaat bermandi wap ( bersauna) dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:

    1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.

    2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori

    3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.

    4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori

    5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori


    Penting !!!

    Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna.
    Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan, seperti pisang untuk penyesuaian kandung potassium yang hilang.

    Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.


    Kebaikan Lulur Badan di Yoyoy Kamphora Spa


    LULUR WHITENING


    Lulur Whitening adalah untuk mencerahkan warna kulit sehingga tampak lebih terang. Bahan yang terkandung juga mengandungi vitamin B1 dan C yang baik untuk kulit. Limau nipis yg terkandung dalam lulur whitening ini akan menyegarkan kulit, sedangkan kandungan olive oil nya memberikan kelembaban ekstra pada kulit.

    Campuran susu dalam lulur ini tidak sahaja berguna sebagai peeling yang mengikis kotoran dan sel-sel kulit mati tetapi juga dapat mencerahkan kulit sehingga terlihat lebih halus dan tidak bersisik. Selain itu, kandungan protein dalam susu juga berguna sebagai pembekal nutrisi yang berfungsi melembabkan sekaligus melapisi permukaan kulit agar lebih halus dan kenyal.



    LULUR COFFEE

    Kandungan antioxidant dalam kopi sangat bermanfaat sebagai anti ageing treatment (mencegah penuaan), mempercepat pengelupasan sel-sel kulit mati sehingga kulit menjadi halus, cerah, dan berseri.

    Serbuk kopi memang telah dikenali sejak dahulu sebagai zat untuk membersihkan kulit, juga melancarkan aliran darah di bawah kulit. Lulur jenis coffe ini pun memiliki keharuman yang sangat lembut dan wangi..



    LULUR CHOCOLATE

    Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam lulur coklat berkhasiat untuk melembutkan & menghaluskan kulit. Lulur coklat juga dapat memutihkan/mencerahkan kulit.

    Selain itu adanya katekin (catechin) yang merupakan antioksidan yang kuat yang ada dalam coklat dapat mencegah penuaan, mencegah kedutan dan melindungi kulit dari pencemaran udara, dan menjadikan kulit berseri dan awet muda.



    Tuesday, June 8, 2010

    Melancarkan Perkumuhan


    Penting menjaga kesihatan usus kerana ia boleh mempengaruhi pelbagai proses dan kesihatan. Di sepanjang saluran gastrousus, terdapat berbilion bakteria hidup yang berfungsi seakan tentera. Kewujudan bakteria baik membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik serta merangsang fungsi pencernaan yang optimum.. Bakteria baik atau probiotik juga membantu menguatkan sistem imun untuk menentang agen penyebab penyakit.

    Masalah penghadaman seperti kesukaran membuang air besar atau sembelit seharusnya tidak dibiarkan berpanjangan. Sembelit berpanjangan menyebabkan longgokan toksik dalam tubuh serta meningkatkan risiko pelbagai penyakit, termasuklah perut buncit dan sesetengah penyakit usus. Ketidakseimbangan flora usus akan membantu mengoptimumkan sistem pencernaan sekali gus melancarkan sistem perkumuhan.

    Probiotik seperti dari strain Lactobacillus acidophilus NCFM® ternyata bermanfaat untuk memperkuat pertahanan badan daripada penyakit, memperbaiki pergerakan usus, mengurangkan sendawa dan angin berlebihan, melegakan ketidakhadaman serta memperbaiki penyerapan nutrien.

    Amalan diet yang sihat seharusnya menjadi teras makanan harian untuk mengekalkan kesihatan. Banyakkan minum air serta serat makanan secukupnya akan memberi manfaat besar ke arah memperbaiki masalah yang dihadapi serta kesihatan secara umum.

    Cantik, bijak dengan pisang?


    PISANG merupakan kurniaan alam semulajadi yang lengkap dengan vitamin penting, galian, gula yang menyihatkan dan karbohidrat untuk tenaga selain rasa yang enak.

    Selain itu, pisang juga mengandungi vitamin C - bukan sahaja membantu sistem imunisasi malah menggalakkan kulit yang sihat dan menawan.

    Monday, June 7, 2010

    Cara Agar Kulit Putih Bersih


    Kulit yang putih bersih, masih sering menjadi dambaan bagi seseorang. Dalam menjaga dan memelihara agar kulit menjadi putih bersih (skin whitening) tidak harus menggunakan belanja yang mahal. Yang penting adalah disiplin dalam menjaga dan merawat kulit Anda.

    Memang tidak mungkin Anda merubah warna kulit asli anda yang hitam menjadi putih (skin whitening) melebihi warna pigmen bawaan kulit Anda, tetapi anda masih dapat mencuba semaksima dengan kulit yang bersih dan menawan.

    * Berusahalah untuk menjaga kulit anda terhidar dari terus dari sinar matahari , gunakan pakaian yang dapat menutupi kulit.

    * Anda dapat menggunakan sunblock (skin whitening), jika memang kulit harus terkena sinar matahari.

    * Mandi setelah anda selesai dari kegiatan harian menggunakan sabun yang sesuai dengan kulit. Dengan mandi tiap hari kulit akan terlepas dari kotoran dan peluh.

    * Setelah mandi, biasakan untuk menggunakan body lotion (skin whitening) untuk menjaga kelembaban kulit

    * Perbanyaklah minum air putih, kerana kecukupan air akan menjaga kesegaran kulit dari dalam tubuh Anda

    * Banyak makan buah-buahan setiap hari, akan membantu menjaga kesegaran kulit anda.

    * Jangan minimum kan hanya satu bulan sekali rawat badan anda secara menyeluruh dengan lulur (skin whitening) misalnya.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...