Friday, October 30, 2009

Configuring Windows Remote Desktop from the command line

I think that just about everyone out there can run Windows Remote Desktop. Easy right?

But what about configuring Windows Remote Desktop from the command line? The app is mstsc.exe and there are a lot of configuration options available for it.

In a new WindowsNetworking.com article, I cover these CLI configuration options and more.

Configuring Windows Remote Desktop from the Command Line


Firewall



An illustration of how a firewall works.



An example of a user interface for a firewall (Gufw)
A firewall is a part of a computer system or network that is designed to block unauthorized access while permitting authorized communications. It is a device or set of devices configured to permit, deny, encrypt, decrypt, or proxy all (in and out) computer traffic between different security domains based upon a set of rules and other criteria.

Firewalls can be implemented in either hardware or software, or a combination of both. Firewalls are frequently used to prevent unauthorized Internet users from accessing private networks connected to the Internet, especially intranets. All messages entering or leaving the intranet pass through the firewall, which examines each message and blocks those that do not meet the specified security criteria.

There are several types of firewall techniques:
  1. Packet filter: Packet filtering inspects each packet passing through the network and accepts or rejects it based on user-defined rules. Although difficult to configure, it is fairly effective and mostly transparent to its users. In addition, it is susceptible to IP spoofing.
  2. Application gateway: Applies security mechanisms to specific applications, such as FTP and Telnet servers. This is very effective, but can impose a performance degradation.
  3. Circuit-level gateway: Applies security mechanisms when a TCP or UDP connection is established. Once the connection has been made, packets can flow between the hosts without further checking.
  4. Proxy server: Intercepts all messages entering and leaving the network. The proxy server effectively hides the true network addresses.

A firewall is a dedicated appliance, or software running on a computer, which inspects network traffic passing through it, and denies or permits passage based on a set of rules.

It is a software or hardware that is normally placed between a protected network and an unprotected network and acts like a gate to protect assets to ensure that nothing private goes out and nothing malicious comes in.

A firewall's basic task is to regulate some of the flow of traffic between computer network of different trust levels. Typical examples are the Internet which is a zone with no trust and an internal network which is a zone of higher trust. A zone with an intermediate trust level, situated between the Internet and a trusted internal network, is often referred to as a "perimeter network" or Demilitarized zone (DMZ).

A firewall's function within a network is similar to physical firewall with fire doors in building construction. In the former case, it is used to prevent network intrusion to the private network. In the latter case, it is intended to contain and delay structural fire from spreading to adjacent structures.

Without proper configuration, a firewall can often become worthless. Standard security practices dictate a "default-deny" firewall ruleset, in which the only network connections which are allowed are the ones that have been explicitly allowed. Unfortunately, such a configuration requires detailed understanding of the network applications and endpoints required for the organization's day-to-day operation. Many businesses lack such understanding, and therefore implement a "default-allow" ruleset, in which all traffic is allowed unless it has been specifically blocked. This configuration makes inadvertent network connections and system compromise much more likely.

Wednesday, October 28, 2009

BELANJAWAN 2010: ADA KEJUTAN? ..apa komen anda?

Inti pati Bajet 2010

KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini.

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010

* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.
__________________
SELESAIKAN URUSAN KAMU DENGAN ALLAH, INSYA'ALLAH
ALLAH AKAN SELESAIKAN URUSAN KAMU DENGAN MANUSIA

14 fakta menarik

14 Fakta menarik yang agak mencuit hati sebagai tatapan pengunjung yang dikasihi. Allah SWt tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, setiap kejadian baik mahupun buruk ada hikmah di sebaliknya.

“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.”(Surah Al-Imram, ayat 191).

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding
keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat
di bumi.
4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.
5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau
lebih.
7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni
tangga.
8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku
sendiri.
10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung
dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
12. Semua beruang kutub adalah kidal.
13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

*Marilah sama-sama kita sentiasa memuji kebesaran Allah SWT dengan selalu berzikir kepadaNYA..

Subhanallah. ..Walhamdulillah … wallahuakbar.

Monday, October 26, 2009

Fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam

Ramadan sudah berlalu, Syawal juga sudah meninggalkan kita, Dzulqaedah pula menjelma….jom kita kekalkan amalan ramadan kita di 11 bulan yang lain pula. Barulah lulus ujian Ramadan kita.

Mari kita ketahui fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam.

Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

  • Jauh daripada segala penyakit
  • Lahir kesan taqwa pada wajahnya
  • Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
  • Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
  • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
  • Dipermudahkan hisab
  • Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
  • Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
  1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
  2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
  3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
  4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
  5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).

Cara bagaimana untuk tingkatkan motivasi diri

Hidup ini tak sentiasanya gembira. Kadang-kadang ada rasa sedih pilu, kadang-kadang ada rasa tertekan, kadang-kadang ada rasa tiada mood dan kadang-kadang ada rasa tiada motivasi.
Berikut ini saya kongsikan beberapa cara untuk tingkatkan motivasi diri. Cara yang saya amalkan ketika saya tiada motivasi atau ketika masa motivasi saya tengah jatuh merudum.
  • 1. Saya akan dengar alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh qari kegemaran saya.
Inilah cara paling mujarab yang saya amalkan bagi meningkatkan motivasi diri saya. Salah satu hobi dan kegemaran saya ialah mendengar bacaan quran dari qari-qari hebat seluruh dunia. Antara qari kegemaran saya ialah al-Imam Fahd Al-Kanderi, Syeikh Mutawwali, Syeikh Hajjaj Ramadan Hindawi, al-marhum Syeikh Abdul Baasit, al-Marhum Syeikh Mustafa Ismail, Syeikh Abdur Rahman Sudais, Syeikh Ahmad Faizul al-Jerantuti dan banyak lagi. Apabila saya mendengar bacaan Quran oleh qari-qari ini, hati saya akan menjadi begitu tenang. Saya akan jadi lebih fokus, bermotivasi dan bersemangat tinggi.
  • 2. Saya akan mendengar lagu/nasyid kegemaran saya
Ni pun salah satu cara saya meningkatkan motivasi iaitu mendengar lagu atau nasyid2 kesukaan saya. Saya paling suka lagu Sami Yusuf. Semua lagi Sami Yusuf sangat best terutamanya “Hasbi Robbi”


  • 3. Saya akan mendengar ceramah-ceramah agama.
Mendengar ceramah agama akan memberikan peringatan kepada saya tentang maksud dan tujuan hidup saya atas dunia yang sementara ini. Apabila saya ingat tujuan hidup saya, maka saya akan jadi lebih bersyukur dan rasa bersemangat untuk memperbaiki kehidupan saya. Ceramah yang paling saya suka dengar ialah ceramah Ustaz Shamsuri. Penerangan yang diberikan sangat jelas dan mudah faham. Alhamdulillah, setakat ini, motivasi dan semangat saya akan naik setelah mendengar ceramah2 tersebut.

  • 4. Saya akan membaca buku motivasi atau mendengar kisah-kisah orang yang telah berjaya.
Saya ada beberapa koleksi buku dan ebook2 mengenai biografi dan tokoh-tokoh yang berjaya dalam bidang masing-masing. Apabila saya berasa tiada motivasi, biasanya saya akan cuba untuk membelek-belek buku atau kisah2 orang berjaya ini dan membacanya. Pembacaan yang dilakukan mampu menyuntik semangat baru dalam diri saya.
  • 5. Saya akan menonton program BERSAMAMU TV3 dan mengenangkan nasib mereka yang lebih susah daripada saya.
Saya selalu mengingatkan kepada diri saya sendiri ; “Kalau kita rasa diri kita ada masalah teruk, rasa tertekan dan tiada motivasi, ingatlah sesungguhnya ada lagi ramai orang yang bermasalah jauh lebih teruk daripad kita.” Saya selalu cuba untuk bandingkan dengan orang yang lebih bernasib malang dari saya. Sebab apa? Sebab kalau kita bandingkan diri kita dengan orang lebih bagus, lebih kaya, lebih hebat, lebih sihat dan lebih poket berisi daripada kita, maka kita akan terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah dah bagi kita sekarang. Kita mungkin akan ingat atau terlupa untuk bersyukur kepada Allah bahawa sebenarnya Allah dah bagi banyak nikmat rahmatNya pada kita.
  • 6. Saya akan tengok gambar dan kenang orang yang saya sayang.
Cara terakhir saya untuk meningkatkan motivasi diri ialah dengan mengenang orang-orang tersayang contohnya keluarga saya. Malah saya akan kenang dan ingat semula jasa dan pengorbanan orang penting dalam hidup saya contohnya cikgu2 dan kawan2 lama dan baru saya. Dengan mengingati mereka semua, saya akan berasa diri saya ini penting dan perlu melakukan yang terbaik dalam segala perkara yang saya lakukan.

Haaa begitulah 6 cara saya menaikkan semangat dan meningkatkan motivasi diri saya. Alhamdulillah, setakat ini semua cara ini sangat berkesan pada saya.

Korang pulak bagaimana? Apa yang korang buat masa korang tiada mood atau tiada motivasi?

Apa erti CINTA?

Cintakan Allah adalah cinta yang tidak pernah luntur dan abadi. Cinta selainnya adalah Cinta yang luntur dan berakhir.

Islam adalah agama yang syumul. Hendaklah kita bangunkan kesyumulannya.
Kesyumulannya di dalam diri tidak samadengan kesyumulan di dalam rumahtangga dan tidak sama kesyumulan di dalam jemaah. Kesyumulan di dalam jemaah tidak sama dengan kesyumulan di dalam negara.

Natijah orang yang berfikir itu ialah merasa kebesaran Tuhan dan terus tunduk pada perintah Allah.

Tanda kita mementingkan diri sendiri
ialah tidak berniat membela fakir miskin
dan orang yang teraniaya.

Alim lisan pandai bercakap, tidak berbakti,
alim hati kurang bercakap, banyak berbakti,
alim lisan dan hati, bercakap dan beramal
sama selari.

Sunday, October 25, 2009

Kejadian Pelik dan Aneh

Washington: Dilaporkan kejadian pelik ini berlaku dipelbagai tempat di mana bayi-bayi dijumpai merangkak secara beramai-ramai. Setakat belum diketahui asal usul bayi ini dan kejadian aneh ini sedang diselidiki dengan teliti. Berikut adalah video -video rakaman amatur.






Million baby crawl Dilaporkan dari Batu Caves, Gombak, Kuala Lumpur Malaysia.

Thursday, October 22, 2009

KIROPRAKTIK DALAM MENANGANI SAKIT BELAKANG

SAKIT BELAKANG: ADAKAH RAWATAN KIROPRAKTIK MEMBANTU?

Apa kata para pengkaji

Bukti klinikal menunjukkan yang kiropraktik adalah selamat dan berkesan sepertimana juga kaedah-kaedah konvensional, yang mana melibatkan ubat-ubatan tahan sakit, rehat yang cukup dan senaman. Walau bagaimanapun sakit belakang (pinggang) biasanya akan beransur baik dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu, sekalipun bagi pesakit yang langsung tidak mendapatkan sebarang rawatan (bergantung kepada jenis sakit juga).

Sakit belakang (pinggang) biasanya disebabkan oleh kecederaan atau ketegangan, dan tiada ubat ajaib bagi masalah ini sebenarnya. Biasanya belakang kita akan sembuh dengan sendirinya, namun dalam suatu jangkamasa yang tertentu. Walaubagaimanapun, rawatan seperti kiropraktik atau juga cara konvensional mungkin boleh melegakan diri kita sambil-sambil kita menunggu sistem tubuh badan kita menjalankan proses penyembuhan diri.

Apa yang kiropraktor buat?

Konsep rawatan kiropraktik adalah tulang belakang yang terhalang gerakkannya akan menyebabkan kesakitan dan mengurangkan keberkesanan fungsinya. Penyelarasan tulang belakang adalah salah satu bentuk terapi yang kiropraktor gunakan bagi merawat masalah tulang belakang yang terhalang gerakkannya ini. Matlamat utamanya adalah untuk memulihkan kembali pergerakkan tulang belakang dan hasilnya akan memulihkan kembali fungsinya serta mengurangkan atau menghilangkan sakit belakang.

Semasa penyelarasan, kiropraktor akan gunakan tangan dalam mengenakan tekanan pada sendi-sendi, menekannya melebihi julat gerakkan normalnya. Biasanya penyelarasan ini akan diikuti dengan bunyi-bunyian 'pop' dan 'krak' (insyallah tak patah, bunyi tulang selisih je..).

Kiropraktor juga mungkin akan mengurut dan membuat regangan untuk merehatkan otot-otot yang menguncup atau tersimpul (kata orang lama). Ramai juga yang menggunakan rawatan ttambahan seperti 'ultrasound', 'electrical muscle stimulation' dan senaman-senaman tertentu.

Adakah ianya selamat untuk semua orang?

Rawatan kiropraktik secara umumnya selamat, namun ianya tidak sesuai buat semua orang. Mereka yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan kiropraktik adalah;
  • mereka yang mengidap 'osteoporosis' (tulang rapuh) atau ada simptom/tanda-tanda kerosakkan saraf seperti kesemutan, serban atau hilang daya angkat tangan atau kaki.
  • mereka yang pernah menjalani pembedahan tulang belakang.
  • mereka yang sakit belakang diikuti dengan demam, kesejukkan, berpeluh atau kehilangan berat badan, kerana berkemungkinan mengidap jangkitan kuman atau tumor (ketumbuhan).

Jika anda bercadang untuk mendapatkan rawatan kiropraktik

  • Dapat konsultasi terlebih dahulu. Sebelum membuat temujanji rawatan, dapatkan dahulu konsultasi dengan pengamal terbabit, sama ada secara berjumpa atau telefon, bagi mengetahui bagaimana cara dia menangani sakit belakang anda. Pastikan yang anda rasa selesa dengan cadangannya dan bilangan sesi yang anda harus ikuti serta tak lupa bayaran yang dikenakan. Bagi sakit belakang (pinggang) yang teruk, 4 ke 6 sesi biasanya sudah memadai.
  • Fahami risikonya. Penyelarasan kiropraktik ada beberapa risikonya juga.

Langkah pencegahan

Dengan sedikit penjagaan dan perhatian dapat membantu anda menghindari sakit belakang. Kekalkan berat badan yang sihat, sentiasa bersenam/beriadhah, duduk tegak, bila angkat sesuatu yang berat, biarkan kaki anda yang bekerja (bukan belakang), hindari aktiviti yang melibatkan pergerakan membongkok terlalu kerap dan jika duduk atau berdiri untuk suatu jangkamasa yang lama, maka berehatlah beberapa kerap dengan berjalan-jalan sekeliling.

Monday, October 19, 2009

Salun Kecantikan / Spa / Pusat Kecantikan

Berikut adalah informasi berkaitan Salun Kecantikan / Spa Kecantikan dan Kesihatan:-

2.1 Jenis Perkhidmatan
Secara amnya, perkhidmatan kecantikan meliputi perkhidmatan yang boleh dikategorikan seperti berikut:
i.Rawatan Kulit (Skin Treatment)
ii.Rawatan Badan (Body Treatment)
iii.Pusat Rampingan (Slimming Centre)
iv.Rawatan Pemakanan (Dietary)
v.Rawatan dan Dandanan Rambut
vi.Solekan dan Andaman

2.1.1 Perkhidmatan Rawatan Kulit (Skin Treatment)
Perkhidmatan rawatan kulit yang disediakan oleh salun kecantikan umumnya melibatkan rawatan kulit muka. Walau bagaimanapun terdapat juga salun yang menjalankan rawatan khusus bagi kulit kepala dan badan.
a. Rawatan Kulit Muka (Facial Treatment)
Perkhidmatan yang popular disediakan oleh salun-salun kecantikan wanita ialah rawatan muka. Terdapat dua jenis rawatan muka iaitu:
  • Rawatan kecantikan
  • Rawatan kulit bermasalah
Kebanyakan salun kecantikan menyediakan rawatan kecantikan ke atas kulit muka. Perkhidmatan rawatan muka yang lengkap dan komprehensif disediakan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Rawatan muka yang lengkap melibatkan superficial cleanse, deep cleanse, steaming, exfoliating, skin conditioning and relaxation, toning, lotion dan moisturiser. Selain dari itu ia juga melibatkan face massageand mask, face contour dan eye contour.
Rawatan kulit bermasalah dijalankan oleh pusat kecantikan yang mengkhusus menyediakan rawatan ke atas kulit-kulit yang bermasalah seperti kulit yang mempunyai jerawat yang teruk, pigmentasi dan alahan. Rawatan ini perlu dilakukan oleh beauty therapist yang terlatih dalam rawatan kulit bermasalah. Pengusaha salun kecantikan yang tidak mendapat latihan dalam rawatan kulit bermasalah biasanya tidak menyediakan perkhidmatan ini.

b. Non-surgical Facelifting
Non-surgical facelifting adalah perkhidmatan rawatan kulit muka yang terbaru yang sedang berkembang di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah. Rawatan ini menggunakan proses micro-current untuk menegangkan kulit muka tanpa menjalankan sebarang pembedahan disamping melengahkan proses penuaan kulit. Proses ini juga boleh digunakan ke atas kulit badan.
c. Rawatan Kulit Kepala
Tidak ramai perawat kecantikan yang berkecimpung dalam rawatan kulit kepala sama ada di salun kecantikan ataupun salun rambut. Namun begitu, kini terdapat salun yang menyediakan rawatan kulit khususnya rawatan kelimumur, kebotakan dan keguguran rambut kerana kesedaran orang ramai tentang perlunya mendapat rawatan kulit kepada. Salun yang menyediakan perkhidmatan rawatan kulit kepala juga antara lain memberikan perkhidmatan rawatan pemulihan dan penjagaan rambut.

2.1.2 R awatan Badan (Body Treatment)
Perkhidmatan rawatan badan adalah untuk mendapatkan dan memelihara bentuk badan yang dikehendaki. Selain mengurangkan berat badan, perkhidmatan rawatan badan juga membantu pergerakan saraf, muscle dan tone kulit badan. Antara rawatan yang disediakan termasuk tanning, body massage, bodywrap, body toning dan spa. Selain itu, perkhidmatan sampingan termasuk body contour dan body polish.

a. Khidmat Mengurut (Body Massage)
Perkhidmatan mengurut adalah antara pendekatan rawatan badan. Selain perkhidmatan tukang urut tradisional, perkhidmatan massage therapist yang terlatih juga digunakan.
b. Aromatherapy
Aromatherapy adalah pendekatan holistik yang menggerakkan penyembuhan kulit melalui pencapaian fisikal dan psikologi secara serentak. Rawatan aromatherapy biasanya dilakukan untuk menghilangkan perasaan tertekan (stress) melalui urutan dengan menggunakan campuran pelbagai minyak urut yang mempunyai bau yang harum. Setiap minyak yang digunakan mempunyai keharuman dan keupayaan tersendiri untuk menggerakkan proses menenangkan perasaan fisikal dan mental di pelbagai peringkat. Rawatan ini perlu dijalankan oleh pakar therapist yang terlatih kerana kombinasi minyak yang tidak sesuai akan mendatangkan mudarat kepada pelanggan.
c. Rawatan SPA
Rawatan Spa sering dikaitkan dengan resort kesihatan yang menyediakan kolam renang, sauna dan jacuzzi dengan persekitaran yang mewah. Perkhidmatan rawatan spa melibatkan antara lain sauna, tanning dan body wrap.

2.1.3 Pusat Rampingan (Slimming Centre)
Lebih dikenali ramai sebagai slimming centre, pusat rampingan menyediakan pelbagai kemudahan dan peralatan senaman dan khidmat therapi untuk mengurangkan berat badan. usat rampingan juga ada menyediakan perkhidmatan body wrap, sauna dan tanning.

2.1.4 Rawatan Pemakanan (Dietary)
Perkhidmatan rawatan pemakanan amnya merujuk kepada perkhidmatan yang disediakan oleh pakar pemakanan berkaitan dengan amalan pemakanan pelanggan dan penjagaan badan dan kulit melalui program pemakanan. Khidmat nasihat pemakanan perlu di jalankan oleh pakar pemakanan yang berkelayakan.

2.1.5 Gunting, Dandanan Dan Rawatan Rambut
Perkhidmatan salun rambut adalah perkhidmatan yang popular dikalangan wanita dan lelaki, muda dan tua. Selain pemotongan dan rekabentuk rambut, perkhidmatan lain yang disediakan oleh salun rambut termasuk mencuci rambut, dandanan, andaman dan penjagaan kulit kepala.
2.1.6 Solekan, Andaman Dan Hiasan Pengantin
Kedai yang menyediakan perkhidmatan andaman dan solekan juga menyediakan peralatan dan perhiasan untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan dan harijadi.

2.1.7 Lain-lain Perkhidmatan
Perkhidmatan lain yang disediakan oleh salun kecantikan adalah hair removal, tindik dan penjagaan tangan, kaki dan kuku.

2.2 Jenis Perniagaan
2.2.1 Independent Salon Operator (ISO)
ISO merupakan salun yang diusahakan oleh pengusaha persendirian yang tidak mempunyai ikatan dengan sebarang pengasas produk. Pengusaha menetapkan sendiri imej dan perkhidmatan yang disediakan. Untuk tujuan rawatan, pelanggan bebas membuat pilihan ke atas jenis produk yang akan digunakan.

2.2.2 Rangkaian Outlet
Rangkaian salun (chain outlet) melibatkan hubungan langsung antara pengasas produk dan perkhidmatan rawatan kecantikan dengan pengusaha salun. Rangkaian salun adalah usaha perkembangan perniagaan oleh pengusas disamping pengembangan kerjaya pekerja mahir salun kecantikan utama. Dua pendekatan dilaksanakan. Pertama, salun kecantikan pusat membuka outlet dan meletakkan pekerja mahir mereka mengurus dan menjalankan perkhidmatan yang disediakan. Set-up salun adalah ditentukan oleh pengurusan pusat. Keduanya, pekerja mahir salun pusat digalakkan mengusahakan sendiri salun kecantikan berteraskan outlet salun pusat di mana set-up outlet adalah mengikut ketentuan outlet salun pusat tetapi hal-hal berkaitan dengan kewangan ditanggung sendiri oleh pengusaha. Dalam kesemua outlet berkaitan, perkhidmatan yang disediakan dan produk yang digunakan untuk perkhidmatan adalah sama sepertimana yang disediakan oleh salun pusat.

2.2.3 Franchise Outlet
Salun yang menjalankan aktiviti sebagai francaisi kepada mana-mana francaisor adalah tertakluk kepada kawalan produk dan jenis perkhidmatan yang disediakan. Francaisi juga diperlukan menyedia dan mengubahsuai premis perniagaan mereka mengikut garis panduan yang disediakan oleh francaisor. Francaisi membayar yuran perkhidmatan yang ditetapkan manakala francaisor pula menjalankan aktiviti-aktiviti pengiklanan, promosi dan sebagainya bagi meningkatkan imej dan saluran perkhidmatan jenama mereka. Walau bagaimanapun pengusaha francaisi adalah bebas dari sebarang ikatan pemilikan modal oleh francaisor.

2.2.4 Product-base
Salun product-base adalah juga salun persendirian yang bebas dari segi set-up, perkhidmatan yang disediakan dan pengendalian perniagaan dan kewangan. Hanya produk yang digunakan untuk perkhidmatan adalah terikat dengan pengasas produk. Biasanya salun berkenaan mengikat-janji dengan pengasas untuk hanya mengguna dan mempromosi produk berkenaan dalam salun dan rawatan. Salun begini adalah yang sedang banyak berkembang di Malaysia dikalangan pengusaha Bumiputera.
2.3 Urusniaga Dalam Perniagaan Salun Kecantikan
Semua salun kecantikan menjalankan urusniaga mereka secara tunai, tiada urusan secara kredit. Salun membeli peralatan dan perkakasan dari pembekal secara tunai. Salun membeli produk kecantikan dan bahan rawatan juga secara tunai. Dalam pada itu, ada juga salun kecantikan yang menerima pembayaran melalui kad kredit.

2.4 Caj Khidmat Rawatan
Pengusaha salun kecantikan persendirian yang tidak terikat dengan sebarang jenama, bukan outlet atau francaisi bebas mengenakan caj perkhidmatan. Caj perkhidmatan bagi pengusaha yang terikat dengan jenama produk, outlet salun yang lebih besar dan francaisi pula perlu mengikut caj piawai yang dikenakan oleh pengasas produk dan syarikat induk. Lampiran 1 memberikan senarai sebahagian dari contoh-contoh caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pengusaha pelbagai jenis salun kecantikan.

2.5 Harga Produk Kecantikan Dan Margin Keuntungan
Harga produk-produk kecantikan bagi jenama popular dikawal oleh pengasas produk. Bagi produk yang kurang popular, salun kecantikan boleh menjual pada harga yang difikirkan sesuai bagi pelanggan mereka.
Margin keuntungan produk kecantikan yang dijual di salun-salun kecantikan ialah antara 25% hingga 50%. Bagi produk yang popular, margin keuntungan adalah antara 40% hingga 50%.

2.6 Prospek Perniagaan Salun Kecantikan
Perniagaan salun kecantikan adalah antara perniagaan yang mempunyai dayatahan perniagaan yang tinggi. Tidak banyak pengusaha salun kecantikan yang menutup salun mereka kerana perniagaan yang gagal. Perkhidmatan salun kecantikan adalah berbentuk peribadi antara pengusaha dengan pelanggan dan antara pelanggan dengan perawat kecantikan. Biasanya pelanggan yang serasi dengan perkhidmatan rawatan yang disediakan oleh pengusaha salun atau perawat kecantikan akan menjadi pelanggan tetap salun atau perawat tersebut. Oleh yang demikian, salun-salun kecantikan sentiasa mengumpul pelanggan tetap yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
Banyak faktor yang menunjukkan prospek yang baik bagi industri perkhidmatan dan rawatan kecantikan. Antaranya:

i. Kos Modal Yang Tidak Terlalu Tinggi
Untuk mengusahakan salun kecantikan yang menjalankan perniagaan khidmat rawatan kecantikan kulit tidak memerlukan modal yang banyak. Perawat kecantikan yang berpengalaman boleh memulakan perniagaan salun sendiri dengan modal kecil yang cukup untuk menyewa ruang niaga untuk perkhidmatan dan peralatan dan bahan rawatan.

ii. Pasaran Yang Meningkat
Permintaan ke atas perkhidmatan rawatan kecantikan dapat dilihat dengan pertambahan bilangan pelanggan `walk-in’ salun-salun kecantikan dan keupayaan mereka mengekalkan pelanggan sebagai pelanggan tetap.

iii. Ruang Pasaran Adalah Terbuka
Ruang pasaran untuk Bumiputera bergiat dalam perniagaan ini adalah terbuka. Salun-salun kecantikan Bumiputera bukan sahaja memberikan khidmat mereka kepada pelanggan Melayu tetapi juga kepada lain-lain kaum walaupun peratusan besar adalah pelanggan Melayu. Dalam pada itu, salun kecantikan wanita bukan Bumiputera juga mempunyai peratusan pelanggan Melayu yang besar, purata antara 30% hingga 50%. Faktor utama adalah berkaitan dengan kurangnya salun kecantikan Bumiputera yang menyediakan khidmat rawatan kulit berbanding dengan salun kecantikan Cina. Ini membuka ruang kepada penglibatan lebih ramai perawat Bumiputera dalam perniagaan ini.

iv. Kecenderungan Masyarakat Bandar Untuk Mendapatkan Khidmat Rawatan Kecantikan
Pertumbuhan ekonomi, peningkatan kualiti hidup dan pendapatan dan kesedaran untuk mengekalkan kecantikan kulit adalah antara faktor yang mendorong lebih ramai masyarakat bandar terutamanya berkunjung ke salun-salun kecantikan. Trend semasa pula menunjukkan kecenderungan dikalangan eksekutif wanita peringkat menengah, terutamanya, berkunjung ke salun-salun untuk mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kecantikan semasa waktu rehat tengahari dan selepas pejabat atau sebagai persediaan untuk menghadiri majlis. Bilangan pelanggan lelaki yang mendapatkan rawatan kecantikan di salun-salun kecantikan juga telah meningkat.

On-line shopping, merupakan kaedah jualan produk rawatan kecantikan yang telah diamalkan oleh pengedar dan pembekal produk kecantikan di beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak laman web yang mengiklankan produk-produk kecantikan dan melayani pelanggan melalui server utama. Melalui proses globalisasi dan perdagangan bebas, institusi tempatan yang bergiat dalam proses pengedaran produk kecantikan akan mampu menembusi pasaran luar negara.
Sumber : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Sunday, October 18, 2009

Tip Memaksimakan Kenikmatan di Spa Kecantikan dan Kesihatan

Kami ingin berkongsi bagaimanakah cara untuk memaksimakan kenikmatan semasa rawatan di Spa Kecantikan dan Kesihatan / Salun Kecantikan. Berikut adalah tip-tipnya:-


  • Menghubungi Spa Kecantikan terlebih dahulu untuk memberitahu tentang kedatangan saudari supaya mereka boleh membuat persiapan awal dan membuatkan anda tertunggu-tunggu.
  • Jangan malu bertanya. Dapatkan informasi berkaitan rawatan yang ditawarkan, diskaun, promosi, keselamatan dan kehalalan produk yang digunakan dan sebagainya.
  • Jangan segan untuk memberitahu therapist anda jika anda mahukan tekanan yang lebih kuat semasa urutan, facial, refleksologi (reflexology), chiropractic.
  • Jangan bercakap-cakap, nikmati rawatan anda dan suasana spa.
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa.
  • Tanggalkan perhiasan dan aksesori supaya anda lebih selesa.
  • Jika anda wanita, pilihlah therapist wanita.
Itulah antara tip dari kami. Semoga dengan ini anda akan mendapat lebih kenikmatan semasa rawatan di Spa Kecantikan.




Musim Kenduri Kahwin

Terdapat ramai pasangan memilih untuk mendirikan rumah tangga di dalam bulan Shawal ini. Oleh itu, di mana-mana sahaja terdapat khemah kenduri didirikan. Kami juga turut menerima banyak undangan ke majlis kenduri daripada saudara, kawan, jiran dan pelanggan dari sekitar Batu Caves, Selayang, Gombak, Ampang, Kuala Lumpur, Selangor Cheras, Kepong, Jinjang, UIA Gombak dan seluruh Malaysia sehingga sesetengah undangan tidak dapat dipenuhi. Doa kami semoga mereka bahagia selamanya.

Bersama teman-teman, topik berkaitan dengan kesihatan wanita ditimbulkan seperti adakah selepas berkahwin badan wanita akan mengalami perubahan seperti peningkatan berat badan, kehilangan bentuk badan, kedutan kulit, selulit, black head, jerawat, lemak berlebihan bagaimana mengekalkan kesihatan dan kecantikan, ubatan dan rawatan yang sesuai untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan wanita.

Perkahwinan adalah salah satu proses kehidupan bagi seorang wanita. Peningkatan usia dan perubahan aktiviti harian memberi kesan terhadap tubuh badan seorang wanita. Perempuan yang mengandung biasanya akan mengalami peningkatan berat badan dan selepas bersalin, mereka perlu mengurus kesihatan melalui diet yang seimbang, senaman yang sesuai, rawatan facial, sauna dan pengambilan ubatan moden atau pun herba untuk mendapatkan kembali berat badan yang ideal.


Selain itu, kesihatan wanita demi hubungan suami-isteri juga perlu dipentingkan supaya hubungan rumahtangga terpelihara. Pelbagai produk seperti Atika Beauty, Payuda (memelihara bentuk dan memejalkan payudara), Perapat (mengembalikan keremajaan dalaman), Slim Trim (mendapatkan bentuk dan berat badan ideal), Set Penambat Suami, Biosirih terdapat di pasaran.

Rawatan-rawatan alternatif dan holistik seperti acupuncture ( akupuntur ), bekam alhijamah, chiropractic ( kiropraktik ) , herba traditional juga membantu di dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita. Kini kemudahan pembekam wanita Islam Muslimah turut disediakan untuk pelanggan / pesakit wanita.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yoyoy Kamphora Spa
Pusat Rawatan Kesihatan dan Kecantikan Wanita
Membekalkan produk kecantikan dan kesihatan seperti Shadira Cosmetics, BioSirih, Atika Beauty, Soy Collagen, Jus Tok Guru.

Kami juga membekal peralatan bekam alhijamah moden, jarum lancet, jarum acupuncture (akupuntur).

Saturday, October 17, 2009

Ekspo Kecantikan ( Beauty Expo )

Beauty Expo memberi pendedahan berkaitan produk kecantikan terbaru, penyelidikan terkini, trend semasa dan juga isu-isu berkaitan pembangunan industri kecantikan dan kesihatan wanita di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.





Pengunjung juga dapat menikmati dan merasai demo rawatan kecantikan yang sesuai dengan kulit wanita Malaysia seperti facial, lulur, urutan, manicure, pedicure, akupuntur (acupuncture), bekam, terapi holistik dan sebagainya.



Produk - produk kecantikan dan kesihatan wanita ini juga boleh didapati dengan harga yang istimewa sempena expo. Bagi usahawan yang terlibat di dalam industri kecantikan dan kesihatan wanita di Malaysia seperti spa ( beauty spa), salun kecantikan (beauty salon), salun rambut ( hair salon), pusat rawatan, herba tradisional, mereka berpeluang mengembangkan perniagaan, mempromosikan produk atau perkhidmatan, mendapat idea baru dan sebagainya.

Peserta ekspo dan pengunjung datang dari pelbagai tempat seperti Kuala Lumpur, Gombak, Selayang, Batu Caves, Damansara, Cheras, Ampang, Sg Buloh, Rawang dan sebagainya.



Thursday, October 15, 2009

Tips Keharmonian Rumahtangga

Hubungan suami isteri ibarat sebatang pokok bunga; ia perlu dijaga, disiram dan dibajai dari semasa ke semasa agar sentiasa subur, segar dan mewangi. Bagaimana hendak menjaga rumahtangga agar ia hidup subur?

1) Mendengar, Menerima dan Menunjukkan Minat

Setiap individu pastinya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan atau diberitahu kepada orang lain. Begitu juga suami isteri, pastinya ada perkara-perkara yang hendak diluahkan agar dapat dikongsi bersama. Jika suami isteri anda pulang ke rumah dan meluahkan perasaan, bersedialah untuk mendengarnya dengan penuh minat.

2) Berkasih Sayang

Berkasih sayang merupakan aspek penting dalam kebahagian rumahtangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata, sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan. Love is a verb. Rasa kasih dan sayang boleh dilahirkan dengan sentuhan atau berpegangan tangan ketika menonton TV, saling memilin kaki ketika sama-sama membaca akhbar di hujung minggu, tanpa perlu diucapkan dengan kata- kata.

3) Ambil Berat

Timbang rasa ialah cara yang sangat berkesan untuk melonjak rumahtangga anda ke arah yang lebih positif. Misalnya hari ini suami anda dikehendaki membentangkan kertas kerja projek. Luangkan sedikit masa untuk menelefonnya sekadar untuk bertanyakan keadaan dan mengucapkan selamat berjaya. Tunjukkan bahawa anda ambil berat. Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik.

4) Menghargai Perkahwinan

Untuk menghargai perkahwinan, kenangkan kembali detik-detik indah masa lalu. Kenangkan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan anda di awal perkahwinan dahulu. Semarakkan memori indah itu setiap kali anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan. Mengingati saat- saat indah ini akan dapat menghilangkan perasaan marah terhadap pasangan anda. Berikan pujian kepada pasangan dan luahkan rasa bangga kepada pasangan anda. Bersetuju dengan idea pasangan, cadangan atau penyelesaiannya adalah satu cara untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan.

5) Saling Memahami

Suami isteri perlu pandai menyelami hati masing-masing. Anda boleh tunjukkan bahawa anda benar-benar memahami dan merasai apa yang pasangan anda rasakan hanya dengan ekspresi wajah seperti riak sedih, bimbang dan sebagainya. Empati juga boleh diluahkan dengan berkata sesuatu yang dapat menenangkan hati pasangan anda.

6) Ada Senda Gurau

Menyakat , bergurau, dan melawak bersama boleh menyuburkan lagi ikatan perkahwinan atau hubungan suami isteri. Bersuka-suka begini boleh mendekatkan diri anda dengan suami atau isteri. Anda menjadi semakin intim. Kongsilah perasaan seronok dan gembira bersama dan beritahulah pasangan anda bahawa anda sedang menikmati saat yang indah bersamanya.

7) Saling Mendoakan

Doakanlah pasangan anda. Cari waktu-waktu yang paling sesuai untuk berdoa khususnya selepas solat. Jangan hadkan waktu doa. Anda boleh berdoa sama ada dengan melafazkan doa atau sekadar memohon dengan hati. Doakan kesejahteraan dan kejayaan pasangan masing-masing.

Tuesday, October 13, 2009

Tips Untuk Kuatkan Imunisasi Tubuh


Assalamualaikum untuk semua pengunjung blog ini semoga kalian sihat didalam lindungan yang Maha Esa..
Pada pagi jumaat yang berbahagia ini Suri ingin kongsikan bersama anda berkenaan dengan pentingnya imunisasi tubuh didalam badan kita.
Tahukan anda bahawa di sebalik makanan yang anda makan sebahagiannya boleh melemahkan atau merosakkan sistem imunisasi tubuh anda. Bukan itu sahaja malahan ada juga makanan yang boleh anda makan bagi meningkatkan tahap imunisasi tubuh iaitu:-


PROTEIN
Banyak manfaat yang boleh kita perolehi darinya. Mengapa? kerana ia mampu melancarkan proses produksi sel agar sistem imunisasi tubuh tidak mudah terganggu disamping mencegah otot masa dari berkurangan sehinggalah ia boleh menghasilkan tenaga kepada kita semula.

Protein jenis ini boleh didapati pada ikan-ikan yang mengandungi kadar Omega-3 yang tinggi seperti tuna, salmon atau ikan sardin. Tahukan anda bahawa melalui Omega-3 inilah sistem kekebalan tubuh akan terhasil dan sekaliugus ia berfungsi sehingga maksimum.

Bukan itu sahaja malahan produk seperti daging merah juga kaya protein. Satu lagi produk yang kaya dengan protein adalah susu.


SAYUR-SAYURAN
Perbanyakanlah makan sayur-sayuran. Ini kerana ia mempunyai sebatian fitokimia yang bersifat antikosida, dan ada antara sayuran ini juga boleh membantu dalam proses detoks tubuh badan. Tahukah anda bahawa fitokimia ini akan menjadi kuat dalam menentang penyakit dan sekalu gus dapat membantu menentang kanser.

Sebatian kimia sayur-sayuran ini memiliki warna dan aroma yang kuat. Ia seperti contoh lobak merah, ubi merah, labu kuning, tomato dan terung antara makanan yang turut mengandungi sabatian fitokimia yang banyak.


BUAH-BUAHAN
Kebaikan yang diperoleh lebih kurang sama dengan sayur-sayuran akan tetapi buah-buahan juga memiliki ekstra kebaikannya yang tersendiri.

Selalunya buah-buahan dijadikan sebagai snek dan ada juga segelintir kita memisahkan ia dari protein. Namun apa cara pemakanan sekalipun ia tetap mudah dicerna dengan sempurna. Buah-buahan seperti beri biru juga turut mengandungi sebatian fitokimia yang tinggi untuk membantu mencegah kanser.

Selain itu, nenas pisang, mangga dan tembikai juga baik, namun pengambilannya haruslah terkawal kerana buah-buahan begini mengandungi kadar glukosa yang tinggi.
Buah-buahan dapat menyegarkan badan...

Buah-buahan dapat menyegarkan badan...


AIR PUTIH
Tugas air putih atau air suam adalah membantu meringankan tugas ginjal untuk memproses dan membuang racun yang terdapat dalam darah.

Bukan itu sahaja ia juga turut membantu selaput lendir untuk membasmi kuman yang mendatangkan penyakit. Minumlah air putih juga dapat membantu menghindarkan anda dari berkeinginan untuk makan makanan yang manis. Jika anda tidak percaya, cubalah. Bila masa anda ingin makan makanan manis, minumlah segelas air putih. Pastinya keinginan tersebut akan hilang.

Jadi manja-manjakanlah tubuh anda dengan khasiat yang bemanfaat kerana ia akan menghasilkan tubuh badan yang sihat lagi cerdas.

Akupunktur Kecantikan


Akupuntur kecantikan (acupuncture facelift) adalah prosedur tanpa-operasi yang membantu meremajakan dan merevitalisasi keseluruhan tubuh serta menunda proses penuaan. Hal ini akan memperbaiki sirkulasi darah dan Qi, memelihara kulit dan meningkatkan produksi kolagen untuk mengurangi garis-garis halus, keriput dan kulit yang kendor dan kusam.


Akupunktur kecantikan didasarkan pada prinsip-prinsip pengubatan Cina, yang mencakup penusukan jarum disposable yang sangat halus ke dalam titik-titik akupunktur yang terdapat pada wajah dan bahagian tubuh lainnya yang diperlukan. Jarum-jarum akupunktur tersebut akan menstimulasi aliran energi dan darah, meningkatkan produksi kolagen kulit, memelihara kulit dan memperkuat organ-organ dalam. Tanda-tanda penuaan dikurangi dan kulit anda di revitalisasi dan diremajakan kembali. Hasil yang diperolehi dengan Akupunktur sebanding dengan bedah plastik dan facial injections.


Akupunktur Kecantikan bukanlah pengganti operasi, ia merupakan alternatif alamiah yang baik sekali. Metode Pengubatan yang murah, aman, tanpa rasa sakit, tanpa kesan sampingan: tidak ada trauma yang ditimbulkan pada tubuh atau perlu dipulihkan.

Monday, October 12, 2009

Rahsia Kebaikan Solat Tahajjud

Solat tahajjud ternyata tidak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapat tempat (maqam) terpuji disisi Allah tapi juga sangat penting bagi dunia perubatan dan kedoktoran. Munurut hasil penelitian Dr. Mohammad Soleh, Pensyarah IAIN Surabaya, solat sunat tahajjud dapat membebaskan seseorang daripada serangan kanser.

Tidak percaya? “Cubalah anda rajin-rajin solat tahajjud. Jika anda melakukannya secara rutin, benar, khusyuk, dan ikhlas nescaya anda terbebas daripada infeksi dan kanser”, ucap Prof Soleh. Ayah kepada dua orang anak itu bukan “tukang ubat” jalanan. Dia melontarkan pernyataannya itu dalam kertas kajiannya yang bejudul “Pengaruh Solat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan tubuh Imonologi”. Melalui hasil kajiannya itu, Prof Soleh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya, yang dipegangnya.

Selama ini, menurut Prof Soleh, tahajjud di nilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medikalnya solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limposit-nya yang berupa persepsi dan motivasi positif, serta dapat meningkatkan kemampuan individu untuk menangg-ulang masalah yang dihadapi.

Solat tahajjud yang dimaksudkan Prof Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang muakkadah (Sunnah mendekati wajid). Ia menitikberatkan juga kekerapan solat, ketetapan gerakan, kekhusyukkan, dan keikhlasan. Selama ini kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental dan penjiwaan.

Namun sebetulnya soal ini dapat di buktikan dengan teknologi kedoktoran. Ikhlas yang selama ini di pandang sebagai misteri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui pengukuran tahap hormon kortisol. Parameternya dapat di ukur dengan keadaan tubuh, terang Prof Soleh.

Pada keadaan normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya adalah antara 38-690 nml/liter. Sedangkan pada malam hari atau pada selepas jam 12.00 malam, bacaan normalnya adalah antara 69-345nml/liter. “Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, maka boleh dianggap bahawa orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitulah sebaliknya”. Ujarnya seraya menegaskan hasil kajiannya ini, menafikan paradigma lama yang menganggap pelajaran agama islam semata-mata hanya dogma atau doktrin sahaja.

Prof Soleh membuat kajiannya melalui satu penelitian terhadap 41 responden siswa SMU Luqman Hakim Pondok Persantren Hidayatullah, Surabaya . Daripada 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat tahajjud selama sebulan penuh. Setelah di uji lagi, tingal 19 siswa yang bertahan solat tahajjud selama 2 bulan. Solat di mulai pukul 2.00-3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir.

Selanjutnya, hormon kortisol mereka di ukur di tiga laboratium di Surabaya (paramita, Prodia dan klinika). Hasilnya mendapati bahawa keadaan tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeza jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud.

Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajjud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil dan tenang.

“Jadi solat tahajjud selain mempunyai nilai ibadah, juga sekaligus penuh dengan hikmah dari segi psikologi yang dapat mempengaruhi pengawalan kognisi dan emosi. Dengan cara memperbaiki persepsi dan motivasi positif secara yang lebih efektif, emosi yang positif dapat meghindarkan seseorang dari strees. Menurut Soleh, “Orang yang selalu mengalami strees(tekanan) itu biasanya mudah sekali terkena penyakit kanser dan penyakit berjangkit.”

Dengan solat tahajjud yang di lakukan secara rutin dan di sertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki responimun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar daripada penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan kesimpulan teknik medikal menunjukkan solat tahajjud yang dilakukan seperi itu, membuatkan seseorang mempunyai ketahanan tubuh yang lebih baik.

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah” : (Al-Kautsar: 2)

Sebuah bukti bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anugerah yang di berikan oleh ALLAH kepadanya. Maka haruskan kita menunggu untuk ianya benar-benal boleh diterima akal kita?”

Tepuk dada, tanyalah iman. Sudah berapa kali kah kita bangun malam untuk solat tahajjud dan bermunajat kepada Nya? Pernahkah kita bersolat tahajjud??

Saturday, October 10, 2009

Renungan Qalbu: Merawat dan Memelihara Hati Yang Bersih

Untuk merawat hati yang sudah bercahaya dan memperindahnya maka seseorang perlu terus-menerus mempertahankan dan mengamalkan kebaikan. Hati akan terus bersih, bening dan bercahaya jika kejahatan terus dihindari, jauh dari debu-debu ini, dengki, riya, takabbur dan cobaan dijalani dengan ikhlas. Perumpamaan hal ini adalah seorang ibu hamil yang selalu ikhlas menahan sakit, lemah tanpa pamrih demi mengandung anak yang ia cintai. Maka jika kita mencintai permata (hati kita) maka kita harus merawatnya terus-menerus.

Al-Ghazali mendefenisikan hati manusia menjadi tiga bentuk, yaitu: hati yang sehat, hati yang sakit dan hati yang mati. Hati yang sehat akan berfungsi optimal, mampu memilih dan memilah mana yang baik dan yang buruk. Hati mereka kenal betul dengan Allah, sifat, af'al, kasih sayang, janji, qudrah, sunnah dan kemulian-Nya.

Kondisi hati ini akan selalu bersyukur atas nikmat, sabar dan ridha akan taqdir dan cobaan yang diberikan-Nya. Hati yang mampu berma'rifat (mengenal Allah) ini adalah salah satu yang menjadikan manusia lebih ungul dari makhluk lainnya.

Dalam bab ini juga dibahas tentang Qalbun Salim (hati yang selamat) yakni hati yang istiqamah dan mampu menetapi kebaikan berbalik hanya pada kebaikan saja seperti yang disinggung Nabi SAW dalam do'anya yang bersabda; "Hai yang membolak balikkan hati tetapkanlah hatiku dalam agama-Mu dan taat pada-Mu'. Mengenai hal ini Allah juga berfirman: Pada hari ketika harta dan anak-anak tidak bermanfaat, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat (qalbun salim) (QS. 26, as-Syura: 88-89).

Hati yang bening inilah yang mampu menjaga prilakunya, menahan pandangannya, menjaga lisan, perut dan mampu memilih pergaulan yang baik. Hati menjadi suci dan bening karena tidak ada tingkah laku yang mengotorinya, ingatnya selalu pada Allah, istiqamahnya terus-menerus tanpa henti, da'wahnya ikhlas tanpa pamrih dan seterusnya.

Mengenai pentingnya menjaga mata Nabi SAW bersabda: "Pandangan itu salah satu panah dari panah iblis yang berbisa. Siapa saja yang meninggalkannya karena takut pada Allah, maka Allah akan memberinya keimanan yang terasa sangat manis di dalam hati. (HR. al-hakim).

Mengenai menjaga lisan Nabi SAW bersabda: "Setiap ucapan bani adam itu membahayakan dirinya (tidak memberi manfaat), kecuali kata-kata yang berupa amar ma'ruf nahi munkar (mengajak kebaikan dan mencegah kejahatan) dan zikrullah. (HR. Tirmidzi). Demikianlah seterusnya.

Hati adalah pusat kebaikan dan kejahatan. Hati adalah ibarat Raja yang punya hak veto dalam memerintah seluruh anggota jasmani untuk berbuat baik atau jahat. Oleh karena itu bersihkanlah ia, beningkanlah dari segala kotoran, isilah dengan sifat-sifat yang baik agar ia tetap terang benderang. bersinar dan bercahaya serta mudahnya berbalik terus dalam kebaikan dan taqwa.

Adapun langkah-langkah yang harus kita lakukan adalah: Pertama, Mencari ilmu hati yakni ilmu yang bermanfaat untuk membersihkan hati, bermanfaat bagi diri, keluarga dan masyarakatnya. Kedua, Membersihkan hati dari sifat-sifat tercela (takhalli). Ketiga, mengisi hati dengan sifat-sifat terpuji yang dimulai dari sifat zuhud (tidak berambisi dan mengejar kesenangan hawa nafsu di dunia saja) dan mujahadah atau bersungguh-sungguh menuju Allah dalam istilah al-Ghazali dan Keempat, Istiqamah dan berdo'a agar hati tetap bersih, bening, bercahaya dan hanya berbalik dalam dan untuk kebaikan saja.

Mengatakan dan menjelaskan hal ini tidak semudah mengamalkan dan oleh karena itu marilah sama-sama kita berusaha dan bekerja keras untuk membersihkan, mengisi dan membeningkan hati dengan cara-cara yang disebutkan di atas karena hatilah satu-satunya penentu kita menjadi dan dipandang baik atau buruk. Semoga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...