Wednesday, September 30, 2009

Apa Yang Orang Cemerlang Bincangkan

Saya berkongsi kata-kata motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah, dia berpesan :

“Orang-orang gagal suka berbincang mengenai hal orang lain. Orang-orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Orang-orang berjaya pula, suka berbincang mengenai perkara yang dapat mengubah diri merekanya ke arah pencapaian yang lebih cemerlang, lebih baik dari yang sebelumnya.”

Bila kita tekad mahu menjadi orang yang cemerlang, hentikan bercakap lebih banyak tentang orang lain, apa yang mereka lakukan, kegagalan mereka, bisnes mereka dan apa yang membuat kita tidak puas hati dengan sikap mereka.

Tetapi, ubah sikap itu dengan memfokus kepada perubahan yang boleh diaplikasikan pada diri Anda sendiri, supaya dapat membentuk Anda menjadi orang yang cemerlang, tak kira cemerlang dalam pelajaran, kerjaya mahupun perniagaan.

Salah satu sikap orang cemerlang adalah, mereka sentiasa berubah supaya dapat memajukan diri kepada level yang lebih baik.

Mereka meniru sikap orang-orang yang lebih cemerlang daripada mereka lalu menyerapnya menjadi sikap diri sendiri.

Tips motivasi kali ini, cari orang-orang cemerlang, tiru pemikiran mereka, mindset mereka dan kalau boleh berkongsi aspirasi mereka, agar Anda juga dapat berjaya seperti mereka!

Manohara akan fail permohonan baru

Peguam yang mewakili model Manohara Odelia Pinot berkata pihaknya serius untuk menghadapi tuntutan saman daripada Tengku Temenggong Kelantan Tengku Fakhry Ismail Petra dengan mengemukakan satu permohonan baru.

Mohamad Faiz Adnan berkata pihaknya akan mengemukakan satu permohonan itu di mahkamah sama terhadap Tengku Fakhry yang dijangka akan menyebabkan kes melibatkan tuntutan hutang serta tuntutan taat setia itu, tertangguh.

"Kita jangka demikian kerana permohonan ini akan memberi kesan kepada kes-kes lain sebelum ini," kata Mohamad Faiz yang enggan memberi butiran lanjut berkenaan permohonan berkenaan.

Mohamad Faiz, daripada firma Faiz Adnan & Associates berkata, pihaknya juga masih berpeluang memfailkan pembelaan apabila tuntutan-tuntutan itu didengar pada 5 Oktober ini di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.

Beliau juga menolak pandangan peguam Tengku Fakhry semalam bahawa pihaknya tidak serius dalam menjalankan kes itu. Katanya lagi, beliau telah mendapat pendirian Manohara yang tidak bersetuju dengan tuntutan-tuntutan berkenaan.

Setakat ini, Manohara belum memfailkan apa-apa pembelaan terhadap saman Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry Ismail Petra yang menuntutnya kembali taat setia kepada suaminya dan tuntutan bayaran hutang berjumlah RM1,112,250 dari model Indonesia itu.

Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu telah memberi masa 14 hari kepada Manohara untuk menjawab saman tersebut, dan tempoh itu telah berakhir pada 21 September lalu.

Belum fail pembelaan

Mohamad Faiz menjelaskan beliau masih menunggu arahan daripada anak guamnya itu untuk melakukan pembelaan berhubung pemfailan tuntutan hutang dan juga tuntukan taat setia ke atas model Indonesia itu.

"Benar, kami belum memfailkan pembelaan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

"Tapi kita serius dalam kes ini. Kita memang dilantik dan ada hitam putih daripada Manohara," tambahnya.

"Cuma kita perlukan masa untuk pastikan kes ini berjalan dengan efisyen sebab ia melibatkan dua negara berbeza. Kes ini pun masih di peringkat pra-perbicaraan lagi," katanya lagi.

"Kami belum memfailkan pembelaan kerana masih tunggu arahan daripada anak guam. Kami telah cadangkan beberapa strategi untuk kes ini, tetapi kena tunggu arahan dari beliau," kata Mohamad Faiz.

Katanya lagi, tindakan pihaknya tidak memfailkan pembelaan itu adalah soal teknikal yang boleh ditentukan oleh mahkamah.

"Pada tarikh lepas, kami beritahu (mahkamah) kami baru saja dilantik, jadi kami perlukan masa. Kes ini masih dalam perbincangan dengan anak guam. Untuk jawab ikut kaedah itu perlukan masa," katanya.

Jelasnya, beliau juga telah mencadangkan beberapa strategi untuk menghadapi kes berkenaan kepada Manohara dan kini sedang tunggu arahan selanjutnya daripada beliau.

"Kami sedang tunggu arahan daripada (Manohara). Kalau kita dah failkan baru kita akan beritahu," katanya yang enggan mengulas lanjut.


Saya bukan Wahabi, kata Mohd Asri



Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah mendokong fahaman Wahabi seperti tanggapan umum terhadapnya selama ini.

Oleh itu, beliau menolak tanggapan bahawa beliau terbabit dalam usaha untuk mengembangkan fahaman tersebut ketika menjadi mufti Perlis.

Sebaliknya, kata tokoh agama yang sering mengundang kontroversi itu, Wahabi tidak pernah bertapak di Perlis.

Menurutnya, fahaman juga tidak sama dengan "Sunnah Perlis" yang diamalkan oleh sebahagian penduduk Perlis sekarang.

"'Sunnah Perlis' bukanlah Wahabi, sebaliknya satu aliran pembaharuan bagi memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Perlis tidak pernah menjadi Wahabi. Buku-buku (tokoh Wahabi) Muhammad Abdul Wahab tidak pernah diajarkan di Perlis. Pandangannya tidak pernah timbul dan dirujuk.

"Beliau bukanlah seorang ahli fekah. Kalau tanya orang Perlis siapa Muhammad Abdul Wahab, mereka pun tidak kenal," katanya.

Tokoh agama muda itu mengulas kekeliruan berhubung penggunaan Istilah Wahabi bagi merujuk kepada beberapa pandangan dan pengamalan agama negeri itu yang berbeza dengan pengamalan di negeri-negeri lain.

Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Mohd Asri berkata, istilah yang tepat bagi menggambarkan pengamalan agama di Perlis adalah Kaum Muda.

Katanya, gerakan pembaharuan Kaum Muda dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah, seperti Syed Sheikh Al- Hadi sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Gerakan itu, tambahnya, mahu menggerakkan perubahan dalam pelbagai aspek masyarakat seperti pendidikan dan penindasan terhadap kaum wanita.
'Tidak sesuai'
Beliau berpendapat, pendekatan pembaharuan yang diperkenalkan Muhammad di Arab Saudi pada 1701 tidak sesuai untuk digunapakai di Malaysia kerana cirinya yang keras, akibat “situasi padang pasir” ketika itu.

“Di Barat, Wahabi ini selalu dikaitkan dengan kegananasan,” jelas beliau yang dilantik sebagai ahli majlis agama Islam Perlis baru-baru ini.

Ditanya kenapa perdebatan agama di Perlis hanya melibatkan isu-isu kecil fekah semata-mata, Dr Mohd Asri berkata, perkara itu mungkin disebabkan tidak banyak tokoh-tokoh besar Kaum Muda di negeri itu.

“Mungkin kita banyak tokoh-tokoh kecil di Perlis. Bukan hendak kata mereka salah. Tetapi tokoh-tokoh kecil ini melihat perkara-perkara yang kecil.

“Sebab itu, waktu saya dulu (ketika jadi mufti), saya cuba menimbulkan isu-isu yang lebih besar dan sejagat,” jelasnya.

Perdebatan agama sentiasa tercetus di Perlis apabila terdapat beberapa fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan, antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah dan tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh.

Pada 7 Oktober tahun lalu, Dr Mohd Asri memutuskan bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

Tempatnya itu digantikan timbalan mufti Sarawak Dr Juanda Jaya yang dikatakan mempunyai pandangan agama yang sealiran dengannya.

Tuesday, September 29, 2009

SEMBUH DARI SINUS TANPA PEMBEDAHAN

Apa Sinusitis?
Adalah infeksi pada sinus (rongga disekitar mata, pipi dan hidung), sehingga berisi nanah (lendir kental kuning atau kehijauan.
Pada awalnya lendir dapat dikeluarkan melalui hidung atau tenggorok. Bila penyakitnya berlanjut kerana tidak diberikan pengubatan secara benar akan terjadi pembengkakan mukosa sinus yang menutup lubang lintasan dari sinus ke hidung dan tenggorok. Akibatnya nanah makin tertimbun di rongga sinus sehingga menyebabkan rasa tertekan dan nyeri pada kawasan tersebut.


Apa penyebab Sinusitis?
Infeksi saluran nafas bahagian atas, alergi hidung atau penyebab lain mengakibatkan penyumbatan pada lubang lintasan dari sinus ke hidung dan tenggorok mengakibatkan lendir tertimbun di sinus. Lendir ini merupakan media yang sangat baik untuk pertumbuhan bakteria atau kulat yang menyebabkan Sinusitis.


Apa gejala utama Sinusitis?
• Hidung tersumbat dan berair disertai Keluarnya lendir kental warna kuning atau kehijauan lewat hidung atau langit langit tenggorok.
• Nyeri dan rasa tertekan pada kawasan sinus yang terkena. Rasa nyeri dipicu bila kawasan tersebut diketuk dengan jari (nyeri ketuk) atau bila kepala digelengkan dengan kuat.
• Sinusitis maxillaris akan menimbulkan nyeri di pipi dan gigi atas,
• Nyeri pada dahi bawah dan alis mata adalah sinusitis frontalis.
• Nyeri dibelakang mata, pada puncak kepala, pada pelipis oleh kerana Sinusitis sphenoid.
• Nyeri dibalik mata oleh sinusitis ethmoid.

Apa gejala lainnya?
Sakit kepala (lokasi tergantung sinus yang terkena), berkurangnya penciuman hidung dan rasa lidah, bau tidak sedap dari mulut atau hidung, pada stadium akut disertai demam dan batuk.

Bila harus dirawat?
Bila menderita batuk selsema tetapi setelah minum ubat sendiri dalam beberapa hari penyakitnya tidak membaik bahkan memburuk disertai timbul nya gejala tambahan seperti:
• nyeri pada muka, pipi, dahi, belakang mata atau sakit kepala yang tidak sembuh walaupun sudah minum pain killer
• Atau panas badan naik tinggi sehingga lebih dari 38.5 Celsius disertai perubahan lendir yang keluar dari hidung atau tenggorok yang mulanya jernih pekat menjadi tebal kental warna kuning atau kehijauan (sinusitis akut)
• menderita selsema lebih dari 2 minggu.
• nyeri kepala kronik yang lebih dari 1 bulan

Bagaimana Akupunturis mendiagnose Sinusitis?
• riwayat penyakit

• pemeriksaan fisik seperti Pengamatan, Penciuman/Pendengaran, Wawancara dan Perabaan Nadi

Apakah Akupuntur dapat mengubati Sinusitis?
Ya, metod ini terbukti cukup efektif untuk pengubatan sinusitis tanpa operasi, cara kerjanya adalah untuk drainage (membuang) nanah yang terjebak di rongga sinus sehingga menghilangkan/ menyembuhkan: hidung yang tersumbat, nyeri kepala dan mengembalikan fungsi hidung yang terganggu (penciuman berkurang) serta menghilangkan bau yang tidak sedap (busuk) dari hidung/ mulut.

Bagaimana cara bekerjanya terapi dengan metod ini?
Tusukan pada titik tertentu di kawasan muka, hidung dan sinus, belakang dan dada atas akan:
• akan mengurangi pembengkakan pada mukosa sinus sehingga lubang lintasan dari sinus ke hidung dan tenggorok akan terbuka dan cairan nanah akan keluar.
• memperlancar microsirkulasi dan meningkatkan metabolisme sel sehingga akan mempercepat pemulihan mukosa sinus ke arah normal.
Rangsangan pada titik akupuntur terbukti meningkatkan sistem imun terhadap reaksi alergi hidung.

Apakah akupuntur menimbulkan perasaan sakit?
Tidak ada rasa sakit, tidak ada efek samping.

Apakah selama terapi diberikan ubat?
Sinusitis adalah penyakit infeksi sehingga pada awal pengubatan harus diberikan herba-herba anti sinus dan air penawar resdung.

Berapa lama pengubatannya?
Pengubatan harus dilakukan tiga hari berturut turut, kemudian selang satu hari dan dilanjutkan seminggu dua kali sehingga minimal sepuluh kali kunjungan.

Reaksi selama pengubatan lendir akan keluar banyak terutama pada pagi hari dari hidung atau tenggorok yang menandakan bahawa sumbatan sinus telah terbuka.
Bila rasa tersumbat sudah hilang dan lendir tidak ada lagi, tidak ada sakit kepala atau nyeri pada kawasan sinus, bernafas lebih baik, tidur lebih nyenyak, penciuman dan deriarasa menjadi normal. Hal ini menandakan bahawa sinusitis telah dapat diatasi dengan sangat memuaskan.

Apakah ada makanan dan suplemen yang dianjurkan?
Dianjurkan banyak konsumsi sayur dan buah segar, minum vitamin A, B, C dan anti oksidan, Hindari produk susu dan makanan yang alergi seperti udang, ketam, sotong, kerang, budu, cencalok dan belacan.

Catatan
Sinusitis harus dibezakan dengan pilek atau rhinitis, selsema alergi atau rhinitis alergi, polip atau polyp hidung.
Hidung tersumbat, sakit kepala, sakit dahi, sakit samping hidung, tidak mencium bau, sering bersin, keluar cairan hidung atau hidung berair sering di akibat sinusitis.

Acupuncture Works for Back Pain

    “Fake acupuncture works nearly as well as the real thing for low back pain, and either kind performs much better than usual care, German researchers have found.”
It goes on to reveal that 47 percent of patients improved from the real acupuncture, and 44 percent improved from the sham acupuncture (gently needling non-acupuncture points without pistoning or spinning very), while onl7 27 percent improved from conventional methods. I’m glad Structural Evolution is now offering acupuncture.

Monday, September 28, 2009

Be Positive

Father: "I want you to marry a girl of my choice."

Son: "I will choose my own bride!"

Father: "But the girl is Bill Gate's daughter."

Son: "Well, in that case... ok"

Next Father approaches Bill Gates.

Father: "I have a husband for your daughter."

Bill Gates: "But my daughter is too young to marry!"

Father: "But this young man is vice-president of the World Bank."

Bill Gates: "Ah, in that case... ok"

Finally Father goes to see the president of the World Bank.

Father: "I have a young man to be recommended as your vice-president. "

President: "But I already have more vice-presidents than I need!"

Father: "But this young man is Bill Gate's son-in-law."

President: "Ah, in that case... ok"

This is how business is done!!

Moral:

Even if you have nothing, you can get anything. But your attitude should be positive.

Mengurangkan Tekanan Hidup

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana.

"Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Aura Manusia...

AURA
maksud : daya tarikan @ kredibiliti seseorang
kewujudan : semulajadi sejak lahir (buktinya semue baby orang sayang)


mempunyai 3 lapisan :
  1. fizikal
  2. mental
  3. spiritual
Aura lelaki - konsisten sebab : lelaki tidak datang bulan (period)
Aura perempuan - tidak konsisten sebab : perempuan datang bulan jadi tak solat, mood tak stabil

Sebab aura menjadi tipis @ hakis :
  • hati kotor
  • banyak amalan negatif
  • penampilan kurang anggun (berbau)
  • suka bersangka buruk
  • engkar perintah Allah, ibubapa
  • pemikiran yang kotor
  • sombong
  • dengki
  • dendam
  • masam muka
  • percakapan yang tidak baik
  • kurang berdoa
Cara membentuk aura :
  1. fizikal
  • senyum dengan ikhlas
  • sedekah wang ringgit, senyuman, tolong-menolong
  • sahsiah positif
  • bersalam-salaman
  • sampaikan benda yang baik pada orang
  • sihatkan badan
2. mental (spiritual)
  • bersangka baik
  • sabar
  • setia
  • sayang-menyayangi
  • buat perkara yang saling-menyaling
  • jangan tinggal solat
  • sentiasa amalkan sunnah
  • sentiasa mengingati mati
  • saling maaf dan memaafkan
  • banyakkan berdoa
  • buat baik dengan Istiqamah
# aura tidak kekal..jika rasa ia kepentingan untuk anda..maka kekalkan la ia mengikut cara2 yang tertentu..sememangnye ia penting tuk semua orang..


Sunday, September 27, 2009

Herb And Herbal Safety Tips

Herbs Herbals - Herb and herbal safety tips

HERBAL SAFETY:

In the old days people got all their medication from the nature and it seems like they manage very well with what the nature had to offer. Today most people buy prescription drugs from the pharmacy not realizing that natural herbs can do the same thing. Most herbal medicines are more gentle than pharmaceutical drugs however you still need to be very careful. Some herbs are very powerful, so please use them with respect!

a.. Never take any herb identity for granted. The best way to be sure that you are using the right kind of herb is by buying it. You can buy most herbs at herb outlets and at natural health stores. Herbs are available as capsules, extracts, liquids, powders, tablets and oils.

b.. Before you buy any herbal product make sure that the product's scientific name, plant part used, date of manufacture and expiration and that the name and address of the manufacture is on the label.

c.. Always follow the directions on the package and use it for recommended amounts and periods only unless your doctor told you otherwise. Like drugs, some herbs may have side effects.

d.. Please note that it can take up to weeks before you can see any result from some kind of herbs.

e.. Never play doctor. If you have a serious chronic illness like diabetes or any kind of heart disease always consult with a health care professional familiar with herbs before taking any herbs.

f.. Don't mix herbs and drugs since the absorption of herbs may be adversely affected when they are given together with some drugs.

g.. If adverse effects occur, stop taking the herb immediately.

h.. Never take any essential oil internally.

i.. Don't take any herbs if you are pregnant or breast feeding unless your doctor said it was ok.

j.. Don't give any herbs to infants or children. However if you buy herbs for children make sure that you buy products with dosage levels that are listed specially for children.

k.. If your doctor discourage you to use herbal medicine seek out a doctor who uses natural medicines or try to find a naturopathic doctor

This website is for educational purposes only and not intended to be used as a self-medication guide. It is not meant to diagnose, prescribe, or to administer to any physical ailments. If you have any concerns related to your health please consult with a qualified medical practitioner. All information is taken from various reference books and is to the best of our knowledge correct. We can not be held responsible for your use or misuse of any herbs. The FDA has not evaluated any statements made within HerbsHerbals. com.

Saturday, September 26, 2009

Hubungan antara manusia & buah-buahan

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

10 Jenis Makanan Antikolesterol

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang
soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitaminE. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

10 Tabiat Rosakkan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Friday, September 25, 2009

Siti Impian

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s. a. w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s. a. w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s. w. t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s. w. t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 mlm td bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.


Thursday, September 24, 2009

Syukur Alhamdulillah...

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan

Syukur Alhamdulillah...
Yoyoy Kamphora Beauty and Holistic Therapy Spa, Yoyoy Technology, Yoyoy Solution semakin maju dan diharapkan semakin maju dimasa akan datang...
Insyaallah kami akan mempertingkatkan servis kami dari semasa ke semasa...
AMIN...

Doakan kami....


Syukur Alhamdulillah....
Syukur Alhamdulillah...
Syukur Alhamdulillah...

Wanita Itu Rumput Semalu


Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Wednesday, September 23, 2009

Tips Mengekalkan Sebuah Persahabatan


Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.


Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah ‘thrill’nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan…
Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.
Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.


Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009


Mata kadang tersilap memandang
Telinga terkadang tersalah dengar
Mulut kadang terlepas berucap
Hati kadang terlajak menduga
Mohon maaf segala khilaf yang pasti ada

Dalam kerendahan hati
Ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta
Ada kekayaan jiwa
Dalam gurau senda
Ada khilaf dosa

Jika ada siang, pasti ada malam
Jika ada hitam, pasti ada putih
Jika ada kesalahan, pasti ada maaf

Dalam perjalanan hidup ini kita sempat bertemu
Kemudian berpisah seiring dengan waktu
Bila selama kita seiring jalan ada seteru
Saya hulur maaf dan keredhaan untuk itu

Ampun dan maaf andainya TERkasar bahasa TERsilap bicara TERmarah yang tak kena TERtanya tak tentu hala TERsasul yang tak sengaja TERpukul kat mana mana TERpekik di telinga TERhantuk di kepala TERpinjam harta benda TERmoody tak semena mena TERumpat bila bila TERmacam macam lagi yang kena mengena Semoga dimaafkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
dari kami di YOYOY KAMPHORA SPA..

Thursday, September 17, 2009

Adab - adab Menyambut Hari Raya Aidilfitri

1.
Menghidupkan malam hari raya dengan memperbanyakkan amal ibadah.
2.
Mandi sunat hari raya.
3.
Memakai bau-bauan harum.
4.
Memakai pakaian yang paling baik.
5.
Menjamah sedikit makanan sebelum ke masjid.
6.
Menunaikan zakat fitrah sebelum sembahyang sunat hari raya.
7.
Berjalan ke masjid dengan tenang dan tawadhuk.
8.
Bertakbir semasa berjalan ke masjid.
9.
Mengucapkan tahniah bila berjumpa saudara-saudara muslim.
10.
Menggelakkan pembaziran.
11.
Menjauhi segala perbuatan maksiat dan sia-sia.

Wednesday, September 16, 2009

Indahnya malam pertama kita



Satu hal sebagai bahan renungan Kita... Tuk merenungkan indahnya malam pertama Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara Hari itu...mempelai sangat dimanjakan Mandipun...harus dimandikan Seluruh badan Kita terbuka.... Tak Ada sehelai benangpun menutupinya. .

Tak Ada sedikitpun rasa malu... Seluruh badan digosok Dan dibersihkan Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan Bahkan lubang - lubang itupun ditutupi kapas putih... Itulah sosok Kita.... Itulah jasad Kita waktu itu Setelah dimandikan.. ., Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih Kain itu ....jarang orang memakainya.. Karena bermerk sangat terkenal bernama Kafan Wewangian ditaburkan ke baju Kita... Bagian kepala..,badan. .., Dan kaki diikatkan

Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita Keranda pelaminan... langsung disiapkan Pengantin bersanding sendirian... Mempelai di arak keliling kampung bertandukan tetangga Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir Akad nikahnya bacaan talkin... Berwalikan liang lahat..

Saksi - saksinya nisan-nisan. .yang tlah tiba duluan Siraman air mawar..pengantar akhir kerinduan Dan akhirnya.... . Tiba masa pengantin.. Menunggu Dan ditinggal sendirian... Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan Malam pertama bersama KEKASIH.. Ditemani rayap - rayap Dan cacing tanah Di kamar bertilamkan tanah.. Dan ketika 7 langkah tlah pergi.... Kitapun kan ditanyai oleh sang Malaikat... Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...

Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur..... Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu.... Tapi anehnya Kita tak pernah galau ketakutan... .. Padahal nikmat atau siksa yang kan kita terima Kita sungkan sekali meneteskan air mata... Seolah barang berharga yang sangat mahal... Dan Dia Kekasih itu.. Menetapkanmu ke syurga.. Atau melemparkan dirimu ke neraka.. Tentunya Kita berharap menjadi ahli syurga... Tapi....tapi .....sudah pantaskah sikap kita selama ini... Untuk disebut sebagai ahli syurga Baca jika anda ada masa /waktu untuk ALLAH. Bacalah hingga habis.
ALLAH, bila saya membaca artikel ini, saya pikir saya tidak ada waktu untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja. Kemudian saya tersadar bahwa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jum'at...... Mungkin malam JUM'AT? Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA? Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.... Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walau bagaimanapun kita tidak ada waktu atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerena menyangka... ... Bahwa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. ALLAH Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah AMPAS yang tak berguna. Susah vs. Senang Kenapa susah sekali menyampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi ketika selesai ceramah kita segar kembali? Kenapa mudah sekali membuang artikel agama tetapi kita bangga mem "forward" kan artikel yang tak senonoh? Hadiah yang paling istimewa yang pernah kita terima. Solat adalah yang terbaik.... Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan. Notes: Tidak kah lucu betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu heran kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah lucu bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).
Tidakkah lucu bagaimana anda mampu mengirim ribuan artikel lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkendali., tetapi bila anda mengirim artikel mengenai ISLAM, sering orang berpikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah mengherankan bagaimana bila anda mulai mengirim pesan ini anda tidak akan mengirim kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti apakah mereka suka atau tidak?.

Tidakkah mengherankan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

Ku berDOA , untuk semua yang mengirim pesan ini kepada semua rekan mereka di rahmati ALLAH.

Panduan Cara Menetapkan Matlamat / Azam


Namun, apabila ditanya, apakah perancangan mereka dalam usaha untuk mencapai azam/matlamat yang dibuat, mereka diam membisu. Tidak dapat menjawabnya. Jadi, adakah azam/matlamat yang mereka nyatakan itu benar2 satu azam/matlamat atau hanya sekadar angan-angan Mat Jenin dan omongan kosong semata2?
Justeru, dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips panduan bagaimana kita dapat menetapkan azam/matlamat dengan cara yang lebih tepat.
Apakah perkara yang penting yang perlu anda catatkan dalam membuat matlamat??
* Menetapkan matlamat dengan jelas
* Merancang cara untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
* Melaksanakan perancangan
  • #1 : Tetapkan azam/matlamat yang dapat memotivasikan anda Pastikan azam atau matlamat yang anda buat itu dapat memberikan motivasi dan semangat kepada anda. Bagaimana nak tau azam/matlamat kita tu ada motivasi atau tak? OK, cuba pejamkan mata anda dan bayangkan yang anda telah pun mencapai matlamat anda tu. Adakah anda berasa sangat teruja dan merasai keseronokannya? Adakah anda dapat merasai betapa gembira dan cemerlang nya anda mencapai matlamat itu? Kalau ya, bermakna matlamat/azam yang anda buat itu memang dapat memotivasikan anda.
  • # 2 : Gunakan teknik S.M.A.R.T dalam menentukan matlamat anda
S = Specific (terperinci / khusus)
Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu mestilah khusus. Contohnya, “Aku ingin membeli kereta Toyota Vios baru dalam tahun ini”.
M = Measurable (boleh diukur/dinilai)
Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah yang boleh diukur atau dinilai harganya. Contohnya (kalau ikut matlamat di atas), “Aku ingin membeli kereta Toyota Vios baru dalam tahun ini, jangkaan nilai/harga ialah RM80,000”. Pentingnya nilai/harga di sini, ialah kerana kita akan dapat membuat kiraan/nilaian kemampuan kita dan tahap pencapaian yang telah dicapai dari semasa ke semasa. Contoh matlamat kita di sini ialah ialah untuk beli kereta Vios, maka kita perlukan duit kira2 RM80,000 sebagai ukurannya. Kalau kita kena bayar deposit 10% daripada harga kereta, bermakna kita kena ada duit sekurang2nya RM8,000. Jadi itulah nilai atau ukurannya yang perlu kita capai dahulu sebelum berjaya memiliki kereta Vios. Maka tulislah dalam matlamat kita tu seperti ini “Aku ingin membeli kereta Toyota Vios baru dalam tahun ini, dengan deposit harga sebanyak RM8,000”.
A = Attainable (boleh/mampu dicapai)
Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu juga mestilah boleh/mampu dicapai.
Contohnya (sama seperti contoh di atas): “Mulai sekarang aku akan buat part time untuk cari duit deposit kereta Vios aku sebanyak RM8,000. Aku akan buat mengajar tuisyen selepas waktu kerja dan dapatkan sekurang2nya RM50 sehari dan menyimpan duit itu untuk membayar deposit kereta nanti”.Maknanya di sini, kita telah letakkan komitmen atas diri sendiri sebanyak RM50 sehari untuk kumpul duit deposit membeli kereta Vios yang diidamkan tu.
R = Realistic & Relevan (realistik & berkaitan)
Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu juga mestilah realistik dan relevan dengan diri kita.
Contohnya (seperti contoh di atas): “Mulai sekarang aku akan mengajar tuisyen sekurang2nya 2 jam sehari selepas waktu kerja untuk dapatkan RM50/hari dan menyimpan semua duit tersebut sehingga terkumpul RM8,000 sebelum tahun 2010″. Matlamat seperti ini sememangnya realistik dan kita pasti mampu melakukannya.
Contoh matlamat yang tidak realistik ialah “aku nak beli Kereta Ferrari”. Tetapi dia hanya bekerja sebagai kerani dan tiada pengalaman untuk buat ‘part time’. Jadi, matlamat sebegini hanyalah seperti angan-angan Mat Jenin.
T = Time-Bound (tempoh masa/ deadline)
Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah mempunyai tempoh masa tertentu atau deadline.
Contohnya, “Aku akan beli Vios dalam tahun 2009 ini. Jadi mulai sekarang aku akan mengajar tuisyen sekurang2nya 2 jam sehari selepas waktu kerja untuk dapatkan RM50/hari dan menyimpan semua duit tersebut sehingga terkumpul RM8,000 sebelum bulan Oktober 2009. Aku akan membeli Vios selewat2nya dalam bulan Disember 2009″. Maka, bermula dari sekarang, aku akan kontek pusat2 tuisyen dan start mengajar tuisyen sekurang2nya 2 jam sehari.” Maka, adalah sangat jelas dicatatkan dalam matlamat bahawa, tempoh masa untuk mencapai matlamatnya mengumpul RM8,000 ialah sehingga bulan Oktober 2009 dan beli vios selewat2nya bulan Disember 2009. Ia adalah tempoh masa yang jelas.
  • #3: Tuliskan azam/matlamat anda.
Tulis matlamat anda dan lekatkan ditempat2 yang mudah dilihat di bilik anda. Anda juga boleh tulis di atas sehelai kertas, lipat dan masukkan dalam ‘wallet’ anda. Bawalah kemana2 supaya anda boleh tengok dan ingatkan diri anda tentang matlamat/goal anda. Dengan menulis matlamat dan melihatnya secara kerap, anda sebenarnya telah memasukkan satu bentuk arahan ke dalam minda bawah sedar anda agar sentiasa ingat dan berusaha mencapai impian anda tersebut. Hasilnya, anda akan jadi lebih fokus dan tidak membazir masa membuat perkara2 yang tiada faedahnya.
  • # 4 : Rancang dan buat pelan tindakan
Ini sangat kritikal dan penting. Ramai orang mengabaikan dan tidak membuat pelan tindakan ke atas setiap azam/matlamat yang telah ditetapkan. Kesannya, mereka menjadi tidak yakin bahawa mereka akan berjaya mencapai matlamat mereka sendiri. Jadi, anda hendaklah menulis langkah demi langkah, apakah pelan tindakan yang boleh anda ambil dalam melaksanakan misi anda. Perincikan apakah langkah tindakan yang anda akan buat setiap hari, setiap bulan dari masa ke semasa dalam mencapai matlamat anda.
  • # 5 : Fokus kepada pelan tindakan dan terus bertindak lagi dan lagi…
Ingat, dalam proses untuk mencapai matlamat, anda mesti fokus dan tidak terganggu dengan perkara2 yang melalaikan. Anda sudah memiliki pelan tindakan harian/bulanan. Pastikan anda laksanakan setiap tindakan/langkah yang telah anda tetapkan dalam pelan tindakan. Buatkan 1 senarai semak tindakan yang anda sudah laksanankan dan senarai tindakan yang belum di buat. Muhasabah tindakan/aktiviti harian anda setiap hari. Buat analisis, berapa peratus kah masa yang anda gunakan untuk melaksanakan misi anda setiap hari.
  • # 6 : Berdoa dan bergantung sepenuh harapan pada ALLAH agar memberikan kejayaan pada anda.
Akhir sekali dan YANG PALING PENTING ialah, SENTIASA BERDOA pada ALLAH agar memberikan kekuatan dalam melaksanakan tindakan/tugas2 anda. Bersangka baik dan yakinlah akan pertolongan daripada ALLAH. Sesungguhnya semua ketentuan ALLAH adalah yang terbaik untuk anda.
*Tips2 lain:
-Pastikan matlamat anda realistik. Sasaran yang terlalu tinggi mungkin akan mengecewakan dan menyebabkan anda mengabaikan terus matlamat itu.
-Pastikan matlamat anda jelas dan tidak kabur, kerana matlamat yang kabur tidak akan memotivasikan anda.
-Buatlah matlamat yang agak fleksibel dan mempunyai sedikit kelonggaran untuk membuat perubahan yang perlu.
-Senaraikan matlamat mengikut keutamaan dan kepentingan diri dan keluarga anda.
-Ingatlah pepatah arab dalam mencapai matlamat anda. Pepatah Arab ; ‘ “Manjadda wajada…” bermaksud ; “Siapa yang berusaha, dia pasti berjaya…”.
ALL THE BEST!!!

Tuesday, September 15, 2009

Panduan Adab Membaca al-Quran

Al Qura’an sebagai Kitab Suci, Wahyu Ilahi, mempunyai adab-adab tersendiri bagi orang-orang yang membacanya. Adab-adab itu sudah diatur dengan sagnat baik, untuk penghormatan dan keagungan Al Quran; tiap-tiap orang harus berpedoman kepadanya dan mengerjakannya.
Imam Al Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin telah memperinci dengan sejelas-jelasnya bagaimana hendaknya adab-adab membaca Al Qur’an menjadi adab yang mengenal batin, dan adab yang mengenal lahir.
Adab yang mengenal batin itu, diperinci lagi menjadi arti memahami asal kalimat, cara hati membesarkan kalimat Allah, menghadirkan hati dikala membaca sampai ke tingkat memperluas, memperhalus perasaan dan membersihkan jiwa. Dengan demikian, kandungan Al Quran yang dibaca dengan perantaraan lidah, dapat bersemi dalam jiwa dan meresap ke dalam hati sanubarinya.

Kesemuanya ini adalah adab yang berhubungan dengan batin, yaitu dengan hati dan jiwa. Sebagai contoh, Imam Al Gazhali menjelaskan, bagaimana cara hati membesarkan kalimat Allah, yaitu bagi pembaca Al Qur’an ketika ia memulainya, maka terlebih dahulu ia harus menghadirkan dalam hatinya, betapa kebesaran Allah yang mempunyai kalimat-kalimat itu. Dia harus yakin dalam hatinya, bahwa yang dibacanya itu bukanlah kalam manusia, tetapi adalah kalam Allah Azza wa Jalla. Membesarkan kalam Allah itu, bukan saja dalam membacanya, tetapi juga dalam menjaga tulisan-tulisan Al Quran itu sendiri.

Sebagaimana yang diriwayatkan, ‘Ikrimah bin Abi Jahl, sangat gusar hatinya bila melihat lembaran-lembaran yang bertuliskan Al Quran berserak-serak seolah-olah tersia-sia, lalu ia memungutnya selembar demi selembar, sambil berkata:”Ini adalah kalam Tuhanku! Ini adalah kalam Tuhanku, membesarkan kalam Allah berarti membesarkan Allah.”

Adapun mengenai adab lahir dalam membaca Al Quran, selain didapati di dalam kitab Ihya Ulumuddin, juga banyak terdapat di dalam kitab-kitab lainnya. Misalnya dalam kitab Al Itqan oleh Al Imam Jalaludin As Suyuthu, tantang adab membaca Al Quran itu diperincinya sampai menjadi beberapa bagian.

Diantara adab-adab membaca Al Quran, yang terpenting ialah:
1. Disunatkan membaca Al Quran sesudah berwudhu, dalam keadaan bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu Allah.

2. Mengambil Al Quran hendaknya dengan tangan kanan; sebaiknya memegangnya dengan kedua belah tangan.

3. Disunatkan membaca Al Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, di surau, di mushalla dan di tempat-tempat lain yang dianggap bersih. Tapi yang paling utama ialah di mesjid.

4. Disunatkan membaca Al Quran menghadap ke Qiblat, membacanya dengan khusyu’ dan tenang; sebaiknya dengan berpakaian yang pantas.

5. Ketika membaca Al Quran, mulut hendaknya bersih, tidak berisi makanan, sebaiknya sebelum membaca Al Quran mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.

6. Sebelum membaca Al Quran disunatkan membaca ta’awwudz, yang berbunyi: a’udzubillahi minasy syaithanirrajim. Sesudah itu barulah dibaca Bismillahirrahmanir rahim. Maksudnya, diminta lebih dahulu perlindungan Allah, supaya terjauh pengaruh tipu daya syaitan, sehingga hati dan fikiran tetap tenang di waktu membaca Al quran, dijauhi dari gangguan. Biasa juga orang yang sebelum atau sesudah membaca ta’awwudz itu, berdoa dengan maksud memohon kepada Alah supaya hatinya menjadi terang. Doa itu berbunyi sebagai berikut.

“Ya Allah bukakanlah kiranya kepada kami hikmat-Mu, dan taburkanlah kepada kami rahmat dan khazanah-Mu, ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

7. Disunatkan membaca Al Quran dengan tartil, yaitu dengan bacaan yang pelan-pelan dan tenang, sesuai dengan firman Allah dalam surat (73) Al Muzammil ayat 4:

“…. Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil”.
Membaca dengan tartil itu lebih banyak memberi bekas dan mempengaruhi jiwa, serta serta lebihmendatangkan ketenangan batin dan rasa hormat kepada Al Quran.

Telah berkata Ibnu Abbas r. a.:” Aku lebih suka membaca surat Al Baqarah dan Ali Imran dengan tartil, daripada kubaca seluruh Al Quran dengan cara terburu-buru dan cepat-cepat.”
8. Bagi orang yang sudah mengerti arti dan maksud ayat-ayat Al Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran tentang ayat-ayat yang dibacanya itu dan maksudnya. Cara pembacaan seperti inilah yang dikehendaki, yaitu lidahnya bergerak membaca, hatinya turut memperhatikan dan memikirkan arti dan maksud yang terkandung dalam ayat-ayat yang dibacanya. Dengan demikian, ia akan sampai kepada hakikat yang sebenarnya, yaitu membaca Al Quran serta mendalami isi yang terkandung di dalamnya. Hal itu akan mendorongnya untuk mengamalkan isi Al Quran itu. Firman Allah dalam surat (4) An Nisaa ayat 82 berbunyi sebagai berikut:

“Apakah mereka tidak memperhatikan (isi) Al Quran?…”

Bila membaca Al Quran yang selalu disertai perhatian dan pemikiran arti dan maksudnya, maka dapat ditentukan ketentuan-ketentuan terhadap ayat-ayat yang dibacanya. Umpamanya: Bila bacaan sampai kepada ayat tasbih, maka dibacanya tasbih dan tahmid; Bila sampai pada ayat Doa dan Istighfar, lalu berdoa dan minta ampun; bila sampai pada ayat azab, lalau meminta perlindungan kepada Allah; bila sampai kepada ayat rahmat, llau meminta dan memohon rahmat dan begitu seterusnya. Caranya, boleh diucapkan dengan lisan atau cukup dalam hati saja. Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, dari Ibnu Abbas yang maksudnya sebagai berikut: “Sesungguhnya Rasulullah s. a. w. apabila membaca: “sabbihissma rabbikal a’la beliau lalu membaca subhanarobbiyal a’la . Diriwayatkan pula oleh Abu Daud, dan Wa-il binHijr yang maksudnya sebagai berikut:” Aku dengan Rasulullah membaca surat Al Fatihah , maka Rasulullah sesudah membaca walad dholliin lalu membaca aamin . Demikian juga disunatkan sujud, bila membaca ayat-ayat sajadah, dan sujud itu dinamakan sujud tilawah.

Ayat-ayat sajadah itu terdapat pada 15 tempat yaitu:
dalam surat Al-A’raaf ayat 206
dalam surat Ar-ra’d ayat 15
dalam surat An-Nahl ayat 50
dalam surat Bani Israil ayat 109
dalam surat Maryam ayat 58
dalam surat Al-Haji ayat 18 dan ayat 77
dalam surat Al Furqaan ayat 60
dalam surat Annaml ayat 26
dalam surat As-Sajdah ayat 15
dalam surat As-Shad ayat 24
dalam surat Haamim ayat 38
dalam surat An-Najm ayat 62
dalam surat Al-Insyiqaq ayat 21,
dan dalam surat Al-’Alaq ayat 19

9. Dalam membaca Al Quran itu, hendaknya benar-benar diresapkan arti dan maksudnya, lebih-lebih apabila smapai pada ayat-ayat yang menggambarkan nasib orang-orang yang berdosa, dan bagaimana hebatnya siksaan yang disediakan bagi mereka. Sehubungan dengan itu, menurut riwayat, para sahabat banyak yang mencucurkan air matanya di kala membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al Quran yang menggambarkan betapa nasib yang akan diderita oleh orang-orang yang berdosa.

10. Disunatkan membaca Al Quran dengan suara yang bagus lagi merdu, sebab suara yang bagus dan merdu itu menambah keindahan islubnya Al Quran. Rasulullah s. a. w. telah bersabda:

“Kamu hiasilah Al Quran itu dengan suaramu yang merdu”

Diriwayatkan, bahwa pada suatu malam Rasulullah s. a. w. menunggu-nunggu istrinya, Sitti ‘Aisyah r. a. yang kebetulan agak terlambat datangnya. Setelah ia datang, Rasulullah bertanya kepadanya:” Bagaimanakah keadaanmu?” Aisyah menjawab :”Aku terlambat datang, karena mendengarkan bacaan Al Quran seseorang yang sangat bagus lagimerdu suaranya. Belum pernah akumendengarkan suara sebagus itu.” Maka Rasulullah terus berdiri dan pergi mendengarkan bacaan Al Quran yang dikatakan Aisyah itu. rasulullah kembali dan mengatakan kepada Aisyah:” Orang itu adalah Salim, budak sahaya Abi Huzaifah. Puji-pujian bagi Allah yang telah menjadikan orang yang suaranya merdu seperti Salim itu sebagai ummatku.”

Oleh sebab itu, melagukan Al Quran dengan suara yang bagus, adalah disunatkan, asalkan tidak melanggar ketentuan-ketentuan dan tata cara membaca sebagaimana yang telah ditetapkan dalam ilmu qiraat dan tajwid, seperti menjaga madnya, harakatnya (barisnya) idghamnya dan lain-lainnya. Di dalam kitab zawaidur raudhah, diterangkan bahwa melagukan Al Quran dengan cara bermain-main serta melanggar ketentuan-ketentuan seperti tersebut di atas itu, haramlah hukumnya; orang yang membacanya dianggap fasiq, juga orang yang mendengarkannya turut berdosa.

11. Sedapat-dapatnya membaca Al Quran janganlah diputuskan hanya karena hendak berbicara dengan orang lain. Hendaknya pembacaan diteruskan sampai ke batas yang telah ditentukan, barulah disudahi. Juga dilarang tertawa-tawa, bermain-main dan lain-lain yang semacam itu, ketika sedang membaca Al Quran. Sebab pekerjaan yang seperti itu tidak layak dilakukan sewaktu membaca Kitab Suci dan berarti tidak menghormati kesuciannya.

Itulah diantara adab-adab yang terpenting yang harus dijaga dan diperhatikan, sehingga dengan demikian kesucian Al Quran dapat terpelihara menurut arti yang sebenarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...